Terlebih dahulu saya nak cakap, saya bukan anti gotong-royong secara borong. Tapi saya rasa macam tak sedap bila penduduk taman perumahan di satu-satu kawasan tadbiran majlis perbandaran atau bandaraya mengadakan gotong royong mencuci longkang, memangkas pokok, memotong rumput dan seumpamanya. Saya rasa macam tak berapa kena buat kerja-kerja macam itu kerana kita sudah bayar cukai pintu dan kerja-kerja tersebut sepatutnya dibuat oleh pekerja bandaraya atau majlis perbandaran berkenaan. Selalunya penganjur menggunakan alasan untuk berkenalan dengan sesama penduduk dan mengeratkan silatulrahim.
Lainlah kalau gotong royong itu untuk membersihkan surau, masjid, tanah perkuburan, rumah anak yatim dan sebagainya kerana memang bandaraya atau majlis perbandaran tidak bertanggung jawab membersihkannya.
Baru-baru ini ada program gotong-royong di taman perumahan saya. Antara kerja-kerja yang kami lakukan termasuklah menebang pokok yang membahayakan rumah penduduk yang berdekatan dan memotong dahan pokok yang berjuntaian ke arah jalan yang menggangu laluintas dan pemandangan. Untuk makluman pokok-pokok tersebut ditanam oleh majlis perbandaran.
Dahan dan daun-daun pokok itu kita kumpulkan di beberapa tempat dan meminta majlis perbandaran mengutipnya. Memang dia orang ada kutip pada hari gotong royong itu, tapi tak habis dan selebihnya dibiarkan termasuklah yang di hadapan rumah saya. Saya ingatkan dia akan sambung esoknya tapi lepas seminggu tidak juga dibuatnya, maka terpaksalah mengupah orang mengutip dan membuangnya.
Dahan dan daun-daun pokok itu kita kumpulkan di beberapa tempat dan meminta majlis perbandaran mengutipnya. Memang dia orang ada kutip pada hari gotong royong itu, tapi tak habis dan selebihnya dibiarkan termasuklah yang di hadapan rumah saya. Saya ingatkan dia akan sambung esoknya tapi lepas seminggu tidak juga dibuatnya, maka terpaksalah mengupah orang mengutip dan membuangnya.
Saya sakit hati betul. Kita dah tolong kerja mereka menebang pokok, mencantas dahan yang menggangu lalulintas .. di samping kita teruk dikerjakan kerengga, sepatutnya mereka berterima kasih kerana kita telah membantu mereka tapi inilah balasannya.
Gambar 1: Lihatlah betapa gigihnya kami bekerja .. menebang pokok yang membahayakan rumah penduduk yang berdekatan.
Gambar 2: Oleh kerana tangga tak ada, kita gunakan pikap ini sebagai ganti tangga. Dan sang kerengga pulak setia menunggu di atas sana.
Gambar 3: Ada gaya tak sebagai
memang pelik kan....
ReplyDeletepelik tak pelik .. itulah yg telah terjadi.
Deletebila fikir balik, baru sedar macam dipergunakan. hmm.. dah bayar cukai pintu, pastu kena buat keje yang sepatutnya orang yang dibayar tu buat.
ReplyDeletesaya tak pasti, samada kat Mesir ada gotong royong semacam ini ?
DeleteKalau asalnya seorang 'Mandur', pergi ke mana pun, gaya Mandur itu tetap ada. :)
ReplyDeletehabis nak buat macam mana .. hehe !
DeleteBetul tu uncle...nak tumpang sakit hati jugak.
ReplyDeletetak fasal2 awak sakit hati sama ..
Deletepak ngah smart sangat... boleh jadi duta diaorang....
ReplyDeleteboleh .. tapi duta kat negara mana ?
Deletetuan pegi pecat YDP majlis bandaran tuh...
ReplyDeletemakan gaji buta...
tak berani saya ..
DeletePakcik, ade jamuan sirap merah ais tak? Klu takde, sy gandakan bedebah tu boleh?
ReplyDelete=p
macam-macam minuman ada .. awak boleh simpan dulu perkataan itu!
DeleteSEKALI SEKALA TAK MENGAPA.. JANGAN TIAP-TIAP MINGGU DIA SURUH GOTONG ROYONG MACAM TU.. JADINYA, SENANG LENANGLAH PEKERJA MEREKA..
ReplyDeletetidak kisahlah .. tapi kenalah beri kerjasama.
Deletebab bidang kuasa dan lepas tangan, kita semua sedia maklum. tapi bab personaliti luaran tu, memang ada ketokohan jadi orang besar berjiwa rakyat.
ReplyDeletesusah juga kalau berjumpa orang macam ini kan !
DeleteGaya tu sesuai untuk jadi YDP Majlis Perbandaran...ekeke..berjiwa rakyat & mesra penduduk gitu!
ReplyDeleteRelevan kata2 pakngah, kita dah bayar cukai taksiran..kerja majlis la tu..buat apa nak rugikan kudrat.
Kalau saya, mesti sehari dua puluh kali pun takpe..biar saya telefon majlis dan complaint sampai diorang datang kutip saki-baki tu.
TUMPANG KOMEN SETUJU TENTANG GAYA TU ;P
DeleteTUMPANG KOMEN JUGA.. GAYA AHLI MAJLIS PUN ADA..
Deletesiti murni - memang pun dah komplen, tapi tak bergerak !
Deletekasihibu - pakngahtak bergaya pun .. dah macam tu secara semula jadi .. hehe
fairus - macam tu ke rupanya gaya ahli majlis ?
hehehe...kelakar je pakngah duduk cam mandor....
ReplyDeletegeramnya gitu..dah kita tolong,taknak plak ambek sampah tu
tulah fasal .. cukup geram dan terkilan.
Deleteitulah..kalau kita tak nak bayar cukai..die kata kite tak bayar hakmereka.. siap nak sita barangan.tapi kerja die tak buat..
ReplyDeletesame goes to maintenance sini..duk flat kann.. depanrumah saya (rumah paling hujung) tak disapunya.. padahal saya bayar sama mcm org lain..
pastu kalau tak bayar..hantar notis beria..menyampah
memang itu kisah biasa kita dengar di mana-mana ..
Deletebeso beso ...rumah dalam taman tu yee
ReplyDeletebanyak juga yang kecik .. tapi kecik besar ini suatu yang relatif.
DeleteLaaa.. Ni mesti majlis perbandaran dok pikir, kenapa pandai2 ambil alih kerja dorang. Hehehe...
ReplyDeleteBila nak jadi calon? Ada Gaya. :)
calon apa ? suami atau wakil rakyat .. kalau wakil rakyat, orang bayar pun saya tak ndak.
Deletesaya setuju 200% dgn uncle.
ReplyDeleteUncle panjangkan isu ni ke MPS uncle..
sudah dipanjangkan ..
Deletemandur nya ialah lelaki yg cekak pinggang baju belang dlm gambar 1st tu ! ahahaha
ReplyDeleteitu bukan mandor .. sikit atas. pengarah operasi tu !
DeleteSalam Pak Ngah,
ReplyDeleteBila saya nengok gambar Pak Ngah berpakaian serba putih,(warna cerah) memang sah nak jadi mandor..hahahahahaha
salam kembali
Deletemandor yg ini kerja lebih dari pekerjanya ..
Tumpang sekaki - memang tak patut
ReplyDeleteapa patut kita buat ?
Deletepakcik,
ReplyDeleteada hidangkan karipap tak..kalau takde saya triple kan bedebah..selepas double oleh fara :P
makanan memang banyak sebab ramai penyumbang .. sampai bawa balik.
Deleteboleh attach entri ni kat website majlis perbandaran
ReplyDelete:)
malaslah nak gaduh-gaduh ..
DeleteMadur duduk sahaja?
ReplyDeletesaya ingatkan mandur mesti mudar-mandir...?
memanglah masa tu duduk sebab nak ambil gambar .. lepas tu baru mundar mandir.
Deletemmg bedebah. pak ngah, sila g claim...
ReplyDeletesampai tikus bertanduk takkan dapat ..
Deletekalau uncle, pose cemana pun nampak bergaya... :D
ReplyDeletepose bulan ramadhan nanti ..
Deletetuan lavendari,
ReplyDeletenak tumpang iklan sikit kat sini...
kalau nak menang new iPad, sila lah 'like' SKUAD 1Malaysia untuk menyertai pertandingan sambung dialog.. selamat mencuba!!
harap-harap ada pembaca yg menyahut seruan awak ..
Deletemandur paling bergaya!
ReplyDeletesaya serahkan kepada kebijaksanaan ibuintan memberi penilaian .. hehe
Deletesy rasa, kalau namanya gotong royong, by hook or by crook, kena habiskan semua kerja hari tu...
ReplyDeletekalau ada saki-baki tertinggal, gitulah jadinya..
sabar ye pakngah.. (",)
lain kali saya akan kunci gate tak bagi lori majlis meninggalkan taman sebelum habis semua sampah dikutip.
Deletewalau dah pencen, aura dah karisma tetap ada.. hee..
ReplyDeleteya.. saya pun minat karisma kapoor ! hehe
DeleteSalam. Pekerja Majlis Perbandaran tak ada rupe macm tu...Pak cik silap tengok gambar tu...Pengarah MBKL adale...
ReplyDeletesalam kembali.
Deletesikit bawah la .. Pengarah tu tinggi sangat !