Tuesday, June 19, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 53: KADET PTD - TENTERA (BHG 1).

Ini adalah sambungan kepada entri ini.

Kita juga berpeluang untuk merasai kehidupan sebagai tentera. Untuk itu kita telah di hantar ke kem PULADA (Pusat Latihan Tentera Darat) di Ulu Tiram, Johor, dan juga lawatan singkat ke pangkalan TLDM di Woodlands, Singapura dan TUDM di Kuantan.


Gambar 1. Masih cekeding lagi ..


Gambar 2: Dengan sebahagian rakan-rakan di depan Dewan Jeneral Tan Sri Ibrahim.


Gambar 3: Bersama dua orang prebet lapok ..


Gambar 4: Tak ada siapa yang berani ambil gambar kami dari depan ..


Gambar 5: Melepas lelah selepas latihan menembak.


Gambar 6: Di zaman happy go lucky ..


Gambar 7: Beruniform lengkap tapi dah lupa nak pergi ke mana.


Gambar 8: Bersama seorang pegawai tentera yang sama nama dengan saya.


Gambar 9: Bersiap sedia untuk pergi berjuang di medan perang demi negara tercinta ..


Gambar 10: Di dalam hutam belantara, mengawal negara dari musuh durjana.


Gambar 11: Tidur sungguh-sungguh atas jalan selepas seharian sesat.   Bila terjumpa jalan balak lama, kita pun terdampar keletihan. Waktu ini sudah menjelang dinihari.


Gambar 12: Bergambar dengan seorang pegawai tentera sebelum majlis makan malam beradat. Walaupun letih sesat belum hilang, tapi tetap ceria.


 .. bersambung.

30 comments:

  1. Salam Tuan Haji,

    Beruntung tuan haji dan rakan dapat merasai pengalaman begini. Tak semua org merasainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      syukur kepada Allah yg memudahkan perjalan hidup saya selama ini.

      Delete
  2. Salam Pak Ngah...

    Hampir saya tak kenal yg mana satu Pak Ngahnya.. sebab transformasi dari dulu ke sekarang telah 100% berubah..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      memang berubah dari segi saiz 3-4 kali ganda .. pakngah pun kadang2 tercari2 mana satu gambar sendiri.

      Delete
  3. Salam uncle ...

    gelak saya baca statement ..gambar 4 ... hahahhaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      kiranya joke saya sampai juga kat awak !

      Delete
  4. Salam Pak Ngah..
    Berbanding dengan kawan-kawan Pak Ngah dalam gambar 12, Pak Ngah lebih tinggi...Pak Ngah pakai "kasut tinggi" kan?..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      memang pun masa tu semua pakai kasut tumit tinggi .. mengalahkan perempuan.

      Delete
  5. fuyo... hebatnye pak ngah!

    ReplyDelete
  6. sy tertunggu-tunggu entri psl pulada ni, ms sy di sana anak sulung sy sambut hr jd pertama...sedih smpai menangis atas trak. memang x boleh lupe..husband sy pulak, lepas keluar kem menyanyi lagu "oh tak mungkin, tak mungkin aku kembali..." hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadinya awak suami isteri sekali masuk kem ye ?

      Delete
  7. saya pulak kena tinggal dgn en.suami selama 6 bln dgn 2 org anak yg masih kecil masa tu...DPA oh DPA! Nasib saya x jadi PTD...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak isteri PTD rupanya .. nasib baik DPA tu 6 bulan je .. zaman saya dulu satu tahun tau.

      Delete
  8. WAH.. BUKAN MAIN-MAIN NI.. KALAU ADA PERANG DI MALAYSIA MAHUNYA DIPANGGIL BERTUGAS KEMBALI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tak larat lagi nak memikul senjata .. kalau perang, bagi peluanglah kita jaga cucu. hehe

      Delete
  9. Pakcik ms mudo2 dulu, pakai lak uniform mat tiarap mcm tu....auwww! Tergoda aiii!

    =p

    Heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah ramaiwanita nak jadi isteri askar !

      Delete
  10. hebat betul lah pak ngah.... teruja saya tengok gambar2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu cerita lebih 30 tahun dulu .. sekarang ni nak angkat mata pun susah. hehe

      Delete
  11. Salam Tuan Haji,

    tentu jadi antara pengalaman paling manis kan? kalau dihulur senapang pada hari ini, masih pandai ker nak handle?

    saya suka tengok gambar yang akhir tu, fesyen seluar jaman dolu2
    ngan kasut ala-ala hail amir hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      memang zaman tu macam tu .. kalau tak ikut, kita dianggap pelik pulak. pelik kan ?

      Delete
  12. Salam tuan,

    Seronok melihat gambar-gambar di PULADA, sama seperti yang kami pernah lalui 7 tahun yang lalu. Saya kira mungkin begini juga perasaan kami apabila melihatnya kembali selepas 30 tahun dalam perkhidmatan kelak.

    P/s: Mohon izin untuk saya link blog tuan ke blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      maknanya penempatan di PULADA masih berjalan seperti dulu .. tapi mungkin programnya dah berbeza kot !

      ntuk link blog saya, dialu-alukan.

      Delete
  13. merasa jugak pakngah angkat senapang ye..hehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Tuan haji al- lavendari,
    Dekni telah membaca beberapa entri u. Sedang menghadam dan menghayatinya. Seorang yang sangat sporting dan berjiwa muda tetapi matang pemikiran dan kearah memantapkan iman, berusaha menceriakan persekitaran hidupnya. Betul kah?..hihi jangan mare..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      salah malas nak gaduh-gaduh. kalau awak dah kata cenggitu, saya terima sahajalah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.