Wednesday, June 27, 2012

TERKENANG SEMASA DULU # 54: DARI MCLEAN KE BLOOMINGTON (1982).

Saya rasa inilah kali pertama dalam hidup saya memandu kereta paling jauh dari timur ke barat. Punyalah jauh sehingga jarum jam perlu diputar untuk di sesuaikan dengan  masa tempatan. Selalunya kita buat begitu kalau naik kapal terbang. Saya ke Bloomington kerana menyambut Dato' (pada masa itu) Sanusi Junid. Saya pernah buat entri menyentuh sedikit tentangnya di sini.

Saya memandu ke Bloomington dari Viriginia bersama dua orang kakitangan tempat saya bertugas dan juga Makngahnya. Kereta saya pada masa itu bernama "Ford Mercury". Saya bergilir-gilir memandu dengan Baharin, Kakitangan Ambilan Tempatan (LRS) di tempat saya bertugas. Dia muda sedikit dari saya dan masih bujang. Seorang lagi ialah PA kepada boss saya. Oleh kerana pada masa itu, musim panas, maka tidak banyak sangat kelengkapan yang perlu dibawa atau persiapan yang perlu dibuat berbanding perjalanan dalam musim sejuk.

Oleh kerana kami semua masih muda dan teruja melihat negara orang, tak berapa terasa  letihnya walaupun sudah mengembara beribu-ribu batu.


Gambar 1: Inilah kereta yang membawa kami. Kereta terpakai, tapi sangat boleh dipercayai. Anak sulung itu saya sekarang sudah berumur lebih 30 tahun.


Gambar 2: Kejutan pertama. Sebelum ini di Malaysia saya belum pernah berjumpa rumah dibawa dengan lori di atas jalanraya. Bukan main lama baru saya dapat potong, sebabnya bila jalan depan clear jer dia orang bagi signal kanan, macam tak beri potong. Akhirnya baru saya sedar, memang signal belah kanan itu tanda boleh potong sebab di sini pemanduan adalah di sebelah kiri. Peghak betul !

  
Gambar 3: Sudah berada di Bloomington. Kami ambil gambar saja-saja atau saja-saja ambil gambar bila jumpa papan tanda.

 
 
Gambar 4: Ambil gambar saja-saja atau saja-saja ambil gambar bila jumpa air pancut .. yelah kat kampung kita mana ada air pancut.


Gambar 5: Di belakang sana adalah hotel tempat kami menginap.
Lihatlah gaya orang dulu-dulu berposing.


Gambar 6: Salah satu monumen di Bloomington. Tak tahulah apa rupanya sekarang ini !


Gambar 7: Dalam perjalanan tentulah kita kena berhenti untuk menyelesakan diri. Tandas mereka cantik dan sangat bersih.  Punyalah bersihnya, kalau tak ada tempat tidur, dalam tandas pun saya sanggup tidur. Bukan ada orang jaga pun.


Gambar 8: Sebuah lagi tandasnya yang berlainan rekabentuk pulak. Tandas kita pun dari segi rekabentuknya sekarang ini mungkin tak kalah, tapi dari segi kebersihan, sangat jauh bezanya.


Gambar 9: Saya tak ingat lagi berapa kali saya pergi  ke Bloomington. Kalau tengok gambar kat atas, pakaian saya menunjukkan sedang berada dalam musim sejuk. Dengan itu saya boleh membuat kesimpulan, saya pergi ke Bloomington lebih dari sekali. Sekali ikut jalan raya dan sekali ikut jalan udara kerana gambar di atas adalah kat airport.


Gambar 10:  Sebuah mug Indiana University, sebagai kenang-kenangan. Tanpa gambar-gambar di atas, mungkin saya sudah lupa saya ada pergi ke bandar Bloomington ini.

23 comments:

  1. Terlalu banyak tempat yang 'disinggahi', sampaikan dah tak ingat lagi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat tu bukan sebab banyak tempat, tapi sebab dah tua .. hehe

      Delete
  2. Murahnya rezeki...., bukan senang orang nak dapat ke sana sini sampai terlupa pernah ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlupa tu sebab sudah senja .. memang rezeki saya dimurahkanNya dari dulu hingga sekarang. syukur sangat-sangat.

      Delete
  3. salam..

    seronoknya, tgk je le sy ni.. insyaAllah mana tau ada rezeki lbh bleh gi umrah pun ok gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      semoga hajat awak utk buat Umrah akan segera diperkenankanNya.

      Delete
  4. Replies
    1. masih sihat walafiat .. cuma sikit berabuk.

      Delete
  5. syioknye,,,merata2 leh jalan...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh .. saya tak jalan. saya naik kereta. hehe

      Delete
  6. tertarik tentang tandasnya yg boleh dibuat tempat tidur...
    kat sini bangunan tandas memang gah, segah harumannya jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kat lebuhraya kita dah boleh tahan bersihnya ( kerana ada orang jaga 24 jam !)

      Delete
  7. AGAK-AGAKNYA APALAH RUPANYA BANDAR TU SEKARANG NI.. MESTI BANYAK JUGA PERUBAHANNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak cakaplah .. jom kita pergi tengok !

      Delete
  8. Dek kerana kebersihan adalah perkara yg dituntut Islam, boleh tak saya katakan, dari segi kebersihan mereka lebih berbudaya islamik dari orang islam kita sendiri.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahaja dari segi kebersihan tapi dari segi menepati janji, menghormati oku, kejujuran, ketertiban dijalan raya dll umumnya mereka jauh lebih islamik dari kita.

      Delete
  9. Pak Ngah, zaman dulu mat salleh dah angkut rumah ke mana-mana? canggih tu.

    kat msia kalau alih pokok pakai trellar orang dah kagum da. padahal tahun da 2012. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. di samping itu, rumah bergerak (motor home) pun sudah popular pada masa itu .. mungkin sebab negara dia orang besar ..mereka tarik rumah itu ke tepi pantai Florida misalnya dan tinggal di sana berbulan-bulan hingga habis musim sejuk.

      Delete
  10. ini zaman muda pak ngah dan masa belajar kat USA

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya bukan pelajar tapi menjaga pelajar.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.