Friday, May 25, 2012

APA KATA ASMARA.

Saya rasa tak seronok bila ada segelintir orang kita ..

jual madu lebah - dicampurnya gula.
jual durian - jika ada lubang disumbatnya dengan daun atau tanah.
jual lemang - rasanya macam pulut yang dikukus.
jual getah beku - dimasukkan kulit-kulitnya sekali untuk tambah berat.
jual rebung - lebih banyak buluhnya.
jual air kelapa - lebih banyak rasa air paip dari rasa air kelapa.
jumpa barang orang - alhamduillah .. ini rezeki aku.

Apa pula kata Asmara tentang orang Jepun.



  • Didikan moral yg kurang dan kehidupan yg susah yg memungkinkan terdesak nak mencuri. Waduh inilah paling tak best negara kita. Kes kecurian terlalu banyak, sekelip mata boleh hilang. Pengalaman saya 2x iphone tertinggal kat supermarket xde sorang berani ambil, dtg balik iphone masih berada atas kerusi. Camera dslr tertinggal dalam keretapi di tokyo ada yg sudi tinggalkan di kaunter. Byk lg la ikutkan keluar rumah x berkunci xde sape sudi nak masuk. Nape ye jd gitu kat negara kita yg Islam agama rasminya? Sy rasa sistem pendidikan dr kecil yg sgt berbeza antara msia dan jepun! Sekolah tadika dan rendah sini xde sibuk2 nak suruh bdk pandai baca abc dr kecik tp lebih pentingkan cara hidup dan berdikari. Mmg nmpk anak2 sya sekolah sini sgt hormat hak atau brg org lain. Mereka x akan sentuh atau usik kalau brg tu bukan milik diorg. Contoh terbesar tsunami dulu xde sorang yg mencuri walau susah mcmana padahal peluang depan mata! Bukan nk kata apa tp saya mmg betul2 respek sikap org jepun nih. Sy mmg nmpak semua berpunca dari cara didikan di sekolah dan dirumah juga! Dan lagi satu mmg rakyat diutamakan jd kadar kemiskinan sgt rendah! Semua benda org mampu milik. Wallahualam berdasarkan pndgn sy je.


  • p/s: yang lebih dahsyat lagi membeli juadah di bulan puasa. Saya banyak kali  terkena.  Beli kueh yang dah basi atau sup yang rasa macam air Sungai Linggi. Bulan puasa pun dia orang sanggup buat macam tu .. tapi bukanlah semua.

    30 comments:

    1. Assalamualaikum. Malu pula rasanya membaca coretan Asmara itu. Tak tahu juga siapa yang hendak disalahkan. :(


      p/s : Susahlah nak tulis komen kat skrin kecik ni!

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alaikumsalam.

        t.kasih kerana bersusah payah meninggalkan komen. salahkanlah 'orang tertentu'

        Delete
    2. SAMA PENDAPAT DENGAN KAKCIK DI ATAS TU.. TIDAK PASTI SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN TENTANG HAL SEPERTI INI.. BARANGKALI DIRI KITA SENDIRI JUGAK YANG HARUS DIPERSALAHKAN KERANA TIDAK MENDIDIK DENGAN BETUL..

      ReplyDelete
      Replies
      1. barangkali bukan tidak mendidik dengan betul tapi tewas kepada tabiat majoriti.

        Delete
    3. ada orang kan, belum sempat kita nak cerita kabaikan bangsa asing berbanding org kita, dia dah potong awal-awal. katanya itu bangsa kafir. ego. sombong. taknak dengar langsung.

      abis, cemana nak berubah?

      ReplyDelete
      Replies
      1. memang betul .. uncle selalu jumpa. jawapan mereka .. itu orang jepun .. mereka homogenous .. bla bla

        Delete
    4. kita dididik/terlalu digalak mengejar kemajuan ekonomi, cari duit, tambah duit, rohani 0... saya tabik usaha ust zahazan/telaga biru yang sediakan kursus bimbingan untuk staf syarikat² yang berminat. macam dia nak kata, tambah isi poket takpe, tapi ilmu di dada kena tambah juga

      ReplyDelete
    5. As salam,

      masing masing ada peranan masing-masing dalam membentuk keperibadiaan anak-anak.
      Yang penting , didikan agama perlu diterap dari awal lagi.

      Perlu ada perasaan Allah sentiasa nampak.

      ReplyDelete
      Replies
      1. salam kembali.

        kalau perasaan ada pada semua orang, aman dunia ini.

        Delete
    6. teringat cerita kat tv pasal budak2 kecik kat jepun yang diajar pergi beli barang runcit seawal umur 4 tahun~~betul diorang nak anak berdikari~~

      *air sungai linggi apa rasa pakcik?

      ReplyDelete
      Replies
      1. rasa air sungai linggi baik sikit dari sungai kelang .. jadi kalau nak rasa air sungai linggi awak rasalah air sungai kelang.

        Delete
    7. Dah banyak kali saya tulis ayat ni uncle, di FB, di blog saya..dan selalu saya perkatakan dgn kawan2 & saudara mara saya : " Kita dapat lihat Islam itu diamalkan di negara kafir, tapi yang sebaliknya berlaku di negara yg claimed as, negara Islam !"

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalaulah orang jepun itu semuanya islam, mereka akan jadi ummat yang terbaik di atas dunia ini.

        Delete
    8. kat mesir pun lebih kurang cam malaysia, negara Islam. tinggal barang sekejap tak berjaga, mmg lesap lah jawabnya.

      salahkan orang yang tak amalkan apa dah d belajar..

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul .. saya pun nyaris kena tipu kat kawasan Piramid. Nasib baik dibantu oleh polis pengiring kami.

        Delete
    9. malu kita yang bergelar muslim ...... kita berjaga2.. ada yang ambik kesempatan.

      ReplyDelete
      Replies
      1. islam itu sempurna cuma orangnya sahaja yang bermasalah.

        Delete
    10. Nak berniaga dengan jujur dan amanah adalah ujian kepada orang yang berniaga.

      Nilai2 murni memang susah nak terap, tambah pulak sekarang ni orang lagi suka cari Nilai 3.

      ReplyDelete
      Replies
      1. sebab itu para peniaga yang jujur, martabat mereka sangat tinggi di syurga kelak.

        Delete
    11. Salam Tuan Haji,

      cerita pasal negara kita dan sikap org Islam sendiri, saya nak tokok tambah sikit, kat Masjid pun terjadi, kan? nak masuk masjid, kasut dan selipar bersepah kat luar, rak kasut terbiar berhabuk, parking kat luar pulak asal boleh sumbat kereta dan motor, sepatutnya dah tau datang lambat sedarlah diri tu sikit, letaklah kenderaan jauh2, ikut aturan, ini kita yang banyak urusan terpaksa bazir masa pusing2 cari tuan punya kenderaan pasal main halang jer laluan orang...

      bila saya cerita kat abang, abang saya jawab :"orang2 ni, Tuhan dia cuma kat dalam masjid, kat luar dah takder, sebab tu dia boleh buat apa yang dia suka diluar masjid sebab Tuhan dia dah tak nampak apa2"

      habis tu, org yang tak reti nak susun quran elok2 lepas guna dan susun telekung lebihkurang jer kat dalam masjid tu, apa cerita? telekung pulak baunya ya haduii, abang saya kata mungkin dia rasa time tu Tuhan dia tidooo...

      keh3...sorry, saya gelihati.

      balik pada cerita di Jepun, kata kawan saya kat sekolah2 sana takder tong sampah tapi takder sampah bersepah. Anak2 dari kecik diajar utk lipat kertas/pembungkus makanan kecik2/elok2 dan masukkan dalam poket baju, balik baru buang sampah kat rumah. Kat sini? tempat yg tertulis dilarang membuang sampah pun menimbun smapah dibusng disitu...

      saya teringat kata2 Dr M , sawmill kat Jepun, tak jumpa satu habuk papan pun. Setiapkali siap kerja mereka guna alat khas utk vaccum habuk papan dan hantar habuk2 tu utk diproses menjadi bahanguna yg lain. Kat sini? sendiri fikir laa...

      terimaaksih Tuan Haji, beri ruang utk saya lepaskan lelah sebelum sambung kerja....

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya tidak perlu lagi nak komen sebab semua yang awak cakap itu betul dan fakta yang sering kita ketemu .. hmm .. entahlah.

        Delete
    12. saya tak tahu pakcik pernah baca blog mereka ni @ tau, kwn2 blogger melayu kita yg tinggal kat jepun. Best baca, kadang2 ada keluar juga entri nilai2 murni orang jepun kat blog :)
      1)http://ladychenta.blogspot.com/
      2)http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com/
      3)http://cikten10.blogspot.com/

      ReplyDelete
      Replies
      1. rasanya belum .. nanti bila lapang pakcik pergi tengok. terima kasih kerana beri link tersebut.

        Delete
    13. sedih pulak baca..sbb saya tinggal kat Malaysia

      ReplyDelete
      Replies
      1. sedih tu sedih juga ..tapi nak buat macamana, ini tanah air kita.

        Delete
    14. malunya kita dengan orang luar negara kita..
      kalau kita kat Malaysia ni,sekali dah letak HP,tak sampai bape minit,dah kena kebas la jawabnya...

      ReplyDelete
    15. tadi saya dengar radio .. ada pendengar yang cakap .. henfon bb dia kena kebas masa dia tengah sembahyang kat R n R .. kat surau pun ada orang sanggup mencuri.

      ReplyDelete
    16. Saya juga ada pengalaman yang ingin dikongsi. Saya pernah tertinggal beg plastik yang dipenuhi dengan barangan cenderahati sewaktu berkunjung ke USS Singapore satu masa dahulu, namun ia telah dijumpai semula malah disimpan dengan elok oleh salah seorang staf di sana. Sangat terharu dengan kejujuran mereka..

      Moga sifat baik seperti ini dapat dijadikan contoh oleh rakyat di negara ini.

      ReplyDelete
      Replies
      1. terima kasih kerana berkongsi cerita. saya tidak pasti, adakah masyakarat kita juga akan jadi seperti itu suatu hari nanti. saya agak pesimis.

        Delete

    Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.