Wednesday, April 18, 2012

APA YANG SAYA TENGOK DI SAIGON - LAWATAN KE DELTA MEKONG.

Ini adalah sambungan kepada entri "Apa Yang Saya Beli Di Saigon" sebelum ini ..

Bila sebut Sungai Mekong, saya teringat matapelajaran Ilmu Alam (Geografi) semasa bersekolah menengah dahulu. Nama Sungai Mekong selalu disebut-sebut oleh cikgu dan juga terdapat dalam buku teks. Jadinya bila kita merancang untuk melawat Delta Sungai Mekong, saya sangat teruja. Akhirnya setelah berpuluh tahun ia diperkenalkan dalam perbendaharaan kata  saya, saya dapat melihat sendiri dan menyeberanginya. Saya beryukur yang teramat sangat kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya telah memanjangkan umur, memberi kesihatan dan rezeki serta peluang untuk saya menjejakkan kaki sampai ke sini.



Gambar 1: Ahli rombongan kami terdiri dari 3 dari Malaysia, 4 dari Filipina dan 2 dari UK. Kami menggunakan khidmat ejen pelancongan yang terletak sangat dekat denga hotel kami. Bayarannya cuma USD20 seorang. Saya rasa amat murah kerana ia termasuk bayaran perjalanan, makan minun, menaiki bot, kuda dan sampan sebagai satu pakej.


Gambar 2: Tempat persinggahan di pertengahan jalan untuk membasah tekak atau ke sungai kecil atau besar dan juga ada kedai menjual cenderamata. 



Gambar3: Saya teruja melihat jambatan yang merentasi Sungai Mekong ini yang ada iras-iras jambatan Pulau Pinang.

 

Gambar 4: Mula-mula saya ingatkan kapal besar itu yang akan kami naik. Rupanya perahu seperti di bawah. Cisss .. bedebah !


Gambar 5:  Perahu yang di kiri sekali itulah yang kami naiki untuk ke pulau-pulau di tengah Sungai Mekong.



Gambar 6: Walaupun sungai ini berkilometer lebarnya, tapi saya hairan tidak ada orang memancing atau memukat untuk menangkap ikan. Kata pemandu pelancong tiada ikan di dalam sungai sebesar ini kerana semuanya habis ditangkap oleh penduduk disebabkan ketiadaan makanan dan kemiskinan. Patutlah saya tak jumpa sebuah pun kedai pancing di Saigon. Nasib baik !

 

Gambar 7: Kilang membuat gula-gula kelapa. Tak ada seorang pun dari kami yang membelinya. Saya rasa geli untuk membelinya.

 

Gambar 8: Ini adalah di atas sebuah pulau di tengah Sungai Mekong. Banyak gerai menjual cenderamata yang kesemuanya buatan Vietnam. Tidak seperti tempat kita, kedai cendermata kita banyak juga menjual produk dari Indonesia, Thailand atau Filipina.


Gambar 9:  Setelah letih berjalan-jalan, kita berhenti di tempat ini membasahkan tekak sambil dihiburkan dengan nyanyian berkumpulan oleh penyanyi Vietnam.   Habis menyanyi mereka akan mengedarkan bakul untuk kita memasukan sumbangan.


Gambar 10: Kiranya lengkaplah kenaikan kami untuk sampai ke Vietnam. Dari rumah naik Estima saya, kemudian kapalterbang, kemudian teksi ke hotel, kemudian jalan kaki cari makan, kemudian naik van ke Sungai Mekong, kemudian naik perahu, kemudian naik kuda, kemudian naik sampan. Adapun naik sampan ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik yang  akan saya buat entri khas mengenainya nanti.


Gambar 11: Kita juga di bawa untuk singgah di Pulau Dua untuk makan tengahari.
(Nama Pulau Dua tu, saya main letak jer )


Berikut nikmatilan nyanyian lagu rap tradisional orang Vietnam seperti yang saya ceritakan di gambar No. 9 di atas.


Sebagai makluman kepada yang tidak dapat melihat dan mendengar video tersebut, lagu yang dinyanyikan mereka lebih kurang lagu "Biarlah Rahsia"  dendangan Dato' Siti Nurhaliza.

bersambung ..

.............................................................................................

Sub-Entry: Kereta Preve.

Che Ngang: Aku teringin nak pakai kereta Preve tu ..

Che Wel: Belilah kereta buatan Malaysia.

Che Ngang: Itu kereta buatan Malaysia lah tu ..

Che Wel: Ye ke .. aku ingatkan kereta Czechoslavakia tadi ...

36 comments:

  1. Apa maksud tersirat dek perkataan geli nak beli gula-gula kelapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang pekerja lelaki tu, selamba jer korek hidung dengan jari telunjuknya dan lepas tu ..

      Delete
  2. jauh betul dari biarlah rahsia. hahaha!!!

    memang logik la uncle perasan takde orang jual joran sebab uncle kaki pancing. kalau saya, takde org mancing kat sungai tu pun belum tentu saya perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh ke .. tapi liriknya biarlah rahsia sbb uncle pun tak faham.

      memang sejak dari rumah lagi dah ada niat nak beli pancing kalau murah .. tu sebab yg perasan sangat tu.

      Delete
  3. Bertuah sungguh tuan tanah dapat melawat serata dunia, dapat pulak naik macam2 pengangkutan dalam satu perjalanan..

    padanan tepat lagu tu dengan lagu Siti.. Makchaq memang tertanya2 apa yg dia dok kata.. he.. he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya sangat bersyukurkepada Allah dan juga kepada kerajaan malaysia.

      Delete
  4. Pakcik,

    Kenapa geli dgn gula2 tu? Cube cite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama seperti jawapan kepada Nieda iaitu ..

      Ada seorang pekerja lelaki tu, selamba jer korek hidung dengan jari telunjuknya dan lepas tu ..

      Delete
  5. kalau uncle tak nampak lelaki tu korek hidung, mesti uncle tak geli kan nak membeli? ahahahha...

    saya tak percaya langsung takde ikan dalam sungai yg besar tu..mesti ada punya..lain kali uncle datang, bawak pancing siap2..tau..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nampak, mungkin terbeli juga kot ..

      kalau ikan-ikannya sebesar jari kelingkin Ziyyad, kira tak ada ikanlah tu.

      Delete
  6. saya cuma tertanya2, kenapa tak bawak makngah sekali.. ke makngah tak nak ikut sebab nak main2 dengan cucu.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngahnya terpaksa berkorban kerana menjaga ayahnya yang perlu layanan ibarat kanak-kanak berusia 2 tahun di samping menguruskan dua orang anak yang masih bersekolah.

      Delete
  7. seronoknya dapat berjalan² macam ni.. hilang streesss...

    komen kat buah zaiton hitam tu pun masuk spam.. xtau pasal ape.. uncle nak follow sy tak blh pun sy tak tau pasal ape.. line internet tengah slow kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress memang hilang tapi letih pulak yang mendatang.

      nanti uncle cuba follow di lain masa.

      Delete
  8. gambar uncle berhenti minum tu.. seb bek lah uncle mention ada org menyanyikan lagu.. yg baju putih tuh kan? dia berdiri tegak dgn baju serba putih..sy tgk dah macam apa dah..hehee...igt hantu di waktu siang tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hantu cantik macam tu .. semua orang nak datang dekat. utk lebih jelas lihatlah video kat bawah tu.

      Delete
  9. nak cari makanan halal,sennag tak kat sana...?
    emm kalau saya ke tempat org,suka beli freeze magnet,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada masalah utk mendapatkan makanan halal.
      begitu juga fm boleh didapati bermacam2 rupa.

      ceritanya boleh rujuk kepada 2 entri saya yg terdahulu mengenai lawatan ke Saigon.

      Delete
  10. Haha...sub entry kereta preve...hampir tersedak saya dibuatnya!

    Pakngah, saya pun selalu tertanya-tanya macammana lah agaknya rupa delta sungai mekong tu.hanya ingat fakta masa belajar geografi dulu. kiri kanan sungai nya ada tak macam sungai2 kat malaysia ni, pakngah?

    layan jugak lah lagu vietnam tu...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tengok delta sepenuhnya payah juga kalau ikut darat. mungkin kalau naik heli boleh lihat dengan jelas kot. kiri kanan sungai tu lebih kurang samalah rasanya .. bezanya yang tinggal tepi sungai tu orang Vietnam.

      Delete
  11. tak tahulah siapa tiru siapa .. lain kali kalau ada kesempatan teringin nak lalu jambata ntu.

    ReplyDelete
  12. peehhhhhhhhh..

    mula2 tertanya2 knp uncle tak memancing.. rupanya sbb mereka dah sebat dahulu ikan2 dalam tu ya..
    tang perahu tu ayu gelak besar ya.. hahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banyak pun ikan, tak sempat juga hendak memancing kali ini .. tapi mungkin boleh datang khusus untuk memancing di lain kali.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. sedap betul lagu "biarlah rahsia" ..

    Siti pun tak leh cari makan ....

    Basikal belum naik uncle .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul .. basikal dan motorsikal belum naik lagi .. takut nak naik sebenarnya walaupun di sini banyak motorsikal untuk disewakan.

      Delete
  15. tak dapat dengar la lagu tu


    kan lawa pekerja yg bungkus gula kelapa tu Pak Ngah, ke yg berdiri tu yg buat onar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa pulak tak dapat dengar ?

      lelaki yang berdiri tu berada sesusah selesai pembungkusan .. tetapi yg saya maksudkan ialah dia yang berada di fasa pra-pembungkusan.

      Delete
  16. pengalaman yang sangat menarik bagi saya.....
    boleh ker naik kapal besar tu hanya dengan USD20?
    hehehe...sungguh besar jiwanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh naik dengan USD1 sahaja .. tapi tak bergeraklah .. hehe

      Delete
  17. Sallam Tuan Haji,

    Jauh berjalan luas pandangan,
    seronoknya dapat menyeberangi Sungai Mekong.
    Masa sekolah dulu saya ada menyimpan keinginan
    nak menengok sendiri Sungai Mekong yang kita
    belajar dalam Ilmu Alam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      alhamdulillah tercapai cita-cita saya. awak pulak bila nak pergi ? ada RM5 -6 ratus dah boleh pergi.

      Delete
  18. Salam,
    Nama yang betul bukanlah Pulau Dua.
    Hương Dừa atau disebut "hung yeua" bermaksud "Bau Kelapa"
    Mungkin pulau yg En. pergi tu, Ben Tre Island atau mungkin Unicorn Island

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih tentang penjelasan itu .. saya memang jahil sangat tentang hal ini .. maklumlah baru pertama lagi sampai.

      Delete
  19. salam..saya akan ke vietnam next month..tips terpenting saya dapat.. JGN BELI GULA2 KELAPA..hihihihi...tq ya.

    ReplyDelete

  20. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.