Thursday, May 3, 2012

CERITA SAYA DAN KAWAN-KAWAN PERGI MEMANCING DI TASIK KENYIR

Dari 27 hingga 30 April yang lalu saya beserta 13 orang penduduk Lavender Heights termasuk seorang pemancing tegar, kawan saya dari Putrajaya telah membuat trip ke Tasik Kenyir untuk makan angin sambil memancing.

Kita bertolak lebih kurang pukul 11 malam dan sampai di Kuala Berang lebih kurang pukul 6 pagi esoknya. Lepas sembahyang Subuh, kami bergerak ke Pengkalan Gawi dan bersarapan di sana sebelum belayar ke Sungai Terenggan yang mengambil masa kira-kira 5 jam pula.

Makan anginnya memang puas tapi memancing tak berapa puas kerana ikan sangat kurang di sebabkan orang terlalu ramai. Bot pelancong bersusun-susun sepanjang tebing dikawasan kita memancing. Bot yang lalu lalang sibuknya macam di Jalan Chow Kit.

Lupakan buat sementara politik dan mari bersihkan mata dan otak kita dengan melihat gambar-gambar di bawah.



Gambar 1: Pada sebelah petangnya kami bergotong royong mencari cacing di Ulu Bendul. Penuh satu boot kereta.


Gambar 2: Bolehlah dikatakan rombongan kami terdiri dari dua generasi iaitu generasi sebelum merdeka dan generasi selepas meredeka.


Gambar 3: Sama-sama berdoa meminta dariNya keselamatan pergi dan balik serta mendapat rezeki yang setimpal.



Gambar 4: Sumbat lagi bang !  Selagi ada ruang kosong, Estima saya diisi dan disumbat dengan bahan-bahan dan bekalan.



Gambar 5: Di belakang saya ternampak sebahagian dari Tasik Kenyir yang tidak pernah jemu-jemu untuk dikunjungi.


Gambar 6: Di hulu Sungai Terenggan di mana ikan-ikan kelihatan berenang dengan bebas dan bergembira di celah-celah batu sebelum kena tangkap orang.  Kelihatan nun jauh di belakang saya beberapa orang pemancing tegar sedang meredah sungai untuk pergi ke seberang.

Gambar 7: Bersebelah pilot yang membawa kami pergi dan balik dengan selamatnya. Sayangnya dia terlindung di belakang saya. Kami juga boleh menonton tv kerana bot ini ada dipasang Astro.


Gambar 8: Duduk-duduk, borak-borak, minum-minum di bahagian hadapan bot sewaan kami. Pengalaman inilah yang mahal yang membuatkan kami teringin untuk datang lagi dan lagi dan lagi ...



Gambar 9: Salah seekor ikan baung yang saya dapat.  Walaupun ia tak berapa besar tapi tarikannya membuatkan saya sentiasa terigau-igau. Ikan ini kalau dia makan pun sedap dan kalau kita makan pun sedap.
(Ini adalah ikan yang sama seperti yang ditunjukkan dalam fesbuk saya sebelum ini)



Video: Pemandangan di luar bot hingga ke dalam bot. Botnya tidaklah comel sangat tapi sangat luas dan selesa. Itu yang penting. Kita bukannya nak masuk pertandingan bot berhias !


Pemerhatian: Saya dapati tidak banyak sangat kemajuan di sini berbanding lawatan saya yang pertama lebih 20 tahun dulu. Saya juga tidak bertemu pelancong dari luar negara. Berbanding Sungai Mekong yang saya lawati baru-baru ini, Tasik Kenyir jauh lebih cantik dan murni tetapi kerana kita tidak begitu kreatif membangun dan memasarkannya, Sungai Mekong lebih terkenal dan berjaya menarik lebih ramai pelancong dari luar negara berbanding kita.

Entri lawatan saya ke Sungai Mekong ada di sini.

32 comments:

  1. Salam Uncle..

    Bestnya ade kawan2 'senasib' kan?
    Smpai 13org tuuuu...
    Lama dah yun tingin nk p Tsk kenyir neh..
    X sampai2 gak lagi..(sbb belum gerak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      yang sebenarnya orang muda lagi ramai dalam trip ni dari rakan yang 'senasib' dengan uncle tapi mereka segan dengan orang lama bila nak bergambar.

      kalau nak pergi uncle boleh aturkan di kalangan blogger ..

      Delete
    2. Yun maksudkan senasib tu semua 13org tu la Uncle..
      Sama minat..heheh

      Delete
    3. memang ke semua 13 orang itu bernasib baik kerana ramai lagi yg nak join tapi tak dapat dipenuhi sebab tempat dah penuh ..

      Delete
  2. eh ehh... num 1 la ptg ni..ahahaha...
    ase mcm x pernah jd pengomen pertama kot...
    nmpak sgt xde keje ptg2 ni...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah yun! Saya dapat no 3. Nampak sgt xde keje mcm awak jugak ... hahaha

      Delete
    2. Ape ni YB...kacau space org...hahaha..
      Bukan xde keje tp malas jer sikit... :P

      Delete
    3. tahniah Yun dapat no. 1 dan kpg YB yg dapat no. 2.

      kita serupa .. bukan tak ada kerja tapi malas sikit jer.

      Delete
  3. Wahaha.. Mantap juga hasil tangkapannya, Tuan :D

    Post Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #36

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tak masuk yang terlepas lagi .. yang terlepas tu semuanya besar2 belaka.

      Delete
  4. Salam bang.

    Seronok baca kisah abang kali ni. (sebelum ni pun banyak yg seronok juga).

    Memang kena sampai ke sana pagi2 ke bang? Berjalan malam ni yg saya kurang gemar kerana tak tidur satu malam. Esoknya sibuk pula dgn program.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tak kisah sebenarnya nak berjalan malam atau siang. tapi kalau berjalan siang, sampai sana malam. bila malam tak dapat nak buat apa-apa. kalau sampai siang kita boleh terus mancing.

      kita gilir2 bawak kereta dan gilir2 juga tidur.

      Delete
  5. Org kita ni memang kurang kreatif memasarkan produk2 pelancongan yg kita ada. Tempat lain tu cikai aje produk mereka tapi kerana pandai 'goreng' pelancong luar datang berduyun2. Contohnya mcm negara jiran kita yg sebelah bawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. banyak juga tempat pelancongan di luar negeri yang abang pergi, tak ada apa-apa pun yang istimewa sangat.

      Delete
  6. Gambar-gambar perjalanan ke & di Kenyir itu jelas menampakkan keseronokan. Walaupun, tak berapa nampak, hehehe, gambar ikan. Bila lihat ramai ahli rombongannya saya jangka BERSIH habislah ikan di tasik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ikan agak kurang .. dan saya pulak sengaja tak nak tunjukkan gambar ikan2 tu .. takut orang mintak. hehe

      susah juga nak habiskan ikan di tasik tu sebab ia luas sungguh .. luas lagi dari Singapura.

      Delete
  7. bestlah,
    lama tak g mancing.
    maklumlah, sy bukan pemaning tegar pun.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah tu .. kalau tidak ramai sangat orang memancing nanti. hehe

      Delete
  8. LAMA BENAU TAK MANCING NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya awak bukan pemancing tegar lah tu ..

      Delete
  9. selepas berjaya tangkap ikan haruan 2 tahun lepas, saya tak pegang joran dah. kekallah rekod haruan tu je satu2nya ikan yang selamat ditangkap oleh saya....

    *

    org kite terlalu merendah diri. kalau tak dah tentu tasik kenyir jadi tumpuan pelancong asing sekarang ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah orang lelaki jer yang pergi memancing dan orang perempuan memasak .. sebab kerja memancing ni kerja yg kasar dan kotor (bermain dgn cacing).

      tak salah merendah diri .. tapi biarlah bertempat.

      Delete
  10. Ikan baung tu macam masih dalam kategori budak tadika je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macamana .. baya2 itu sahaja yang sudi memakan umpan !

      Delete
  11. Tuan Haji...Bot ada Astro, kelasss...gitu. Pssttt...rumah saya pun tak ada astro...hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada Astro pun bukan tengok sangat, leka dek memancing .. tengok berita je.

      Delete
  12. Bot ada astro? Waw! 1st time tau. Umah sy pon takder. Hihi.. Berehat mcm kt restoran d atas bot itu adalah terbaeklah, pak ngah..

    ReplyDelete
  13. masing2 nak berlawan untuk tarik penumpang ..

    kat rumah awak tak ada astro, sebab awak tak nak pasang.

    ReplyDelete
  14. bestnya trip PakNgah... brapa bajet sorang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ambil pakej murah sekali .. masak sendiri. saya caj RM250.00 seorang.

      Delete
  15. Salam Kenal Uncle..
    Berbalai tak untuk pergi memancing di Kenyir.. dan bulan berapa yang sesuai untuk kesana makan angun dan memancing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memancing ni jangan kira berdasarkan wang tetapi banyak faktor lain seperi melihat keindahan alam, keseronokan bergurau senda dengan rakan2, mandi manda, makan2 dsb.

      Bulan yang sesuai untuk memancing adalah antara bulan Mei hingga November.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.