Thursday, June 28, 2012

BANYAK MADU DI MAHA.

Semalam sebelah pagi saya pergi melawat MAHA sorang-sorang. Tapaknya terletak bersebelahan stadium Paroi. Walaupun saya pergi agak awal, namun di sepanjang kiri kanan jalan telah bersusun kenderaan. Akhirnya saya meletakkan kereta saya di sebuah stesyen minyak yang berdekatan. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sendiri dan sedikit keterangan mengenainya.


Gambar 1: Masa saya sampai orang belum ramai lagi di khemah utama ini.  Kat depan itu ada orang bagi ceramah, tapi nampaknya lebih banyak kerusi dari pendengar. Kalau saya, hilang semangat nak bercakap kalau yang mendengar cuma dua tiga kerat.


Gambar 2: Ada ke madu yang tak manis ..  kena tanya Zizie ni !


Gambar 3: Semua nak bermadu. Nasib baik tak ada peria madu !


Gambar 4: Ada pertandingn memancing ikan puyu ..  tak ada selera saya nak ambil bahagian. Rasa macam mancing ikan dalam akuarium sahaja. Tak ada thrill langsung.


Gambar 5: Makanan disediakan. Ada kipas angin. Lampu terpasang walaupun dah pukul 12 tengahari. Tapi apa gunanya kalau hidup hanya terkurung di dalam kandang. Kan ?
 

Gambar 6: Nasib baik ada amaran dilarang naik, kalau tidak teringin juga nak memanjat dan bergambar dari dalam benda alah ni.


Gambar 7: Salah seorang penjual bernama Zul yang sangat peramah.  Saya membeli produk yang dijualnya lebih murah dari yang dijual di Guardian. Tapi bukan produk yang boleh menghitamkan rambut !


Gambar 8:  Antara benda-benda yang saya beli, bendai inilah yang paling maha yang saya beli kat MAHA. Kalau boleh, rasa nak makan kulit-kulitnya sekali.

Mungkin saya akan pergi lagi pada malam terakhir Ahad ini kerana ada pertandingan akhir karaoke ! hehe 



31 comments:

  1. rasa macam nak pergi lah uncle...tapi bersosak sosak tu yg maleh...~hahaha

    maha betul ke durian tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking kat stadium tu kurang sesak sikit !

      Delete
  2. Pakcik, nak ikut. Tergoda dengan durian yg maha tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik durian maha tu sedap .. tak terasa sangatlah mahanya.

      Delete
  3. sya cadang nak pergi sabtu ni cari pokok2 dan durian yg macam pakngah makan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah tu .. kalau ramai orang tanam nanti, harga durian boleh turun sikit.

      Delete
  4. pak ngah lupa nak tanya ke pusat dakwah paroi x ahad ni? rujuk di entry sya jom lah..

    ReplyDelete
  5. Wah semenjak dah ada kamera kos rendah dah macam Gedek tapi masih sipi2 dan kabur2.. he he he

    Mesti sedap bangat durian tu sampai orang se wise tuan nak makan sampai kulit2nya sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu durian "Musang King" .. harganya RM20 se kg .. termasuk kulit, biji dan tangkainya sekali. hehe

      Delete
  6. Dari guna pancing elok guna tangguk aje utk tangkap puyu tu ... hehehe

    Tak buang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat apa pakai tangguk .. keringkan airnya dan tangkap guna tangan lagi cepat.

      Delete
  7. Abg nak pergi malam terakhir tu utk tebus kekecewaan tak dapat masuk Kilauan Emas ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang tak layak sebab abg dah masuk kategori platinum .. hehe

      Delete
  8. Org yg masih sanggup bercakap di depan tu w/p cuma ada 2-3 kerat yg mendengar berbuat demikian kerana dah siap buat latihan presentation tu. Apapun dia mungkin dibayar itu melakkukannya.

    Peduli apa org nak dengar ke tidak .... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam juruhebah .. mana dia tahu ada orang dengar atau tidak. janji gaji dibayar. kan ?

      Delete
  9. dari dulu lagi kan..dimana mana pun MAHA berlansung mesti ada yang komplen apa2 yang dijual di MAHA tu mahal..memang betul pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau tak malu makan sampel2 yg diberikan, boleh kenyang juga. hehe

      Delete
  10. dulu masa eka keje kat pertubuhan peladang,memang selalu pegi pameran2 mcamni..seronok sangat rasa dapat pergi,dapat beli barang,dapat rasa semua contoh makanan..hehehehe

    memang bermadu semua ni yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah pun ada beli madu betul .. madu tualang. RM40 sebotol yg saiz botolnya boleh masuk poket baju.

      Delete
    2. hehehe..boleh la minum madu setiap pagi..hehe

      Delete
  11. madu buah takpe pakcik..jgn madu lain...hihihi

    *kalau sy park kete kat petronas, tak lama tu dpt la surat cinta "untuk pelanggan petronas sahaja" :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak isilah minyak RM2 lepas tu .. kira pelangganlah tu.

      Delete
  12. 2-3 tahun dulu, saya beli set tanaman sayuran termasuk cili api dan benihnya sekali, juga tanah dan baja, bekas tanaman bertingkat-tingkat, boleh jimat ruang, harga dalam rm200++...Alhamdulillah selamat...sampai sekarang masih selamat tersimpan dalam store, lupa laa....hahaha..

    tapi rasanya akan berkekalan kat situ kot sampai duduk umah baru hihihi..

    ReplyDelete
  13. salam pak ngah..biji durian bleh buat kari..kulit dia..bleh buat kerabu kot????...cer pak ngah terai...hihi
    mahalnya doyan tuh pak ngah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      lepas makan kerabu kulit durian mata pun naik kelabu .. hehe

      Delete
  14. Uncle memang MAHA orangnya....innovatif & kreatif.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.