Manusia ini dikurniakan darjah keupayaan pemahaman yang berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Secara umumnya saya boleh bahagikannya kepada 4 darajat, iaitu:
1. Cepat faham dan lambat lupa.
Ini spesis terbaik. Cikgu suka dengan dia. Saya juga suka kalau dapat duduk sebelah dia dalam kelas sebab kalau saya tak faham, saya boleh tanya dia.
2. Cepat faham dan cepat lupa.
Yang ini kena ulangkaji di saat akhir sebelum masuk periksa. Dia boleh baca nota dari jam 10 malam hingga 7 pagi esoknya. Lepas mandi dan sarapan terus masuk dewan periksa. Selalu 'score' kalau soalan yang di 'spot' keluar. Kalau tak keluar, dia yang keluar.
Orang jenis ini, kalau berjanji dengan dia kena rakam atau tuliskan sebab dia cepat lupa.
Saya rasa saya termasuk dalam golongan ini.
3. Lambat faham dan lambat lupa.
Mengajar spesis ini kena banyak sabar dan mengambil masa tetapi hasilnya berbaloi.
4. Lambat faham dan cepat lupa.
Ini masalah sikit. Silap-silap cikgu boleh minta tukar sekolah.
Spesis ini kalau nak suruh beli barang kat Giant, kena tuliskan nama barang dan berapa banyak nak dibeli. Kalau tidak, entah apa-apa barang yang dibelinya nanti.
Anda pula rasa dalam golongan mana ?
tak mau la termasuk dalam golongan no. 4. Kadang saya dalam golongan no. 1 dan kadang-kadang no. 3...apa pun statistik terkini kena tunggu saya sambung belajar...mana tau kot2 jatuh golongan no. 2 pulak...hehe
ReplyDeletesemua orang pun tak mahu tapi itulah hakikatnya .. kita lihat dalam kelas masa belajar dulu. golongan no. 4 tulah yang selalu dapat nombor corot. tapi kemudiannya dalam kehidupan ada juga yang lebih baik nasibnya dari golongan no. 1.
DeleteNo 4 tu bahaya heheh
ReplyDeletememanglah .. tapi kalau dah jodoh, terimalah seadanya.
Deletesaya no 2 kot. tapi kalu melibatkan kecederaan hati & perasaan tu memang lamaaaaaa nak lupa. hehe
ReplyDeleteawak ni sebijik macam abang .. betul !
Deletehehe entri yang menghiburkan...
ReplyDeleteterimakasih...
saya ikut angin, keempat-empatnya tu boleh jadi saya juga adanya..hehe
tentulah ada ciri yg lebih kuat di antara yang 4 tu.
DeleteSaya tergolong dalam kategori ke 3 :D
ReplyDeletemana2 golongan pun ok .. semua ciptaan Tuhan adalah sempurna.
Deletekalau saya...ikut topik.. ;)
ReplyDeleteumumnya bagaimana ?
Deletedepends pd tahap 'keserabutan' otak..
ReplyDeletekalau tgh serabut pk menda lain mgkin lambat paham la..
mcm cara memahami maksud n3 Uncle yg byk mksud tersirat jugak la..
Kdg2 cepat tgkap kdg2 komen ke laut jer..huhuhu
pengkategorian ini secara umum sahaja .. macam sorang anak uncle tu, ingatan dia cukup kuat. semua tarikh lahir ibuayah dan adik beradik serta nombor telefon mereka dia ingat.
Deleteuncle pulak, nombor telefon sendiri pun kadang2 terlupa. hehe
BERGANTUNG PADA KEADAAN JUGA KOT..
ReplyDeletememanglah ..
Deletekalau tengah marah, satu pun tak ingat.
Saya dalam golongan ke 4 kot. :)
ReplyDeletekakcik memang selalu merendah diri ..
Deleteerrr..sayaa...saya....errr...
ReplyDeleteto err is human .. tapi to errr, uncle tak tahu. hehe
DeleteSaya spesis yang nombor dua.. koh koh koh
ReplyDeletenanti saya tuliskan apa yang nak dibeli .. hehe
DeleteTak berani nak letak diri nombor berapa.
ReplyDeleteNampak gayanya lebih kepada lambat faham cepat lupa.
kena buat catatan atau rakaman selalu ..
DeleteAslkm...
ReplyDeleterase2 saye dalam ketegori ke-3 tapi kekadang taktentu...
ikut keadaan semasa.. (^__^)~
alaikumsalam.
Deletememanglah ikut keadaan semasa, tetapi secara umumnya golongan mana
?
kalau menilai diri sendiri ni, rasanya saya dalam kategori no2. kena buat ulangkaji balik benda yg dah d belajar. kena sentiasa diulang-ulang. hmmm.. kena makan kismis minda bagi lambat lupa. :D
ReplyDeletekita serupalah kalau macam tu ..
Deletekalau benda sy minat, cepat faham dan lambat lupa..
ReplyDeletekalau tak minat, buat-buat tak faham dan terus lupa.. (",)
uncle pun begitu .. kalau tak minat, masuk telinga kanan, keluar pun telinga kanan. hehe
Deletesaya golongan lambat paham tapi lambat plak lupa.kalau saya faham sesuatu subjek mmg dapat conqure..hikhik..kalau tak paham2 sampai sudah blurrr.hikhik
ReplyDeletesaya pun kadang2 begitu .. kadang2 bila saya jumpa subjek yg susah nak faham, langsung saya hentikan percubaan saya untuk memahaminya. hehe
ReplyDelete