Thursday, June 7, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 51: POTOMAC - SAYA ORANG KAMPUNG.


Gambar 1: Orang lain asyik main golf, awak pergi mancing ..

Gambar di atas adalah gambar saya di tebing sungai Potomac memegang seekor ikan di tangan kanan dan  bekas cacing di tangan kiri. Sungainya sangat jernih walaupun ia mengalir melalui bandaraya Washington DC. Apakah mungkin kita akan dapat melihat suatu hari nanti sungai Kelang atau Sungai Pahang, jernih kembali ?

Ada suatu cerita yang masih saya tak lupa. Suatu petang dengan dua orang kawan pemancing amatur, mengikut saya pergi memancing. Hari itu air sungai agak besar. Sesampai di sungai, saya lihat beberapa orang pemancing Mat Salleh cuba menangkap ikan dengan merembat ikan menggunakan pancing mata tiga. Saya ternampak gerombolan ikan 'herring' (lebih kurang rupa ikan terubuk) menyusuri tebing mudik ke hulu untuk bertelur.  Lalu saya terfikir, kalau menggunakan tangguk, tentu lebih mudah lagi menangkapnya. Lalu saya bergegas ke kedai  membeli tangguk.

Di pendekkan cerita.. memang benar. Sekali tangguk, 4-5 ekor ikan dapat. Bila sudah penuh satu baldi, saya hantar ke kereta dan di masukkan ke dalam bootnya begitu sahaja tanpa dilapik atau di masukkan ke dalam tempat bekas ikan yang sesuai. Tak sampai dua jam rasanya, boot kereta saya sudah penuh dan kami pun balik. Semasa di dalam kereta kita pun berbincang:

Kawan 1: "Aku tak ndak banyak sangat, 5-6 ekor cukuplah"

Kawan 2: "Aku pun macam tu juga .."

Saya: "Habis tu yang kita pergi tangkap banyak-banyak, buat apa ?"

Kawan 1 & 2: "Aku ingatkan engkau ndak (sambil mereka memandang kepada saya)"

Saya:  "Bedebah (dalam hati)" 

Lalu apa saya nak buat. Ikan tu sudah berada dalam bontot kereta saya. Mahu tak mahu, selepas menghantar dua orang kawan saya balik ke rumah mereka, ikan-ikan itu kena juga bawak balik  ke rumah

Malam itu saya masukkan kesemua ikan itu ke dalam peti sejuk. Nasib baik ada satu peti sejuk lama yang besar kat stor yang selama ini tidak di gunakan tetapi masih boleh berfungsi lagi. Selepas itu di tengah malam buta, saya menyembur air dalam boot kereta untuk membersih dan menghilangkan bau ikan. Saya rasa saya tidur sudah menjelang 2 pagi.

Besoknya saya pergi round rumah ke rumah kawan-kawan dari Malaysia, mengagih-agihkan ikan itu. Selepas diagih-agihkan pun masih banyak lagi yang tinggal. Lihat gambar sebahagian ikan-ikan itu di bawah.


Gambar 2: Sebahagian ikan 'herring' yang berjaya ditangkap yang ada iras ikan terubuk.  Yang tak berjaya ditangkap masih banyak lagi dalam sungai.


Gambar 3: Kesian Makngahnya jadi mangsa,  dengan muka masam kena siang ikan. Habis tu, saya nak minta tolong dengan siapa lagi ?

p/s: kelmarin seharian saya dengan kengkawan pergi memancing ikan kolam di Kuala Pilah.  Malamnya saya terbungkang agak awal. Itu sebab semalam saya tak sempat nak jawab komen dan juga berjalan-jalan melawat blog orang lain. Antara ikan yang kita orang dapat adalah seperti gambar di bawah. Cerita ini telah pun saya masukkan dalam fesbuk saya petang kelmarin.


Saya bariskan mereka bagi memberi penghormatan terakhir !

33 comments:

  1. wah..mgkn suatu masa nanti sy jg akan buka balik apa yg sy entrikan seperti ini di blog dsbnya utk genarasi mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah buat gitu .. saya pun lupa nak sebut dalam entri di atas. gambar 1, 2 dan 3 itu di ambil pada awal tahun 80an.

      Delete
  2. Buat masak asam pedas ke? Saya nak datang makan, boleh? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin makngahnya masak tempoyak ..

      nak datang, boleh. tapi dah balik dari KK ke ?

      Delete
  3. Sg Potomac tu lah yg ada insiden kapal terbang terhempas masa musim salji kan uncle? Saya tgk kat Nat Geo channel..

    Apa beza pancing mata tiga dgn tangguk tu uncle?
    Punyalah byk ikan uncle dapat tu, boleh jual kat pasar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. kapalterbang tu jatuh tidak jauh dari kami berada. syukur tak hempap kami. uncle dapat ikuti berita kemalangan itu secara langsung dari radio dalam kereta. masa itu uncle dengan kawan2 dalam perjalanan balik dari pejabat dan tersangkut kat jambatan sebab salji tebal .. banyak cerita yang boleh diceritakan sebenarnya.

      Delete
  4. hahhahahhah pak ngah buat saya gelak sorang2 dengan dialog tuh. Punya lah banyak ikan tuh, saya sedang bayangkan satu bonet kereta yang penuh dengan ikan..

    ReplyDelete
  5. baaaaaaaaanyak nye dapat ikan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tak banyak sebab air tohor (tak dalam) sangat. dulu lagi banyak.

      Delete
  6. Salam Uncle...

    Masa unclem kurus dulu hensem tapi sekarang nampak lagi hensem...berkarisma. Suka betul tenguk gambar makngah dulu2...Kalau kata msia ikan byk2 boleh buat pekasam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      dulu kami bagai pinang dibelah dua .. sekarang kami bagai pinang tua dibelah dua .. hehe

      Delete
  7. ikan patin, besar atau kecil tetap sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka yang sunti .. beratnya lebih kurang sekilo.

      Delete
  8. Rajinnya uncle memancing...
    Masam2 muka makngahnye tetap manis kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meletihkan tapi hobi dah ke situ .. layan jer lah.

      masa tu manislah !

      Delete
  9. SEKALI TERINGAT SATU PERKARA YANG BERLAKU MASA SAYA KECIK2 DAHULU.. SEMASA PULANG DARI MENGANTAR ABANG LONG KE LAPANGAN TERBANG SUBANG BERLAKU SATU KEMALANGAN MELIBATKAN LORI IKAN. PAKNGAH SAYA YANG MEMANDU KERETA MEMBERHENTIKAN KERETA UNTUK MEMBANTU (KEMALANGAN BARU BERLAKU, TIADA ORANG LAIN DISEBABKAN MASIH AWAL PAGI. IKAN-IKAN BERSEPAH DI ATAS JALAN. SELEPAS AMBULANS SAMPAI PEMANDU TERSEBUT SEMPAT BERITAHU SUPAYA AMBIL IKAN-IKAN TU. APA LAGI, SATU VAN PENUH IKAN. BALIK RUMAH BERI PADA RUMAH NENEK, PENUH PETI AIS, RUMAH NENEK SEDARA JUGA PENUH PETI AIS DENGAN IKAN.. ERM.. SEBULAN TAK BELI IKAN AGAKNYA.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang namanya rezeki datang bergolek .. ibara bulan jatuh ke riba. agaknya berapa lama van tu bau ikan ?

      Delete
  10. Tu la pasal mat salleh tu guna pancing mata 3, nak kan excitement dia... ni tuan pi tangguk.. kan dah buat makngah besiang ikan muka chom.. (kata org utara)

    Sedap ikan patin masak tempoyak...ada lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah ..samada dia orang nak excitement ke atau tak ada idea.

      ikan patin tu ada lagi sekor . tilapia belum di masak lagi.

      Delete
  11. banyaknye dapat ikan.. pakai tangguk jer?? boleh penuh boot kete.. kalo sekarang mungkin susah nak dapat ikan sebanyak tuh.. sungai dah banyak yg tercemar.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia memang susah nak dapat ikan sungai sebanyak itu .. tapi kalau kat laut masih banyak lagi.

      Delete
  12. khabarnya ketua menteri melaka nak tawarkan kepakaran menmbersihkan sungai... :D

    *

    kalau sana panas, boleh la buat ikan kering kan? heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pakai sabun apa ye bersihkan sungai tu ?

      memang di sana masa tu musim panas .. tapi kita buat keputusan buat keropok lekor.

      Delete
  13. banyaknya....buat pekasam pun boleh kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebahagian kecil sahaja .. bayangkanlah satu bontot kereta penuh dengan ikan. kereta kat sana tau jerlah besarnya.

      Delete
  14. sedapnya ikan patin.. hohohohoho..
    Nampak tajuk Potomac, benda first saya terbayang ialah, kisah kapal terbang terhempas tue.
    Nanti Uncle cerita laa pasal kejadian kapal terbang terhempas tue juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cerita pun kat daddy ziyyad di atas .. nak buat entri khas tak seronok sebab tak ada gambar.

      Delete
  15. sedapnya si patin masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngahnya masak lemak campur terung .. sedap sungguh ! saya makan sampaikan tak nampak orang lalu kat belakang.

      Delete
  16. Makngah dah masak sajian apa dengan ikan2 tu pakngah nya? kali ni make sure makngah tak bebal lagi kena siang ikan banyak2 yer...hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan patin dah masak seekor .. masak lemak campur tempoyak sebagaimana disyorkan oleh kengkawan. ikannya sungguh sedap, tak hanyir walaupun ia ikan kolam.

      Delete
  17. waduh..sian makngah masam ajer....

    hehehehe

    eka paling banyak-banyak ikan,eka suka ikan terubuk....hehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.