Wednesday, April 11, 2012

APA YANG SAYA BELI DI SAIGON.

Ini adalah sambungan entri "Apa Yang Saya Makan Di Saigon" sebelum ini.

Di antara kami bertiga, sayalah yang paling banyak membeli. Bukan sebab banyak duit, tapi sebab saya mempunyai  banyak rakyat jelata. Lagipun barang2 yang saya beli taklah mahal.   Kawan saya beli hanya beberapa barang cenderamata. Bagus juga sebab saya boleh tumpang  barang saya  sikit dalam beg dia orang.

Antara barang yang saya beli adalah  telekong, tudung bawal, kain sutera untuk dibuat baju, baju dan seluar linen, baju T, tali pinggang dan barang/cenderamata yang biasa orang beli seperti gambar2 di bawah. Di antara banyak-banyak barang tu, telekonglah yang paling mahal setiap satunya. Yang lain-lain tu kebanyakannya berharga di bawah USD10 setiap satu.


Gambar 1: Di kedai ini saya beli telekong, kain sutera, baju linen, tudung dll. Nampak tak tulisan Selamat Datang kat kaca pintu tu ..?

Membeli barang-barang di sini kena rajin dan pandai taktik tawar-menawar.  Secara umumnya kalau barang-barang yang dijual di kaki lima, kita boleh dapat diskaun lebih dari 50%. Misalnya topi. Penjual kata USD5 tapi kita boleh tawar sampai USD2 sahaja. Kadang-kadang tak payah tawar, mereka sendiri akan menurunkan harga kalau mereka lihat kita tidak berminat untuk membeli.

Yang agak kurang enak, penjual-penjual di sini suka mendesak. Dia boleh ikut kita, beratus-ratus meter sambil merayu membeli barang mereka. Perkataan 'abang' dan 'murah-murah' biasa sangat kita dengar. Kadang-kadang kita terbeli  bukan  sangat sebab nak beli tapi malas nak layan mereka.

Duit USD diterima dengan meluas bahkan lebih laku dari duit dia. Ada juga tempat yang boleh beli dengan RM kita.

Lihatlah benda-benda murah yang saya beli seperti gambar di bawah. Gambar telekong dan kain sutera tak payahlah tunjuk kot !


Gambar 2: Harganya cuma USD2 sahaja (lebih kurang RM6). Saya tak tahu ada untung ke tidak orang yang jual ni ?  Bolehlah saya pakai naik motor pergi surau.


Gambar 3:  Ini pun USD2 juga harganya. Tak sampai hati saya nak tawar lagi sebab kalau suruh saya buat sendiri, pastinya tak akan jadi topi macam itu.



Gambar 4: Topi ini saya beli dengan USD3. Tapi ada kawan saya dapat beli dengan harga USD2 sahaja. Sakit hati betul.


Gambar 5: Yang ini saya beli dengan hara USD3. Ingatkan dah murah. Tapi kawan saya dapat beli dengan harga USD1 di tempat lain. Bedebah !
Untuk menyedapkan hati saya kata materialnya tak sama.


Gambar 6: FM gambar pejabat pos lama, seni bina Peranchis. Saya juga berpeluang melawat bangunan itu. Memang cantik luar dalamnya.Tapi FM tu besi beraninya tak berapa berani.


Gambar 7: Ini lucu sikit ceritanya. Saya nak beli satu je dengan meminta USD1 untuk satu keping. Dia tak kasi. Akhirnya dia setuju jual 3 keping dengan harga USD2. Macamana dia kira saya pun tak tahu.


Gambar 8: Inilah satu-satu cenderamata yang paling mahal saya beli .. USD11. Beli kat kilangnya. Kalau anda pergi nanti, beli kat luar lagi murah. Ciss !


Gambar 9: Saki baki Vietcong .. hehe.


49 comments:

  1. banyaknya beli topi..ada yng nak paki kesurau dan yang lebihnya pakai nak pi mancing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat koleksi gantung kat dinding .. pernah buat entri mengenainya dulu.

      Delete
  2. Memang sah Tuan ni memang pengumpul topi! :D Tuan tak beli lighter Zippo tinggalan askar Amerika?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak beli sebab saya tak hisap rokok .. saya ada nampak dijual.

      Delete
    2. bukan barangan je yg palsu .. janji palsu pun ada. misalnya dalam iklan hotel saya kata supply mineral water setiap hari .. tapi tak ada pun.

      Delete
  3. saya dulu TERbeli topi pesawah masa menyusur sungai kecik kat area mekong tu. tak nak beli asalnya tapi panas punya pasal kan sambar la jugak. tak tau nak bawak balik mcm mana sbb besar last2 jinjing jer masuk kapal dgn tak malunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apesal pulak nak malu bawa topi .. abg juga jinjing masuk kapalterbang dalam beg plastik hitam.

      Delete
  4. Kenapa tak tayang telekung.Orang kata telekung Vetnam cantik dan halus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh kerana ada permintaan, nanti saya tunjukkan sikit !

      Delete
  5. Haha...gambar 9 paling tak tahan.
    kalau macam tu FM tu mesti dibuat dari besi spesis penakut.
    Pakngah banyak pulak beli topi yer..buat koleksi ke?

    Dah agak..pakngah akan shopping tekstil..sebab vietnam memang terkenal dengan industri tekstil..sutera vietnam ada beli tak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada buat koleksi topi .. sudah beratus2 bilangannya. dulu pernah buat entri mengenainya.

      sutera Vietnam pun ada beli .. nak tengok ?

      Delete
  6. bila beli kita rasa murah dah. Tetiba kawan dapat harga yang lagi lebih murah ..... huhuhuhuh memang berasap bengangnya ... keh keh keh ...

    Baru2 ni suami beli pukat untuk buat pagar. Mengelakkan kambing. Selalunya kedai Tong dekat rumah tu barang2nya mahal skit. Pergilah ke kedai yang satu lagi yang selalu org kata murah. Dapat harga sekilo RM 22. Rasa murah dah. Singgah kedai Tong ketika balik , nak beli satu barang ... tertanya harga pukat... sekilo RM 13 .
    Rasa macam nak bakar kedai tadi tu .... berasap jaaa ....

    Panjang pulak komen saya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya bengang kerana kengkawan mentertawakan saya sebab beli lebih mahal dari mereka.

      RM22 dgn RM13 jauh beza tu .. tapi jgn bakar .. langgar je !

      Delete
  7. Comel-comel juga topi tu kalau dipakai. Kalau dahi boleh mencecah sejadah, boleh juga digunakan jadi pengganti kopiah. Dengan cerita-cerita al-lavendari tu, bila saya ke Saigon, tak mungkinlah peniaga sana boleh temberang saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau topi no.2 dan 3 tu saya bawa sembahyang, habis riuh rendah satu surau nanti !

      mungkin mereka akan ubah taktik utk temberang selepas mereka baca entri ini .. hehe

      Delete
  8. Replies
    1. memang banyak sebab murah dan berbagai jenis dan tak jumpa kat Malaysia ..

      Delete
  9. Salam Bang.

    kalau dah beli barang janganlah bandingkan dgn kawan2 tentang harganya. Biasanya memang akan membuat kita sakit hati bila tahu dia beli lebih murah daripada kita .... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      saya tak banding tapi mereka suka mengusik dan menunjuk2 kat saya .. hehe

      Delete
  10. Mastercard mereka terima ke? Nampak ada poster kredit kad tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kad dia terima kecuali report card .. hehe

      Delete
  11. gambar akhir tu yang comel..hehe..

    ReplyDelete
  12. banyak hasil soping nya ya uncle~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tak overweight .. terima kasih kat kengkawan yg tolong bawakan.

      Delete
  13. Teori harga di luar kilang lebih murah dari dalam kilang rasanya betul. Kat sini pun sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat kilang tu sebab kesian kat dia orang yg penat2 bagi penerangan cara-cara nak buat pasu tu .. hehe

      Delete
  14. Kalau suami saya pergi, mesti dia juga akan beli topi! (tapi bukannya dia guna/pakai pun...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli nak pakai tapi satu sahajalah .. yg no. 5 tu utk bawa pergi mancing.

      Delete
  15. p/s: kanda hanafiah.. tak mau tanya Pak Ngah ke... "topi utk kita takdok ke?"..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak teringin, bolehlah print dan lipat kertas tu buat macam topi .. hanafiah tentu pandai buat. hehe

      Delete
  16. Itu ari kami beli baju kurung pahang..
    lebih murah dr beli kain n tempah kat pahang...huhuhu
    Peniaga kat sane pun pndai ckp melayu..kelasss

    ReplyDelete
  17. tekstil memang murah .. uncle beli baju kemeja linen yang dah siap, cuma USD13 sahaja .. kat Malaysia baju yang sama mungkin beratus-ratus RM.

    betul .. memang ramai peniaga yang pandai cakap melayu dgn fasih. mereka itu orang Champa. orang Vietnam tidaklah sefasih mereka.

    bila Yun pergi ?

    ReplyDelete
  18. Yun dh amik ctc no dorang...
    Senang kalau sok2 tingin nk berniaga
    baju kurung bln pose..

    Bulan lepas kami p sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak berniaga terus .. bukan takat bulan puasa sahaja ?

      Delete
  19. Skrg ni xde mase la Uncle...
    Thn lepas baru buka sykt..baru nk merangkak ni..

    Tiap bulan pose mmg best biz..
    Suka2 jer,kdg2 jual tudung,perfume n gelang kristal..
    bulan pose jer pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau untung sebulan boleh menampung hidup setahun .. tak apalah.

      Delete
  20. As salam Uncle, saya nak tanya .. Kalau begitu, lbh baik kita bawak USD atau bawak duit Dong sahaja sdh memadai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok bawa duit USD, sebab ia diterima di mana2. Duit Dong boleh tukar di sana untuk membeli barang2 yang berharga di bawah dari USD1.

      Delete
  21. pakngah..kelakar pulak rasanya bila baca setiap cerita gambar..gelak sorang2 dah ni..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak secara berjemaah lagi seronok dari gelak sorang2 .. hehe

      Delete
  22. takleh gelak berjemaah,sebab sorang je dalam bilik..hahaha

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. eh bro, kenapa mahal sangat dan siap kena beli dalam us dollar? duit vietnam kan ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah pasti duit Vietnam diterima, tapi leceh nak bawa sebab nilainya kecik.

      sebenarnya kalau kita convert harga barang tu ke RM adalah murah. misalnya topi di no. 2 tu cuma lebih kurang RM6 sahaja .. kalau di sini, RM20 pun belum tentu dapat.

      Delete
  25. saya akan ke saigon/hcmc hujung bulan november ni. saya dah survey beberapa perkara tentang saigon seperti tempat2 menarik, barang2, duit yang harus dibawa....saya lihat blog bro lebih suka gunakan us dollar semasa shopping di vietnam. setelah saya check di beberapa blog saya terjumpa satu blog mengatakan jangan membeli dalam us dollar dimana ia adalah lebih mahal dan harga dikenakan dalam usd kerana peniaga di sana nak kaut untung....saya rasa situasi bro adalah lebih kurang sama macam saya juga ketika shopping di china. Setelah saya kaji, peniaga di vietnam cara diorang berbisnes lebih kurang sama seperti peniaga di china. saya pernah pergi ke beijing&tianjin, pd hari pertama shopping, saya tertipu dengan taktik seorang peniaga cenderamata sedangkan adik saya yg mahu membeli pd mulanya tidak jadi beli tapi saya yg kasihan dan fikir harga tersebut murah telah membeli 3 keping keychain spt gambar di atas dengan harga rm15. adik saya pula (beli dr peniaga lain) telah dapat satu kotak keychain pada harga rm10. bengang juga saya dan membuat saya lebih berhati2, tak dinafikan ada ahli rombongan lain membawa usd dan memang cepat ia diterima. ini kerana nilai us dollar yang lebih tinggi dan kukuh dari nilai wang negara mereka.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.