Monday, April 23, 2012

BERDAYUNG DI SUNGAI MEKONG

Ini adalah cerita seperti yang saya janjikan dalam entri ini dahulu. Salah satu acara semasa lawatan ke Sungai Mekong ialah menaiki sampan  di sebuah sungai. Bagi saya orang kampung, acara ini biasa sahaja, tetapi nampaknya popular di kalangan pelancong Barat. Ia termasuk dalam pakej pelancongan kami. Maknanya tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Lalu lintas di sungai ini agak sibuk hinggakan sampan yang lalu bergesel-geselan antara satu sama lain semasa berselisih. Silap-silap jari tangan kita boleh putus kalau kita memegang tepi sampan itu. Walaupun bergesel, mereka tak marah, tapi senyum sahaja.


Gambar 1: Beg hitam sengaja saya letakkan di depan  semasa bergambar dengan tujuan untuk melindungi perut daripada flash kamera. Hehe ...

 
Gambar 2: Sekali pandang, tak ada apa-apa yang menarik bagi saya seorang kaki pancing. Tetapi disebaliknya tersirat cerita duka kehidupan orang-orang Vietnam mengerah keringat untuk mencari sesuap nasi.


Gambar 3: Saya sempat meminta kawan saya mengambil gambar untuk di masukkan ke dalam blog. Gambar saya sengaja di kaburkan supaya perhatian anda terfokus kepada para pendayung itu.


Gambar 4: Sampan kami mencilok di celah-celah sampan yang lain. Masing-masing ingin berdahuluan untuk mengejar trip. Dua orang pendayung sampan kami adalah wanita. Sorang depan dan sorang lagi di belakang. Dengan badan mereka yang kurus, mereka mendayung dengan sekuat kudrat mereka membawa kami bertiga. Mercik peluh di dahi mereka. Tentulah lenguh seluruh badan jikalau seharian berdayung membawa pelancong. Pada satu tempat, pendayung di depan saya sempat menunjukkan rumah dia yang amat daif di mana dindingnya dibuat dari daun nipah yang dianyam di mana pokoknya banyak kedapatan di sepanjang tebing sungai ini.



Gambar 5: Topi itu di sedikan oleh pemilik bot untuk mengelakan panas matahari. Tapi tak boleh bawak balik kerana tak termasuk dalam pakej. Para pendayung ini juga kerap mengingatkan supaya memberi 'tips' yang banyak kepada mereka. Kalau dah banyak kali sangat diingatkan, rimas juga di buatnya. Bahkan pendayung lain yang berselisih juga mengingatkan kami supaya memberi tips kepada pendayung yang membawa kami.
Mahu saja saya jerit "aku tahuuuu lahhh !"



Gambar 6: Saya cuba menunjukkan bakat lama saya mendayung perahu .. masa kecik-kecik dulu saya selalu curi pinjam perahu orang untuk pergi memancing dan sebagainya. Sekejap jer dah "hongeh". Saya amat bersyukur kerana  saya atau Makngahnya tidak terpaksa berdayung macam mereka untuk menyara kehidupan dan membesarkan anak-anak.


Gambar 7: Dua orang sahabat saya yang sangat bergaya walaupun naik sampan. Kalau naik kapalterbang, entah macamanalah gaya mereka. Topi yang mereka pakai tu, baru sahaja dibeli dipengkalan tadi.

 Gambr 8: Akhirnya sampan kita sampai ke perahu yang membawa kami dari tanah besar tadi. Kawan saya yang menjadi bendahari kami, menitipkan tips untuk mereka berdua. (Agaknya perkataan "tips" berasal dari perkataan menitipkan). Saya melihat mereka tersenyum sampai ke pipi. Saya tahu kawan saya itu sangat pemurah orangnya.


Gambar 9: Saya sengaja memasukan gambar di atas kerana ingin menunjukan bahawa, ada juga orang Vietnam yang kaya, kalau berdasarkan saiz rumah mereka seperti gambar di atas yang sempat saya ambil semasa dalam perjalanan ke sini tadi. 
Rezeki masing-masing bergantung kepada usaha dan juga perkenanNya.


33 comments:

  1. bestnye dapat naik sampan..tapi kesian pulak yang mendayung tu.Nasib pakngah tak jerit kat dorang yang pasal tips tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah best mana .. sebab dah biasa. nak juga jerit tapi takut kena hempok dgn pendayung dia.

      Delete
  2. Pernah naik sampan di sini. Stamina pendayung tu memang dahsyat, tak sepadan dengan badan mereka yang cekeding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. stamina tu datang dari keperluan untuk mendapatkan wang utk menyara hidup mereka.

      Delete
  3. Cekap mereka mengendalikan sampan itu. Kalau tak mahu ada yang mandi percuma dalam sungai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi isteri kawan saya yg datang dgn kami dalam satu grup, jatuh dalam kolam masa dia naik basikal .. kuyup.

      Delete
  4. kesian jugak pendayung sampan tu kan...mengerah keringat nak dapatkan rezeki. sedang kita..bekerja dalam air-cond pun asyik merungut..huhu...tarbiah diri sendiri kejap.

    jurang kekayaan ni macam kat mana2 pun sama je...kalau kaya..terlebih-lebih kayanya..yang susah sampai berdindingkan daun nipah je...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bagusnya kalau kita pergi melawat tempat orang .. ia boleh memberi pengajaran kepada kita.

      Delete
  5. Amat teruja saya dgn gambar2 al-lavendari itu. Cantik-cantik! Syukur dan seronoknya jadi penumpang, berbanding jadi pendayung. Setuju tak al-lavendari kalau penumpang juga diberi peluang memancing atau menjala ikan dari sampan daripada duduk sahaja sambil membelai perut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang setuju sangat2 .. tapi masalahnya seperti yang pernah saya cerita dalam entri sebelum ini, ikan dalam sungai tu sudah pupus mereka kerjakan akibat kemiskinan.

      Delete
  6. Replies
    1. nasib baik tak bawak .. kalau tidak menyesal sebab tak ada ikan.

      Delete
  7. Sy sengih tak sudah bila baca entri Pakcik nie. Klimaks bila smpi perkataan hongeh tu. Heheheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingatkan orang tak tahu makna 'hongeh' tu ..

      Delete
  8. Salam Uncle. Saya pergi bulan depan. Mngkin Sg Mekong ni kami tak pergi kot. Takat ke CHu Chi Tunnel jer. kami tak ambek pakej jln sendiri dan semuanya perempuan. Dah sah la agendanya Shoping sampai melecet tapak kaki. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. uncle pulak tak sempat pergi tunnel tu .. mungkin lain kali. ramai pelancong sesama perempuan dari Malaysia uncle jumpa di sana. tak ada masalah.

      Delete
  9. SERONOKNYA.. ERM, BILALAH NAK MERASA MELAWAT NEGARA ORANG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar pun negara mereka lebih dekat dari KK, tapi jauh beza budaya mereka dengan kita. pergilah melawat, tak mahal mana pun.

      Delete
  10. Lawanya banglo tu ...orang kaya manalah yg punya

    ReplyDelete
  11. Perut tu lambang prosperity.....he he he

    Di situ rezeki mereka, bagusla bagi tip lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perut tu juga melambangkan kemalasan menjaga badan dan suka makan.

      Delete
  12. Pak Ngah kalau Pak Ngah jerit "aku tahuuuu lahhh !" depa faham ke..hehehe.

    Itulah hakikatnya kehidupan, sebab itu bila dah berada dipuncak jangan lupa rumput di bumi nyata... :)

    p/s: saya taknak duk di puncak, kalau jatuh sakit... saya pun taknak duduk di bawah sebab kalau org puncak jatuh kena saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk tengah-tengah lagi sakit kena himpit ..

      Delete
  13. mesti besar tips yang kawan uncle bagi sampai diorg senyum2 gitu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak besar bagi kita .. tapi mungkin sama dengan sehari pendapatan mereka.

      Delete
  14. hari tuh saya pergi Cambodia. memang pengalaman yang menarik. hehehe.

    ada yang miskin ada yang kaya.

    betul lah rezeki masing2 kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik ya pergi Cambodia ? ingat nak pergi jugalah nengok2 !

      Delete
  15. cover perut?okey..boleh cuba bila time bergambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu cover .. orang perempuan tak kisah kalau perut besar .. kalau dah kawin.

      Delete
    2. hehe..smart kawan uncle tu mcm nak naik kuda..hehe

      kalau kita fikir kita susah ada lg yg lebih susah kan? yg penting usaha dan redh dgn rezekiNya..

      maaaf yer lama tk berkesempatan ke sini

      Delete
    3. kawan uncle tu memang smart sokmo ..

      redha tapi tetap berusaha.

      Delete
  16. salam,

    memang seronok merasai pengalaman menaiki sampan di sungai Mekong ini dan melihat sendiri kesungguhan pendayung-pendayung demi sesuap nasi.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.