Friday, May 18, 2012

BUAT APALAH NAK BERLAGAK !



Ada bermacam-macam peringkat orang berlagak. Secara kasarnya saya kelompokan kepada 4 sahaja. Ia khas ditujukan kepada mereka yang bekerja dengan kerajaan kerana lagak orang yang kerja swasta atau kerja sendiri atau langsung tak pernah bekerja, saya tak pasti.

1. Berlagak dari masa mula-mula kerja sampailah ke pencen.

Orang macam ini, kalau tak berubah, hidupnya akan terseksa selepas pencen nanti bila dah tak ada kuasa dan pengaruh. Kawan-kawan lama mungkin tak terperanjat dan mesti ada yang cakap "ah .. dia tu memang cenggitu"

2.  Berlagak semasa mula-mula kerja tapi semakin lama bekerja semakin hilang sikap itu.

Yang ini ikut resmi padi. Saya lihat ramai yang termasuk dalam kelompok ini.  Maklumlah bila dah pandai pakai kot dan talileher dan dipanggil Encik atau Tuan sedangkan beberapa bulan sebelum itu tiada siapa yang pandang, tentulah badan jadi seram sejuk. Bagi pekerja di Barat saya rasa perkara ini sukar terjadi   kerana di sana budaya mereka tidak mementingkan kelas. Tak ada Tan Sri, Dato', Puan Sri, Datin dan sebagainya.  Juga tak ada istilah Yang Amat Mulia, Yang Mulia, Yang Berbahagia, Yang Berusaha dan seumpamanya. Masing-masing bila bercakap  ber I dan you sahaja baik dengan sesiapa pun. 

Kawan-kawan lama mungkin akan terperanjat dan mesti ada yang cakap "tak sangka ye dia boleh berubah jadi baik macam tu". 

3. Mula-mula kerja tak berlagak tapi kemudiannya semakin lama bekerja semakin berlagak.

Yang ini ikut resmi jagung. Kawan-kawan lama pasti terperanjat melihat perubahan mereka yang berfesyen macam ini.  Mesti ada yang cakap " hairan ye, dulu dia tak macam tu .. kenapa ek ?"

4. Tidak berlagak dari mula kerja  sampai pencen. 

Sikap ini yang paling baik. Majoriti yang saya jumpa adalah orang yang berada dalam kelompok ini. Kawan-kawan lama tidak terperanjat dan mesti ada yang cakap "alangkah baiknya kalau aku dapat berbesan dengan dia"


p/s. Bagi sesiapa yang merasa dirinya tidak berlagak, tak perlulah baca entri ini.


...............................................................................

Sub-Entry: Pusaka Bergilir.



Akhirnya katil lama yang saya ceritakan lewat entri ini telah diambil alih oleh anak kepada anak saya yang ke dua. Moga-moga  dia tidak berlagak dari kecik sampai ke tua.

30 comments:

  1. Yg No 2 tu mmg ramai uncle. Saya pun pernah kena kot..hehe.

    Mula-mula masuk kerja, mcm di sekolah lah...kita ade degree. Masuk-masuk keje gaji dah tinggi. Mmg rasa hebat sgtlah kununnya. Bila dah lama, kita tak mampu nak buat kerja sehebat orang lama. Barulah kita semakin OK dan kini sudah sekepala pula dengan mereka.

    Mujur mereka tidak mudah menghakimi kita :)

    ReplyDelete
  2. uncle pun mungkin pernah tercalit dengan dosa ini semasa mula-mula kerja dahulu .. serupa dengan pengalaman awak tu. tapi kejap jer !

    ReplyDelete
  3. saya jugak yang tak mampu nak berlagak sebab saya suri rumah je....alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu, awak masuk dalam kelompok yang ke 4 lah .. syabas !

      Delete
    2. berlagak tu sama dengan riak jugaklah kan...memang tiada dalam kamus hidup saya Insya Allah

      Delete
    3. baguslah kalau istilah itu tiada dalam kamus hidup awak .. teruskann !

      Delete
  4. saya setuju sgt dgn uncle! Budaya kerja kita di Malaysia, kurang santai. Saya pernah praktikal di hospital di Sydney, dan mmg seperti di mana mana negara maju, tiada jurang yg besar antara doktor dan nurse. Even antara pakar yg senior dgn saya junior doktor pun, tiada jurang. Kami rapat, berborak secara santai, tapi masih faham dan hormati hak masing-masing. Ini amat, amat berbeza bila saya masuk kerja di hospital di malaysia. Ramai doktor pakar yang masuk dlm kategori no 1 & 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budaya hormat menghormati itu tidak salah bahkan ia dituntut oleh agama kita tapi janganlah sampai membawa natijah yang buruk, seperti ampu- mengampu dsb.

      Delete
  5. suka berkawan dengan orang yang banyak ilmu dan pengalaman tapi low profile ....

    tapi tak ramai yang macam tu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata pepatah "ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya"

      Delete
  6. Mcm ne nak berlagak. Keje kuli je. Tak tersenarai lgsg dlm carta organisasi.

    =p

    Comelnya baby! Nmpk selesa je katil tu. Mcm sy lak nak msk dlm tu. Tgh ngantok nie. Adehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kerja kuli pun nak berlagak, lagilah orang kata kita tak sedar diri.

      katil tu tak cukup panjang ..! hehe

      Delete
  7. Eh... macam ada persamaan dengan catatan ringkas yang saya buat secara berjadual untuk terbitan hari ini! :)

    ReplyDelete
  8. Saya berdoa semoga saya jadi yang no 4 .... dikirimkan ALLAH sentiasa berada di bawah sedar ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang majoriti di bawah no. 4 tu .. harap kekal di situ selamanya.

      Delete
  9. Salam Jumaat Uncle..
    Semoga sihat2 sokmo..

    ada org,tiada apa pun nak dilagakkan tp
    tetap nk berlagak..cemana tu.. kihkihkih...

    Tomeynyerrr Iris...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu di namakan perasan .. tapi biasalah .. rencah kehidupan.

      Delete
  10. saya ni nak berlagak tak layak. nak buat lagak ngeri pun tak berani.

    sudahnya sampai bila la tak dapat buat aksi lagak tu. kehkehkeh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti berlagak dengan anak cucu awak .. utk elakkan kempunan.

      Delete
  11. KADANG-KADANG KITA TAK BERLAGAK, TAPI ORANG YANG KATA KITA BERLAGAK.. SUBJEKTIF JUGA TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan subjektik .. semua orang dapat bezakan dan kenal orang yang berlagak dengan yang tidak.

      Delete
  12. sentiasa cuaba menjadi yang sedang sedang saja
    sebab
    ada masa terpaksa berlagak, supaya mereka mematuhi arahan kita, sbb kalau buat cara berlembut lidah masih macam tu jugak, sesekai kena berlagak dgn manusia yang segelintir perangainya tu

    walau pun sya sendiri tak suka untuk berlagak

    opss...tak bermakna sya berlagak ye pak ngah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan berlagak tapi menunjukkan ketegasan ..

      ada juga orang yg berlagak berani depan anak2, w/pun sebenarnya takut.

      Delete
  13. ramai yg saya jumpe..ramai yang muda2 tu nampaknye berlagak..

    entah. mungkin culture shock dengan semua privilige yang diberi sebagai pegawai kerajaan. mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. itu sebab kelompok ke 2 tu saya ulas lebih sikit.

      Delete
  14. Salam Bang.

    Saya rasa saya tak berlagak tapi dah terbaca n3 ni .... ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      dari penulisan awak, abang tahu awak bukanlah orang yang suka berlagak ..

      Delete
  15. best katilnya... pegawai muda banyak yg belagak.. suka buat kepala sendiri..
    kerja W suruh N buat.. kerja N suruh W buat.. ntah apa2.. sengal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia berlagak dengan staf dia boleh juga faham tapi ada juga yang berlagak dengan boss dia ..memang cari nahas.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.