Sunday, April 25, 2010

ALANGKAH BAGUSNYA KALAU DAPAT BUAT MACAM NI SELALU ...!


Hari ini penduduk Hulu Selangor memilih YB yang baru.

Alangkah bagusnya kalau pilihanraya kecil ni dapat di buat selalu. Kalau boleh setiap bulan ... bergilir-gilir dari satu kawasan Parlimen ke satu kawasan Parlimen yang lain. Adapun sebab-musabbabnya saya berkata demikian adalah kerana:


- kalau dulu tak ada duit, masa ni duit berlebih-berlebih,
- kalau dulu tak boleh buat, masa ni semua dah boleh buat,
- kalau dulu lambat, masa ni semua berdesup,
- kalau dulu orang tak kisah, masa ni semua orang dah kisah,
- kalau dulu orang tak pandang, masa ni semua orang
berebut-rebut nak pandang,
- kalau dulu orang tak hairan, masa ni semua orang hairan (saya pun hairan),
- kalau dulu tak ada masa, masa ni tetiba jer lapang,
- kalau dulu berlubang-lubang, masa ni dah habis rata,
- kalau dulu .......... (sila sambung sendiri)




p/s: tak sangka Yunus Badawi ada kedai gambar !

64 comments:

  1. Salam pagi Ahad bang.

    YB bukan setakat ada kedai gambar tapi kedai kasut pun banyak. Merata ada. hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya dah lama berhajat kalau diadakan pilihanraya kecil di kawasan saya ni. Selain dari perkara2 yg abg cakap tu, sudah tentu kawasan saya ni jadi femes.

    ReplyDelete
  3. Harharhar!..

    ...kalu dulu susah nak dapat belanja, sekarang ni ramai yg murah hati nak belanja makan...

    ...kalu dulu asyik pakai tshirt yg sama, skang ni, selalu dapat t-shirt percuma...

    ReplyDelete
  4. Macam pasangan belum kahwin, semuanya baik belaka. Dah kahwin nanti.... belum tahu lagi

    ReplyDelete
  5. kalau dulu dua, kini tambah satu lagi senyap2 sampai media bongkar hehehehe.......

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu ...

    Eh..awak siapa ? Saya siapa ?

    Sekarang...

    Kita 1 Malaysia !

    ReplyDelete
  7. Kalau dulu geli nak bersalaman.. sekarang siap berpeluk-pelukan...

    ReplyDelete
  8. kalau pilihanray hari2 seronok lah kawasan ygterlibat!

    macam ada offer! nak buat itu.. nak bagi ini

    ReplyDelete
  9. maknanya kena sentiasa berdoa supaya wakil rakyat kat kwsn kita pendek umur aa.hehe

    ReplyDelete
  10. saya sokonggggggg!!!

    kalau tiap2 bulan dorang buat pilihanraya, insyaallah nasib rakyat pasti terbela.....

    uncle tau tak, saya ingatkan pilihanraya tu semalam, beria la bukak tv, bukak tenet nak tengok keputusan siapa yang menang.....hahahha

    ropenya hari ni baru orang sibuk nak gi buang undi.....

    ni la bahananya malas baca paper ngan tengok berita.....

    ReplyDelete
  11. kalau dulu baju umno..
    sekarang dah baju pkr


    .....ehhh silap,
    dulu baju pkr...sekarang baju umno

    confuse den!!!

    bukan m a m a i tapi dah... INSAF
    bukan b. r .u. t .a. l tapi dah...SAYANG !...


    ...cuba fikir , sian kat pak sedaro den kat sg buaya tuu...dulu depa la memula dok berangan jd jutawan....15 thn nungguUUUUU ,,,nak tanya ni ,dulu sape yg memerintah.....
    pak sedaro pun dah meninggal

    ReplyDelete
  12. Saya pun hairan jugak... Tapi rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  13. salam tuan,
    tepat 100%. tapi kalau stakat janji (belum bagi), alamatnya selepas pilihanraya wal hasil balik asal... :)

    smoga yg spatutnya menang akan menang!

    ReplyDelete
  14. betul en hamzah
    ambil giliran buat pilihanraya bulanan

    ReplyDelete
  15. nak tulis lagi boleh ??

    ..kalaulah senawang ada prk..

    En.Lavender leh jd calon n Ikan emas tawar dr jd campain manager

    ...boleh mintak macam-macam

    ReplyDelete
  16. setuju la bro elok la ada pilihan raya selalu kita bahagia

    ReplyDelete
  17. tuu laa...masin tulisan Mr Komensen ni..


    haaa..
    lepas ni p Kota DamanSara pulak....ada hati nak jadi calun??

    ReplyDelete
  18. kalau dulu hamba beli suratkhabar Malaysia nak tahu berita..
    tapi kini hamba baca ikut online je ler

    kalau dulu boleh tengok lintas langsung
    tapi kini kena tengok ikut berita tv3 online yang semalam punya je ler...

    ReplyDelete
  19. TUAN2 DAN PUAN2 SEKELIAN.

    SAYA AMAT LETIH SEKARANG NI. SAMPAI RUMAH TADI SUDAH HAMPIR JAM 7 PTG ... SELEPAS SEHARIAN BERADA DI KL. ESOK SAYA AKAN KELUAR STESYEN ARAH SELATAN UNTUK MENCARI SESUAP NASI. BALIK NANTI SAYA JAWAP KOMEN TUAN/PUAN SATU PERSATU.

    DALAM PADA ITU KEPADA PENGUNJUNG YANG BARU, SILAH TINGGALKAN KOMEN ANDA. NANTI SAYA BALAS.

    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  20. Semoga encik selamat pergi & selamat balik.
    kalu boleh carilah 2,3 suap nasi lagi,bleh la saya menumpang barang sesuap dua.hehe.. :D

    ReplyDelete
  21. ...seganlah dah nak datang selalu!








    :(

    ReplyDelete
  22. dulu..kini & selamanya..betul la tuan haji..klu berpeluang PRK kat tempat sy..nak mintak bakal YB upgade PA sistem surau kami hehehe...

    ReplyDelete
  23. Betul tu Pakngah.. saya tengah tunggu PRK kawasan Batu pulak.. macam2 nak mintak nih... nak tunggu PRU lambat laie...Padahal saya x register jadi pengundi pun.. ekekekeke. Pakngah nya kemana? Bz berkempen ye?

    ReplyDelete
  24. btol tue.....time pilahanraya suma dapat....tp lepas tue jgn harap lagi...hehehehe

    ReplyDelete
  25. taknak lah PRK..
    penat tengok orang bergaduh,fitnah,umpat,caci dll..
    rosak minda ku ini..

    ReplyDelete
  26. kalau dulu
    sorang
    kini berdua
    kalau dulu berdua
    kini ber enam
    hehehehee...
    sya lah itu

    maaf komen tiada kena mengena dengan en3 tuan rumah, sbb sekadar ingin menyampuk saje :)

    ReplyDelete
  27. Tak payah keluar stesen nak cari sesuap nasik. Ada banyak kat rumah abg tu hehehe

    Hari ni letih lagi ke bang?

    ReplyDelete
  28. pakcik, CP pun tak sangka YB ada kedai gambar.. senyap2 je dia x nak bgtau.. ni mesti x nak CP minta diskaun ni huhu

    ReplyDelete
  29. ABU MUAZ

    BENAR ! LAIN HULU LAIN PARANG ..

    ReplyDelete
  30. YUNUS BADAWI

    HEBAT AWAK. KEDAI KASUT YB TU KALAU TAK SILAP "YE BENG" KAN ?

    ReplyDelete
  31. YUNUS BADAWI 2

    SAYA JUGA KALAU ADA PRK KAT SINI, NAK MINTA LAMPU JALAN KAT DEPAN RUMAH. BIAR TERANG BENDERANG !

    ReplyDelete
  32. AZIEAZAH

    KADANG2 ADA WAKIL RAKYAT LEBIH BERJASA BILA DIA DAH MATI BERBANDING SEMASA HIDUP !

    ReplyDelete
  33. ZOOL@TOD

    KALAU BERKAHWIN BOLEH JUGA BERCERAI ATAU MENUNTUT FASAKH, TAPI DALAM KES INI TERIMA SAHAJALAH SEHINGGA ADA PRK LAGI ATAU PRU.

    ReplyDelete
  34. XIIINAM

    KALAU CIKGU SEGAN, ANAK2 MURID YANG LAIN, LAGI SEGAN !

    TAK USAHLAH SEGAN-SEGAN .. FEEL FREE TO DROP BY ANYTIME !

    ReplyDelete
  35. AL-MANKARAQI

    NI CERITA SIAPA PULAK NI ? SIAPA YANG TAMBAH LAGI SATU ? TOLONGLAH CERITA !

    ReplyDelete
  36. LINDA

    KALAU DULU SATU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KINI SATU MALAYSIA !

    ReplyDelete
  37. KAKCIKSEROJA

    BERPELUKAN NI SAMA SEJENIS KE BERLAINAN JENIS KAKCIK ?

    ReplyDelete
  38. SL TEDI

    HARI-HARI TAK BOLEHLAH .. NANTI TAK JADI KERJA PULAK PAK MENTERI2 KITA. SEBULAN SEKALI OK LAH KOT !

    ReplyDelete
  39. MRPENYUBIRU

    TAK BAIK LAH BERDOA SUPAYA ORANG PENDEK UMUR .. BAHKAN BERDOA SUPAYA MEREKA PENDEK AKAL PUN TAK BAIK !

    ReplyDelete
  40. AIN

    BIASALAH TU .. SEBAB KITA BUKAN ORANG POLITIK !

    ReplyDelete
  41. IKAN EMAS

    KALAU TIDAK MASA TU AWAK DAH JADI ANAK SAUDARA JUTAWAN LAH YE ! TAK ADA JOKI (REZEKI), NAK BUAT MACAM MANA !

    ReplyDelete
  42. AIDA ALI

    BETUL .. MUSUH JANGAN DI CARI !

    ReplyDelete
  43. PIEWAHID

    HARAP2 JANJI JANGAN TINGGAL JANJI. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERTANDANG DAN MEMBERI KOMEN BUAT KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  44. AKLCITIZEN

    ITU CUMA ANGAN-ANGAN SAYA SAHAJA, TAK MUNGKIN MENJADI KENYATAAN KECUALI ADA KEMATIAN DSBNYA.

    ReplyDelete
  45. IKAN EMAS

    ELOK JUGA CADANGAN TU .. KITA NAK TUBUH PARTI BARU KE ?

    ReplyDelete
  46. MAMAI

    KALAU SETUJU, APA KITA NAK BUAT SUPAYA PILIHANRAYA DAPAT DIADAKAN SELALU.

    ReplyDelete
  47. IKAN EMAS

    ENTRI KALI NI AWAK BUAT REKOD SENDIRI. DAH TIGA KALI MASUK. TERIMA KASIH SEBAB SAYA BANYAK DAPAT DUIT TOL.

    APA HAL PULAK YB KOTA DAMANSARA .. HEBAT RISIKAN AWAK !

    ReplyDelete
  48. NIDA

    ITU KIRA SUDAH BAGUS JUGA. TAK LAH KETINGGALAN SANGAT. TAPI ADA ORANG KAT SINI, TAK PERASAN PUN HARI APA PRK ITU DI ADAKAN. JANGAN MARAH AIN, PAKCIK GURAU JER.

    ReplyDelete
  49. MRPENYUBIRU

    AWAK NI MEMANG KELAKAR LAH .. TAK TERFIKIR PUN DEK SAYA AWAK NAK KOMEN MACAM TU.

    ReplyDelete
  50. SAHROMNASRUDIN

    PERMINTAAN AWAK TU KECIK SANGAT, ALANG-ALANG MINTALAH BUAT MASJID BARU !

    ReplyDelete
  51. EKIN

    LEPAS NI MESTI DAFTAR DAN MENGUNDI .

    SAYA ARAH KE SELATAN, SEDANGKAN PRK TU DI UTARA. NAK KEMPEN APANYA !

    ReplyDelete
  52. JEDI

    TU SEBAB PULUN BETUL2 MASA TU. DENGARNYA ADA ORANG SEWAKAN RUMAH SAMPAI RIBU-RIBU DALAM TEMPOH DUA MINGGU SAHAJA !

    ReplyDelete
  53. HIDIER

    BENDA TU TAK DAPAT DIELAKKAN .. LAINLAH KALAU KITA KEMBALI MENJADI NEGARA BERAJA MACAM ZAMAN HANG TUAH DAHULU.

    ReplyDelete
  54. SAYANGSAYANGIBU

    TAHNIAH KERANA MENJADI INSAN YANG SUBUR DAN PRODUKTIF.

    LAIN KALI MENYAMPUKLAH LAGI ! HEHE

    ReplyDelete
  55. YUNUS BADAWA

    EH.. AWAK MASUK BALIK. TERIMA KASIH. OK LAH SAYA TUKAR. SAYA KELUAR STESYEN UNTUK MENCARI SERINGGIT DUA. OK.

    ReplyDelete
  56. CHE'PIT

    YB TU BUKAN SETAKAT ADA KEDAI GAMBAR, KEDAI KASUT PUN KATANYA MERATA-RATA !

    ReplyDelete
  57. Salam bang,
    Kalau setakat nak lampu depan rumah tak payahlah tunggu PRK. Call aje TNB mereka akan pasang. Cuma setiap bulan kena bayar RM10 hehehe

    ReplyDelete
  58. YB

    SAYA BUKAN SAYANG DUIT RM10 TAPI CEMBURU TENGOK JIRAN YANG PASANG DUA LAMPU PADA SATU TIANG DEPAN RUMAH DIA. MENTANG2 LAH DIA SOMEBODY!

    ReplyDelete
  59. Politik Masa Kini
    Duit Menjadi raja
    HilanG Harga Diri
    Sebab Gila Kuasa

    Dlm Jangkamasa Yg Pendek tu semua mereka boleh lakukan...berthn2 rakyat menunggu sedikitpon mereka tak heran...Politik penuh licik..Lambang Penuh Simbolik..tp Timbangan selalu tergelicik..Hmmmmmm..

    ReplyDelete
  60. EYE_NEE

    SAYA KAGUM DENGAN KEPANDAIAN AWAK MENGOLAH KATA2 UNTUK MENJADI SELOKA YANG PENUH BERMAKNA.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN ENTRI INI.

    ReplyDelete
  61. betul 3X..setuju sgt....ttp janji yg dh dibuat tu kena la tepati..jgn tunggu smpai nk mengundi baru nmpk batang hidung tu...lagi......

    ReplyDelete
  62. NZA

    MEMBACA KOMEN AWAK MENGINGATKAN SAYA KPD LAGU "JANJI" SEPERTI LIRIK DI BAWAH:

    Janji

    Mengapa kau lupakan (2x)
    Janji yang kau berikan
    Janji yang ku harapkan
    Siang ku nantikan
    Dan malam aku mimpikan
    Mengapa kau lupakan
    Oh...oh... oh sungguh kau tak pandai menimbang rasa
    Kerana janjimu diriku tersiksa (2x)

    Sungguh kau tak fikirkan
    Betapa ku derita

    Mengapa kau lupakan (2x)
    Janji yang kau berikan
    Janji yang ku harapkan
    Siang ku nantikan
    Dan malam aku mimpikan
    Mengapa kau lupakan

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.