Monday, June 25, 2012

SAYA SUKA BLOG INI # 1: APA NAMA.



Nama blog: APANAMA.

Nama pemilik: ZACK BAHARI.

Alamat: http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/

Ini pertama kali saya buat segmen ini. Memang sudah lama saya bercadang nak buat tapi asyik tertangguh sehinggalah saya berjumpa blog APANAMA ini.

Sebenarnya pemilik blog ini adalah kenalan saya sejak dari zaman univerisiti lagi (1974) sehinggalah sekarang. Selama ini saya terfikir juga takkan tak ada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya dulu yang mempunyai blog sendiri. Entah macamana ditakdirkan saya memasuki satu group  baru-baru ini dan saya ketemu dia di sana.

Blog APANAMA ini bolehlah saya kategorikan sebagai blog ilmiah dan informatif tidak seperti blog saya yang banyak entri remeh temeh. Selain dari itu, ZACK  amat aktif dan produktif dalam membuat entri. Walaupuan saya lebih dulu berblog dari dia, tapi dia telah berjaya membuat lebih 6,000 entri sehingga hari ini, sedangkan saya baru sebanyak 800 sahaja.

Saya sangat mencadangkan anda semua memasukkan blog APANAMA ini ke dalam bloglist anda agar tidak terlepas membaca entri dari blog yang berisi ini.


sila klik untuk masuk.


16 comments:

  1. Nanti saya singgah di sana, InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. Kakak pun akan cuba singgah jugalah..

    ReplyDelete
  3. saya harap dia pun geliga macam uncle jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang komen..setuju sangat apa yg Gb tulis

      Delete
    2. GB dan Kasihibu.

      pasti dia lebih geliga dari saya kerana pangkat dia dulu juga jauh lebih tinggi dari saya.

      Delete
  4. Assalammualaikum Pak Ngah

    Saya sungguh terharu dengan penghargaan yang Pak Ngah berikan terhadap blog saya. Alhamdulillah sehingga 25 Jun 2012 iaitu sejak berblog pada tahun 2010 iaitu setelah tamat kontrak saya dengan Kerajaan, saya telah mampu memuatturunkan sebanyak 6525 entri yg terdiri drp 225 yg masih dalam drafting stage dan yg telah diPublished adalah sebanyak 6300 entri.

    Ingin saya tegaskan bahawa blog saya bukanlah originalnya dari pemikiran saya [dan ada yg saya tokok tambah dengan memasukkan video dari Youtube utk disesuaikan dgn sesuatu artikel,] tetapi ianya adalah merupakan koleksi drp lain-lain blog, kerana pada pendapat saya ---- semua artikel dalam blog APANAMA ini tiada hakcipta terpelihara berasaskan bahawa Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari...

    Saya nyatakan begitu, kerana beberapa blog yg berkaitan dengan agama, terdapat Hak Cipta Terperlihara dan ianya tidak dibenarkan utk di copy. Sepatutnya Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari. Kalau ada copyright mcmana kita nak sebarluaskan sesuatu ilmu atau maklumat kpd semua.

    Dalam pada itu, saya sungguh kagum dan bangga dengan kejayaan Pak Ngah menghasilkan sendiri setiap entri dlm blog KOMENSEN ini berbanding dengan saya hanya dgn mengcopy tulis org lain selaras dgn "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari.

    Itu sahaja komen yg dpt saya berikan dan didoakan semoga Allah akan terus memberikan kekuatan kepada kita utk terus menjalankan usaha ini.

    Wassalam

    Zack Bahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujurnya saya tidak terdaya hendak mengikut produktiviti ZB !

      Delete
    2. 6300 entri??? pengsan sy yg muda belia ni!

      Delete
  5. assalam AL..insyaallah akan singgah kesana..

    ReplyDelete
  6. Insya Allah..aku cuba masuk ke blog apanama tu...tuan punya badan pun dah beri komen :)

    ReplyDelete
  7. Uncle, u recommended mesti terbaek so terrejah

    ReplyDelete
  8. saya dh singgah, saya kuatkan untyuk membaca sebelum buat penilaian...apa yang mampu saya katakan hanyalah SUBHANALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASYAALLAH, SEMUANYA KITA BERSYUKUR KPD ILLAHI, TERIMA KASIH SEMUA

      Delete
  9. oh..kena terjah la macam ni..mesti betul2 best ni. pakngah buat segmen baru tuuu...best..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ini pakngah dah buat segmen "saya suka entri ini" .. tapi nak pilih blog dalam segmen "saya suka blog ini" agak susah sikit kerana ia meliputi semua entri. apa pun blog APANAMA memenuhi ciri-ciri penilaian Pakngah untuk disenaraikan dalam segmen ini.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.