Wednesday, May 2, 2012

KRISIS KEYAKINAN.

Saya baru balik dari memancing di Kenyir dan bila buka kotak komen, terdapat komen dari Kasihibu seperti di bawah yang meminta saya mengupas tentang perhimpunan BERSIH 3.0 pada hari Sabtu lepas.

  1. kenapa pak ngah menyepi, sya menanti kupasan pak ngah tentang kejadian baru baru ni, yang menunjukan kemajuan rakyat malaysia "memartabatkan" kedaulatan undang undang cara yang mereka laungkan sangat bersih.
    ReplyDelete



Saya rasa sekarang ini masyarakat kita berada dalam krisis keyakinan yang teruk. Tidak yakin kepada polis. Tidak yakin kepada Mufti. Tidak yakin kepada SPR. Tidak yakin sama SPRM. Ini bahaya. 

Dan lebih bahaya lagi bila kita sudah tidak  yakin kepada mahkamah. Apa sahaja keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada kita, akan kita pertikaikan. Kita mengesyaki atau menuduh ada tangan-tangan ghaib yang campur tangan dalam keputusan itu. Kalau mahkamah tempat terakhir kita merujuk  sebarang perbalahan sudah kita ragui,  ke manakah lagi hendak kita tuju ?

Ibarat perlawanan bola sepak, samada pemain dan penonton mesti yakin kepada pengadil. Kalau kita tidak yakin, baik tak usah lawan. Sebab kalau kita kalah, kita akan menyalahkan pengadil. Dan kalau kita menang, pihak yang kalah pulak yang akan menyalahkan pengadil. Kalau begitu, bila nak sudah ?

Begitulah yang terjadi kepada keputusan Mahkamah yang melarang perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari.  Nampaknya langsung tidak dipedulikan. Dan yang melanggarnya pulak,  bukan orang yang tak sekolah !

Saya tidak mempersoalkan apa yang ingin diperjuangkan oleh penganjur. Cuma apa yang saya bimbangkan ialah apa  akan jadi kepada negara kita kalau semua orang sudah tidak lagi  mahu menghormati  perintah mahkamah. 

Saya berpendapat hanya rakyat dari negara yang belum bertamaddun sahaja yang tidak pandai menghormati keputusan mahkamah dan merasakan segala tindak tanduk mereka adalah betul dan bijaksana  belaka, manakala pandangan orang lain semuanya bangang belaka. 

Kalaulah hari itu mahkamah membenarkan perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dan pihak Polis pulak mengadakan sekatan,  sudah tentulah pihak Polis akan dituduh menghina mahkamah. Dan sebaliknya bila mahkamah menghalang perhimpunan diadakan, tidak pula mereka merasa telah menghina mahkamah !



39 comments:

  1. maaflah uncle. ayu dah beberapa hari bercuti dikampung, ttg bersih tu saya mmg tak tahu sangat... jom kongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu pun tak mengapa .. tak ada rugi apa-apa pun.

      Delete
  2. bukan budaya kita semua tu.kadang-kadang sedih bila melihat semua tu. yang paling menyedihkan bangsa melayu kita.......apa lagi yang tidak cukup pada mereka. ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka mahu ambega sinadurai jadi Presiden Malaysia kot !

      Delete
  3. Replies
    1. nanti pakngah tunjukkan gambar dalam entri akan datang.

      Delete
  4. Jujurnya uncle, dalam isu BERSIH ini, ada benda yg saya sokong, ada benda yg saya tolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle dah cakap .. uncle tak persoalkan apa yang dituntut tapi perlukah merusuh ?

      Delete
    2. part merusuh tu la yang saya tolak.

      Delete
  5. NAK KATA BANGANG, RASANYA RAMAI YANG BERKELULUSAN UNIVERSITI.. BARANGKALI MASIH ADA BODOH YANG BELUM HILANG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangkali ramai yang mendapat tajaan ..

      Delete
    2. Personally, saya rasa diorang ni tak mengambil iktibar dari sejarah. Masa sekolah bukan baca buku sejarh, sebaliknya hafal buku sejarah utk jawab exam.

      Delete
  6. selepas Yang Arif Tun Salleh Abas dipecat mahkamah sudah hilang "kelakiannya".
    kenapa Tun dipecat?
    ssiapa yg pecatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saidina Khalid al Walid juga kena pecat tapi dia dia tidak pula merusuh. Saya tahu awak tahu hikmah disebaliknya. Jika awak terlupa saya cadangkan awak baca satu entri ringkas yg saya jumpa di link ini ..

      http://irhafiz.wordpress.com/haluanku/khalid-al-walid-dipecat/

      Delete
    2. sistem pentadbiran kita melahirkan manusia yg jadi yes man sahaja... semua dijadikan hilang kelakiannya,

      Delete
    3. pandangan ini saya sangat setuju .. siapa yang berani menegur akan kena cantas .. kalau nak hidup senang lenang duduk diam-diam atau kipas !

      Delete
    4. Salam Tuan...,

      hanya manusia kecewa dan tak percaya takdir saja yg merusuh bila dipecat...

      dan adakah kelakian itu perlu ditunjukkan.....????

      Delete
    5. siapa yg merusuh ni>
      kelakian perlu ditunjuk? ... itu tanya isteri kamu la?
      zaman sekarang ni profesor pun tak dapat beaza isterinya lelaki ke betina.

      Delete
  7. Mereka yakin pada Ambiga dan sekutu-sekutu yg nak jatuhkan Malaysia je Pak Ngah. Sedih juga bila melihat betapa bodohnya mereka diperalatkan oleh orang-orang yg punya kepentingan tertentu...

    p/s: Berita di sini pun ada menatyangkan sedikit tentang rusuhan tu... adeiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah ingat yang turut serta tu ramai yang belum mendaftar jadi pengundi .. mereka tu ramai yang main ikut2 sahaja .. macam penuunjuk perasaan di Indonesia tempoh hari.

      Delete
  8. Pakcik,

    Bukan ke mrk mendambakan mahkamah tu dr kalangan mrk sendiri? Huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga kalau masing2 ada mahkamah dan hakim sendiri kan .. hehe

      Delete
  9. clap...clap...clap..
    Pastu wat mexican waves...
    4 thumbs up.. (pinjam ibujari kawan sblh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka lepas ni seronok bercerita di kedai kopi dengan kawan2 betapa megahnya mereka dapat menendang polis yang merupakan darah daging mereka juga.

      Delete
  10. masih tak bersyukur ke tinggal dalam negara yang aman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana kepentingan politik seorang dua, rakyat terbanyak yang menjadi taruhan.

      Delete
  11. Salam Pak Ngah...
    Saya setuju dengan Pak Ngah....bukannya kita melarang perhimpunan tukan..masing-masing ada hak untuk suarakan rasa hati...tapi CARANYA yang penting..bila ada rusuhan macam tu.....penganjur salahkan pihak berkuasa pulak..sedangkan diorang langsung tak hormatkan pihak berkuasa seperti Polis..inikah bakal pemimpin kita???....inilah jadinya kalau akal sudah dikuasai nafsu...:(

    Pak Ngah..
    Saya takutttt....bagaimana nasib kita dimasa depan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      orang yang cintakan kedamaian dah tahu bersyukur semuanya takut ..

      baca komen Tuan Temuk di bawah. cukup cantik komen dia.

      Delete
  12. pak ngah terima kasih, awalpagi tp tadi sya dah komen panjang lebar jugak terutama pandangan dari non muslim rakan sekerja sya bila melihat mereka solat di tepi jalan, tetiba elektrik terputus pulak sblm sempat di post, cukuplah sya katakan tujuan mereka berbuat begitu ingin menunjuk dan memberitahu dunia Malaysia bukan negara aman bagi mereka2 itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya tujuan mereka telah mencapai kejayaan .. syabas kepada penyokong2 ambiega.

      Delete
  13. As-salam al-lavendari
    Nampaknya akhir-akhir ini, RUKUN NEGARA sudah tidak dipedulikan orang. Prinsip-prinsip murni di dalamnya (Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluruhan Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, serta Kesopanan dan Kesusilaan), bagaikan tak punyai apa-apa makna dan fungsi lagi dalam konteks negara dan masyarakat kita. "Rukun Kehidupan" yang bagaimanakah lagi agaknya yang wajar kita sanjung dan beri pengisian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumusalam.

      saya rasa negara kita mungkin telah terlebih demokrasi. mungkin elok macam china. aman dan maju. lihat negara2 yang terlebih demokrasi macam India, Filipina .. tak juga maju sangat.

      Delete
  14. Tuan Haji...sya tersangat marah kerana BERSIH 3.0

    1. Opis terpaksa tutup.
    2. Kami tak boleh pi kerja.
    3. Kerja tak siap.
    4. Tak ada progress.
    5. Kena tanya dgn client pasai apa kerja tak siap.
    6. Bos naik hangin.
    7. Appraisal dapat tak bagus.
    8. Bila appraisal tak bagus increement & bonus juga tak bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu memang patut sangat awak marah ..

      Delete
  15. Salam Tuan Haji.. saya pun marah.. tapi malaslah saya nak bising, buat penat diri sendiri je.. dok diam diam dan baca yang bagus-bagus je... mcm blog tuan haji ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      inilah cara saya melepas kesumat di hati.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.