Tuesday, May 15, 2012

PERLUKAH UNIT KHAS URUS KEBAJIKAN PESARA GURU ?


Berita Harian - 12/5/2012


Sekarang sudah ada badan yang jaga kebajikan bekas anggota tentera dan polis. Kini guru-guru pula minta ditubuhkan sebuah unit khas bagi menjaga kebajikan pesara guru. Saya sokong sepenuhnya dengan syarat, di tubuhkan juga agensi yang akan menjaga kebajikan Pemandu, Pelayan Pejabat, Pencari Fail, Amah, Atendan Hospital, Pemotong Rumput, Jaga, Bidan, Tukang Masak dan beratus-ratus lagi perkhidmatan yang senasib dengannya, kerana saya rasa mereka ini juga patut dibantu.

Atau pun tubuhkan sahaja sebuah Kementerian baru untuk  menjaga kebajikan semua pesara termasuk mereka yang sudah bersara dari perkhidmatan swasta. Baru adil !

Selamat Hari Guru.
............................................................................

Sub-Entry: Biarkanlah atuk dia yang uruskan kebajikan cucu-cucu dia...



18 comments:

  1. IM pun 'guru' juga. guru pada anak anak IM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alam terkembang adalah guru yang paling agung ..

      Delete
  2. Heheheheh...ayah sy pun org panggil Pak Ngan. Tapi ayah sy cuma ada sorang cucu je. Pakcik dah ada 2. Hehehehehe....

    =D

    Cikgu-cikgi nie manja sebenarnya Pakcik. Dari kua maktab, smpi la pencen. Semua nak kena ada badan khas. Heheheheheh...

    ReplyDelete
  3. Saya setuju bebenor dgn uncle! Baru adil! ahahaha..

    Guru ni uncle, antara profession yg paling banyak diberi perhatian, dek kerana pelbagai tuntutan dari union mereka..union guru kuat. Ada sahaja isu tentang guru..ada yg betul, perlu diberi perhatian, ada yang mana pada saya, maaf cakap, isu remeh/tak relevan, tapi dituntut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah lumrahnya .. bila ramai tu kita kuat .. sebab itu kita jangan berpecah belah. kalau berpecah belah, suara kita jadi kecil.

      Delete
  4. salam tuan
    selamat hari guru buat semua guru di Malaysia,esok.comelnya cucu-cucu tuan.suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      barangkali harus cucu2 itu ikut atuk dia masa kecik2 dulu .. hehe

      Delete
  5. HARAP-HARAP GOLONGAN KERJA DI MUZIUMPUN TERLIBAT SAMA.. :)

    ReplyDelete
  6. pesara blog nak jugak macam tu...

    ReplyDelete
  7. Tengok gambaq kat bawah tu, lupa yang sebenaqnya entry ini pasai guru. bila baca komen baru perasan.(makchaq selalu lagu tu, nampak yg menarik selalu terlupa cerita sebenar)

    Comelnya cucu baru, gaya Mirin pun comel sangat, atuk pun... boleh la.... (jangan marah tuan nanti cepat tua)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kecik, wajahnya berubah sentiasa. kejap macam emaknya, kejap macam ayah dia dan kejap lagi macam nenek belah ayah dia dan begitulah seterusnya ..

      Delete
  8. nanti yg lain2 pn nak unit khas gak...susah2 wat mcm pakcik ckp tubuhkan kementrian utk pesara...abis citer...ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harap cadangan saya ini dipertimbangkan oleh kerajaan .. kalau nak suruh saya jagi menterinya pun, saya tak kisah .. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.