Monday, May 7, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 49: SWITZERLAND (BHG 2)

Ini entri sebagai menjawab komen Kakcik, sudah sangat lama tertangguh. Saya baru terjumpa di celah-celah timbunan draf entri saya. Maaf kakcik.

Ini komen Kakcik dalam entri saya sebelum ini.


Ok lah .. saya tukar gaya saya bergambar.

 

  Gambar 10. Dalam gua air batu  campur  di atas puncak Gunung Titlis.
 


Gambar 11: Dalam kereta kabel yang membawa kami naik dan turun dari gunung tersebut.


Gambar 12: Kita cuba juga daki untuk sampai ke satu lagi tempat tarikan pelancong. 
Tapi bila salji turun dengan lebatnya, hasrat itu dibatalkan.


Gambar 13: Saya keluar kejap nak bergambar kerana tak mahu melepaskan peluang melihat latarbelakang yang cantik yang tak ada kat Senawang.


Gambar 14: Mungkinkah akan sampai lagi ke sini ? Agaknya di sinilah tempat Yusry dan
Lisa Surihani berbulan madu tempoh hari.


Gambar 15: Salah satu lagi tarikan pelancongan di bandar Luzern ini.  Ukiran singa di gunung batu yang ada dongengannya sendiri.


Gambar 16: Bangunan dan jambatan kayu di sebelah kanan saya tu adalah mercutanda bandar ini. Ia dipanggil Chapel Bridge atau Kapellbrucke dalam bahasa German.


Gambar 17: Bangunan dan jambatan tersebut dari arah yang berlainan. Saya letak dua keping gambar, kerana ini adalah struktur yang sinonim dengan bandar Luzern ini.

 

Gambar 18: Nampak tak atas bukit di belakang sana sebuah castle yang sungguh cantik.

 

Bila melihat itik berenang-renang dan berkejar-kejaran, fikiran saya melayang teringatkan Makngahnya yang tertinggal di Malaysia.


Gambar 20: Cenderamata  beli sebiji. Nak kata apa benda ni pun saya tak tahu.



Gambar 21: Saya pernah buat satu entri khas tentang bandar Aarau  di sini.


Gambar 22: Sempat singgah di "Factory Outlet" menjual barangan jenama "Bally". Sempat jugalah sambar dua tiga barang.



Gambar 23. Ini bukan di Switzerland tapi di Senawang nak juga "enter frame"
Pemandangan dari tingkap bilik tidur tingkat atas rumah saya.



20 comments:

  1. Saya komen di pos yang mana tu ya?

    Kali ini pun, saya melihat banyak gambar dengan gaya yang sama! (Itu tangan dalam poket juga duduk) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh kerana cuaca amat sejuk, maka secara otomatis tangan masuk ke dalam poket kecuali dalam gambar nombor 12.

      Delete
  2. :D Gaya ketika berada di negara sejuk tu!

    ReplyDelete
  3. Hehehehe..kelakar komen Kakcik. A`ah la Pakcik. Ape2 pun, tangan mst dlm poket. Tapi kan Pakcik, spek Pakcik tu...stailo betul.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. spek fesyen tu tak ada lagi jual .. kalau ada ndak juga beli.

      Delete
  4. Spek yg sangat ber-stail ! ahaha

    Kalau senawang ada salji, boleh lah naik kereta kabel dari Senawang ke jelebu! ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada salji pun boleh juga buat kereta kabel dari Senawang ke Jelebu ..

      Delete
  5. Factory outlet jual Bally ye? Cool!
    spek tu mmg legend lah uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gila dibuatnya bila masuk gedung tu .. nasib baiknya makngah tak ikut sama.

      ramai betul saya suk spek tu nampaknya .. masih lagi ada dalam simpanan uncle.

      Delete
  6. Dari bilik tidur pun macam kat luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada salji .. kompon macam kat luar negara.

      Delete
  7. NAMPAK SERONOK DAPAT PERGI MELIHAT KE NEGARA ORANG LAIN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sangat sebab segala perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh penganjur.

      Delete
  8. tak pernah lagi sampai ke negara ini..teringin juga nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang negaranya cantik sangat .. cuma makanan halal susah sikit nak cari.

      Delete
  9. gaya tuan sama jer.kadang tangan masuk poket=)nampak cantik sungguh pemandangan.mesti pengalaman ke sana juga banyak

    ReplyDelete
  10. sememangnya perbuatan itu dibuat diluar sedar .. bila tengok gambar baru perasan.

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat kerja macam tuan, keserata dunia dah sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dulu .. kini hanya tinggal kenangan. kalau nak pergi lagi .. kena bayar sendiri.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.