Sebenarnya saya sudah beberapa kali membuat entri tentang buah mangga yang saya tanam depan rumah di luar pagar rumah saya. Kali ini saya nak tunjukkan lagi sekali kerana buahnya semakin besar dan berat. Mari saya tunjukkan gambarnya seperti di bawah untuk perhatian dan makluman tuan jua.
Gambar 1: Lihatlah saiznya, hampir sama besar dengan kepala Haiqal. Entah kenapa semakin Haiqal membesar, semakin dia pemalu.
Gambar 2: Beratnya tepat-tepat 2.5 kilogram. Sepanjang hidup saya yang baru 58 tahun, inilah pertama kali saya bertemu buah mangga seberat ini dan sebesar ini. Kalau harga sekilo, katalah RM7 maka 2.5 kilo bersamaan dengan RM17.50 sebiji. Kayo Pakcik !
Gambar 3: Cubalah bandingkan saiznya dengan buah mangga yang sederhana besarnya. Buah mangga yang kuning tu, 3 biji sekilo. Maknanya 7-8 biji baru sama beratnya dengan sebiji mangga yang berwarna hijau tu.
Pernahkan anda berjumpa buah mangga yang sebesar dan seberat itu atau lebih besar dan berat dari itu ?
wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeletekalau buat niaga mmg kaya.
uncle dapat benih buah mangga tu kat mana?
atau time tanam tu ada boh baja yang elok2 ker?
first time ayu jumpa..
memang menakjubkan
uncle tanam diluar pagar .. baja pun uncle tak pernah bubuh. tapi orang lain yang bubuh. pokok itu diberi percuma oleh kontraktor yang buat lanskap rumah uncle dulu. uncle pun tak tahu di mana dia dapat. nak tanya dia, tak boleh sebab dia dah tak ada lagi di dunia ini.
Deleteuihhh.. luar biasa besar mangga ni. semua buah dari pokok tu besar macamni?
ReplyDeletetak juga .. ada juga yang kecik sikit dari itu. tapi umumnya semuanya besar dan beratnya lebih sekilo sebiji.
DeleteOMAK OOII..MEMANG BESAU SANGAT DAH BUAH TU.. 2 KILO LEBIH.. KALAU TARIK PAKAI PANCING PUN TERASA JUGAK NI.. :)
ReplyDeletekalau tarik pakai pancing tak terasa sebab dia tak melawan ..
DeleteAssalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteAlhamdulillah Tuan Haji, rezeki Allah berikan.
Lebat ker buahnya ketika berbuah?.
Lama dulu saya pernah tanam mangga india, itu orang yang jual tu kata. Bertahun-tahun tanam tak berbuah, lepas mak saya takek batang pokoknya dan beritahu nak tebang kalau tak berbuah. Dengan kehendak Allah tak lama kemudian berbuahlah pokok mangga tu, tapi buahnya 3 biji sahaja.
Buah yang 3 biji tu rasa beratnya ada dalam sekilo atau lebih. Tapi itulah yang awal dan akhir pokok tu berbuah dan akhirnya kami tebang jer sebab selepas beberapa tahun peristiwa berbuah 3 biji tu, dia tak berbuah lagi berbunga pun tidak.
alaikumsalam.
Deletekali ini tak banyak sebab dua dahannya dah kena pangkas utk elakkan dia mencecah talian elektrik. takut bahaya.
dulu kat kampung, saya ada juga tanam pokok harumanis. berbuah sekali dua, terus pencen. sekarang habis kena tebang.
salam Tuan Haji...
ReplyDeletekalau berjiran, pasti dah lama saya buat baik ngan Puan Hajah, boleh ngendeng selalu mangga tu...hehehe....
salam kembali.
Deletebelum terlambat. depan rumah saya masih ada satu lot lagi kosong untuk di jual .. hehe
salam singgah...
ReplyDeletebesarnya mangga..lum jupe lagi rasenya sebesar ni...mangga kawen ker?
mangga itu orang beri .. tak tahu pulak dia dah kawin ke belum masa dia beri dulu.
Deletedah sama berat ngan durian, mujurlah tak ada duri hehehe
ReplyDeletebanyak lagi durian yang lebih ringan dari itu .. ada duri pun, kalau orang beri saya ambil juga. hehe
DeleteBesaq sungguh,
ReplyDeleteKalau pokok duit2 makin besaq daunnya makin prosper tuannya, mudah2an mangga pun sama..
Kalau ada dua tiga biji dah boleh buat kenduri..( jangan lupa jemput he he he...)
ada ke orang kenduri makan buah mangga jer ? hehe
DeleteElok le tu Tuan Haji kalau dah masak esok agak2 nak kenduri boleh le jemput kita orang semua. Baik2 takut pulak tiba2 lesap dipokok. Kot2 ada yang teringin makan garam belacan. Jgn jadi pulak macam cerita 'MANGKAT DIJULANG TU' dah lupa apa pangkalnya...
ReplyDeletemasa berbuah musim dulu memang ada orang ambil .. tapi kali ini tak ada pulak. mungkin kali ini rezeki saya. nak marah pun tak boleh sebab saya tanam di luar pagar.
Deleteassalam AL..pernah jumpa..sama besar ngan buah betik yang besar tu..berat tak tau..masa di tanjung karang ada yang jual..tapi tak berani nak beli..macam tu le..takut mahal sangat sebiji tu..beli yang kecik2 dapat banyak.
ReplyDeletekalau semua orang fikir macam acik..tak jadilah pak cik kayo..he he.
salam kembali.
Deletesama juga .. beli sebiji tapi besar boleh makan ramai-ramai. kalau beli yang kecik, kena beli banyak2.
memang kayo pakcik!!! ahahaha
ReplyDeletekongsilah rahsia uncle..baja apa guna, ada tak dodoikan pokok mangga tu dgn muzik mozart ke..:)
rahsianya mungkin selalu kena tegur dek orang lalu lalang sebab pokoknya di luar pagar uncle.
Deletesalam uncle.
ReplyDeletesaya belum pernah tengok buah mangga seberat tu
kalau ada pun mungkin buah lain bukan buah mangga =)
salam kembali
Deletebuah lain nak cerita buat apa .. hehe.
pakcik pun pernah jumpa buah nangka lagi besar dari itu.
Slm kenal AL......pakcik saya ada tnm pokok mangga sebesar ni, mmg besar buahnya berganda. Pokoknya pun tinggi, bkn mcm pokok mangga. Kalau dia bagi sebiji dah cukup utk mkn satu famili besar. Manis isinya..
ReplyDeletesalam kembali.
Deletemungkin pokok mangga awak dengan pokok mangga pakcik adik beradik kot ..
buatlah entri mengenainya dan beritahu pakcik bila dah pos nanti.
ASSALAMUALAIKUM TN HJ...
ReplyDeleteusahkan buah mangga..kunci mangga pun sy lum jumpe sebesar tue lg..
p/s: pakcik, sy dah tinggalkan N9 setelah 5 tahun berkhidmat disana..terima kasih byk2 kpd semua org N9 ya....
alaikumsalam
Deleteselepas 5 tahun, boleh tak awak cakap NS ?
sesekali datanglah melawat menghimbau kenangan silam.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteDulu rumah saya banyak pelam, buah kuinin pun ada, tapi la ni sume dah tebang sebab peliknya sume condong ke rumah. Sebelum hentam rumah, baik kita hentam dia dulu. Tapi buah sebesar tu memang tak pernah tengok lagi sumur hidup.
alaikumsalam
Deletesayangnya kena tebang .. tapi itu tindakan bijak. pokok boleh tanam lain kan ?
mak aiiii...besar sangat ni! Klau tunjuk kat ayah sy ni confirm suruh mintak benih haha
ReplyDeletesaya tak tahu, macamana nak beri benih dia sebab tak tahu nak 'tut' atau kawinkan dia. yang saya tahu cuma tanam biji je !
Deletewah
ReplyDeletemmg besar sungguh la
tak penah tengok buah mangga sebesar ni
manis tak?
memang luar biasa besar dan beratnya. dan rasanya pulak cukup lazat dan manis seakan-akan rasa buah harumanis.
ReplyDeleteamboi bosa botul buah manggo eh pakngah.....
ReplyDeletenanti nak sericih boleh....hehehe
eka pun tak pernah tengok buah mangga beso ini...
kalau nak buat lawatan bolehlah buat sekarang .. ada lagi sebiji kat atas pokok.
Deletealamak..nape baru terbaca entry pakngah ni,eka baru je pegi seremban sabtu ahad lepas..wuwuwu
Deleteitulah nama eh tak ado joki .. hehe
Deletehehehe..tula..takdo do joki den..takpo la..tunggu lah musim akan datang..hehehe
Deletedia berbuah tak kira musim .. masalahnya kadang2 buahnya tak banyak, kadang2 sikit .. hehe
DeleteBesarnya mangga ni.. Pertama kali saya melihatnya..
ReplyDeletebetapa seronok mata memandang, seronok lagi masa memakannya .. hehe
DeleteBuah besar tapi manis kah?
ReplyDeletememang manis semanis buah harumanis .. sungguh. tapi kena biar masak betul-betul dulu.
DeleteKami ada tanam mangga kelapa buah power tapi tak tahan lama suatu hari pokok patah tengok dalam anai2 sudah tibai.. hu hu hu...
ReplyDeletememang pokok mangga banyak musuhnya dan susah nak jaga .
DeleteSaya ada dapat benih buah ini dari seorang makcik di Johor tanam di taman permainan. Sudah start belajar berbuah 2 kali. Datang MPSP depa bagi tebang.Punya hangin masa tu taktau apa dosa itu pokok
ReplyDeleteapa masalahnya dengan pokok itu sampai dia orang tebang ? mungkin mereka malas nak kutip daunnya yang gugur kot ?
DeleteSalam uncle,
ReplyDeleteSaya difahamkan pokok mangga yg jenis besar, manis dan lazat ni, namanya pokok mangga king. Anak pokok dijual kat shah alam ni dalam RM35 1 pokok. Pernah makan mangga king ni, sedap yg amat. Org yg jual anak pokok ni advise, jika nak buah berkualiti or lagi besar. Masa berputik 1 tangkai tu, katakan ada 5 putik, uncle buang 2 putik dan tinggalkan 3 putik utk 1 tangkai. Kalau buat camtu buahnya lagi besar sebab baja dan nutrisi tidak dikongsi dgn buah yg lain. Wallahualam
salam kembali .. terima kasih kerana sudi singgah dan berkongsi ilmu .. insyaallah kalau berputik lagi nanti, uncle akan cuba buat spt disarankan.
DeleteMangga no namanya Mangga Mahathir. Cukup popular Di Indon. Biasa Betsy buahnya Dari 1.5 kg hingga 3 kg.
ReplyDeleteAku minta ah pic manga ni
ReplyDeleteBesr betul mangga ni Pak Ngah baru pertama kali saya tengok buah sebesar tu. Kalau ada benihnya bole kongsi sama kita orang.
ReplyDeleteSaya pun pertama kali tengok buah mangga sebesar ini. Benihnya tak ada. Kalau nak, bolehlah cline atau kawinkan kepada pokok mangga anda.
DeleteBerapa harga sekilo buah mangga India?
ReplyDeleteSaya tak jual, beri je kat jiran keliling rumah selagi buah ada.
Delete