Tuesday, April 13, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN IBU DAN ANAK ..!


  
Gambar 1: Isteri saya bersama doktor dan jururawat selepas melahirkan anak ke dua (kakngah). Gambar saya tak ada, sebab saya yang ambil gambar mereka !
Tapi saya yang tolong doktor potong tali pusat kakngah.
Nasib baik saya ada !


Gambar 2: Isteri saya semasa berumur 5 bulan
(maaf .. gambar kurang memuaskan, jangan betulkan komputer anda !)



Gambar 3: Kakngah semasa berumur 5 bulan
(posing pun macam emak dia)


Isteri saya di lahirkan pada 13hb. April di Malaysia. Dan Kakngah pula di lahirkan pada 12hb April, di Fairfax County Hospital, Virginia, USA.

Pada waktu kakngah dilahirkan, tarikh di Malaysia telah pun 13hb kerana kita cepat sehari. Maknanya Kakngah lahir pada 13hb kalau ikut tarikh di Malaysia. Makanya saya anggap mereka berdua ini lahir pada hari yang sama.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran kepada mereka berdua. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt jua.


Gambar 4: Makngah berkaraoke dalam salah satu majlis Puspanita.


Gambar 5: Gambar Makngahnya Dulu-Duluuuuuu !


Gambar 6: Akhirnya ... selepas ayah dia hampir sesak nafas !
(Dalam seminggu dah dua kali kakngah kena promosi)


Gambar 7: Yang ni tak pasti .. kakngah nangis ke ketawa !

96 comments:

  1. SALAM BANG, lawa eh lak makngah hai, patutlah pakngah terpikat !!

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut ulang tahun buat keduanya :D

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir untuk kedua2 insan tersayang dalam keluarga al-lavendari....semoga sentiasa ceria

    ReplyDelete
  4. ehhh. lupa plak. hepi besday makngah & kakngah. semoga diberkati sentiasa. aminnn...

    ReplyDelete
  5. wahhh. lawa ahh makngah tem muda2 sampai skrg. makngahhhh. share la rasier plisss...

    ReplyDelete
  6. Salam al-lavendari
    Seronok juga bila dibanding-bandingkan gambar ibu/ayah dgn anak-anak mereka. Mesti ada keserupaan. Bila ibu & anak sama tarikh lahir, boleh ke kurangkan belanja 'celebration' (tapi hadiah tak boleh kongsi ...)? Tahniah buat isteri & KakNgah serta sdra!

    ReplyDelete
  7. slmt ulng thn.. moga panjang umr murah rejekinya

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun kelahiran utk kakngah & ibunya! smg berbahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
  9. selamat menyambut ulang tahun buat ibu da anak..semoga kesuanya diberkati yang maha esa..

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Hamzah,

    wah lawa mak ngah nya masa muda, bergaya patutlah pak ngah tergoda, hehehe. Bila kenang cerita lama2 memang nostalgia sungguh. Tu yg bagusnya kalau ada blog ni , boleh berkongsi suka/duka kita bersama org lain. Selamat Hari Lahir buat mereka berdua.

    ReplyDelete
  11. tuan haji, memang mak haji dan kak ngahnya seiras la...tahniah...:-)

    ReplyDelete
  12. Daun Bidara

    Memang nostalgia dan juga menginsafkan betapa sukar dan sakitnya melihat orang bersalin. nasib baik lelaki tak kena mengandung !

    ReplyDelete
  13. anif®

    kelawaan tak kekal lam nif ..tapi ada faktor lain !

    ReplyDelete
  14. annie

    eh lambat awak tidur ? makngahnya pun terpikat dengan pakngahnya ! hehe

    ReplyDelete
  15. sonata anak kancil

    terima kasih atas ucapan tersebut. syukur kepada Allah.

    ReplyDelete
  16. Tijah 1 @ 2

    terima kasih atas ucapan dan pujian. rahsia makngahnya lawa sampai sekarang ialah tak lain dan tak bukan kerana dia mendapat seorang suami yang mithali !!!

    ReplyDelete
  17. Abang Temuk

    Salam kembali bang. Terima kasih atas ucapan. Keserupaan ada dan tak serupa pun ada. Contoh, emaknya pandai masak, anaknya .. belum pandai lagi. Tentang hadiah, dah selalu dapat, tak kira masa.

    ReplyDelete
  18. maiyah

    terima kasih atas ucapan dan doa awak. moga suami dan ayahnya juga morah rejekinya !

    ReplyDelete
  19. Nadiah Sidek

    Terima kasih atas ucapan dan doa dari Nebraska, USA !

    ReplyDelete
  20. kak Erna

    Terima kasih atas ucapan dan doa kak Erna itu !

    ReplyDelete
  21. selamat menyambut hari lahir untuk kedua duanya .

    ReplyDelete
  22. strategi apa pakngah guna pikat makngah...bukan senang tu!!

    ReplyDelete
  23. Aidah

    Salam kembali. Terima kasih atas ucapan. Tapi ada juga orang yang malu2 nak kongsi cerita mereka. tak apalah ikut keselesaan masing2 kan !

    ReplyDelete
  24. Pok Li

    Terima kasih kerana turut serta memberi ucapan.

    ReplyDelete
  25. ONE ZABA

    Terima kasih. Ya minta-minta selamat semua hari dan selamat hari-hari !

    ReplyDelete
  26. endiem

    terima kasih atas ucapan awak tu. dia orang pun baca ni !

    ReplyDelete
  27. abu muaz

    tak ada apa-apa strategi nak pikat dia. tak susah pun sebab saya rasa dia pun terpikat dengan saya ! hehe

    ReplyDelete
  28. wahh.. Glamer Mak Ngah & Kak Ngah !

    Saya pasti kedua-duanya mesti terharu mendapat liputan besar-besaran .

    Tuan happy.. Mak / Kak Ngah happy..
    saya pun happy !

    ReplyDelete
  29. selamat ulang tahun..

    moga dua2 nya sihat dan bahagia sentiasa..

    untuk uncle juga :)

    ReplyDelete
  30. seandainya makngah tak lawa...... apakah......

    ReplyDelete
  31. rasa macam tak sedar masa telah jauh beredar meningalkan kita bersama kenangan....selamat ulang tahun untuk ibu dan anak

    ReplyDelete
  32. pergh...gambor zaman dulu2..
    nostalgia nye..

    gambor bawah sekali : tu la tangisan dalam ketawa...

    ReplyDelete
  33. Selamat ulangtahun kepada Makngah & Kakngah!! semoga Panjang umur... 1st time saya komen kat blog Pakngah (boleh ke panggil Pakngah?)...
    Makngah memang lawa.. dah ada cucu pun masih lawa.. hihihi

    ReplyDelete
  34. selamat ulangtahun untuk keduanya....

    moga bahagia selalu hendaknya....

    both are soo sweet....

    ReplyDelete
  35. Wanita Mutalib

    terima kasih kerana memasukkan uncle juga dalam ucapan dan doa awak !

    ReplyDelete
  36. LiNda

    terima kasih dan kita sama-sama happy !

    ReplyDelete
  37. munirah

    soalan yang berbentuk andaian ini memang susah untuk di jawab .. tapi saya jawab beginilah. ramai lagi orang yang lebih lawa dari dia pada masa itu, tapi ...

    ReplyDelete
  38. abu muaz

    dia kata ya ! terima kasih kerana sudi ziarah kali ke dua.

    ReplyDelete
  39. mamai

    memang benar kata awak .. rasanya masa tinggal sedikit sahaja lagi untuk membuat persediaan untuk ke sana.

    terima kasih atas ucapan awak itu.

    ReplyDelete
  40. Hidier

    nasib baik gambar hitam putih tu dapat di selamatkan w'pun dah agak teruk. gambar bawah sekali tu, boleh juga di katakan ketawa dalam tangisan. anak orang tertentu sahaja yang boleh buat ! hehe

    ReplyDelete
  41. Ekin

    Boleh beritahu pakcik, ni Ekin yang mana satu ? saya seronok awak panggil pakngah. terima kasih kerana terbuka hati untuk buat komen kali pertama.

    awak puji sangat makngahnya tu tentulah suami dia pun tumpang rasa seronok !

    ReplyDelete
  42. Ain

    One is sweet and the other one is still sweet ! nanti kena kencing manis pakngahnya ..

    ReplyDelete
  43. Dah berbulan saya follow blog Pakngah, blog yang buat saya selalu tersenyum sorang2.. Eh, kan Pakngah follow blog saya juga.. ramainya Ekin sampai x ingat..
    Ye.. cantik si isteri itu mesti tgk pada suami dia.. kan?

    ReplyDelete
  44. Ekin

    Ini Ekin dari blog "From Time To Time" tu ke ? tapi kenapa bila klik pada nama, keluar pulak tulisan "Profile Not Available".

    Maaf tak perasan, tu lah lain kali selalu2lah komen !

    Sebenarnya anak sdr saya juga ada nama ekin, ingatkan dia tadi !

    ReplyDelete
  45. Ya Pakngah.. saya la tu.. hihi.. Ha'ah.. glamer nama ekin ni... tapi saya bukan bini Mawi ye!!
    Ok.. pasni saya akan selalu komen..

    ReplyDelete
  46. Selamat hari lahir to both Mak Ngah and Kak Ngah. Saya pun Angah juge! heehhehehehehe

    ReplyDelete
  47. Ekin

    setel dan t.kasih atas janji tu.

    p/s: Ekin bini Mawi tu tak berapa lawa sangat!

    ReplyDelete
  48. Angah Naizaf

    Terima kasih atas ucapan itu. Oh bulan mana bintang .. oh tuan mana lama hilang ?

    ReplyDelete
  49. Tijah 1 @ 2

    terima kasih atas ucapan dan pujian. rahsia makngahnya lawa sampai sekarang ialah tak lain dan tak bukan kerana dia mendapat seorang suami yang mithali !!!

    ______________

    arrghhhh! saya tak bleh terima stetmen tang mithali innniiiiiii. takde kena mengena ye bang. hahahaha

    ReplyDelete
  50. Tijah 3

    kadang-kadang kebenaran itu memang pahit untuk di terima "but the truth will prevail".

    kalau sendiri tak puji, usah harap orang nak puji. tengok semua komen tu, rata-rata puji makngah dan kakngahnya saja. tapi abang kombang jugolah bila orang puji bini dan anak abang !

    ReplyDelete
  51. Tijah 3

    kadang-kadang kebenaran itu memang pahit untuk di terima "but the truth will prevail".

    kalau sendiri tak puji, usah harap orang nak puji. tengok semua komen tu, rata-rata puji makngah dan kakngahnya saja. tapi abang kombang jugolah bila orang puji bini dan anak abang !

    ReplyDelete
  52. Salam hari jadi kat mak anak PakNgah n anak isteri En. Hamzah...


    KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - APRIL

    1.Sangat aktif dan dinamik
    2.Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
    3.Sangat menarik dan pandai manjakan diri
    4.Punya daya mental yang sangat kuat
    5.Suka diberi perhatian
    6.Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
    7.Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
    8.Sangat ber...ani dan tiada perasaan takut
    9.Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
    10.Emosi cepat terusik
    11.Try control the emotion
    12.Kecenderungan bersifat dendam
    13. Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
    14.Kuat daya ingatan
    15.Gerak hati yang sangat kuat
    16.Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
    17. Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
    18. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


    p/s: Ikan emas pun tgh fikir nak mintak hadiah apa...kira ari ni

    ReplyDelete
  53. May Allah bless u both & may happiness be with u always. Amin

    ReplyDelete
  54. Cantiknya MAK dan ANAK.. sungguh cantik...

    Selamat Ulangtahun Kelahiran buat mereka berdua...

    ReplyDelete
  55. Selamat hari lahir untuk Mak Ngah dan anak Mak Ngah..panjang umur murah rezeki..aminnn!

    ReplyDelete
  56. salam,
    amboiiiiiiiii makngah dgn kakngah ya
    hepy besday..

    huhu

    ReplyDelete
  57. ikan emas

    tergeliat otak saya membaca komen awak ! apa-apa pun terima kasih atas ucapan dan usaha awak menyenaraikan 18 sifat manusia April tu .. ada betul dan ada juga yang tak betul !

    ReplyDelete
  58. azieazah

    terima kasih atas ucapan dan pujian. syukur, itu semua kerja Allah.

    ReplyDelete
  59. Finaz

    terima kasih atas ucapan dan doa awak itu. amin.

    ReplyDelete
  60. relevan

    terima kasih atas ucapan dan doa awak. amin. tapi sampai hati awak .. pakngah langsung tak wujud !

    ReplyDelete
  61. blueCITY

    Salam kembali. terima kasih. tapi untuk apa amboiiiiii yang panjang sangat tu "

    ReplyDelete
  62. Oh bulan di mana bintang,
    Bukan hilang tapi di Parcel D juga datang!

    ReplyDelete
  63. c0mel gamb0 kakngah yg last tu..
    da nak kawen da dia..

    selamat hari lahir untuk dua-dua

    ReplyDelete
  64. ok la. ok la. kasi can la sekali ni je taw. hahahahaha...

    ReplyDelete
  65. amboi..sampai dua kali kakngah kena promote dengan ayah...jeles..jeles...hnfsssss...

    ReplyDelete
  66. sharamli

    masa kecik semua budak2 comel ! awak pun comel sampai ke besar .. terima kasih atas ucapan selamat tu !

    ReplyDelete
  67. hepy besday to wife & anak en hamzah... semoga mereka sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  68. Tijah 4

    t.kasih, nanti boleh belanja cendol bas sten pilah !

    ReplyDelete
  69. ayong

    ni hari dia .. bukan orang lain pun !

    ReplyDelete
  70. selamat menyambut ulangtahun 2 both of them..;-) semoga pnjang umur, murah rezeki & berbahagia hendak nya.

    urm..pic last..kak ngah ketawa dalam menangis kot...hehe.

    ReplyDelete
  71. Cantiknya Mak Ngah... pandai Pak Ngah meng'ayat' Mak Ngah ye..hehe

    ReplyDelete
  72. Selamat ulang tahun utk ibu n anak.....sronoknya dpt sambut besdy brsama....semoga kebahgiaan brkekalan selamanya....

    ReplyDelete
  73. hajarus

    t.kasih atas ucapan dan doa hajar !

    ReplyDelete
  74. siti murni ishak

    t.kasih atas ucapan dan doa siti. gambar last tu .. 2 dalam 1 !

    ReplyDelete
  75. Nida

    tak tahu lah siapa yang meng'ayat' siapa pada masa itu .. hehe !

    ReplyDelete
  76. nza

    terima kasih atas ucapan itu. saya pun tumpang seronok juga, tak tahu kenapa ?

    ReplyDelete
  77. Salam..
    Selamat ulang tahun buat keduanya..

    saya terpaksa tutup blog saya dan buka blog baru.. linkkan lah blog baru saya http://duniacik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  78. salam singgah dan baca ... selamat hari lahir

    ReplyDelete
  79. shaniza

    terima kasih atas ucapan .. saya dah pun link ke blog baru awak !

    ReplyDelete
  80. brutalsolo

    t.kasih kerana singgah .. menarik nama tu ! tak nak berduet ke ?

    ReplyDelete
  81. sungguh jeliter uoolss, hepi besday

    salamm

    ReplyDelete
  82. tunbegia

    salam kembali dan terima kasih singgah !

    ReplyDelete
  83. semalam dah baca pakai blackberry tapi susah nak tulis komen sebab kekuncinya kecil.

    Gambar no 2 dan 3 tu gambar separuh bogel tu bang!


    Larikksssss

    ReplyDelete
  84. YB

    tu sebab saya malas beli blackberry .. !

    ttg gambar tu, betul awak cakap .. jadi kenapa lari ?

    ReplyDelete
  85. semoga selamat didunia dan di akhirat
    amin...

    ReplyDelete
  86. sayangsayangibu

    terima kasih atas ucapan dan terima kasih juga kerana sudi ziarah walaupun saya dah buat cerita baru !

    ReplyDelete
  87. Cantik isteri awak Encik Hamzah...Kirim salam kat dia.

    ReplyDelete
  88. kamariah

    t.kasih atas pujian. nak buat macam mana .. dah nasib saya agaknya !

    ReplyDelete
  89. Saya lari sebab saya ni lelaki pemalu hehehe

    ReplyDelete
  90. Yelah! makngah dulu lawa...

    Suami saya tak berani nak potong tali pusat anak tu masa midwife suruh...:)

    PakNgah Hamzah beranilah!!

    ReplyDelete
  91. comel kak ngah tawa dalam tangisan dan makngah tetap anggun. berapa tali pusat yang dah jaya pakngah potong? unik tarikh lahir yang beza tapi menjadi sama mengikut waktu setempat. terimakaseh kerana membenarkan saya menyinggah walau saya tanpa cerita untuk dibaca dan rupa untuk dikenali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma satu sahaja kerana di tempat lain saya tidak dibenarkan berbuat demikian.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.