Sekarang ini dapat kita perhatikan bahawa pendirian masyarakat kita berpecah dua dalam isu BERSIH 3.0. Satu yang menyokong dan satu lagi tidak. Kalau kita baca laman blog atau facebook, ternampak jelas perpecahan itu. Perbincangan mengenainya masih lagi hangat hingga kini.
Pihak yang menyokong BERSIH 3.0 mengutuk habis-habisan kekejaman dan cara polis menangani penunjuk perasaan.
Saya sendiri secara peribadi menyokong kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan kehakiman, dalam lunas yang dibenarkan oleh undang-undang. Hanya dengan kebebasan itu kita boleh mendapat kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab.
Dalam konteks BERSIH 3.0 ini, pendirian saya adalah seperti analogi berikut.
"Anak saya hendak minum milo atas karpet depan tv. Minum milo itu adalah satu tindakan yang tidak salah. Cuma saya suruh dia minum kat meja di dapur kerana khuatir milo itu tertumpah atas karpet nanti. Tapi anak saya degil. Katanya dia akan berhati-hati, takkan tumpah punya.
Akhirnya sebagaimana yang saya jangka, air milo itu tertumpah atas karpet. Jadi janganlah salahkan saya kalau saya jentik telinga dia ?
Analogi yg mudah untuk mereka yang mahu mengerti.
ReplyDeleteAnak uncle marahkan uncle dan salahkan uncle menghalang dia dari minum air milo atas karpet dan mula membaling cawan? Sedangkan jelas salah dia tumpahkan air atas karpet.. hmm...tak patut kan?
kadang2 dia orang lupa siapa bapa siapa anak ..
Deletesimple je kan tuan.kalau tak paham lagi tak tahulah....degil sangat....
ReplyDeletememang simple .. tapi masing2 punya alasan tersendiri yang dirasakan betul.
Deleteharap mereka faham...
ReplyDeleteterserahlah ..
Deleteizinkan saya meneka. adakah para demonstran diibaratkan sebagai anak kecil, manakala pemerintah sebagai si bapa dalam analogi ini? kalau betul, mungkin ada sebabnya si anak bersikap begitu. si bapa terlupa membahagi-bahagikan secebis dua gula-gula antara anak-anak yang lain hinggakan dia tidak dapat, maka dia bertindak memberontak dalam senyap begitu. sekadar pendapat...
ReplyDeletehari itu saya sudah buat entri panjang lebar mengenai perkara ini .. kalau berhajat nak baca, bolehlah pergi ke link di bawah. saya tak ada apa-apa nak tambah lagi buat masa ini.
Deletehttp://al-lavendari.blogspot.com/2012/05/fanatik-kepartian.html
WAH.. SUNGGUH METAFORA..
ReplyDeleteFaham apa yg nak sampaikan.
ReplyDeleteSalah anak sebab berdegil tetap nak minum Milo di atas karpet, padahal boleh sahaja minum Milo di dapur.
ReplyDeleteSalah bapa juga apabila bertindak keterlaluan menghukum anak. Setakat menjentik telinga tu, okay lah.Memang wajar dijentik sebab degil tak dengar kata. Tapi ditampar berulang kali, di rotan di sana sini, kan melampau tu?
:)
Dan satu lagi uncle:
ReplyDeleteAnak lain yang tak tumpahkan Milo, pun turut sama kena jentik, kena tampar, padahal anak yang lain tu punyalah berhemat berhati hati minum Milo, setitis pun tak tumpah! :)
dalam analogi ini, anak = semua peserta dan ayah = pihak berwajib.
DeleteKomen yang tiada kena mengena :
ReplyDeleteSemalam saya ikut suami menghantar satu surat ke sebuah Agensi Kerajaan. Surat itu adalah surat permohonan yang ditulis (ditaip) oleh seorang Pengerusi Surau. Dengan sifat seorang penyibuk yang suka ambil tahu, saya suka-suka tengok surat itu. Tersedak saya di buatnya bila dia eja KARPET sebagai KAPET (bukan sekali dua ejaan itu diulang). Saya cakap pada suami, kalau dia tak tahu mengeja 'karpet' (sedangkan penulis itu bekas guru yang kini berkhidmat di jabatan) kenapa tidak eja saja PERMAIDANI?
Suami saya pula yang tersedak dengar perkataan 'permaidani' kerana dia sudah puas berfikir apakah perkataan Melayu untuk 'karpet'! hehehe...
bila kakcik sebut permaidani, teringat saya lagu Aris Ariwatan. sedap lagu tu .. tapi kalau perkataan permaidani tu ditukar kepada karpet .. hancur lagu tu !
DeleteAnalogi yang menarik.
ReplyDeletemcm mana jika saya bagi kain buruk atau alas pada anak... agar milonya tumpah tapi tak kena karpet ....
buat apalah nak susah-susah atau berkeras kepala .. pergilah jer lah minum kat meja di dapur tu .. kan senang.
Deletebagaimana pula jika si bapa sengaja menolak si anak hingga tertumpah milonya?
ReplyDeleteadakah tindakan si bapa untuk jentik (hukum) si anak adil?
itulah sebabnya awal2 lagi dilarang supaya jangan minum atas karpet kerana macam2 kemungkinan boleh terjadi ..
Deletebentangkanku karpet, kata aris ariwatan.
ReplyDeletetak pernah dengar pun !
Deleteanalogi yang ringkas, padat dan penuh makna.
ReplyDeletekan !
Delete