Sunday, June 10, 2012

KELMARIN SAYA PERGI KE FELDA BERA SELATAN.

"Tersebutlah sebuah kampung yang sangat miskin penduduknya yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tidak ada sebarang peluang pekerjaan yang ada sehinggakan pengangguran berleluasa. Untuk menampung hidup, penduduknya menanam padi dan menankap ikan untuk dimakan dan mengambil hasil hutan untuk dijual bagi mendapatkan wang. Di kampung itu tidak ada sesiapa yang memiliki peti sejuk, tv, motorsikal apalagi kereta.

Melihat kepada kemiskinan itu, Ketua Kampung tersebut yang berwawasan jauh telah memujuk sebuah kilang membuat sarung tangan membuka kilang di kampungnya. Dipendekkan cerita selang beberapa bulan, maka terbinalah sebuah kilang membuat sarung tangan  di sana dan semua penduduk kampung tersebut yang mahu dan boleh bekerja, telah diambil bekerja oleh kilang tersebut.   Di samping itu, ramai juga yang mendapat mata pencarian dari wujudnya kilang tersebut melalui aktiviti sampingan. Misalnya ada yang membuka gerai makanan, ada yang membuka kedai gunting rambut, kedai runcit dan sebagainya.

Setelah beberapa tahun berlalu, maka ramailah penduduk kampung itu yang mampu membesarkan rumah, membeli motor dan kereta, membeli peralatan elektrik dan ramai juga yang telah mengerjakan haji dan umrah. Kemakmuran kampung tersebut telah tersebar sehingga menyebabkan ramai orang luar yang datang bekerja dikilang berkenaan dan juga berniaga di kampung tersebut.

Pada suatu hari, kembalilah seorang pemuda, anak kampurng tersebut dari melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia mula menghasut penduduk kampung agar mendesak pengurusan kilang menaikan gaji mereka kerana menurutnya kilang tersebut telah berlaku zalim dengan membayar gaji yang rendah kepada pekerjanya.
 
Lama kelamaan penduduk kampung itu pun lupa diri dan termakan hasutan pemuda tersebut dan mula mengadakan piket dan tunjuk perasaan. Akibatnya mutu keluaran dan produktiviti pun menurun. Akhirnya pihak pengurusan kilang tersebut jemu dan membuat keputusan menutup  sahaja kilang berkenaan dan memindahkannya ke kampung lain.
  
Selang beberapa tahun kemudian penduduk kampung tersebut kembali miskin seperti dulu dan terpaksa ke sungai dan hutan semula untuk mencari pendapatan bagi menampung hidup".

....................................................................................


 Di hadapan pintu masuk ke perkampungan FELDA Bera Selatan 5 & 7.

Semalam saya ke FELDA Bera Selatan menghadiri kenduri kawin anak kepada saudara saya. Semasa melalui jalan raya yang di apit oleh ladang kelapa sawit di kiri kanannya yang saujana mata memandang, tiba-tiba saya teringat kepada cerita rekaan saya seperti di atas.


* ada ke orang nak baca pepagi Ahad ni ?

27 comments:

  1. Replies
    1. bukan susah sangat pun ..

      tahniah kerana jadi pengomen pertama !

      Delete
  2. Assalamu'alaikum.

    Saya telah pun membaca catatan di atas dan saya faham. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      saya yakin kakcik pasti faham ..

      Delete
  3. Saya antara pembaca yang membaca pada awal pagi Ahad... :)

    Kesian penduduk kampung tu... Tak pasal-pasal jadi macam sebelum tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kena caranya .. kita pun tak mustahil boleh jadi macam penduduk kampung tu.

      Delete
  4. Assalam Al..ada yang baca..dn dah baca pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      harap-harap dapat memahami apa yang tersirat ..

      Delete
  5. Ada la yang membaca nya..orang yang tak kemana-mana seperti saya. hehe.

    cerita rekaan pakngah tu ada maksud nya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada maksud yg tersembunyi antara peneroka FELDA dengan cerita tu ..

      Delete
  6. hurmmm.... suspen ajelah.

    IM pun ada ramai sedara kat FELDA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mungkin tak ada orang Melayu yang tak ada sedara kat FELDA ..

      Delete
  7. saya baca dan rasa sedih dengan cerita tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sedih .. maknanya cerita saya itu sampai !

      Delete
  8. kisah dunia....

    kisah kita-kita....

    fahami dan selami dalam diri sendiri...
    kisah kita kah itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kisah kita-kita .. komen kasihibu seperti di bawah tepat sekali.

      Delete
  9. sya faham apa yg pak ngah sampaikan

    ibarat kacang lupa kan kulit, atau melepaskan anjing tersepit
    agak agak mana yg sesuai ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua-dua bidalan itu sangat sesuai .. syabas dan terima kasih kerana mencadangkan bidalan yang tersebut. pandai awak membaca yang tersirat !

      Delete
  10. SAYA FAHAM APA YANG TERSIRAT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah begitu .. harap fahaman kita sama.

      Delete
  11. Dah ditakdirkan jadi pesara gomen, tak mengapalah (namun, tentulah amat bersyukur!). Kalau tak, lagi tak mengapa sangatlah rasanya, kalau dulu jadi peneroka . Apa lagi (sebagai hasil rentetan!) jadi anak peneroka, yang kini (ada tu!) bergelar Juta Wan.

    Nilai-nilai baru mudah menjadikan kita lupa dan alpa akan zaman kita atau orang-orang tua kita tersepit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Nilai-nilai baru mudah menjadikan kita lupa dan alpa akan zaman kita atau orang-orang tua kita tersepit".

      Saya amat setuju dengan komen tuan. Makanya orang lama macam kitalah yang harus mengingatkan mereka yang lupa dan alpa itu. Kalau dia orang tak mahu dengar, tak mengapalah ..

      Delete
  12. Salam Pakcik,

    Sy baca pagi Isnin. Heee~

    Klu sy bt andaian mcm nie; Tauke baik hati tu dah hand over kilang pd anaknya. Anaknye pulak jenis lupa diri. Nak kaut untung sorang. Gaji pekerja lak, tak naik2 dr zaman bapak die jdk tokei lagi. Dulu ms bapaknye jdk tokei, dpt bonus walau cume setengah bulan gaji. Tp smpi anaknye, mule kate bisnes tak bape nak bgs. Tp dpn kilang, menjalar Lamborghini baru. Umah dulu 3 tgkt, skg jdk 5 tgkt. Fasiliti kilang dr zaman bapaknye tak ubah. Kilang tu da nmpk uzur bebenor. Bdk yg blaja kat lua negeri tu sbnrnya tak puas hati sbb bapaknye tak naik2 gaji sejak kilang tokei asalnya pencen. Tu yg jdk tukang hasut tu. Ajak org kmpg rebel. Tunjuk perasaan dpn kilang. Last2 anak tokei lari g luar negara sbb kantoi rasuah. Pekerja lak terbiar. Last2 kilang pun gulung tikar. Tu yg jdk miskin blk tu.

    Heee~

    Mgkn setiap yg terjadi tu ade sebabnya. Tp setiap tindakan (berontak) juga ada akibatnya. Dlm hal ni, elok gak manusia jdk bijak. Kan Pakcik? Heee~

    Pakcik jgn mrh sbb sy mencabul cerita asal pakcik tu.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit pun tak marah, bahkan tersenyum bila memikirkan betapa tingginya imaginasi dan andaian awak yang pada pakcik ada munasabahnya.

      selalunya generasi ke dua dan ke tiga mula bermasalah .. di Jepun pun dengarnya dah mula begitu.

      Delete
    2. hihi...pandai kak fara smbung cerita pakcik..setuju! =D

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.