Hari tu Biro Wanita surau di taman kami pergi melawat TV9 untuk menyertai program Tanyalah Ustazah. Makngahnya selaku Setiausaha Biro Wanita, beberapa hari sebelum itu kelihatannya sibuk mengatur lawatan tersebut.
Tetapi sayangnya Makngahnya tak dapat pergi kerana tiada siapa yang mampu mengambil alih tugas menguruskan ayahnya (mertua saya) yang dah macam baby. Kalau pergi sejam dua, bolehlah menantu dia tolong tengokkan. Tapi pemergian ini agak lama. Pergi pagi dan baliknya malam.
Kesian juga saya tengok dia duduk depan tv dengan kameranya semasa program tersebut bersiaran secara langsung. Nampaknya dia sangat teruja dan gembira melihat kawan-kawan dia keluar tv. Saya pulak yang sayu.
Kesian juga saya tengok dia duduk depan tv dengan kameranya semasa program tersebut bersiaran secara langsung. Nampaknya dia sangat teruja dan gembira melihat kawan-kawan dia keluar tv. Saya pulak yang sayu.
Gambar 1: Sebelum mereka bertolak sempat juga Makngahnya ambil gambar berkumpulan kawan-kawan dia dekat bas.
Gambar 2: Inilah program yang dimaksudkan. Ada sesiapa yang sempat tengok rancangan ini pada hari tu ?
Gambar 3: Antara gambar yang Makngahnya sempat tangkap.
Gambar 4: Inilah Ustazahnya ... rugi saya tak ikut !
Gambar 5: Salah seorang peserta sedang mengajukan soalan yang telah di sediakan..
Cantik seragam biru mereka itu. :)
ReplyDeletetapi dah banyak kali pakai .. kena cari sponsor nak tukar uniform baru.
DeletePatutlah selama ni diorang 'membaca' soalan.
ReplyDeleteRupa2nya soalan dah disediakan...
kalau tak buat gitu, nanti bertolak2 dan entah apa-apa yang ditanya pulak.
Deletealahai..sedih la pulak.takpela..maybe next time ada lagi
ReplyDeletelawa lah mak ngah
padanlah dengan pakngahnya .. hehe
Deletesama macam irfa..hati ikut terasa pulak..kalau pak ngah nya sayu..mesti mak ngah pun sedih..yang membaca ni pun rasa nak keluar air mata pulak.
ReplyDeletemakngahnya pandai menyembunyikan kesedihannya .. itu yang buat saya rasa sayu dan terkilan.
Deletemmm...saya musykil.
ReplyDeleterugi makngah tak ikut ke, atau rugi uncle tak ikut? :p
hari tu kalau uncle ada baju kurung biru, mahu jer gantikan makngahnya.
DeletePengorbanan yang besar tu Mak Ngah buat untuk menjaga ayahnya. Takpe Pak Ngah, kalau check betul2...silap2 rating blog Pak Ngah lebih tinggi dari rating TV 9 tu...hehehe
ReplyDeletememang besar pengorbanan dan kepayahan yang ditanggungnya .. saya kagum dengannya.
Deletealahai kesiannya dekat makngah tak dapat ikut pergi...kita pulak yang sedih.wuwuwu
ReplyDeletejanganlah sedih2 .. tak baik untuk kesihatan.
Deletesambung komen,
ReplyDeletetapi takpe,pengorbanan makngah jaga ayah dia,lagi besar ganjarannya......
masuk blog pk ngah pun okeh ape..hehe
sambung balas.
Deletesemoga Allah memberi ganjaran dan memasukkannya ke dalam syurga nanti.
sambung balas komen..
Deletebetul tu..AMIN
cantiklah makngah..ustazah pun cantik..hehe..
ReplyDeleteustazah tu pangkat anak dia.
Deletewah..ustazah comei! makngah lagi comei! :)
ReplyDeleteno komen .. hehe
Deletemasuk blog lagi bagus, ramai orang tengok.. masuk tv sekali je, lepas tu tiada ulangan.. :)
ReplyDeletebetul juga .. blog boleh tengok banyak kali sampai pengsan. hehe
DeleteTuan Haji mana nak carik lagi isteri sebaik itu. So tak der alasan nak tambah cawangan!
ReplyDeletesaya memang tak berniat nak tambah cawangan melainkan saya dipaksa oleh makngahnya .. hehe .. itu jawapan standard saya !
DeleteTak aperlah, tunggu lain kali jerlah. Apa nak dibuatkan ada urusan yg lebih besar ganjarannya.
ReplyDeleteharap-harap adalah lain kali tu ..
DeleteKesian kat makngah... Tapi kawan2 makngah tentu happy dpt tengok gambaq depa masuk tv yg makngah tangkap.
ReplyDeletecantiknya makngah..
tentulah kawan2 dia suka agaknya ..
DeleteSalam Pak Ngah
ReplyDeleteAPsal makngah tak bagitau, saya sentiasa ada di bangunan tempat mak ngah nak pegi tu. Kalau tak boleh sambut dengan "bunga rampai". Tak dapat pergi, tak dapatlah nak kenal kenal ngan mak ngah ek.
salam kembali.
Deletelaa .. ia ke awak kerja kat situ ? bolehlah kaum bapak pulak buat trip melawat tv 9 lepas ni.
bole bole insyaAllah. Kasik tau advance, boleh tolong arrange dengan mereka-mereka yang incas. Psss.. saya ada tuju lagu kat Pak Ngah dan Mak Ngah di blog saya... ngeeeee...
Deletedah ambil perhatian akan tawaran itu. saya juga sudah pergi lihat blog awak. lagu julie remy tu kan ?
DeletePakcik, mak ngah maintain cun dari dulu sampai sekarang...pandai mak ngah jaga kesihatan & kecantikan
ReplyDeletekalau begitu .. bertuahlan suami dia.
Delete