Insiden 1: Naik Teksi.
Selepas selesai mengambil bagasi, perkara seterusnya ialah mendapatkan teksi untuk ke hotel. Kalau masa bekerja dulu, pasti ada orang tunggu. Banyak tempat jual tiket, tetapi tempat ini kami tertarik kerana mereka mendesak mahukan duit RM. Dollar Amerika dan duit Dong dia tak berapa mahu. Rasa bangga juga bila duit kita popular di sini.
Bila tiba masa balik baru kita tahu, bahawasanya kita telah kena 'kelepet'. Kita terbayar kira-kira 40% lebih mahal berbanding tambang semasa balik. Rupanya mereka mainkan kita dalam kadar tukaran wang. Maklumlah masa tu, kita masih pening lalat, belum mahir lagi dalam mengira tukaran matawang.
Nasihat saya kalau nak naik teksi di Saigon, dapatkan harga yang terbaik dari 3-4 kaunter dan bayar dalam USD atau Dong kecuali anda boleh 'kelepet 'balik dia kalau nak bayar dalam RM.
Waktu tempatan menunjukkan tepat jam 10.59 pagi.
..........................................................................................................................................
Insiden 2: Cuci Kasut.
Gambar 1: Kita makan tengahari di sini. Dan di tempat inilah insiden ke-2 belaku. Sebelum sampai ke restoran ini, kita telah diekori oleh beberapa budak yang menawarkan untuk mencuci kasut dengan upah USD 1 sepasang.
Gambar 2: Mamat ini beriya-iya sangat hendak mencuci kasut kita. Sampai masuk-masuk ke bawa meja dan memegang kasut kawan saya yang berbaju kuning itu. Oleh kerana kesian dan tak mahu diganggu, kawan saya pun merelakan kasutnya dicuci.
Gambar 3: Bila dah siap dia mengenakan caj lebih dari 4 kali ganda kerana dia memandai-mandai memasang alas kaki (sole). Kawan saya cukup marah sebab dipermainkan begitu kerana dia tak minta pun alas kakinya ditukar. Saya pun tumpang sekaki marah sama. Kawan saya suruh ambil balik sole itu. Mamat itu pada mulanya enggan tapi bila kawan saya sebut perkataan polis barulah dia mengalah. Yang peliknya taukeh restoran tu buat tak kisah je.
Gambar 4: Kerana terlampau marah, habis licin semua roti nan kita makan.
.
hahaha.."kerana marah habis semua licin roti nan kita makan" yang ini paling menarik hati saya...
ReplyDeletesamalah kita ..
Deleteini bilis punya style pakcik :)
ReplyDeletetapi sangat annoying !
Deletemasa kesana kami bayar duit taxi pakai dong.sbb ikut kawan yang dah selalu kesana..tapi hati kena kuat la sbb diorang ni sama cam indon suka buat muka kesian.mcm tahu2 je rakyat malaysia mmg lembut hati ;)
ReplyDeletememang betul .. kita beli bukan sebab nak beli tapi sebab tak mahu dia orang ikut kita dengan muka kesian. tak apalah, masa ini masa kita senang .. masa depan belum tahu.
Deletebetul tu..masa depan kita tak boleh nak ramal
Deletelicin tu kerana lapar ke kerana marah?he he
ReplyDeleteorang yang angry selalunya hungry ..!
DeleteMembaca ayat di bawah gambar nombor dua tu, saya ingat dia nak bawa lari kasut sebab ada perkataan mencuri. :)
ReplyDeletetajam betul mata kakcik .. dah dibetulkan. terima kasih.
DeleteKena banyak hati2 pergi Vietnam ni nampaknya Tuan Haji kalau tak mau kena sembelih berkali-kali.
ReplyDeletebukan kat vietnam sahaja .. kat Mesir pun sama. cuba baca komen Asada Ryutaro di bawah.
Deletepernah kena kes sama kat mesir, budak tu beriya2 tanggalkan kasut sebab nak kilatkan. kita tak nak pun dia sodok jugak bawah meja. uhh.. pastu nak bayaran lebih dari harga ditawarkan mula2. naik geram jugak..
ReplyDeletebagus jugak kalau geram marah boleh makan habis makanan.. biasanya takde mood dah nak makan. :P
barangkali bila kita miskin dan terdesak nak mendapatkan wang membeli makanan utk anak-anak, itulah jadinya.
Deletehahaha..mrh punya psl..habes licin roti naan :p
ReplyDeletekalau tak marah .. mungkin tambah lagi satu keping sorang. hehe
Deletesaya kena belajar cakap vietnam lah uncle, baru boleh kelepet org taxi tu! ahaha
ReplyDeleteeloklah tu .. nanti boleh buka cawangan klinik kat sana.
DeleteNasib baik tengah marah, boleh licin....kalau tak marah, saya bimbang pinggan mangkuk pun turut lesap..hehe..
ReplyDeletekalau pinggan mangkuk lesap, barangkali awak tak dapat baca entri ini .. hehe
DeleteHahahahahahaha...
ReplyDeleteAlhamdulillah Pakcik. Marah2 pun, rezeki tak baik dibazirkan. Hiks!
betul .. pakcik tak mahu jadi rakan syaitan !
Deletemarah punya pasal,habis roti licin..hihihi
ReplyDeletesebenarnya roti tu sikit sangat untuk saiz perut uncle ! hehe
Deleteahahaaa pakngah nape tak tambah lagi.haha
Deletelain negara...lain tempat...lain ragamnye...kan Tuan :)
ReplyDeletebetul .. kat tempat kita pun apa kurangnya .. lagi sofistikated !
DeleteINFO YANG BAIK UNTUK SAYA KE SAIGON NANTI ENTAHKAN BILA..
ReplyDeletekalau nak pergi nanti .. saya boleh temankan, asalkan tiket, penginapan dan makan minum awak tanggung. hehe
Deletememang bahaya kalau makan masa tengah marah kan uncle. kehkehkeh~
ReplyDeletebetul .. awak pun jangan amalkan lagi .. hehe
DeleteKat mana2 pun sama kan,
ReplyDeletenampak org asing/ luar mesti nak pau/kelepet...nak untung lebih
Beli ikan bilis kat sabah, cakap bahasa semenanjung harga 20 lebih sekilo,
Org sabah beli dpt pulak RM14...
setuju .. kalau sudah dinamakan manusia .. di mana-mana pun serupa. janji ada peluang !
DeleteSenang je mereka ni nak ambil kesempatan..
ReplyDeletekadang-kadang orang dapat ambil kesempatan kerana kelalain atau kebaikan kita.
Delete