Saturday, May 19, 2012

LAGI CERITA TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.

Dulu saya pernah buat satu entri bertajuk "Tuah Ayam Nampak Di Kaki" di sini. Itu sebablah tajuk entri kali ini ada perkataan 'lagi'.



Hari ini, 19 haribulan Mei, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, rasmi menjadi Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri atau KDN. KDN adalah sebuah kementerian yang besar di mana di bawahnya teradapat beberapa Jabatan penting seperti PDRM, Penjara, Imigresen, Pendaftaran Negara, AADK, JPAM, RELA, Pendaftaran Pertubuhan. 

Sudah tentulah tugas dan tanggungjawab sebagai KSU sangat berat. Namun begitu, saya berkeyakinan dia mampu menggalasnya dengan baik.

Berikut adalah beberapa keping gambar di mana saya berkesempatan bersama dia di suatu masa dulu.

 

Gambar 1: Saya duduk di kiri sekali dan dia berdiri di tengah-tengah.


Gambar 2: Kebetulan pulak kita menyanyi menghibur hati sendiri sambil berdiri sebelah menyebelah. Saya di kanan sekali yang segan-segan tu.


Gambar 3: Dia juga hadir di majlis perkahwinan saya punya anak pada tahun lepas.


Gambar 4:  Gambar terbaru kami. Semasa saya menghulurkan henfon  kepada kawan saya memintanya mengambil gambar,  saya ada berkata  "tolong ambil  ambil gambar aku dengan bakal KSU KDN .."   
(Sila abaikan gambar durian Musang King itu) 

15 comments:

  1. Semoga beliau dapat menjalankan tugasnya berlandaskan Quran dan Sunnah dan bukan hanya takut dan tunduk kepada tekanan2 manusia. InsyaAllah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin sebab banyak jabatan -jabatan yang penting di bawah dia. Sekarang pun org dok hentam POLIS je pasal isu BERSIH. Tu pun nak dipertikaikan.Polis menjalankan kerja. Tak buat org marah dibuat pun org marah.Serba salah dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nasib polis .. tak tahulah apa nak jadi dengan BERSIH 4.0 ni pula ..

      Delete
  3. Insyaallah...moga2 amanah yang di beri dpt dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Tahniah pada tuan punya badan dan tahniah jugak pada kawan tuan punya badan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya terimalah tahniah itu dengan gembira ..

      Delete
  4. alhamdulillah, promotion comes with great responsibilities. Tahniah kepada kawan Uncle Lavender ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pangkat atau jawatan datang dengan tanggungjawab di samping ganjaran yang enak2 juga. hehe

      Delete
  5. Tahniah KSU KDN yg baru..
    Semoga diberi kekuatan olehNYA utk melaksanakan
    tugas dgn baik di Kementerian yg agak 'panas' itu..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kerusi KSU KDN sentiasa panas .. dapat pula menteri yang penuh bertenaga kerana masih muda.

      Delete
  6. TAHNIAH.. TUGAS YANG BERAT DAN MENCABAR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi yang sukakan cabaran, memang jawatan ini menarik.

      Delete
  7. pak ngah ni tentu berjawatan besar maso kojo gomen dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak banding dengan kerani, besar jugalah. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.