Monday, April 9, 2012

APA YANG SAYA MAKAN DI SAIGON.

Saya ke Saigon, Vietnam makan angin dengan 2 rakan setaman tanpa isteri masing-masing dari 2 hingga 5 April selama 4 hari 3 malam. Penerbangan ke Saigon atau Ho Chi Minh mengambil masa kurang dari 2 jam dari KL. Kota Kinabalu lagi jauh. Ini adalah lawatan kali pertama bagi kami semua.

Vietnam pernah dijajah oleh 4 kuasa besar dunia. Bermula dengan China, kemudian Peranchis, seterusnya Jepun dan akhir sekali Amerika. Namun mereka tetap  teguh dengan jatidiri mereka.  Tak nampak sangat ke Peranchisan atau ke Amerikaan mereka. Yang saya nampak cuma beberapa bangunan tinggalan Peranchis dan roti Perancis.

Saya rasa mungkin sudah ramai pembaca dah pergi ke sana atau pun membaca entri mengenainya. Namun saya nak tulis juga mengikut pandangan dan perspektif saya. Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada mereka yang belum pernah pergi dan berhajat untuk melancong ke sana.

Saya cadang nak cerita tentang lawatan singkat ini mengikut segmen dimulai dengan segmen Apa Yang Saya Makan di Saigon, Apa Yang Saya Beli Di Saigon,  Apa Saya Suka Di Saigon, Apa Saya Tak Suka Di Saigon dan Apa Yang Saya Tengok Di Saigon. Insya-Allah. Tapi mugkin tidak berturut-turut  untuk mengelakkan kejemuan.

Saya mulai dengan Segmen Apa Yang Saya Makan Di Saigon kerana umumnya itulah pertanyaan atau persoalan pertama orang kita bila mahu melancong ke luar negara.  Soal makanan halal tak ada masalah di Saigon walaupun harganya saya rasa agak mahal sikit dari tempat kita.


Gambar 1. Pengembara tua baru mendarat di lapangan terbang, Saigon. Saya nak sebut nama airport tu tak berapa pandai. Takut salah pulak makhrajnya. Baru sampai dah letih.

 

Gambar 2: Kedai makan tengahari yang pertama kami. Dimiliki oleh orang Malaysia yang beristerikan orang Kampuchea. Isterinya sangat fasih berBahasa Melayu.

 

Gambar 3:  Sejuta tu lebih kurang RM150. Kami terkena kerana pesan makanan tanpa melihat menu tetapi meminta pemilik restoran itu mencadangkan apa yang patut kami makan. 
Memang nak cari nahas !


Gambar 4: Sarapan pagi ala kadar kami di hotel yang termasuk dalam pakej. Kelihatan dua orang sahabat saya yang merupakan pengembara tegar yang telah mengembara ke lebih banyak negara dari saya. Misalnya yang di kanan baru pergi seorang diri ke Osaka dan yang di kiri pulak akan pergi menjelajah Laluan Sutera tak lama lagi.


Gambar 5: Makan malam kami pada malam pertama di Bombay Restoran. Saya makan nasi briyani kambing dengan air tin sejuk.  Maaf nasi saya agak bersepah sebab nak mencari daging kambing yang tersembunyi di dalamnya.

   
Gambar 6: Makan di sebuah pulau di tengah-tengah sungai Mekong. Nasi dan sayur sahaja. Ia termasuk dalam pakej melancong yang kami pilih.


Gambar 7: Makam malam kami di malam kedua dan ketiga adalah di sini iaitu restoran D' Nyonya. Saya terjumpa 3 gadis Melayu yang manis dari Malaysia yang datang melancong ke sini.

 

Gambar 8: Kami sangat senang hati makan di sini bila melihat sijil tersebut.


Gambar 9: Malam kedua saya makan kuetiau goreng dan malam ke tiga saya makan nasi goreng dengan ABC seperti gambar di atas. Saya belum pernah merasa ABC yang seenak itu seumur hidup saya. Sungguh !


Gambar 10: Bergambar bersama pengurus restoran ini yang sangat peramah dan berbudi bahasa.


Gambar 11: Rojak buah dia pun sangat sedap .. terutama kuahnya yang likat. Tapi nak sampai restoran ini, letih juga kami menapak dari hotel kami,


Gambar 12: Makan tengahari pada hari ke-3 kami di sana. Restoran Punjabi.


Gambar 13: Hari terakhir makan tengahari di VN Halal .. tak jauh dari hotel kami. Jumpa dua kumpulan pelancong dari Malaysia di sini. Kalau kami tahu ia dekat mungkin kami tak pergi ke D' Nyonya.

.............................................................................................................................................

Sub-Entry: Kejutan 1 - Lalulintas.

Cara orang sini membawa kereta lebih-lebih lagi motorsikal mengecutkan perut saya. Diperhatikan motorsikal menguasai jalanraya di sini.  Sekali pandang macam kelkatu di waktu senja. Kami cukup bimbang untuk melintas. Lihatlah video kat bawah gaya mereka membawa motorsikal.

46 comments:

  1. Salam,

    First round gi semua lelaki, second round baru bawa mak ngah nye yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      second round semua perempuan pulak gi ..

      Delete
  2. Salam Tuan Haji,

    Alhamdulillah sekarang ni nampaknya makanan islam dah ada merata-rata. Ini memudahkan kita untuk menziarah ke mana-mana yang diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali

      betul .. asal rajin mencari. kalau tak pun bawa sendiri, lagi jimat. saya nampak ada keluarga makan bawa sendiri.

      Delete
  3. salam tn hj AL,

    mungkin sebab Saigon, Vietnam ni berjiran dgn Phnom Penh, Cambodia ... saya tengok lebih kurang je keadaan trafik mereka di sana ... motor lebih byk dari kenderaan lain dan cara pemanduan lebih kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya belum pernah lagi ke Kampuchea .. apa yang bestnya di sana ?

      Delete
  4. Salam Pak Ngah..
    Seronoknyer tengok gambar-gambar Pak Ngah kat sana...makanan pun nampak semuanya sedappp...tapiiii!!, bila tengok gambar No.7 tu, betul ke terserempak..?..tah2 dah janji...ha..ha...jangan marah Pak Ngah..saya lawak aje...saya tahu Pak Ngah baik orangnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      tentang gambar no. 7, memang kita dah janji nak terserempak .. hehe

      Delete
  5. Wahaha..Tuan,

    Jauh betul trip "Jalan-jalan Cari Makan" kali ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jauh .. sampai hari ni pun letih berjalan masih terasa.

      Delete
  6. Tengok ABC tu , mcm tau dah sedap. Apa lagi org yg menikmatinya.

    Wah di Punjabi licin betul pinggan mangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Punjabi tu, sekeping roti mana cukup .. hehe

      Delete
  7. salam - best tengok pengalaman tempat orang ni- betul tu mereka bawak motosikal macam nak racing ! - seingat saya kedai Melayu & BOmbay Restoren (pasti) saya ada makan di sana (2009)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      kedai melayu dan bombay tu memang dah lama katanya, tapi kedai d'nyonya tu baru buka.

      Delete
  8. Tidaklah susah mencari makanan halal di sana, ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga mencarinya sebab kami bertiga tak pernah sampai lagi .. tapi orang di sini cukup suka menolong kalau kita bertanya arah.

      Delete
  9. Saya pun memang menyimpan keinginan nak ke sana satu hari nanti, terimakasih berkongsi pengalaman dan pandangan, mudah2an boleh saya jadikan sebagai panduan berguna bila ke sana kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kalau ada RM500 sudah boleh pergi sana .. cukup untuk tambang, hotel dan makan dengan syarat booking AA 4-5 bulan lebih awal.

      Delete
  10. Alaa..ingatkan pakngah bawak makngah sekali..pegi honeymoon..hmm :)

    macam2 citarasa ada di Saigon..dari melayu, nyonya, bombay dan punjab pun ada. konklusinya perlu sediakan 'pitih' saja..tak sukar cari makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngahnya tak boleh pergi bersama kerana dia kena berkorban menguruskan anak2 sekolah dan ayahnya yang sangat uzur. tapi pakngah dah beli macam2 untuk dia sebagai balasannya.

      Delete
  11. WAH.. MACAM MENARIK JE.. MAKANAN HALAL PUN BANYAK.. NANTI BOLEH KUMPUL DUIT MELANCONG KE SANA PULA..

    ReplyDelete
  12. aiseh~jauh2 datang tempat orang takkan makan masakan malaysia jugak pakcik?he~~

    ReplyDelete
  13. VN Halal tu nampak macam 'UN-HALAL'

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mula2 nampak macam tu .. tapi kalau tak halal, pasti dia orang tulis "NON-HALAL" kan.

      Delete
  14. Vietnam adalah slh 1 destinasi percutian idaman sy, Pakcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik pun rasa nak pergi lagi .. bukan sebab best sangat tapi sebab dekat dan murah.

      Delete
  15. planning nak ke ho chin min dengan makcik...dia mmeang kerap berulang alik kesana.. makanan halal ada katanya.. tp kena mencari-cari lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah tahu, tak payahlah mencari-cari .. tuju jerlah ke situ.

      Delete
  16. Saya ingat Tuan Haji pergi bawak mak ngahnya shopping kat Vietnam...:)

    Bagus baca info dari Tuan haji coz Aina pun dalam perancangan pergi sana bawak husband habiskan duit kat sana...hehehee...

    Tuan Haji duduk hotel apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya duduk hotel A & EM. Tapi hotel tak mahal .. kalau USD20 ke atas tu, dah kira ok.

      Delete
    2. Aina plan nak shopping kat Ben Thanh Market je jadi carik hotel2 dekat situ je. Bukan sennag nak ajak husband gi habiskan duit dia nih...

      Delete
  17. Saigon nie dah jadi macam "kampung" acu
    2 bulan sekali biasa nya acu mesti ke sana
    selalu nye pegi seorang sekali sekala di temani kakak
    makanan halal di sana memang mahal sebab barang mentah halal mahal
    tapi acu tak pernah lagi makan kat restoran yang uncle sebut kan di atas
    biasa nya acu beli kat luar je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau uncle tahu awak kerap ke sana, uncle minta nasihat dulu dari awak sebelum pergi.

      nak tanya .. apehal kerapa sangat pergi ke sana ?

      Delete
  18. Nanti, saya dan family juga berhajat ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jangan tak pergi .. jgn tunggu dah tua2 macam saya ni nanti tak larat nak jalan ..

      Delete
  19. saya pun berhajat ke sana.... dok simpan hajat ... moga2 termakbul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah satu tempat yang agak murah untuk pergi dan cepat untuk sampai dan banyak benda yang nak beli terutamanya orang perempuan.

      Delete
  20. As salam Uncle. Saya dah plan nak ke sana bulan 5 nanti. Harap dapat jumpa semua Restoran yg Uncle sebutkan dlm entry ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      tak lama dah tu nak pergi .. jangan lupa cuba ABC kat restoran tu.

      Delete
  21. satu citer dan blog yg menarik...rajin2 lah post ya boss...saya suka baca...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Jimmy kerana sudi singgah kali pertama. saya juga dah jenguk blog awak. sangat menarik. nanti saya singgah lagi.

      Delete
  22. pandai uncle bahagi bahagikan episode untuk travelog. tu yg saya suka baca tuh. eheheh. saya bagi 100 markah. ngeeee.

    tapi uncle amik video tu sambil berjalan tak pandang depan lah ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi episode itu mungkin berubah tanpa notis .. hehe

      mana boleh ambil video sambil berjalan, nanti tertangkup !

      Delete
  23. salam pak ngah, tima kasih utk info yg menarik. memang berguna utk saya yg 1st nk ke sana bln 11 nanti. sudi2 add ym renny0021@yahoo.com.my moga dpt kongsi tips berguna dr pak ngah. tq

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.