Selama ini saya amat berat untuk berbicara fasal politk kerana saya tahu ia boleh menjadi punca hilang kawan. Akan tetapi perkembangan mutakhir menyebabkan saya melenturkan sedikit prinsip saya itu.
Di negara kita yang bertuah ini secara umumnya ada dua barisan atau pakatan politik. Kita namakan satu pakatan X dan satu lagi pakatan Y. Kedua-duanya sekarang ini sedang berhempas pulas menjaja diri untuk menguasai Putrajaya atau untuk kekal berkuasa.
Masing-masing ada penyokong dan penaja. Masing-masing mahu menang. Masing-masing rasa pakatan mereka paling layak untuk memimpin negara ini. Masing-masing yakin pakatan mereka akan di pilih oleh rakyat.
Apa yang saya tidak seronok ialah fanatik yang melampau kepada pakatan sendiri. Apa sahaja yang pakatan lawan buat, semuanya salah. Semuanya busuk dan bodoh. Dan apa sahaja yang pakatan dia buat, semuanya baik dan bijaksana. Munasabahkah begitu ?
Apa sahaja yang dicakapkan oleh pemimpinnya betul belaka dan begitulah sebaliknya. Pemimpin dia sahaja yang maksum dan dijamin syurga dan pemimpin pakatan lawannya adalah penjarah dan bakal penghuni neraka. Sudah tentukah begitu ?
Saya rasa kalaulah ketua Pakatan X mengaku berzina dengan isteri orang dan mengatakan telah bertaubat, para penyokong fanatiknya mungkin akan berkata begini ..
" kita puji sifat dia yang berani mengaku kesalahannya dan bertaubat. Allah itu maha pengampun dan kita tak patut campur urusan Dia ... lagipun mana ada orang yang tak pernah buat dosa. Ketua dia orang lagi dahsyat menyapu wang rakyat"
Dan begitu juga jika ketua Pakatan Y mengaku pernah menerima rasuah politik maka penyokongnya mungkin akan kata begini ..
"bukan dia yang minta pun .. dah orang nak bagi sangat, dia ambillah ... apa salahnya kan ... lagi pun duit yang dia terima tu bukannya dia makan sorang, tapi diagih-agihkan kepada penyokong dia juga. Ketua dia orang lagi dahsyat, kalau ikut Islam berzina tu boleh kena hukum rejam tau .."
Pertimbangan melalui fikiran rasional telah hilang dan digantikan dengan emosi. Pakatan aku betul dan pakatan engkau salah. Cakap ketua aku semua betul, cakap ketua engkau semua salah. Perbuatan ketua aku semua betul dan perbuatan ketua engkau semua salah. Rancangan pakatan aku semua betul dan bijak dan rancangan pakatan engkau semua sampah. Pendeknya bagi mereka mustahil ketua dan pakatan mereka salah dan mustahil ketua dan pakatan lawan itu betul. Pintu hati mereka seolah-olah sudah tertutup oleh ketaksuban kepada pakatan masing-masing.
Perkembangan mutakhir ini lagi menyayat hati saya di mana masing-masing berlumba-lumba membuka aib tokoh pakatan lawan. Tak kisahlah aib itu benar-benar dilakukannya atau dilakukan oleh orang yang menyerupainya.
Orang Bangladesh, India, Myanmar, Kampuchea, Indonesia dan lain-lain berbondong-bondong masuk ke negara kita mencari kekayaan dan kita pula asyik bersengketa sesama sendiri. Satu hari nanti kalau tak kena caranya, tidak mustahil kita pula akan menaki bot pancong belayar malam memasuki negara Indonesia secara haram untuk mencari rezeki kerana Tuhan murka dengan kita yang tidak tahu bersyukur dan menarik balik segala nikmat keamanan dan kekayaan yang telah diberikanNya selama ini. Nauzubillah.
p/s. dua tiga hari lepas saya menerima e-mel yang dipanjangkan (forward) kepada saya seperti di bawah. Silalah baca dengan hati terbuka tanpa sebarang prasangka.
Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...
Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?
Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...
Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...
Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...
Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?
Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...
Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...
Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?
Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...
Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....
Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....
Amin...
TU LAH.. KITA YANG BIASA2 NI PLAK YANG SAKIT KEPALA MEMIKIRKANNYA..
ReplyDeletememang politik tidak dapat dipisahkan dari kehidupan kita .. kalau tidak terlibat secara langsung pun, kesan dan akibatnya tetap mengenai kita.
Deletesalam AL..biasanya kalau ada terjadi macam ni..maksudnya perhimpunan tak kira dari pihak mana..saya akan beralih arah..tidak tengok tv,baca suratkhabar dan dengar berita radio..
ReplyDeletebiar la tak tau apa apa dari hati berkata kata.
saya tidak dapat berbuat begitu kerana jiwa saya berontak ingin tahu.
DeleteKemungkinan pada PRU kali ini saya tidak akan keluar mengundi kerana sakit hati. Macam saya pernah tulis sebelum ini, apa pun 'cap' yang mereka pakai, bila menang saja rentak tari mereka tak jauh berbeza! :(
ReplyDeletejangalah tidak keluar mengundi .. kalau susah nak pilih, pilih jer calon yang diketahui mempunyai akhlak mulia dan tidak ada skandal.
DeleteSaya setuju dengan pendapat Tn Hj tu... Kak Cik mengundi untuk memilih kerajaan itu adalah salah satu tanggung jawab kita kepada negara.
Deletebetul .. laksanakan tanggungjawab itu dengan sebaiknya tanpa dipengaruhi oleh emosi.
Deletesalam. bagi saya nak berpolitik pun elakkanlah kata-kata kesat. sebab kalau kita refer kat batu atau kayu reput, sekurang2nya benda tu tak bernyawa.
ReplyDeleteorg-org yg tak boleh refrain diri dari menggunakan kata-kata kesat tak sepatutnya dibiarkan bersuara. rukunegara ke 5 dia letak bawah tapak kaki.
entahlah, saya marah juga sebab bila org dok kutuk orang tu, orang ni, sikit sebanyak terasa sebab ada sedara mara saya pun terlibat jadi mangsa caci maki, dan ada sedara mara yang ikut sama mencaci maki.
selalunya manusia ini cukup bersantun bila sorang-sorang .. tapi bila dah campur dangan grup, kadang2 dia boleh bertukar menjadi monster.
Deleteminta izin share kat facebook..
ReplyDeletetapi saya share dah ni, belum lagi uncle kata nak bagi atau tidak. errr..
ReplyDeletetak ada masalah langsung .. apa2 yang ada kat blog ini semuanya untuk umum. addlah uncle !
DeleteSaya nak komen satu aja uncle: Benar, saya setuju dgn komen uncle, berbincang pasal politik ni, boleh menyebabkan kita hilang kawan
ReplyDeletebukan sahaja hilang kawan, kadang adik beradik dan keluarga pun berkecamuk .. contohnya tak payah pergi jauh.
DeleteNanti kalau dorang kena rompak ke ape..
ReplyDeleteJgn panggil polis..bela jer anjing kat umah masing2..
Biar anjing tu yg jaga dorang...
Suka2 nak menganjingkan orang...huh!
kadang2 yang lucunya orang yang suka menganjingkan orang itulah yang merasa dirinya paling layak masuk syurga.
Deletesangat setuju dengan entri pakngah ni. Sebagai pemerhati dari jauh, saya jadi musykil, apa yang mereka perjuangkan sebenarnya? Kita semua bukannya maksum, tak lari dari melakukan kesilapan, cuma jangan menghukum sendiri, sepatutnya berusaha agar mereka yang kita tahu ada melakukan kesalahan tu kembali kepangkal jalan, berdoa terus pada Allah. Setiap perjuangan pun, kalau dah membabitkan sakit hati pihak satu lagi, menyebabkan ada pihak yang teraniaya, maka sama ajelah, mereka dengan orang yang kononnya mereka tidak puashati tu.Terfikir, siapakah yang patut kita undi sebenarnya, tapi kalau tak turun mengundi langsung, maka kita terus lari dari tanggunjawab tu, lagilah teruk kan.
ReplyDeletekadang-kadang syaitan akan terus menggalakan orang yang telah membuat dosa dari terus bergelumang dengan dosa jika dia sendiri tidak mahu berubah.
Deletejangan lupa turun mengundi nanti .. lihat jawapan uncle pada komen kakcik.
Pakcik, terus-terang saya menangis sampao tak dapat nak berkata apa bila baca email tu. Selama ni, sy dgr je org asyik maki hamun polis. Dengan perkataan yang sangat2 mengguris hati dan perasaan. Nak kata sy kecil hati, mungkin tak. Tapi sedih tu, memang ya. Saya sedih sgt. Kami adik beradik membesar dgn rezeki berkat dari kerja ayah dan mak yg makan gaji sebagai anggota polis. Ms sy menaip komen nie pun, sy menangis. Adeh...malu sy. Nanti ada org perasan pulak sy emosi sorang2 kat sini....
ReplyDeleteCuma satu, ada tak negara lain yang polisnya jadi mangsa belasah rakyat masa rakyat bt rusuhan? Sy rs, rakyat yg bt rusuhan yg teruk kena belasah dgn polis lagi ada...walaupun negara tu dtgnya dr negara maju.
arwah ayah uncle dulu pun seorang anggota polis .. orang yang benci sangat dengan polis ini akan bekejar mencari polis bila rumah dia kena rompak atau anak dia kena culik misalnya.
Deletesedih pulak baca sbb sy juga adalah seorang anak bekas pegawai polis.... sobbss!
ReplyDeletesamalah kita anak bekas polis .. tapi arwah bapa saya prebet je !
Deletemohon share yek!
ReplyDeletesilakan !
DeleteOoOh, saya dah letih pakngah, dengan cacian dan makian..saling hentam menghentam..tak pasal2 berdenyut-denyut kepala bila baca berita di internet dan surat khabar..
ReplyDeletetapi dia orang tu tak letih2 pulak ... hairan. vitamin apa dia orang makan agaknya ?
DeleteSaya penjawat awam. Bukan tidak sokong kerajaan, bukan juga pembangkang kerajaan. Cuma ingin jadi pengkritik kerajaan yang baik. Yg salah, ditegur. Yg baik, dipuji. :)
ReplyDeletesebagai kakitangan kerajaan kita mesti sokong kerajaan yang memerintah kerana kerajaan yang membayar gaji kita ..
Deletesuka baca entri ni. Kita berhak memilih, menegur atau mencadangkan..
ReplyDeleteYg taksud tu mungkin ada agenda. Bila kuasa, wang mengaburi orang jadi tak waras walaupun nampak sihat fizikalnya.
p/s : tak setuju dengan kak chik seroja.@ Jangan fikir satu dua org punya silap ttp fikir masa depan negara dan generasi KITA
kalau lelaki selalu tewas kepada 3 ta .. harta, takhta, wanita. kalau wanita tak tahulah tewas kepada apa !
Deletesya menagis baca en3 pak ngah yang ini, sbb perkara yang sama sya bualkan dengan suami
ReplyDeletekesian mereka dan keluarga mereka di hina kan?
adakah kita sedar tahap keselamatan di negara kita ini seperti telur di hujung tanduk?
singapura menanti untuk mendapatkan kita kerana negara mereka sudah tidak mampu menampung rakyat mereka, indonesia ingin merampas sabah serawak sebagai "indonesia raya",thailand berminat negeri negeri di sebelah utara , filifina tak ketinggalan jugatapi sedarkah rakyat malaysia ?
sya teringgat en3 pak ngah yang sebelum ini tentang mereka yg boleh lari selamatkan diri sendiri di luar negara.
mungkin mereka yang tidak sedar itu elok disuruh merasa tinggal di Nigeria atau Bangladesh .. baru mereka sedar betapa bertuahnya negara kita.
Deletemasa saya pegi umrah bulan lepas
ReplyDeletesalah seorang dari orang kuat pembangkang
buat ceramah politik di Mekah
sedih sangat rasa nya...
lepas ini kalau kerajaan Arab Saudi haramkan orang kita buat Umrah atau Haji .. agak-agaknya apakah kata mereka itu ?
Deletesaya nak komen jugak ni pakcik .. pada saya dalam apa pun yg kita buat .. jgnlah terlalu fanatik. sebab terlalu fanatik pada pemimpin boleh buat kita gelap mata, pekak telinga dan rosak minda. Jadi pak angguk dan pak sanggup je la nampaknya. semuanya gara-gara terlalu fanatik.
ReplyDeletesetuju .. jangan mengikut membabi buta .. gunakan akal yang diberi untuk berfikir dan membuat pertimbangan.
Deletelupa saya nak cakap .. saya sokong entry pakcik ni 200%. saya pun sedih bila terlalu berlumba-lumba, maka aib dibuka sewenang-wenangnya.
ReplyDeletekalau kita suka membuka aib orang .. satu hari nnt aib kita akan terbuka pula.
DeleteSallam Tuan Haji,
ReplyDeleteTamak haloba, fanatik,
akan buat orang hilang akal,
akhirnya orang yang tak bersalah,
akan menjadi mangsa..
salam kembali.
Deleteselalunya orang tidak bersalah atau orang kecil akan menjadi mangsa.
Salam Pak Ngah...
ReplyDeleteSaya ni memang tak pandai bab politik..dan tak berminatpun...tapi saya ikuti juga cerita-cerita terkini.Saya rasa sangat sedihhhhh .. mengapa mereka orang Melayu, beragama Islam yang memang terkenal dengan adat sopan begitu berani berkelakuan yang "menjelikkan" dan mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya kepada saudara satu bangsa dan agama sendiri...sanggup mereka menggelarkan pasukan polis dengan "panggilan" yang tak sanggup didengar...kalaulah mereka dan keluarga dipanggil dengan panggilan begitu...apakah perasaan mereka?..
Saya tengok sekarang ni, kalau atas nama politik aje..semuaaaaaa boleh....tak ada halal dan haram dah....betul tak?..
memang betul kata awak 'kalau atas nama politik, tak ada lagi halal dan haram' .. tapi kita secara kolektif mampu mengubahnya.
Deletesalam uncle,
ReplyDeleteterpanggil untuk komen jugak. selama ni saya senyap je.
entah dalam hati sebelum bersih lagi saya sudah terfikir. apa2 pun gov tetap akan salah. no offense ye. pada pandangan saya yang salah tetap salah yang betul tetap betul tak kiralah pembangkang ke kerajaan. berbalik kepada cerita tadi. gerak hati saya mengatakan yang bersih tidak akan berhenti di situ sahaja cerita nya.
mungkin kalau polis membuat sekatan atau apa2 terjadi polis akan disalahkannya. tekaan saya langsung tidak meleset sama sekali. yang lagi teruknya dikatakan polis memakai baju bersih dan memukul polis.
satu cerita lagi mengatakan lelaki bertopi keledar keluar dari kereta polis yang dimusnahkan tu sedangkan lelaki itu sebenarnya wartawan yang membuat pengakuan sendiri di TV.
peristiwa ini serba sedikit turut mencalarkan kepercayaan saya kepada mereka yang selama ini masih terbuka sekiranya mahu memilih mereka. husband juga sudah nampak tanda2 tidak menyukai.
percaya lah kejadian itu sedikit sebanyak menyebabkan rakyat yang dulunya suka dengan mereka beralih arah.
maaf uncle dah jadi macam entri saya pula.
salam kembali.
Deletenampaknya sekarang ini ramai pengikut sudah tidak lagi mahu berfikir .. ramai yang hanya menjadi pengikut buta. kalau ketua mereka kata 'rempuh' .. mereka pun terus rempuh. tapi percayalah suatu hari nanti akan timbul sesalan di hati mereka. mungkin pada masa ini mereka rasa diri mereka betul dan hero, tapi masa akan mengubah segalanya.
Sedih dan bimbang juga dengan fenomena sekarang.
ReplyDeleteringkasan perasaan yang tepat 'sedih dan bimbang' ..
DeleteSedih tuan, fanatik berpolitik, segalanya tergadai.
ReplyDeletesekarang ini saya perhatikan ramai yang percaya kepada apa yang mereka ingin percaya sahaja ..
Deletesalam Tuan Haji, mintak izin nak tulis panjang sikit di sini...
ReplyDeletesaya adik seorang anggota polis, saya pun terluka hati bila polis dikatakan sebagai anjing. Tahap hormat saya pada semua yang menyebutnya turut luntur. Bahkan saya bukan tak perhati, saya perhati wlp mungkin hanya dihujung mata, kebanyakan orang yg meng'anjing'kan polis ni, usahkan anak2 mereka, diri mereka sendiri pun tak berapa betul ke'manusia'annya lagi, tapi tak reti nak jaga lidah sendiri.
bab rasuah ni, bukan polis saja yang melakukannya tapi polis pun tidak semua. Saya berani kata, abang saya bersih dari rasuah. Kalau dia seorang kaki rasuah, dah lama anak isterinya termasuk saya hidup mewah hasil duit haram. Mmg ada kemudahan untuknya ke situ, sentiasa terhidang depan mata kalau dia mahu dan dia selalu bercerita dgn saya tapi kami bukan lahir dari ibubapa yang mendidik anak untuk mencintai dunia secara terlampau atau mengejar akhirat hingga memperlekehkan dunia.
Setiap hari sebelum dia keluar bekerja, hati saya selalu berharap agar dia selamat kembali dan ini bukan salam yang terakhir....tugasannya melibatkan nyawa. Kalau ada hal berkaitan, abang saya yang akan kehadapan dulu, bukan anggotanya. Lain2 pegawai saya tak tau.
bagi saya ugama dan politik ada bezanya. Biar buruk macamana pun tingkah laku seseorang tak kira dari pakatan mana, membuka aib dgn niat menjatuhkan dan memalukan seseorang itu tetap menjijikkan. Ini bukan cerita untuk sehari dua tapi mereka yg terkena boleh terpalit harga diri hingga 7 keturunan. Biar jasad hancur dimamah bumi, nama baik/buruk akan ttp disebut2 orang..zaman berzaman...apatah lagi bila dibukukan. Itulah politik...dan para penyokong sentiasa gembira dan bersorak pada setiap cerita yang diterima tanpa segan silu wlp atas kepala terlangkup kopiah dan serban atau sebaliknya...tiba-tiba saja niat boleh menghalalkan cara...kalau untuk ambil iktibar, cukuplah sekali saja, bukan untuk berpesta bercerita hingga sesama sendiri jadi berlaga. Sedangkan sipelaku tetap enak2 saja...
demi untuk menguasai dan menjayakan pakatan masing2, minyak akan digaul bersama air...akhirnya minyak tak boleh lagi menggoreng dan air tak boleh lagi merebus, mungkin boleh tapi dah tak sempurna, terpaksa gunakan api untuk mengasingkannya, akhirnya air akan jadi wap, minyak pun akan kurang sedap.
Bagi saya siapa "penaja" itulah yang perlu kita berhati2 kerana saya merasakan kita tidak merdeka lagi sebenarnya. Dari pemimpin pertama sudah ada tali yang menggerak2kannya, untuk menurut apa kehendak penaja. jauh disudut hati saya merasa negara kita sudah semakin hampir terjebak dalam sistem domino seperti mana yang telah pun berlaku pada negara2 jiran tetangga....bak ibarat mimpi tuan dimasa depan tempohari, pakatan yang ditewaskan akan lari keluar negara membawa ringgit dan hasil negara ke dalam poket mereka (itu yg saya fahamkan) itu saya percaya berkemungkinan berlaku berdasarkan apa yg pernah berlaku pada lain negara yg dah alaminya, yg akan tertinggal kelak hanya sebuah negara yg ada nama tapi papa, mungkinkah negara yang papa mampu membahagiakan penyokongnya? masalah akan tetap berterusan, harga barangan tak mungkin jumpa lift utk segera diturunkan, cukai tak mungkin dapat dimansuhkan, pendekata yang kalah jadi abu yang menang jadi arang...
dan penaja akan tersenyum lebar kerana akhirnya selamanya kita akan hulur tangan minta perlindungan dunia darinya...semuanya hanya akan membawa kepada huru hara tanpa kesudahannya.
sejarah akan terus berulang kerana kita tak pernah mahu belajar darinya...
salam kembali.
Deleteterima kasih kerana berkongsi rasa dan cerita. saya setuju dengan kesimpulan awak bahawa sejarah akan terus berulang kepada bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah. sejarah telah menunjukkan bahawa negara kita terjajah akibat pertelingkahan merebut kuasa di antara pemerintah pada masa itu. sejarah tersebut mungkin akan berulang dengan penjajahan dalam bentuk baru pula kalau kita alpa.
Setujukah al-lavendari kalau kita buat peribahasa baru yang ada kaitannya dengan perkembangan terkini? Bunyinya begini: Pemimpin politik kencing berdiri, pengikut politik kencing berlari.
ReplyDeleteSaya setuju sangat dengan peribahasa itu. Tapi kadang-kadang kerana pengikut kencing berlari ada juga pemimpin politik yang ikut sama kencing berlari kerana khuatir akan kehilangan pengikut.
Deletesaya tepaksa melakukan kerja lebih pagi ini - membersihkan kibod - tersedak saya baca jawapan dari tuan Haji hihi...
Deletehaha .. bagus. mulakan dengan yang mudah dulu. saya pun nak ikut sama.
Deletesalam singgah...tertarik dengan entri ini...
ReplyDeletekesian periuk nasi rezeki mereka...
owh teringin nak komen...saya tidak menyokong malah menunding sesiapa tiba2 terfikir nak tambah ini :
kenapalahh mereka berpuak-puak dan berpecah belah??? masih ego dan masih suka menimbulkan pergolakkan??? jawapan saya kerana masing2 ingin kekuasaan, pangkat dan harta...kalau kami jatuh di tangan yg benar2 membawa kebenaran dan kebaikkan...aman la negara kami...kalau kami jatuh di tangan sebaliknya....perkara sama akan berulang lagi....dan lagi dan lagi....
dalang pencetus akan ketawa sambil bergoyang kaki...lawan kita bukan di sini lawan kita yg merosakkan basic lupakan kami tentang RUKUN NEGARA....1 negara 1 rukun...kalau tengok jiwa generasi muda sekrang pon dah hancur rukun yg ke5...apa akan jadi pada masa akan datang?? sedihhh :(
salutt pada polis,tentera dan pasukan penyelamat negara kerana ikrar mereka tak pernah goyah...sanggup buat apa saja tanpa endahkan siapa salah siapa tidak...nasib mereka siapa yg tahu, bini menagis2 kerana tugasnya pada negara....
pernah komen jugak isu ni di entri sendiri...tapi dah delete sebabnya siapa lah saya seorg yg kerdil...
salam kembali. terima kasih kerana sudi singgah.
Deletesaya perhatikan di negara kita, kuasa akan membawa harta. oleh itu masing2 berebutkan kuasa hingga mengheret pengikut2 yang naif turut sama dalam perjuangan mereka merebut kuasa.
tetapi jangan lupa kita bukan hidup di dunia sahaja. di sana nanti masing2 akan menerima balasan mengikut amal dan keikhlasan masing-masing.
ya Allah selamatkan negara ini dari mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan.
salam semua .
ReplyDeletesaya juga tidak senang dengan apa yang berlaku.
cuma yang menyokong bersih dikatakan pro pembangkang,
sudah tentu yang menentangnya adalah pro kerajaan.
ada satu suruhanjaya ditubuh kerajaan untuk membaik pulih imej PDRM namanya suruhanjya Dzaidin. Antara yg dirakam oleh suruhanjaya itu ialah agensi penguatkuasa yg paling korup di negara ini adalah PDRM.
salam kembali.
Deletekorupsi ini sebenarnya dua hala .. kalau tiada pemberi maka tiada penerima. jadinya kedua-duanya sama sahaja baik dari segi perangainya mahupun dari hukumannya.
bagi saya, hanya masyarakat yang korup sahaja yang melahiran penjawat awam yang korup. siapakah masyarakat itu, kalau bukan kita semua.
saya setuju dengan Tn Hj..,
Deletekalau tiada yg memberinya pasti tiada yg menerimanya,tapi selalu yang bising sipemberi tulah bila dah berlakunya.... setahu saya pemberi itu lagi besar kesalahannya dari yg menerima....
dan si pemberi itu pun kadang-kadang dalam situasi dan tempat yang berlainan boleh bertukar menjadi penerima.
DeleteSalam Tuan Haji..
ReplyDeletePolitik itu tidak salah... setiap negara kalau mengamalkan dasar demokrasi .. memang perlu ada pembangkang dan kerajan... supaya seimbang... tapi.. jika dikatakan pembangkang... pasti inya buruk belaka dan tidak patut masuk ke dalam kumpulan itu.... tapi itu adalah perjalan politik yg biasa cuma manusia nie... kekadang terlalu taksub... sehingakan tak boleh ditegur langsung... itu sebabnya jadi caci mencaci dan fitnah menfitnah... bagi saya setiap parti perlu ada jenteranya sendiri itulah namanya perang politik... taktik kotor atau bersih itu perkara biasa...dah namanya politik kalau tak ada ilmu dan faham apa itu politik dan tidak kuat dicemuh tidak perlu lah nak bercakap pasal politik...mengenai bersih saya rasa itu tak de unsur politik pun... yang datang ke bersih tu bukan nya satu atau dua parti politik pun... kebanyakanya meraka yg duduk atas pagar je... juga badan2 NGO yg menuntut pilihanraya yang adil... tak de pun tuntut supaya menaikan mana2 parti politik yg lain... kerana negara kita nie... sudah tak ada saluran bersuara bagi rakyat biasa seperti kita yg dibawah...mungkin itu satu cara... tapi bila faktor kerpartian dan ketaksuban dan tidak boleh terima teguran dan pandangan ... maka terjadilah perkara2 yang tidak sepatutnya............cuma merasakan yg politik itu tidak salah tapi manusia sekarang memang takut kalau dikatakan salah.....
salam kembali.
Deletesaya setuju dengan pandangan awak dan ia tidak bercanggah pun dengan entri saya. saya memang menyokong kebebesan akhbar dan kebebasan bersuara. sebenarnya itu adalah ciri-ciri masyarakat moden yang bertamaddun. tapi sebagaimana yang saya katakan, masyarakat yang bertamaddun juga adalah masyarakat yang menghormati undang-undang dan peraturan.
cuba baca entri saya sebelum ini di link di bawah.
http://al-lavendari.blogspot.com/2012/05/krisis-keyakinan.html
Assalamualaikum Tn Hj...,
ReplyDeleteSaya pun hairan masyarakat kita kini, dah BERSIH sgt ker mereka-mereka yg menuntut BERSIH 3.0 tu.... muhasabah diri sebelum menuntut itu dan ini.... mungkin dah rasa terlalu SELESA masyarakat jadi LUPA segala NIKMAT yg ALLAH kurnia jgn sampai ALLAH tarik SEMUA....masa tu baru mereka TAHU PETAKA BERSIH 3.0 yg DI JAJA....
entahlah .. tapi kalau ada orang kata dia ikhlas sebenarnya dia tidak ikhlas.
Deletesaya menyokong kebebesan bersuara asalkan ia dibuat di dalam batasan undang-undang.
semoga Allah tidak menarik nikmat yang dikurniakanNya selama ini.
salam pakcik..
ReplyDeletekalau bab ni memang saya ada seram sikit. lagi pulak dgn penyokong2 yang fanatik lagi taksub. lagipun apa yang diorg perjuangkan terutama dalam perhimpunan baru2 ni pn sy tak jelas. rasa diorg sendiri pon tak tau apa yang diorg (penyokong) perjuangkan.. alahaiiii
salam kembali.
Deletememang ramai yang ikut-ikutan sahaja .. pakcik dulu masa kat Universiti pun gitu .. suka ikut orang, kalau tidak kita dipencilkan.
saya juga jarang berkomentar tentang politik...namun saya suka mengambil tahu dari jauh.....betul..bleh hilang kawan jka silap perhitungan...dan saya lebih sayangkan persahabatan dari berusaha untuk menegakkan esuatu yang saya belum tahu kebenarannya. terharu baca tulisan anak polis....ada waktunya...kita perlu meletakkan diri di other's shoes....kalaulah kita anak polis...kalaulah kita polis....kalaulah kita perdana menteri...kalaulah kita ambiga sendiri..dan kalaulah kita njik aziz..kalaulah kita salah seorang yang ada di jalanan ...dan kalaulah kita yang keretanya remuk redam...kalaulah kita yang cedera...kalaulah kita isteri kepada anggota polis yang hujung minggunya senak perut mennati suami di rumah....dan kalaulah itu mungkin akan mmebantu kita untuk memahami situasi orang lain....
ReplyDeleteterima kasih atas komen yg bernas. saya pun hairan dengan mereka yang sanggup bergaduh sesama bangsa, dengan kawan bahkan dengan saudara mara hanya kerana berlainan parti sedangkan parti adalah seumpama jalan. ikutlah jalan mana yang kita suka asalkan matlamatnya untuk pergi ke putrajaya sampai. tak kisahlah nak ikut PLUS ke, LEKAS ke, ikut jalan Labu ke, ikut jalan Pajam ke, ikut jalan Lukut ke .. janji sampai dengan selamat.
ReplyDelete