Saturday, April 14, 2012

TUMPANG LALU ..!

Pada pagi minggu yang lalu, saya pergi berjogging macam selalu. Semasa balik, saya lalu dekat sebuah kedai Mamak. Bila terbau roti canai, perut saya rasa lapar selalu. Tapi bila melihat lalat banyak sangat, saya langsung tak lalu nak makan. Saya pun terus berlalu dari situ untuk balik ke rumah melalui sebuah taman permainan.

Sesampainya di rumah saya terdengar lagi """ Ku Ingin Selalu Di Samping Mu"   dendangan Uji Rashid berkumandang di radio. 
 

Setelah kau pergi ku selalu berduka
Tak pernah tenteram di jiwa
Setelah kau tiada hatiku gelisah
Tiada tempatku bermanja

Wahai kekasih
Tidakkah kau tahu
Ku ingin selalu di sampingmu
Setiap masa hatiku tak lupa
Ku harap kau begitu jua

Di angin nan lalu
Ku sampaikan pesan
Padamu hai idaman kalbu
Di burung nan terbang
Ku kirimkan berita
Ku selalu menanti kau tiba.


Kesimpulannya: Memang kaya Bahasa Melayu kita. Perkataan lalu sahaja membawa bermacam-macam makna. Oleh itu gunakan Bahasa Melayu selalu. Orang yang jarang menggunakan Bahasa Melayu tidak akan terasa keindahan dan keunikannya.


18 comments:

  1. banyaknya lalu..saya pun tumpang lalu..
    lagu uji rashid yang paling diminati masa sekolah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lagu itu diminati kerana ada peristiwa di sebaliknya kot !

      Delete
  2. LEBIH-LEBIH LAGI KALAU KITA BERBAHASA MELAYU DENGAN LENGGOK BUNYI SEPERTI ZAMAN ORANG DULU-DULU BERTUTUR.. MEMANG MENARIK BUNYINYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi sayang sekarang ini BM semakin caca-marba dengan bahasa SMS.

      Delete
  3. Hari ni saya tak LALU makan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap janganlah selalu tak lalu makan ..

      Delete
  4. Salam tuan Haji,

    Itu jerlah bahasa yang saya guna selalu, selain bangga, memang tak mahir bahasa lain walaupun tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      ada juga yang guna selalu tapi lintang pukang dan caca-marba nahu dan ejaannya.

      Delete
  5. Lepas baca artikel ni "selalu" tulis komen! :D

    ReplyDelete
  6. saya selalu lalu lalang di sini. benar saya cinta dan rasa indahnya bahasa melayu lalu saya pun meninggalkan komen walau selalunya saya baca dan berlalu pergi dengan senyapnya. satu pengamatan saya, sangat sukar mendapatkan buku bacaan melayu yang baik buat anak. ini rungutan ramai ibu melayu di sini. tapi ada penigkatan. keadaan lebeh baik sekarang dari 10 tahun yang lalu. dengan kurangnya bahan bacaan kanak-kanak, minat pada bahasa melayu menurun dan penguasaannya juga. ditambah dengan keadaan sekeliling yang memberatkan penggunaan bahasa inggeris. ramai budak melayu sekarang yang tak mahir dan tak suka bahasa sendiri. semakin jauh juga mereka dari mengenali budaya sendiri bila bahasanya dilupakan. panjangnya berhujah. kerana cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga pencinta BM. saya sangat khuatir rakyat kita jadi macam orang Filipina yang bangga berbahasa Inggeris .. tapi mereka tak maju mana pun berbanding orang Jepun atau orang Korea.

      Delete
  7. Awal Pakcik siarkan entri ini..
    Awal sehari..hehehe

    ReplyDelete
  8. sebab besok nak umumkan pemenang kontes.

    selain dari itu, sebagai peringatan untuk mereka yang akan buat entri esok.

    ReplyDelete
  9. Sy juga selalu menumpang lalu di sini. Tp kdg2 x lalu juga kerna x lalu ( x sempat) kerana entri2 pak ngah ini jika dibaca sambil lalu sahaja akan rasa tak lalu mkn plaks. Wah! Dgn tidak sengaja sy melanggar nahu wpun sy x mahu. Okla, pak ngah. Izinkan sy berlalu dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak lalu makan pulak ? entri pakngah busuk ke ?

      Delete
  10. Gud morning, tak der nak komen apa apa, tumpang lalu jer...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.