Friday, June 1, 2012

ERTI SEBUAH KEIKHLASAN DAN HARGA DIRI.

Kelmarin di internet banyak diceritakan bagaimana seorang pelayan yang baik bernama Greg Rubar yang bekerja di sebuah restoran di Houston, Texas, mendapat 'tip'  sebanyak USD5,000 dari sepasang pelanggan tetapnya.  Makanan yang dimakan oleh pasangan tersebut hanya bernilai USD27 sahaja. Tentulah ia suatu yang luar biasa kerana selalunya tip yang diberi tidak melebihi 20% dari nilai makanan.

Pasangan itu memberi tip kepada Rubar dan menyuruhnya membeli kereta yang elok bagi menggantikan keretanya yang telah rosak akibat banjir. Saya percaya ramai yang telah membaca berita ini.

Rubar telah menjadi popular kerana mendapat liputan meluas akhbar, tv dan juga internet.
Dua perkara yang menarik hati saya mengenai cerita ini  ialah:

1. Pasangan yang memberi tip itu tidak mahu di kenali;

2. Rubar pula terasa malu menerima pemberian itu dan bercadang untuk membayar balik jika berjumpa mereka semula.

Di Malaysia lain sikit.  Kadang-kadang sudah ada perjanjian pun masih ada yang cuba mengelak untuk membayar, terutamanya pinjaman MARA atau PTPTN. Kan ?

p/s: Berita lanjut boleh baca keratan laporan di bawah atau buat carian di internet.



NBC NEWS


YAHOO NEWS




Cabutan laporan dari internet.

24 comments:

  1. Pinjam sesama kawan dalam jumlah yang kecil pun ramai yang buat-buat lupa. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. saya pernah buat n3 mengenainya sedikit masa dulu ..

      http://al-lavendari.blogspot.com/2011/10/dulu-lembut-gigi-dari-lidah-sekarang.html

      Delete
  2. Ada org, suka menderma. Tapi dgn syarat, wartawan mst ada. Itu perkara biasa. Ada org, pun suke menderma. Tiada syarat. Malah, kalau boleh lagi nak sembunyi rupa dan nama. Yang ini mmg luar biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menderma secara terang-terang tidak salah untuk projek umum sebagai galakkan kepada orang lain menderma. tapi kalau derma atau sedekah kepada individu, lebih baik disembunyikan.

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Benarnyalah yang diungkapkan oleh para Rasul bahawa rezeki itu datang dari Allah, hanya caranya sahaja berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam ust.

      itulah yang dimaksudkan oleh ayat seribu dinar yg sering disebut orang.

      Delete
  4. kita kat malaysia ni tuan kalau boleh semuanya nak free. dapat ptptn berbelas/berpuluh ribu tapi nak minta hapuskan pinjaman tu. terlebih pandai mereka ni

    ReplyDelete
  5. saya doakan semoga pasangan suami isteri itu, dan si Rubar, diberikan hidayah oleh Allah, utk temui Islam...kasihan mereka ini, moralnya cukup baik, kalah moral sesetengah umat Islam itu sendiri, tetapi mereka tiada Iman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg beriman ini pun sentiasalah berdoa agar iman kita berkekalan hingga menghembuskan nafas yg terakhir nanti.

      Delete
  6. Tuan haji saya berharap suatu hari saya dapat memberi sebanyak itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun boleh menderma ikut kemampuan .. yang penting bukan amaun tapi keinginan kit untuk menderma.

      Delete
  7. Kerana sikapnya dia dapat ganjaran sebegitu, kerana sikapnya juga dia rasa ' it would be more of a gift if it if it was a loan' walaupun dia bukan minta duit tu..

    Sikap sesetengah org kita pulak, walaupun dia yang memohon/meminta untuk pinjam dia rasa dia tak perlu bayar pinjaman yg diberikan dan kalau boleh cuba nak mengelak dari membayarnya..

    Makchaq pernah kerja bahagian kutip hutang ni... hutang jpa, hutang kem. pelajaran, hutang kem. belia utk perniagaan/pertanian
    @ hutang sewa rumah kerajaan. Bermacam helah nak elak membayar, w/pun bukan semua begitu.. (makchaq ada buat entri
    pasal ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah juga yang saya ketengahkan dalam entri saya seperti yang dinyatakan kepada kakcik di atas.

      Delete
  8. Bagus sikap pelayan tu. Mungkin kerana kebagusan sikap tu lah orang bermurah hati nak memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua bagus .. tokeh pelayan itu pun bagus juga.

      Delete
  9. BERBALIK PADA ISLAM.. REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH.. BERSYUKUR..

    ReplyDelete
  10. hampir 10 thn ila bayar ptptn.. sebulan dalam 200++. masuk je keja kontrak terus potong gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah macam tu .. jgn jadi macam orang lain. dua orang anak saya pun sedang membayar PTPTNnya

      Delete
  11. Uncle komen saya, sikap dan mentaliti yang sangat berbeza, ramai yang memudahkan berhutang...mahupun ada perjanjian atau tidak tapi hutang tetap hutang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 pemberi hutang juga boleh dipersalahkan kerana gemar menghapuskira hutang yg tak dibayar lebih2 lagi bila nak dekat pilihanraya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.