Thursday, April 22, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 7 - KRUGER, AFRIKA SELATAN



Mendekati haiwan liar di Kruger

Ingat tak entri saya tak lama dulu tentang pengalaman saya melawat Afrika Selatan (klik di sini). Dan baru-baru ini bila terbaca dan terlihat gambar di atas, saya segera teringat bahawa saya pernah sampai dan bermalam di sana. Satu malam yang amat menyiksakan di Kruger Park. Bukan semua pengalaman melawat keluar negeri menyeronokkan. Kalau tak silap, 'hotel' yang kedua dari kiri itulah tempat saya menginap dahulu.



Tempat penginapan @hotel secara lebih dekat.



Salah sebuah "hotel" yang saya pernah bermalam.


Kenapa menyiksakan ?

Pertama: saya tidak bersedia dengan pakaian panas (sejuk ?). Cuaca di malam hari menghampir paras beku. Hotel ini tidak ada pemanas. Sebelum itu saya di fahamkan bahawa cuaca sudah tidak sejuk lagi kerana sudah bulan Jun.

Kedua: Bilik air juga tidak mempunyai alat pemanas air. Selepas ambil sembahyang, muka rasa kebas akibat kesejukan.

Ketiga: Nasi tak ada di jual di sini. Pagi petang siang malam makan "fish n chip". Perut saya pun bunyi "chip chip chip". Perut Melayu nak pekena nasi juga. Nak makan daging, siapa sanggup makan hippo ! Bila balik sahaja ke Pretoria, saya melepas dendam makan nasi briyani. Di sana banyak restoran milik orang Pakistan yang menjual makanan halal. Bahkan saya di fahamkan Restoran Nando's juga turut menjual makanan halal.

Pada malamnya perut saya tunjuk perasaan. Rasanya berpuluh-puluh kali saya berulang alik ke bilik air .. sampai dah tak ada benda lagi yang tinggal dalam usus saya. Sejak itu saya tak pernah lupa membawa pil 'pocai' setiap kali saya keluar stesyen walaupun cuma dalam negara sahaja.

Kesimpulannya.


Alangkah bertuahnya kita yang tinggal di bumi Malaysia. Cuacanya sepanjang tahun sedang elok sahaja ... tidak sejuk dan tidak terlalu panas. Belum ada lagi saya dengar orang mati kesejukan. Lainlah kalau dia sengaja nak bunuh diri masuk ke dalam peti ais. Makanan pula, pergilah ceruk mana, nasi pasti ada !

p/s: Maklumat tambahan. Untuk ke Taman Negara Kruger, saya kena naik kapalterbang ke Johannesburg.  Kemudian saya ke bandar Pretoria , ibu negara Afrika Selatan dan bermalam di sana. Dari sana saya menaiki kenderaan darat untuk ke Taman Negara Kruger yang mengambil masa seharian.  Seronok juga melihat kiri kanan pemandangan kebun buah-buahan yang sungguh indah sekali.

55 comments:

  1. betulkan perumpamaan
    hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

    sya pernah main hujan batu, tp sakit perit juga kena batu tu
    tak silap tahun 1996, dan terbaru tahun 2005 di S.Alam

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat berjalan-jalan ke sana.. Ada ternampak singa dan zirafah?

    ReplyDelete
  3. Salam Pakngah,

    Ganas kan si Kruger nih? Semalam tgk National Geographic dia tersesat kat dalam parking basement.. hihi.. Tapi katanya spesis kucing besar..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan .

    Kan saya dah kata, tuan memang ada banyak cerita yang besh . Dahlah tuh siap ada info tentang kemanusiaan dan kesihatan .

    Saya ANAK MALAYSIA !

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Hamzah,

    betul tu. Secantik dan seindah mana pun negeri orang tak sama ngan tempat kita sendiri. Tuan ni sama ngan hubby saya tak leh lari dari nasi. Kalau hari raya org duk sibuk makan ketupat / lemang dia tetap cari nasi. Nasib dia kerja di arab saudi dimana nasi masih senang dicari.

    ReplyDelete
  6. sebut 'afrika' mesti terbayang gurun panas... terlupa afrika selatan tidak sepanas gurun...
    ELavendari kaki bola kah?? :)
    tertunggu2 musim bola??

    ReplyDelete
  7. wahh..jauh perjalanan kan tuan haji..sy terbayang camne la pasukan bolasepak barcelona tue ke milan dengan menaiki bas...huhuhuh..tue smpai kalah game mlm tadi dibuatnya..
    p/s : gambar tuan haji di milan tiada ke?upload la cikit...

    ReplyDelete
  8. seksa tapi seronok...

    ada anak tuan yg lahir kat sana ???

    ReplyDelete
  9. Taman negara dengan kebun buah-buahan........manisnya pemandngan.

    Ada pokok epal tak?

    Tiba-tiba aku terhidu aroma red beitighermer, golden grimes, wolf river, york imperial,balwin, ribston dan maiden blush.....spesies epal yang menggoda...


    (mengarut sikit petang-petang Rabu ni)

    ReplyDelete
  10. wah! dengar cerita mcm seronok kalau x de perkara2 yg menyeksakan tu!

    ReplyDelete
  11. Jauh perjalanan luas pemandangan akan menjadikan kenangan sepanjang hayat..

    ReplyDelete
  12. tak nampak rimau ni bang.. suka nengok cheetah body solid leee

    ReplyDelete
  13. Sangat2 bersyukur dilahirkan sebagai insan yg beragama islam dan bernafas di BUMI MALAYSIA...

    Alhamdulillah...

    (p/s: 2 tawon lepas, husband ajak teman dia pegi conference kat Afrika.. tapi otak ortodok ni, dengar je Afrika, terus REJECT.. taknak ikut.. balik hubby citer, time dia pi kat sana tu, sejuuuukkk gilerss... hahaha.. ingatkan AFRIKA tu semua tempat panaaaasss jer.. kehkehkeh)...

    ReplyDelete
  14. WANITA MUTALIB

    BILA DI KENANG2 BARU TIMBUL SERONOKNYA.

    ReplyDelete
  15. SAYANGSAYANGIBU

    TAPI DI MALAYSIA INI MEMANG DAH HUJAN EMAS DAH !

    ReplyDelete
  16. ANIF

    MEMANG NAMPAK .. DAN BANYAK LAGI SEPERTI GAJAH, HARIMAU, DUBUK, CHEETAH, HIPPO, SEMUT DLL.

    ReplyDelete
  17. EKIN

    SALAM KEMBALI. MEMANG GANAS, PEMANDU PELANCONG SIAP BAWA SENAPANG GAJAH SEKALI !

    ReplyDelete
  18. tapi itulah pengalaman yg mahal.. tak semua org merasa.. bertuah pakcik dapat rasa kan kan kan

    ReplyDelete
  19. LINDA

    SALAM KEMBALI. SAYA ANAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU .. SEBAB MASA LAHIR NEGARA MASIH BELUM MERDEKA LAGI !

    ReplyDelete
  20. AIDAH

    PERUT ORANG LAMA MEMANG BEGITU KOT. MAKANLAH PIZZA SEKUALI SORANG, LEPAS TU NAK JUGA NASI, BIARKAN SEBESAR PENUMBUK PUN JADILAH !

    ReplyDelete
  21. DRSINGA

    SAYA BUKAN KAKI BOLA TAPI KAKI PANCING IKAN DAN KAKI TIDUR.

    AFRIKA SELATAN TU KALAU KITA PERGI SANA RASA MACAM PERGI NEGARA EROPAH JER.

    ReplyDelete
  22. SAHROMNASRUDIN

    SAYA BELUM PERNAH SAMPAI KE MILAN, DAN TAK ADA DALAM WISH LIST SAYA. SAYA SEBENARNYA TERINGIN NAK PERGI JEPUN.

    ReplyDelete
  23. MAIYAH

    SETIAP HARI KITA MENGUMPUL PENGALAMAN !

    ReplyDelete
  24. IKAN EMAS

    TAK ADA. SAYA ORANG BAIK-BAIK. PERGI PUN SEMINGGU JER !

    ReplyDelete
  25. SLTEDI

    SEKARANG RASA SERONOK TAPI SEMASA MELALUINYA DULU, INGAT NAK MATI DAH.

    ReplyDelete
  26. XIIINAM

    POKOK EPAL DAN POKOK LIMAU DIA PUNYA BUAH, MASYAALLAH. BANYAK BUAH DARI DAUN. SUNGGUH.

    WAH MACAM2 NAMA EPAL CIKGU TAHU YA. SAYA NAMA2 DURIAN PUN TAK HABIS TAHU LAGI.

    ReplyDelete
  27. RELEVAN

    JAUH PERJALANAN BANYAK DUIT HABIS DAN BANYAK KAIN BAJU KENA BASUH BILA BALIK MALAYSIA.

    ReplyDelete
  28. CEMOMOI

    SAYA ADA BERGAMBAR SAMBIL MEMEGANG CHEETAH. DIA PUN BINATANG BUAS. PETUANYA KITA JANGAN MERENDAH DIRI DENGAN DIA.

    ReplyDelete
  29. KAKTINY

    AFRIKA PUN TENGOK2 NEGERI JUGA .. KALAU YANG DEKAT2 DENGAN AFRIKA SELATAN, OK LAH.

    TAPI TAK KISAHLAH NEGERI MANA PUN, KALAU ADA PELUANG PERGILAH. ITU SEMUA BOLEH MENJADI PENGALAMAN DAN PENGAJARAN YANG BERGUNA.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, inilah tempat yang saya idam2 kan untuk pergi, semuga saya berjaya mencapai impian ini..

    Anda telah di TAG, sila ke blog saya untuk menjawab TAG berkenaan..Terima Kasih, Wassalam

    ReplyDelete
  31. Salam abg Hamzah..
    Pergi Kruger tak bawa mak ngahnye? Tentu best, kalau bawa beras n masak2 sendiri... boleh tak?

    ReplyDelete
  32. bet0l pakcik..
    ceruk t0k kun p0n ada nasik...

    ReplyDelete
  33. oooooooo..sronok tu..ttp MALAYSIA tt dihatiku....

    ReplyDelete
  34. CHE'PIT

    PENGALAMAN TU TAK MAHAL ... SEBAB DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN ! HEHE

    ReplyDelete
  35. LIPISLADY

    KENAPA AWAK TERINGIN SANGAT NAK PERGI KE SANA ? BAGI SAYA CUKUP HANYA SEKALI.

    TERIMA KASIH KERANA MENGETAG SAYA. INSYAALLAH SAYA AKAN CUBA LUNASKAN SELEPAS HUTANG SAYA DENGAN LINDA SELESAI DULU !

    ReplyDelete
  36. ABU MUAZ

    MALAYSIA TANAH AIR KU JUGA ..!

    ReplyDelete
  37. ACIK

    KALAU SAYA TAHU TAK ADA NASI DULU, MUNGKIN SAYA BAWA MAKNGAHNYA. TAPI DIA TAK BERAPA MINAT BENDA2 MACAM NI, DIA SUKA SHOPPING ! BIASALAH KAN ..

    ReplyDelete
  38. SHARAMLI

    KAT CERUK TOK KUN PUN ADA NASI JUGA KAH ? INGATKAN KAT SENAWANG JER ADA ORANG JUAL NASI ...! HEHE

    ReplyDelete
  39. NZA

    PERASAAN ITU KITA KONGSI BERSAMA.

    P/S; TERIMA KASIH ATAS KOMEN KAT ENTRI SAYA YANG SATU LAGI TU.

    ReplyDelete
  40. dapat bayangkan betapa sejuknya bila x de pemanas dimusim sejuk

    ReplyDelete
  41. sungguh berharga pengalaman itukan

    ReplyDelete
  42. Nasib perut abg tak meragam masa di Taman Negara Kruger tu. Kalau tak mahu beku masa nak cuci ****** tu hehehe

    ReplyDelete
  43. Betullah dulu abg kata abg ni lurus bendul.

    Selalunya org akan cerita yg best2 aje bila balik dari melancong. Takkan nak cakap tak best sbb duit dah banyak keluar (oh mungkin abg pergi atas urusan rasmi jadi tak perlu keluar duit banyak ngeee).

    Apapun kalau tak best, ada org saja nak biarkan org lain merasa penderitaan itu kalau mereka juga gatal nak pergi ke tempat tu.

    Maaf komen panjang sikit. Boleh buat n3 pulak hehehe

    ReplyDelete
  44. CIK NA

    KITA KAT MALAYSIA PUN, KALAU MANDI AIR PERIGI PUN TAK SANGGUP RASANYA ...

    ReplyDelete
  45. MAMAI

    BENAR .. PENGALAMAN PAHIT ATAU MANIS SEMUANYA BERHARGA DAN MEMATANGKAN DIRI.

    ReplyDelete
  46. GHOSTONE

    TERIMA KASIH2 KERANA SINGGAH !

    ReplyDelete
  47. YB 1 & 2

    1. SAYA LAGI BIMBANG KALAU PERUT SAYA MERAGAM DALAM KERETA SEMASA PERJALANAN PULANG. MAHU DIA ORANG TINGGALKAN SAYA... MUNGKIN TAK DAPAT KITA BERBLOG SEPERTI SEKARANG.

    2. SAYA CERITA NI SUPAYA ORANG LAIN MACAM LIPISLADY BOLEH BUAT PERSEDIAAN KALAU NAK PERGI KE SANA ... NAK BAWA MAGGI KE, BERAS KE, LESUNG BATU KE DSB.

    ReplyDelete
  48. Salam Pak Ngah..

    Setuju yang sangat bahawa cuaca negara Malaysia juga yang paling best..

    Ni kat sini dah pertengahan autumn.. cuaca dalam 9-15 degrees.. masa ni terbayang alangkah nikmatnya bila berada di bumi Malaysia.. tak perlu nak beli pakaian mengikut musim.. sepanjang tahun sama je pakaiannya..

    ReplyDelete
  49. SALAM NIDA

    KALAU KAT USA MASA NI DAH SPRING TAPI DI NZ BARU AUTUMN. TENTU CANTIK SEKALI PEMANDANGANNYA. SAYA CUKUP SUKA MUSIM AUTUMN DAN SPRING.
    SEMASA AUTUMN MELIHAT DEDAUN BERTUKAR WARNA DAN MULA BERGUGURAN DAN SEMASA SPRING MELIHAT PEPOHON MENGELUARKAN BUNGANNYA. SUNGGUH INDAH.

    NAMUN HATI TETAP TERINGAT KAT KAMPUNG HALAMAN.

    ReplyDelete
  50. SALAM BANG, klu melancong lagi lopeh ni, ajak sey bang, jeles lak ghaso eh, meghato bejalan...

    ReplyDelete
  51. ANNIE

    AJAK TU BOLEH, TAK ADO MASALAH. SIMPAN JO LAH DUIT BEBANYAK !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.