Friday, June 29, 2012

ADAKAH ANDA RASA SELAMAT ?


Utusan Malaysia - 27/6/2012.

Entahlah. Saya sendiri rasa tak berapa selamat.  Macamana saya nak rasa selamat kalau bulan lepas sahaja berlaku lebih 10 kes kecurian dan pecah rumah di taman perumahan saya.

Kalau nak kira, rumah saya sudah  tersedia 5 (lima) lapisan keselamatan, namun saya rasa masih tak selamat.

Lapisan keselamatan yang saya maksudkan ialah:

Lapisan 1. Pengawal keselamtan di pintu masuk taman.
Lapisan 2. Pagar kawasan rumah saya.
Lapisan 3. Jeriji pada setiap pintu dan tingkap.
Lapisan 4. Pintu kayu masuk ke rumah dan tingkap dari cermin.
Lapisan 5. Pintu kayu ke setiap bilik tidur.


Gambar 1: Rumah saya ada dalam gambar ini.

Namun begitu kadang-kadang saya masih tak nyenyak tidur setiap kali ada kes pecah rumah atau kecurian.

Masa saya kerja kat USA dulu, saya hanya ada dua lapis keselamatan iaitu pintu masuk ke rumah dan pintu ke bilik tidur, namun saya rasa selamat. Tak ada jeriji pada pintu dan tingkap, walupun tingkap dibuat dari cermin, namun tidak sekalipun rumah saya dipecahkan atau cuba di pecahkan. Kereta pun dibiarkan di luar rumah yang kadang-kadang tak berkunci pun.

Jadi adakah anda rasa selamat ?

Gambar 2:  Di persimpangan masuk ke rumah saya di Divine St. Lihatlah rumah yang tidak berpagar dan tidak berjeriji. Kereta yang nampak sekerat di sebelah kiri itu adalah kereta saya. Pada masa itu, model itulah yang paling panas.


Gambar 3: Anak-anak saya bebas bermain buaian di depan rumah tanpa saya sedikit pun merasa takut. Memang divine ! (Gambar tahun 1984).


32 comments:

  1. kalau situasi kita ni paling selamat, tak tahula mcm mana negara lain....itu kalau statistik tu tepat.... dengan jenayah yg pelbagai setiap detik, saya pun tak yajin dengan kenyataan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. kalau Malaysia paling selamat, macamanalah agaknya keadaan negara yang paling tak selamat.

      Delete
  2. Kalau setiap hari ada kes pecah rumah, curi mesin ATM dan pembunuhan - macam manalah nak rasa selamat? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin rasa selamat dari Tsunami, gunung berapi, gempa bumi, tornado ..

      Delete
  3. tak payah tengok jauh. dalam berita utama, agaknya setengah dari berita itu semuanya cerita jenayah. samada kolar putih atau kolar hitam jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. saya pun tidak pasti samada elok berita2 semacam itu disiarkan atau disembunyikan.

      Delete
  4. Salam Pak Ngah,

    InshaAllah selamat dengan 5 perkara security precautions 'nyata' yg telah dibuat.

    Hanya perlu tambah dua jer lagi precautions 1) bela ikan puyu, supaya jgn dipukau oleh penyangak ketika pak ngah ghalit tido 2) Pagar rumah dengan ayat2 suci Alquran (Ayatul Kursi)


    Kita dah ikhtiar yg selebihnya berserah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      ikan puyu belum bela lagi .. dan kena baca ayat tu tiap2 hari ke ?

      setakat ini saya bertawakkal sahaja.

      Delete
  5. selamat ape kalo skang nak main kat playground pun da takot kena culik.

    dulu keluar masuk parit longkang seronok je pak ngah nye. skang tak boleh lagi bebudak nak merasa mcm gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh merisaukan bila memmaca berita kanak2 kena colek sebab saya masih ada dua orang lagi anak sedang bersekolah.

      Delete
  6. malaysia bukan macam dulu. zaman sekarang ni duduk rumah sendiri pun rasa tak selamat. inikan pula kalau keluar rumah. saya rasa lebih selamat duduk di US berbanding di negara sendiri..huhu. pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 duduk rumah sendiri pun rasa macam dalam penajara dan penjenyah pula yang bebas kat luar ..

      Delete
  7. tang mana la definasi selamat suvey kat msia tu yg dibuat. maybe selamat sbb rakyat berbilang kaum bersatu padu kot. hehe.. tak tau la dia kira ke tak tiap2 balai polis kat msia tu punya report tiap kali ada kes kecurian dll tu. silap2 report kita dibuang agaknya. dtg buat report pun polis bukan buat apa sgt pun. paling2 dtg rumah konon2 cari cap jari guna serbuk hitam tu buat kotor dlm rumah je dah la susah nak hilang. pastu xdenya dapat tangkap pencuri tu. ntah le kwsan kampung kot polis pun buat tak tahu selagi tak masuk paper, cuba masuk suratkabo trus gerakan besar2an baru nak buat. nyampas! haha..
    *saya pasti akan rindukan Jepun seperti tuan terkenangkn US satu ketika dulu. paling saya akn sentiasa kenang2 kan adalh sikap rakyatnya tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya kita ada kenang-kenangan manis untuk mengubat hati ..

      Delete
  8. Pakcik, kat US tu...sesetengah tmptnya dikatakan tak slmt kan? Tapi sesetengah sgt slmt. Mgkn salah satu tmpt paling slmt di US adalah di rumah Pakcik dulu mcm yg Pakcik cite kat atas tu?

    Malaysia selamat? Sy pun rs tak slmt sbb mcm entri sy sblm ni. Pukul 7 pagi pun, org ley bt keje menyamun org dgn selamba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada tempat di US yang x selamat .. di mana2 pun serupa bahkan dalam Baitullah pun ada pencuri. pakcik bercakap dari segi umumnnya ..

      Delete
  9. Kadang2 terlalu menjerajikan sangat rumah pun kita rasa tak selamat. Hati berkata2 andai berlaku kebakaran sempat ker jeraji tu dibuka. Semoga Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. lebih2 lagi mereka yang tinggal di kondo atau apt yang tinggi-tinggi.

      Delete
  10. Selamat tak selamatlah...semua kene terima seadanya. Kalau tak kemana kita nak duduk lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu tapi takkan kita nak berserah sahaja ..

      Delete
  11. KIRI KANAN RUMAH SAYA SUDAH DIMASUKI PENCURI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang fobia bagi mereka yang pernah kecurian atau dipecahkan rumah .. kejap2 terjaga biltera dengar bunyi lain macam je kat luar.

      Delete
  12. 'Selamat' duit gaji menyediakan alatan keselamatan untuk diri, keluarga dan harta benda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kat putrjaya rumah2 tidak berpagar dan berjeriji tapi akhirnya terpaksa juga dijeriji setelah penjenayah dari Colombia bolos dan datang mengganas di sini.

      Delete
  13. assalam AL..memang setiap malam rasa tak selamat.tak boleh dengar bunyi sikt dah jaga..intai keluar ikut tingkap..macam la berani sangat kan..nak intai2 he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      bagi mereka yang pernah kena pecah rumah atau kena ugut, perasaan takut itu tentulah berganda.

      Delete
  14. Assallamualaikum Tuan,

    hanya bayi kecil dalam pelukan ibunya terasa selamat..walau di luar itu macam-macam dah tak selamat, Oh Malaysiaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      sayangnya kita tak dapat kembali menjadi bayi ..

      Delete
  15. Ada yang berpandangan pihak berautoriti kita terlalu asyik dengan pengukuran kuantitatif (KPI! KPI!) dan berminat menunjukkan penurunan kes jenayah. Kurang dititiberatkan "perasaan tak selamat" penduduk yang semakin meningkat, walaupun statistik negara menonjolkan kuantiti kes jenayah sudah berkurangan. Kita jadi kurang pasti apa sebenarnya MAKNA bilangan kes jenayah menurun, sedangkan penduduk terus dihantui rasa takut... tak lena tidur... belanja banyak wang untuk berbagai-bagai "langkah keselamatan"... tercedera... dan terus kerugian harta benda, malah nyawa, hatta maruah bangsa!

    Ramai kurang pasti, arifkah pihak berautoriti, dengan KPI-KPI dan indikator-indikator kuantitatif + objektifnya itu, akan PUNCA-PUNCA utama sebenar "kengerian dan ketakutan" penduduk. Dan sebenarnya, apakah serta adakah, langkah-langkah yang berani dan wajar diambil sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat setuju dengann pandangan tuan .. masing2 nak 'look good on paper' ..

      bila berlaku sahaja kejadian pecah rumah, beberapa malam selepasnya saya pasti tidak akan dapat tidur lena. harap-harap keadaan akan berubah kepada yang lebih baik.

      Delete
  16. kita akan rasa selamat kalau bacaa laporan akhbar sambil tutup telinga dan mata daripada mendengar dan melihat apa yang berlaku di luar rumah. pendek kata, kalau nak baca kisah dongeng campur realiti, sila lah baca akhbar sebagai peneman sarapan pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya keliru tak tahu mana satu yang betul .. baca cerita Camp A macam dia betul, bila baca cerita dari Camp B macam dia pulak yang betul.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.