Monday, June 18, 2012

MANA ADA ANAK DARA YANG SUKA KALAU KEPALANYA DIBOTAKKAN ?

Mula-mula saya nak minta maaf kepada semua pembaca kerana tidak menjemput ke majlis aqiqah cucu saya kelmarin. Mesyuarat keluarga memutuskan  jemputan hanya kepada orang surau, grup berzanji Makngahnya dan juga saudara-mara terdekat kerana majlis kami kecil sahaja. Itu sahaja sebabnya.


Gambar 1: Grup berzanji Makngahnya sedang beraksi.


Gambar 2: Anak dara yang diaqeqahkan tidur sepanjang acara.


Gambar 3:  Bahkan semasa upacara tahnik juga dia tetap tidur. 
"Ikutlah apa makcik-makcik nak buat kat saya .."


Gambar 4: Kelihatan atuknya menyibuk dengan kamera videonya.


Gambar 5: Baru terasa rumah ini sempit ..


Gambar 6: Antara rakan-rakan surau sedang mengalas perut.


Gambar 7: Antara kenderaan tetamu yang menikmati kemudahan parking percuma ihsan tuan rumah.


Gambar 8: Langsung tak berbaki ...


Gambar 9: "Saya tak suka .. saya tak suka .. huhu"

Alhamdulillah syukur kerana majlis berjalan dengan selamatnya dan semoga diberkati Allah jua. Cuaca pun tidak panas macam beberapa minggu sebelum ini bahkan membawa angin yang menyamankan dari Gunung Angsi.


Hari ini bolehlah berblog macam biasa !

33 comments:

  1. Alhamdulillah... selesai sudah tuntutan sunatullah dilaksanakan. Moga jadi anak yg solehah. Botak sekejap aje nak... seminggu dah tumbuh balik dan lebih cantik biasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya begitulah .. belum pernah lagi dengar lepas cukur tak tumbuh rambut balik kan !

      Delete
  2. Suspens tajuk..ni event baby comel rupanya..

    ReplyDelete
  3. Alalala... siannya dak botak tuuu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua kerja nenek dia .. saya tak campur !

      Delete
  4. Siannya....dah botak tu.Tak lama lagi tumbuh baliklah tu.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. moga bbay cepat tumbuh rambut.. raya nanti... boleh melaram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap tumbuh nanti lebih lebat lagi ..

      Delete
  6. Comelnya cucu Pak Ngah....macammmmmmmmmmmmmmm...neneknya!!....jangan marah ye Pak Ngah....he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah malah suka sebab neneknya tu ada kena mengena dengan pakngah .. hehe

      Delete
  7. seingat saya, anak-anak buah saya tak pernah buat kenduri cukur rambut macam ni..

    ReplyDelete
  8. lepas dah botak baru dia nangis ek? bijakkk...bijakkk.. :D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semua berlangsung dengan sempurna. Nak ada ke peluang tonton hasil rakaman Atuk dlm blog? Bila "rambut panas" habis dicukur semasa kecil, insya-Allah, kata orang, bila dewasa & menua, si kecil tak pandai marah kat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pandai nak edit gambar dalam kamera video tu untuk dipindah ke blog .. belum belajar lagi.

      harap2 si kecik itu nanti tak pandai marah kat orang.

      Delete
  10. Mesti baby tu baik macam datuknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. atuknya semasa baya dia tu .. memang terkenal dengan kebaikannya. hehe

      Delete
  11. Comel budak2 kecik ni.. w/pun botak tetap comel..Sat saja nak tumbuh balik rambut tu..

    kalau tuan tolong jaga kereta yg nak parking macam kat jln TAR pun banyak boleh dapat ni.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali saya swastakan tempat parking tu .. ada minat ?

      Delete
  12. Pakcik, w'pun jemputan ahli surau tp meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah tapi cemas kerana yg datang melebihi anggaran .. bekalan meruncing !

      Delete
  13. "waaaa... jahatlah atok nih! kenapa botakkan rambut kite...!"

    ReplyDelete
  14. salam..

    bila nk jmpot sy dtg rmh hehe.. cumell si kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      jemputan sentiasa terbuka .. tak payah tunggu kenduri atau raya.

      Delete
  15. budak kecik nangis pun comel..
    Alhamdulillah dah selamat pun majlisnya...moga diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang budak kecik semuanya comel .. tak ada gigi pun comel !

      Delete
  16. Ni baru majlis cukur jambul.. tu pun nampak sangat meriah.. kalaulah cucunya tu dah besar kemudian tiba untuk melangsungkan perkahwinan.. agaknya 4 kali ganda kot meriahnya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya penduduk di taman saya ni ramai .. rasanya kecik besar lebih dari 3 ribu orang ... itu sebab jemput geng surau pun dah ramai.

      Delete
  17. hehehe..sian dia..dah botak tapi comel..

    psttt
    kalau pakngah jemput,saya datang punya..hehehe..sebab masa tu ada kat seremban...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.