Friday, April 16, 2010

KAU KATAKANLAH C.H.E.R.I.T.A. ITU SEMUA DUSTA !

Kau katakanlah cerita di bawah ini dusta.
Kau katakanlah cerita di bawah ini cuma sandiwara.
Mana boleh ada orang merempat akibat kemiskinan.
Mana boleh kandang lembu di jadikan rumah.
Mana mungkin ia terjadi di negara Malaysia yang kaya raya ini.
Saya tidak percaya.
Ia langsung tidak masuk akal !


Kuala Terengganu 4 Mac - Zailani sekeluarga merempat akibat kemiskinan ...
Gambar mereka berteduh di sebuah pondok di taman rekreasi
bersebelahan Istana Maziah di Kuala Terengganu.

Mana mungkin ia berlaku di Terengganu -
sebuah negeri pengeluar minyak.


Pasir Putih 10 April - Kandang lembu dijadikan rumah. 11 beranak jalani hidup serba daif
sejak di halau keluarga lima bulan lalu !

Mana mungkin perkara ini di biarkan begitu sahaja.
Mana mungkin ia terlepas pandang sampai lima bulan.
Mana mungkin tergamak keluarga mereka menghalau mereka.

Atau adakah surat khabar itu berbohong ?


Entahlah ...

Tapi apalah nak di herankan. Di negara maju pun bukan tak ada orang yang hidup bergelandangan. Di Amerika Syarikat pun ramai. Jadi tak perlulah nak di bising-bisingkan sangat !



Salah seorang dari mereka yang tidak berumah berhampiran "Rumah Putih", Washington D.C. USA.
Percayalah pada gambar ini kerana saya sendiri yang mengambilnya.


p/s: kalau lah cerita ini berlaku di Hulu Selangor sekarang ini ... !

52 comments:

  1. kalaulah cerita ini berlaku di ulu selangor sekarang ini, tentu keluarga itu dapat macam-macam..sebab ramai pihak yang nak menghulurkan bantuan. Nanti ada yang nak bagi tanah dan rumah, bagi duit, bagi makanan, pakaian..silap2 ada yang nak bagi kereta..hehehe

    ReplyDelete
  2. tahu tak per...

    pergi jumpa wakil yg nak bertanding kat selangor tuh, pasti ditolong beri rumah dan akan masuk surat khabar dan.. oh baik nya si polan si anu...

    1malaysia
    1rumah
    1miskin
    1kaya

    siapa nak jawab tu?

    ReplyDelete
  3. patutnya orang tu mengaku orang hulu selangor.tentu dia dah dapat rumah.siap dalam satu hari! hehe..

    ReplyDelete
  4. salam walaupun malaysia negara maju...tapi ramai org2 yang berada mementingkan diri.....

    ReplyDelete
  5. ermmm...terfikir jugak.. kalau negara maju, negara kaya raya, kenapa ada masyarakat mskin hidup merempat?

    ReplyDelete
  6. err kdg2, rasa mcm benda tu diperbesar2 kan walhal taklah seteruk mcm tu..

    hmm tu pendapat CP jer, tak tahu lah kan..

    ReplyDelete
  7. segalanya berkemungkinan.....

    ReplyDelete
  8. 11 ahli keluarga...????
    Mana boleh miskin..?
    Kaya lah tu..
    Mana mai banyak2 tu...???
    Kalau boleh keluar sampai hampir sedozen..masa kan tak boleh berkerja..mencari nafkah??

    ReplyDelete
  9. Itu cerita dari surat khabar yang sudah kurang isi..

    ReplyDelete
  10. surat khabar tu mmg tak leh percaya..tapi kes nih terkecuali..

    kat selangor yg kaya nih pun dah lama ada kes cenggini.. tapi dorang tak duk kat rumah lembu cuma daif jer...

    ReplyDelete
  11. donia yang fanaa... banyak pancarobaa.. enta tidak enta yaa
    kena tanya pada empunyaa

    ReplyDelete
  12. klu la berlaku kat Hulu Selangor skang ni mesti dapat macam2 silap2 sekelip mata sumernyer serba serbi lengkap... ngeh3x... betul la kate k.annie tu ITULAH HAKIKATNYA...

    ReplyDelete
  13. 1. sy mgkn sependapat dgn ngeh CP..ngeh ngeh ngeh..



    2. Macam yg kat KL tuu...siap artis bagi makanan lagi...glamer u! msk tb ..tp iyer ke mereka tu tak der rumah atau rumah mereka yg takder tuan ???


    3...sian org kat JKM,teruk kerja tp kkdg hot jg cara depa layan kita ..

    ReplyDelete
  14. Tirana

    saya setuju .. dalam tempoh ini semuanya beres !

    ReplyDelete
  15. blueCITY

    siapa nak jawab .. dia orang lah yang jawab !

    ReplyDelete
  16. MrPenyuBiru

    mana boleh macam tu sebab masa kisah dia orang masuk s/khabar .. cerita Hulu Selangor belum timbul.

    ReplyDelete
  17. Alimaz

    Orang yang berada takut nanti jadi tidak berada pulak !

    ReplyDelete
  18. Che'Pit

    mungkin mereka nak meraih simpati dan melakukan/melariskan surat khabar mereka. tapi kadang2 kalau di selongkar lagi mungkin cerita sebenarnya lain pulak. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  19. ~ReD~

    di USA dia kapitalis betul mengamalkan dasar "survival of the fittest". tapi di UK lain pula, sebab dasar mereka "welfare state" .. tu sebab penganggur di sana boleh duduk rumah besar dan pakai kereta Mercedes. tapi dasar kita, saya rasa "combination of both" .

    ReplyDelete
  20. nza

    komen awak macam tajuk lagu pulak !

    ReplyDelete
  21. anif®

    tapi kalau kes itu betul, saya rasa elok juga di ketengahkan.

    ReplyDelete
  22. LanaBulu

    cakap awak tu betul.. orang Bangla atau Kampuchea pun boleh hidup senang lenang di sini !

    tapi saya harus hati2 juga kerana tidak ada maklumat lengkap dan tidak tahu fakta sebenar.

    ReplyDelete
  23. Finaz

    orang miskin ada dimana2 ceruk dunia. dan miskin kaya itu relatif. bagaimanapun saya berpendapat miskin tegar yang bukan berpunca dari sikap malas harus dibantu.

    ReplyDelete
  24. annie

    ya itulah hakikatnya yang terlihat oleh mata .. tapi hakikat sebenar hanya Allah dan keluarga mereka sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  25. cemomoi

    itulah masalahnya .. kita tak mampu nak pergi tanya mereka dan orang2 yang senasib dengan mereka.

    ReplyDelete
  26. hajarus

    nasib dia orang tak baik .. ia berlaku di salah masa dan di salah tempat !

    ReplyDelete
  27. mintak famili tu pindah ke ulu selangor minggu depan.

    ReplyDelete
  28. ikan emas

    betul .. saya pun kesian dengan orang JKM. pegawai di sana mungkin dah kena sesah oleh orang di HQ agaknya.

    dulu pernah saya terbaca kes yang hampir serupa. rupanya menurut Ketua Kampung yang berkenaan, orang yang dikatakan miskin itu telah dapat macam2 bantuan .. misalnya dari JKM, PPZ dsb. tapi itu tidak pula dinyatakan dalam laporan akhbar.

    ReplyDelete
  29. ONE ZABA

    itu idea yang baik .. awak boleh tolong uruskan tak ? kesian kat orang susah ..!

    ReplyDelete
  30. salam ziarah

    saya biasa nampak orang gelandangan, di area dayabumi, tidur2 di bus stop :(

    ReplyDelete
  31. Memang sukar untuk dipercayai .

    Namun itulah hakikatnya !

    Hakikat sukar untuk dipercayai .

    ReplyDelete
  32. kadang2 dorang terdesak besar2kan citer pasal ni..bendenye sepatutnye takde la teruk sangat..tp tak sume la..

    kesian kt homeless..

    ReplyDelete
  33. pelik kerna berlaku di negarakita ni yang duit zakat berlebih2

    ReplyDelete
  34. Salam..
    Teringat kisah khalifah Umar bin Abdul Aziz yg meninggalkan kehidupan mewah kerana takutnya dia dipersoalkan di hari pembalasan kerana amanah pada harta rakyatnya. Gajinya sebagai khalifah ialah 200 dinar. Setiap hari, belanja untuk keluarganya makan cuma 2 dirham. Seluruh baitul-mal digunakan untuk menolong orang miskin, sakit dan ibn sabil (anak yatim sebab peperangan), membantu rakyat menyelesaikan hutang dan melepaskan pajak, mengembalikan harta yang dirampas secara zalim oleh pemerintah terdahulu dan memberi setiap orang buta seorang pembantu khas....

    Kalaulah sedikit drp sifat khalifah umar ini diikuti pemimpin, insyaAllah tak ada lagi kes rakyat tak berumah...waulahualam.

    ReplyDelete
  35. ramai yg xde rmh.. kat bandar bersepah org tidur tepi jln

    ReplyDelete
  36. Mak Su

    orang2 ni ramai yang boleh bekerja, tapi kebanyakan mereka menghisap dadah ! duit hasil pekerjaan habis dibeli dadah atau arak !

    ReplyDelete
  37. LiNda

    memang ramai yang miskin atau susah kerana keadaan ..golongan ini perlukan bantuan.

    tapi tak kurang juga yang miskin kerana malas atau lebih suka cari jala senang.

    ReplyDelete
  38. mimie

    kesian-kesian juga, tapi tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka sendiri tidak mahu berubah.

    tetapi kalau mereka cacat fizikal atau fikiran, wajib di bantu !

    ReplyDelete
  39. a kl citizen

    kadang2 duit zakat ada juga diberikan .. tetapi ibarat memberi ikan .. mereka sepatutnya di ajar memancing juga !

    ReplyDelete
  40. Acik

    kita hanya boleh berangan2 .. tapi mungkin juga sekarang ini ada pemimpin yang sikit2 macam itu tapi tak ramai. eloklah sifat khalifah itu di jadikan model ikutan semua pemimpin. kita sebenarnya bukan kekurangan model, tapi kekurangan pengikut !

    ReplyDelete
  41. maiyah

    memang kat bandar bersepah2 .. dia orang tak mahu di hantar ke rumah kebajikan, sebab tak bebas !

    ReplyDelete
  42. tak boleh nak kata apa...kadang rasa tak masuk dek akal, tp mungkin kena masukan jugak dalam akal, tp....kenapa jd begitu sekali?sedangkan pendatang boleh hidup di negara kita, inikan pula orang malaysia sendiri? dimana silapnya?

    CP
    saya sokong apa yg cp tulis tu, sbb sya selalu berdepan dgn benda2 gini.

    ReplyDelete
  43. Bersama mu..saksikan di setesen tv..makin banyak keluar cerita orang orang susah..

    ReplyDelete
  44. sayangsayangibu

    ada banyak sebab orang susah, tapi sikit pun saya tak simpati dengan orang yang susah kerana sikap dan cara hidup yang tak betul .. misal nya ambil dadah atau arak, berjudi, joli dsb. tapi kesian juga kepada anak-anak mereka yang tidak bersalah. kalau pun kita tak mahu bantu ibubapa mereka, bantulah anak2 mereka yang masih keci.

    tapi unsur memperbesarkan atau mensensasikan berita itu tidak boleh di nafikan.

    ReplyDelete
  45. relevan

    saya sokong usaha tv3 itu, terutamanya membantu mereka yang betul2 "genuine" susah !

    ReplyDelete
  46. Dalam harta kita....ada hak mereka.
    .....yang kita zakatkan itu!

    ReplyDelete
  47. xiiinam

    zakat adalah kewajipan yang wajib di tunaikan .. lebih besar lagi ganjarannya kalau kita dapat menginfakkan sebahagian harta kita melalui sedekah, wakqaf dsb.

    ReplyDelete
  48. tiada yang mustahil dalam hidup ni uncle.....

    bila tengok kedaifan mereka, betapa bersyukurnya saya kerana hidup saya tak sesusah itu walaupun tak sesenang uncle....

    ReplyDelete
  49. Ain

    uncle pun asalnya dulu orang yang sangat susah juga.

    tapi bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu ...

    ReplyDelete
  50. tak apa rakyat susah ... yang penting orang-orang besar senang lenang....lepas pergi USA pergi Jepun, lepas jepun pergi... nak ke mana ya? Eropah... yahooo...jom gi Eropah...alamak kapalterbang tak adalah... asap tebal.

    ReplyDelete
  51. abu muaz

    bukankah mereka ke Amerika dan Jepun itu dalam rangka menjalankan tugas untuk kemaslahatan negara !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.