Gambar terbaru kami menghadiri kenduri kahwin pada hari Ahad lepas.
Hari ini (13hb. April) adalah hari lahir Makngahnya dan semalam hari lahir Kakngah anak kedua saya. Tapi saya anggap mereka berdua lahir pada hari yang sama. Saya pernah buat entri mengenainya di sini. Sempena dengan itu saya nak buat kontes sebagai kenang-kenangan. Tapi sebelum itu saya nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Kakngah dan Makngahnya. Semoga mereka berdua khususnya dan kita semua amnya diberikan Allah kesihatan yang baik agar dapat terus melaksanakan suruhanNya serta mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat kelak. Insya-Allah.
....................................................................................
Tugasan.
Sebutkan nama tempat di atas dan juga nama entri yang berkaitan. Senang kan ? Gambar tersebut pernah tersiar dalam salah sebuah entri saya sebelum ini. Walaubagaimana pun gambar itu telah saya crop (gunting) dari gambar asal, untuk menambahkan keseronokan meneka.
Terma dan Syarat (T&S).
1. Buat satu entri tentang contest ini dan linkkan ke blog ini,
1. Buat satu entri tentang contest ini dan linkkan ke blog ini,
3. Jawapan hendaklah diberi dalam kotak komen entri ini. Saya akan gunakan 'comment moderation' sehingga tamat kontes.
4. Mesti menjadi follower. Kalau belum, sila jadi follower dahulu.
Hadiah.
Hadiah wang tunai sebanyak RM100.00 disediakan. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih berdasarkan jawapan paling awal dan tepat.
Tarikh Tutup.
Tarikh tutup kontes ini adalah 3 hari dari hari ini.
Semoga berjaya dan terima kasih atas sokongan anda.Tarikh tutup kontes ini adalah 3 hari dari hari ini.
Selamat meneka dan semoga berjaya kepada mereka yang mengambil bahagian dalam kontes ini.
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun kelahiran buat makngah dan kakngah.
komen yang tak berupa jawapan saya lepaskan dulu ..
Deleteterima kasih atas ucapan itu .. semoga kakcik segera sembuh seperti sediakala. jangan culas makan ubat.
Selamat Ulang Tahun buat Mak Ngah dan kak Ngah ( ker saya tersilap sebab tarikh pada entri ni dah 15 april?)
ReplyDeletesaya tak layaklah nak masuk kontes sebab takder masa nak korek cerita lama...sebab syarat pemenang adalah berdasarkan paling awal dan paling tepat...kena cari masa nak korek dan sekarang ni pun saya sambil mengukus apam gula hangus heheehe..so memang tak sempat laa...
melepaslah seratus hinggit...
terima kasih. awak tak silap tarikh. tarikh itu saya buat 'post dated entry' ..
Deletenak masuk kontes ni, memang terpaksa korek cerita lama .. yang sebenarnya itulah tujuan saya buat kontes ini agar pembaca yang ingin turut serta, membaca entri2 lama saya.
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteNak ucapkan selamat hari lahir kepada 'Makngah' dan 'Kakngah', semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah dalam hidup.
Tuan, saya tak masuk contest yer.
alaikumsalam
Deleteterima kasih atas ucapan itu ..
tak masuk kontes pun tak mengapa .. saya sendiri pun tak mahu masuk kalau ada kontes macam ni. hehe
selamat ulangtahun Mak ngah dan kak ngah ...
ReplyDeleteMak ngah tetap gebu kannn .... bertuah badan ...
Saya baru sedaq ..... saya belum jadi follower... hehehe
betuah badan siapa ? hehe
Deleteterima kasih kerana sudi jadi follower .. saya pun ingat selama ini awak dah jadi follower.
selamat hari lahir buat mak ngah dan kak ngah..
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan itu .. saya terimalah bagi pihak mereka.
Deleteselamat ulangtahun buat wanita2 yang penting dalam hidup pak ngah
ReplyDeletesemoga mereka di rahmati di redhai dan diberkati olehNya di dunia dan akhirat amin......
amin .. semoga doa awak dimakbulkanNya.
ReplyDeletesapa nak join cepat cepat..yang ni tak payah isi borang atau beratur panjang2 tunggu giliran..
ReplyDeletesebenarnya nak terteka dah tadi..
tapi yang ini lagi susah .. macam2 syarat diletakkan oleh tuan tanah. heh
DeleteTahniah.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun utk ke2nya.
terima kasih bagi pihak kedua-duanya.
Deleteucapan selamat hari lahir terdahulu buat mereka berdua...jawapan akan menyusul..kena korek dulu lah..itu pn kalu jumpa..keh 28x.
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan itu dan juga kerana berniat untuk mengambil bahagian ..
DeleteIngin menghentam... harap-harap mengena..hehe
ReplyDeleteDi sebuah stadium atau Roman theater di Bosra, Syria.
larikkkkkkkkkkk :)
p/s: Selamat ulang tahun buat mereka yg berkenaan.. moga terus dipanjangkan usia dalam beribadat kepada Tuhan
sori Pak Ngah klu terkomen dua kali.. tadi dah komen, tp entah masuk ke tidak..
ReplyDeleteNida menghentam ye:
Disebuah stadium atau Roman theater di Bosra, Syria.
Pak Ngah ni link entrinya:
ReplyDeletehttp://ucualong.com/2012/04/13/marilah-masuk-kontes-keempat-anjuran-komensen-teka-kami-di-mana/
Pak Ngah abaikan komen saya sebelum ni.. ni baru betul2 nk menghentam:
ReplyDeleteJawapan:
http://al-lavendari.blogspot.co.nz/2010/08/terkenang-semasa-dulu-lawatan-ke-empat.html
Lokasi:
Di hospital di "Golan Heights, Damsyik
(gambar keempat: Kesan tembakan askar Yahudi memenuhi
dinding bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights".)
link blog saya:
http://ucualong.com/2012/04/13/marilah-masuk-kontes-keempat-anjuran-komensen-teka-kami-di-mana/
tahniah. jawapan awak betul dan awak orang terawal memberi jawapan yang betul. maknanya awak adalah pemenangnya.
DeleteNak teka tapi tak tau .. kta mana ni>???
ReplyDeletesaya kat Senawang .. hehe
Deletedah tahu jawapan nanti boleh masuk peraduan ni.. kena cari kat google ni..
ReplyDeletedengan itu saya anggap awak gagal mencari jawapannya .. hehe
DeleteSalam pak ngah..semoga mak ngah & kak ngahnya mendapat kebaikan di dunia & akhirat insyaallah..
ReplyDeletesaya nak cuba jawab lah.
1. nama tempat: Golan Heights, Syria
2. entry: http://al-lavendari.blogspot.com/2010/08/terkenang-semasa-dulu-lawatan-ke-empat.html
salam kembali.
Deletetahniah. jawapan awak betul. tapi Nida dah jawap dulu dgn betul. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengambil bahagian.
penambahan pada komen di atas:
ReplyDeletenama tempat:
Di sebuah hospital di "Golan Heights"
(Gambar 4 - Kesan tembakan askar Yahudi memenuhi
dinding bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights")
nama entri yang berkaitan:
TERKENANG SEMASA DULU 12 - LAWATAN KE EMPAT NEGARA DALAM TEMPOH DUA MINGGU ... ALA ALA JEJAK RASUL !
linknya:
http://al-lavendari.blogspot.co.nz/2010/08/terkenang-semasa-dulu-lawatan-ke-empat.html
link blog saya:
http://ucualong.com/2012/04/13/marilah-masuk-kontes-keempat-anjuran-komensen-teka-kami-di-mana/
puhhh..puhhh
Maaf kalau terkomen sekali lagi... internet saya ni mengong sikit hari ni..hehehe
ReplyDeleteada sedikit penambahan:
nama tempat:
Di salah sebuah hospital di "Golan Heights"
(Gambar 4 - Kesan tembakan askar Yahudi memenuhi
dinding bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights".)
nama entri:
TERKENANG SEMASA DULU 12 - LAWATAN KE EMPAT NEGARA DALAM TEMPOH DUA MINGGU ... ALA ALA JEJAK RASUL !
(http://al-lavendari.blogspot.co.nz/2010/08/terkenang-semasa-dulu-lawatan-ke-empat.html)
link blog saya:
http://ucualong.com/2012/04/13/marilah-masuk-kontes-keempat-anjuran-komensen-teka-kami-di-mana/
Salam perkenalan pakngah,
ReplyDeletejawapannya bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights" Syria dalam entri http://al-lavendari.blogspot.com/2010/08/terkenang-semasa-dulu-lawatan-ke-empat.html
join http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/marilah-masuk-kontes-keempat-anjuran.html
salam kembali.
Deletetahniah. jawapan awak betul. tapi Nida dah jawap dulu dgn betul. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengambil bahagian.
Selamat Hari Lahir Makngah n Kak Ngah..
ReplyDeleteSemoga mendapat kebaikkan dunia & akhirat
Amin...
amin .. terima kasih kerana turut mendoakan.
Deletesalam..
ReplyDeleteal-lavender dh follow blog kejora ker?
tak pe lah orang tak sudi kan..
dah follow .. terima kasih kerana mengingatkan.
DeleteSelamat diberkati wahai mak ngah k ngah. Sy teka main2 ajerler kat sini psl mls nk wat entry..boleh gitu? Haha.. Kt kota a famosa melaka tp sy tau jwpn neh salah..kui3
ReplyDeletejawapan tu salah .. tapi dekat2lah tempat tu. hehe
Deletetahniah. jawapan awak betul. tapi Nida dah jawap dulu dgn betul. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengambil bahagian.
ReplyDelete