Monday, April 5, 2010

JANGAN INGAT UMUR 56 TAHUN TU DAH TUA SANGAT !


Nenek 129 tahun manusia tertua.

Umur saya sekarang sudah 56 tahun. Orang kata dah tua.  Saya pun rasa begitu juga. Tapi bila tengok nenek seperti gambar di atas telah berusia 129 tahun, saya terus rasa  muda. Bahkan rasa terlalu muda. Mana tidaknya, umur dia 73 tahun lebih tua dari saya. Kalaulah saya dapat hidup sampai 129 tahun, bermakna saya ada 73 tahun lagi untuk hidup.

Di masa tu Sharamli sudah pun berumur 93 tahun ... Tak jauhlah beza umur kita kan !

Tetapi bila membaca berita arwah Yanie (peserta program Mentor) meninggal pada usia 25 tahun dan di susuli dengan arwah Din Beramboi pada usia 43 tahun, saya segera sedar bahawa  saya juga boleh di jemputNya pada bila-bila masa. Kalau nanti saya tidak membuat entri dalam seminggu dua tanpa apa-apa pesan sebelumnya, mungkin juga saya sudah mengikut jejak langkah mereka berdua.

Maka oleh hal yang demikian:

1. Kepada yang sudah berumur, jangan padamkan semangat untuk mencuba sesuatu yang baru. Jangan ada istilah sudah terlewat untuk memperbaiki diri, menuntut ilmu atau mencari rezeki dengan alasan "aku sudah tua, tak lama lagi nak mati  ..!

2. Kepada yang masih muda (atau rasa masih muda) jangan ada istilah masih awal  untuk membuat sesuatu kebaikan samada kepada keluarga, agama dan bangsa dengan alasan "aku muda lagi, lambat lagi nak mati ...!

Kesimpulannya, yang muda harus tanpa berlengah menyediakan bekalan untuk ke sana .. apa lagi yang tua,  kerana Allah boleh memanggil kita pada bila-bila masa tak kira di usia berapa. Tiada siapa yang boleh menolaknya. Tidak akan tercepat walau sesaat dan tidak juga terlambat barang sesaat.

Tiada siapa menjangka dalam gelak ketawa kita melihat telatahnya menjadi juri rancangan Raja Lawak dan mendengar lakonannya dalam program "drama sebabak" di radio tiba-tiba dia telah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

p/s: Dan jangan ingat umur 56 tahun tu dah tua sangat tau !!!

69 comments:

  1. ingat 5 perkara..sebelum 5 perkara..
    sihat sebelum sakit..muda sebelum tua..kaya sebelum miskin..(yang dua lagi minta tuan haji tambah erk?) heheheh

    ReplyDelete
  2. Owhhh Tuan...

    saya tahu !

    memang dah tahu !

    dan sememangnya tahu !

    umur 56 taklah tua sangat.

    So,

    Tak perlulah nak ingatkan 2-3 kali okeh .


    Saya tahuuuuuu....


    (al-fatihah utk Yanie dan Din Beramboi )

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan "entry" ini :D

    ReplyDelete
  4. Hmmm.. kalau macam tu.. belum masuk 50 tahun.. masih mudalah kiranya, kan? :)

    ReplyDelete
  5. sahromnasrudin

    pesanan itu adalah pesanan yang terbaik untuk kita semua. kalau semua orang boleh mengingati dan mematuhinya, aman dunia akhirat !

    ReplyDelete
  6. LiNda

    saya tahu yang awak tu tahu
    tapi saja nak bagi tahu selau
    mengingatkan diri akan timbangan
    sama berat kiri dan kanan !

    ReplyDelete
  7. anif

    terima kasih. tapi saya tak dapat nak taip huruf "R" dalam bulatan selepas nama awak tu!

    ReplyDelete
  8. kakcikseroja

    tentunya .. Tun Dr M mula jadi PM pada umur dia 55 tahun dan hingga sekarang dia masih lagi menyumbang bakti kepada negara dan dunia !

    ReplyDelete
  9. Benar BANG.. terimakasih berpesan-pesan.

    Sesungguhnya hidup insyaAllah, mati itu pasti..

    ReplyDelete
  10. yela2..pakcik muda lagik...

    eh..93 tu still muda jgk kan..hehehe...

    mari sama2 tingkatkan amal ibadah kita sbb kita taktau kita akan hidup samapi bila.. dan patut bersyukur kita masih bernyawa untuk pagi ini...

    ReplyDelete
  11. Oh rupanya jarak umur saya sama abg Hamzah hanya 10 tahun saja..ini bermakna kita masih muda lagi ye abg Hamzah.. tak gitu Finaz?..

    ReplyDelete
  12. Oh huruf inikah ®? Mudah untuk membuatnya cuma tekan Alt key (jangan dilepas) kemudian dibahagian Num Lock tekan 0 (sekali) diikuti dengan 2 (empat kali) :D

    Belajar membuatnya ketika bermain MIRC dahulu!

    ReplyDelete
  13. azieazah

    selamat datang kembali selepas penat di pesta buku ! ya, marilah kita berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran !

    ReplyDelete
  14. sharamli

    umur 93 tahun memanglah muda jika di banding dengan umur 129 tahun tetapi tua di bandingkan dengan umur 19 tahun.

    ReplyDelete
  15. relevan

    hanya 10 tahun sahaja. hanya .. awak kata !

    finaz sekarang ni sibuk ..

    umur dia dengan umur awak agak2 berapa tahun bezanya ?

    ReplyDelete
  16. Bukan tua.....tapi matang...ha..ha..

    Umur suami saya dah 56(bersara) tapi siteri dia pandang dia macam mudaaaaa je....he...he...
    (jarak umr kami ala-ala Dato' K dan Dato' Siti gitu!)

    ....untung juga,bila beli tiket ke mana2 dapat diskaun warga emas....he...he...

    ReplyDelete
  17. Salam Tuan Hamzah,

    Menarik N3 ni. Betul apa yg diperkatakan.

    ReplyDelete
  18. "tapi saya tak dapat nak taip huruf "R" dalam bulatan selepas nama awak tu!"

    ngeh ngeh ngeh tergelaak baca komen pakcik.. hmm tapi rasa mcm CP pun x reti, huwaa..

    hmm muda lagi ke untuk berkahwin? hmm tak kot, cuma belum ada jodoh dan rezeki, huhu

    ReplyDelete
  19. http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/mengapa-budak-budak-sekarang-kurang.html

    pakcik da baca ni?

    ReplyDelete
  20. sharamli

    pakcik dah baca selepas awak beritahu. pakcik tak tahu nak cakap apa. pakcik sokong tindakan yang akan diambil oleh Nasyah itu. nanti budak ni akan tahu langit ini tinggi ke rendah .. pakcik rasa tindakan yang akan diambil oleh pemerintah ke atasnya akan lebih berat lagi dari penulis blog yang menghina Sultan Johor dulu.

    ReplyDelete
  21. aidah

    saya selalu juga masuk blog awak melihat2 makanan yang terhidang .. nak komen tak reti.

    ReplyDelete
  22. xiiinam

    rupanya saya sebaya dengan suami awak. dia tak ada blog ke ?

    kenapa kata "macam" muda ?

    ReplyDelete
  23. Che'Pit

    Anif tu dah ajar macamana nak buat kat komen ke duanya, tapi pakcik tak juga dapat buat !

    p/s: umur awak tu dah patut ada anak tiga !

    ReplyDelete
  24. anif

    tak jadi juga .. tak apalah ! jangan susah2.

    ReplyDelete
  25. setuju jugak..
    kita tunggu dan lihat..
    mana nak lari...

    ReplyDelete
  26. macam-macam perasaan masa baca entri ni..

    syukur,syahdu,insaf dan macam-macam lagi laa..

    p/s: ada juga kes 56 tuu mula buat hal....harap2 Mr Komensen takdaa laa sense tuu

    ReplyDelete
  27. ikan emas

    kalau buat hal yang baik, apa salahnya .. tak ada hal !

    ReplyDelete
  28. Ooo patut ler TAk terbatuk2 ada org sebut nama saya rupanya.. hehe..

    yelah aok (relevan) & Al-lavendari, u guys muda lagik.. as long as boleh function lagi kira muda lah tu (hahaha! sori awak saya tak bergurau.. tapi still sori gak kalo melampau ayat nih..)hehe :D

    ReplyDelete
  29. yang umur melebihi 100 tu dah kira spesel kes utk zaman2 skrg kan?

    jadi secara average nya...60 tahun dah cukup tua, boleh?

    ataupun cah pencen baru kira tua..tak pencen maknanya muda lagi..\

    huuuu

    ReplyDelete
  30. kalo kita hidup lama pun nikmat makin berkurang, banyak menda tak boleh nak buat, berjalan sakit nak makan tak de selera.. yang penting kita sihat dan tak lupa Allah sampai akhir hayat

    ReplyDelete
  31. "jangan padamkan semangat untuk mencuba sesuatu yang baru".... satu seruan motivasi yang tinggi dan sangat rugi bagi orang-orang yang tidak menyahut seruan ini.

    ReplyDelete
  32. Walaupun usia senja..tapi semangat muda utk beribadah ..kan

    ReplyDelete
  33. anif®

    saya cuba cara lain pula i.e kopipes .. boleh jugaklah kan !

    ReplyDelete
  34. Finaz

    syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat yang di berikanNya.

    ReplyDelete
  35. fndrocka

    umur tua semakin meningkat dengan meningkatnya umur purata semasa. kalau dulu2, umur 50 tahun dah kira tua sangat. tapi sekarang ada yang baru nak kawin.

    p/s t. kasih kerana sudi singgah dan komen kali pertama.

    ReplyDelete
  36. cemomoi

    saya pula sebaliknya, semakin meningkat usia, semakin banyak nikmat yang dapat saya rasa. misalnya kalau dulu masa belajar, sebungkus maggi terpaksa bagi dua kerana kesempitan wang.

    cuma dari segi kecergasan fizikal, tak boleh lah nak melompat macam orang muda2 lagi .. biasalah tu !

    ReplyDelete
  37. abu muaz

    saya bercakap melalui pengalaman .. contohnya berblog ini, baru saja saya mulakan. kerananya saya dapat berkenalan secara maya dengan abu muaz dan ramai lagi dari usia belasan tahun sehingga yang berumur lebih 60 tahun.

    ReplyDelete
  38. Okey..okey..okey...
    Sila gantikan istilah 'macam' itu dengan 'memang' ya...he..he...he...




    Dia ada blog...tapi tak aktif...dah diprivatekan pun...sesekali dia intai blog isteri dia...
    :)

    ReplyDelete
  39. LanaBulu

    Betul tu .. tapi saya mengalami masalah untuk mengahafal ! ada apa-apa petua ?

    ReplyDelete
  40. xiiinam

    macam tu lah baru betul ! ni satu lagi kemusykilan .. blog isteri buat apa nak intai2, tengok je lah. lainlah blog orang !

    ReplyDelete
  41. Sama berat timbangan
    kiri dan kanan
    Terima kasih pesanan Tuan
    sentiasa terpahat dalam ingatan.

    ReplyDelete
  42. Al-Fatihah buat arwah....

    Saya rasa diri saya tua bila berjumpa dgn adik2 lebih muda.
    Kemudian rasa diri muda bila jumpa dgn org2 lebih tua dari saya.

    So, saya ni tua ke muda? hehehehehehe

    ReplyDelete
  43. naizaf

    awak sekarang ni berada dalam peringkat serba salah. nak panggil kakak, macam dah tua.. nak panggil makcik, nampak muda lagi. ekeke

    p/s. awak baca tak blog yang sharamli cakap tu .. dahsyat pemuda pemudi harapan bangsa kita !

    ReplyDelete
  44. sedar tak sedar saya juga semakin tua....hehehe...

    tua atau muda, bekalan tetap perlu disediakan kerana ajal maut itu pasti tiba......

    entah esok, entah lusa giliran kita pula...

    uncle, jemput join kontest kat blog saya. tak join saya majukkk tau....

    senang n simple jer...

    ReplyDelete
  45. salam akhi hamzah..

    ada lagi insan dkt Sijangkang (jln ke Banting) berusia 126 thn msh segar bugar mcm berusia 60an je .dia seorang pengamal perubatan tradisional) dan katanya dia masih ada ayah berusia 158 .

    ReplyDelete
  46. Salam Tn Haji,

    Dah baca. Masyaallah. X tahu nak cakap apa. Sgt sempit pemikiran dia. Lebih dikesali, remaja tersebut berbangsa Melayu, beragama Islam. Astaghfirullah...

    Terlajak perahu boleh ditarik,
    Terlajak kata buruk padahnya

    ReplyDelete
  47. hajar rase en hamzah xde la tua sangat tp leh tak lau dikategorikan lam golongan veteren... hehehe....

    hajar gurau2 jer tau... ;d

    ReplyDelete
  48. Ma pernah kehilangan seorang kawan karib. Dua bulan ma hilang arah. Segala impian yang belum termakbul turut terkubur. Tapi Alhamdulillah.. selepas 2 bulan itu ma baru kembali pulih..

    ReplyDelete
  49. alahai..saya rasa dah tua dan mati kian menghampiri..betul jugak kan..selagi ada hayat..teruskan hidup...

    ReplyDelete
  50. betul tu..jangan gelarkan sebagai orang tua...sebut je orang lama.....hehehe

    ReplyDelete
  51. Umur hanya sekadar angka. Tua muda ada dalam hati.

    ReplyDelete
  52. Ain

    nak join konte .. pakcik dah tak larat nak lumba lari dengan orang2 muda dah !

    ReplyDelete
  53. Ummmi Humaira

    salam kembali

    ia ke ? saya belum pernah dengar lagi. elok masuk majallah 3 utk diketahui oleh orang lain. atau pun masuk rekod Guiness sebab kalau dapat dibuktikan benar, memang dia orang tertua dalam dunia. negara kita juga secara tak langsung akan dikenali dunia.

    ReplyDelete
  54. hajarus

    boleh saja .. veteran boleh, warga metalik pun boleh, sebab rambut dah warna metalik silver !

    ReplyDelete
  55. Kamariah

    saya juga pernah mengalami insiden yang sama. iaitu kawan karib memancing. hampir dua tahun saya berhenti memancing, sebab bila pegang je joran, akan teringat akan dia.

    ReplyDelete
  56. Erna

    Orang yang paling bijak/cerdik adalah yang sentiasa mengingati mati, tapi jangan pula menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa.

    ReplyDelete
  57. hasmadi

    saya setuju .. tapi dari segi teknikalnya ada masalah sikit. kalau orang tua di panggil orang lama, bolehkah orang muda di panggil orang baru. sebab lama lawannya baru !

    ReplyDelete
  58. Aida Ali

    Tak juga .. kadang2 hati kata muda, tapi bila kena naik tangga sampai tingkat 4, masa lif rosak, baru rasa dah tak muda lagi.

    ReplyDelete
  59. maiya

    ada sesetengah orang tu, masa muda dia nak menua-nua kan diri, tapi bila dah tua dia nak memuda-mudakan diri pulak ! !

    ReplyDelete
  60. tapi 56, kira dah tua jugak la pakcik.. hehe
    (gurau jek)

    orang kata, "man-life begin at 40" kan, so pakcik baru idup 16 tahun :)

    ReplyDelete
  61. Kalau nak tambah satu lagipun masih boleh tu hehehe

    ReplyDelete
  62. eh.. Pak Ngah tak tualah, ok apa, macam kereta BMW lagi banyak series lagi power. Kitaorg ni baru 3 series, jauh lagi nak kejar 5 series..hehe

    ReplyDelete
  63. Hidier

    orang muda tak boleh lawan orang tua sebab orang tua pernah merasa muda tetapi orang muda belum pernah merasa tua atau mungkin tak sempat merasa.

    ReplyDelete
  64. YB

    Saya sebenarnya telah lama menyimpan cita-cita dan mencari-cari sebuah kereta Suzuki Jimmy terpakai untuk kemudahan pergi ke kebun atau memancing !

    ReplyDelete
  65. Nida

    Pandai awak bermetafora untuk menaikan semangat dan menyedapkan hati pakngah ya!

    ReplyDelete
  66. abah sy brumur 65 thn pn sy rasa masih muda, lagikn Tn Hj yg 56 thn....kira belum pencen lg tu.....

    ReplyDelete
  67. nza

    terima kasih atas kata-kata semangat tu. ya saya masih lagi berkhidmat dengan kerajaan.

    terima kasih singgah dan jadi follower saya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.