Terlebih dahulu saya minta maaf jika ada yang menganggap saya nak menunjuk-nunjuk melalui entri ini. Tidak sama sekali. Cuma blog ini sudah saya anggap macam tempat merakam segala peristiwa sebelum terlupa atau termusnah bahan buktinya. Lihatlah dua keping gambar dibawah yang sudah rosak dalam simpanan. Bukan gambar ini sahaja, tetapi banyak lagi yang sudah rosak terutamanya gambar berwarna.
Kali ini saya nak siarkan gambar-gambar yang saya berkesempatan bergambar dengan beberapa orang besar dalam politik. Ada juga yang pernah disiarkan sebelum ini. Saya siarkan sekali lagi sebagai usaha untuk meletakkan gambar-gambar itu di satu tempat. Tahun gambar itu di ambil, saya pun sudah tidak ingat lagi. Walaubagaimanapun saya letak juga tahunnya secara agak-agak sahaja sebagai panduan.
Gambar-gambar berikut belum pernah tersiar.
Gambar 1. Dengan Tan Sri Sanusi Junid di Washington D.C. Saya sudah lupa dia jadi Timbalan Menteri apa masa itu. Sudah agak teruk rosaknya gambar ini.
Nasib baik watak utamanya masih boleh di kenali. (awal 80an)
Nasib baik watak utamanya masih boleh di kenali. (awal 80an)
Gambar 2: Tengah asyik mencuri dengar apa yang di perbualkan oleh Tun M dengan Pak Duta di Washington D.C. Gambar ini juga sudah mula rosak di bahagian bawahnya. (1982/83)
Gambar 3: Dengan Tan Sri Sanusi Junid lagi di Bloomington, Indiana pada waktu yang berlainan. Yang duduk betul-betul depan Tan Sri, adalah pegawai Kedutaan yang datang bersama saya. Beliau pernah menjadi Duta Malayia di Perancis. Saya pernah makan malam di kediamannya di Paris. InsyaAllah akan saya ceritakan peristiwa itu dengan lebih detail dalam entri akan datang. (1982)
Gambar 4: Ini gambar sesama geng lelaki je pulak. Pelajar di sebelah kanan saya tu (yang berjanggut) pernah menjadi Menteri Kerja Raya sebelum ini.
Dato' Mohd Zin Mohamed namanya. (1982)
Dato' Mohd Zin Mohamed namanya. (1982)
Gambar 5: Dengan Dato' Abd Rahim Bakar lagi, bekas Menteri Besar Pahang yang datang untuk "cuti belajar" di USA. Lokasi sudah lupa. (1982/83)
Gambar 6: Lepas letih duduk, kita berdiri pula atau sebaliknya. Lokasi juga sudah lupa. (1982/83)
Gambar 7: Dengan Tun Musa Hitam di Washington D.C. Yang No. 2 dari kanan tu pernah jadi pembaca berita di RTM tak lama dulu. Perasan tak ? (1982/84)
Gambar 8: Menyambut ketibaan Pak Lah di Carbondale, Southern Illinois, USA. Wanita yang di sebelah kiri saya itu, adalah orang yang saya maksudkan pernah menjadi Duta di Perancis dalam Gambar 3 sebelum ini. (1981/82)
Gambar 9: Dengan Dr M di Washington D.C dan sebahagian pelajar-pelajar Malaysia di USA. Saya sedang pegang gelas teh 'o' tu ! (1982/83)
Gambar 10: Dengan Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir - Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran. Masa tu dia sedang buat PhD kat USA.
Lokasi sudah lupa. (awal 80an)
Gambar 11: Dengan Datuk' Zainal Dahalan, Timban Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar semasa melawat zoo Pretoria di Afrika Selatan. (awal tahun 2000)
Gambar 12: Dengan YB Dato' Johari Baharum yang kini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa lawatan rasmi ke Singapura. Dia pun pakai t-shirt kuning. Sebelah kanan dia adalah Tan Sri Abdul Aziz, Pengerusi SPR sekarang.
Jadi bukanlah BERSIH yang memulakan pakaian berwarna kuning. (awal tahun 2000)
***************************************************
Gambar-gambar kitar semula.
Gambar 16. Dengan YB Dato' Mustapha Mohamad (To' Pa) Menteri MITI di London. (2005)
Gambar 10: Dengan Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir - Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran. Masa tu dia sedang buat PhD kat USA.
Lokasi sudah lupa. (awal 80an)
Gambar 11: Dengan Datuk' Zainal Dahalan, Timban Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar semasa melawat zoo Pretoria di Afrika Selatan. (awal tahun 2000)
Gambar 12: Dengan YB Dato' Johari Baharum yang kini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa lawatan rasmi ke Singapura. Dia pun pakai t-shirt kuning. Sebelah kanan dia adalah Tan Sri Abdul Aziz, Pengerusi SPR sekarang.
Jadi bukanlah BERSIH yang memulakan pakaian berwarna kuning. (awal tahun 2000)
Gambar 13: Mengiringi Dato' Jamaludin Jarjis (kini Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat)
menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di kolam persendirian Kundang, Selangor. (2004/05)
menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di kolam persendirian Kundang, Selangor. (2004/05)
***************************************************
Gambar-gambar kitar semula.
Gambar 14: Dengan Brother Anwar di Harvard University, USA. (1982/83)
Gambar 15: Dengan Tun M di Philadephia, USA. (1982/83)
Gambar 17: Dengan YB Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, di Seremban. (2010)
Wilayah, di Seremban. (2010)
Gambar 18: Dengan YAB Dato' Mohamad Hj Hasan, MB Negeri Sembilan di Rembau.
(2011)
.
(2011)
.
Seronok juga kakak menatap gambar-gambar lama. Sebab itulah dari awal kakak mengenali blog ini kakak dah nampak ketokohan tuan dlm politik walau mungkin tidak terlibat secara langsung...
ReplyDeleteLangkah baik masukkan gamabr dlm blog jadi kalau yg dlm album dah rosak tapi dlm blog masih cantik lagi...
gambar dengan pengerusi SPR sangat menarik perhatian saya.. kenapa tuan tak siarkan sebelum 9 julai lalu? he, heee.
ReplyDeleteTn Haji,
ReplyDeletegambar no 7: nama dia Hashim Embi kan??
Salam Pak Ngah...
ReplyDeleteBila saja saya tengok blog Pak Ngah mula2 dulu...saya terfikir...macam pernah tengok aje orangnya...tapiiii..saya tak tahu dimana....tapi saya tahu Pak Ngah jugak orang2 'penting' ...sekarang dah clear....:)
Suka tengok gambar Pak Ngah terutamanya dengan DR M...Pak Ngah nampak kacakkkk....he..he..
IM terasa lagi kecik. Cuma dapat tengok depan tv jer..
ReplyDeleteKAKZAKIE
ReplyDeleteSAYA BUKAN ORANG POLITIK KAKZAKIE. CUMA BANTU MEMUDAHKAN MEREKA BUAT KERJA.
MINTA2 BLOGSPOT TAK TUTUP KILANG.
ABU MUAZ
ReplyDeleteKALAU SIARKAN HARI TU, JADI KONTROVERSI PULAK.
EJAESCOBART
ReplyDeleteYA BETUL .. TERIMA KASIH KERANA MENGINGATKAN. AGAKNYA DIA DAH PENCEN SEKARANG NI !
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
MASA TU TENGAH MUDA LAGI, RASANYA BELUM PUN MENCAPAI 30 UMUR SAYA.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteTUMPANG SEMANGKUK ATAU SUKA2 ENTER FRAME KATA ORANG SEKARANG NI.
Memori yg amat berharga ni. Sayangnya ada gambar yg dah rosak kan. Kalau dari dulu2 ada digital camera, idakla jadi gini.
ReplyDeleteGambar terakhir tu memang dah pernah siar kan? Saya masih ingat tu.
ReplyDeletePegang Teh O? Hmmm takut disangka air lain pulak ya, maklum warna jernih tu seakan dah. hehehe
Pembaca berita tu ialah Hashim Embi, kan?
Hebat la Bang Hamzah, duk makan semeja dgn Tun M, tengah antara Tun Dr Asmah lak tu.
Saya terfikir gak, Bang Hamzah ni PA menteri mana?
Pakcik sgt biasa dgn org berpangkat besar!
ReplyDeleteuncle terus terang dengan sy sekarang..uncle ni menteri apa? :p
ReplyDeleteBila dah bersara, gambar2lah yg dpt mengimbas kenangan..
ReplyDeletesuka tengok gambar2 lama ni... terima kasih berkongsi
ReplyDeletesaya tumpang seronok tengok pakcik 'glamour'
ReplyDeletebila nak bergambar dgn saya pulak ni?
ReplyDeleteBanyak kenangan Tn Hj dengan orang2 besar....
ReplyDeletepak ngah
ReplyDeletesya lagi suka dapat tengok gambar gambar koleksi pak ngah
tak ada rasa *jahat* pun dlm hati
elok juga pakngah siarkan dlm blog, sekurang kurang gambar tu tak akan rosak seperti yg asal kan?
ada cerita lagi silalah kongsi.
2005/06, Uncle di MOSTI ke?
ReplyDeleteDINAS ALDI
ReplyDeleteBENAR SEKALI .. MEMORI YANG TAK DAPAT DIJUAL BELI.
AZIEAZAH
ReplyDeletePA TU TINGGI SANGAT .. CAYA CUMA TUKANG ANGKAT BEG JE !
MOMMY FARA
ReplyDeleteDULULAH .. KERANA TUNTUTAN TUGAS. BUKA SAJA-SAJA ATAU SUKA-SUKA.
MIMIE
ReplyDeleteSEKARANG NI MENJADI TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI. HEHE
MARINA MONROE
ReplyDeleteOLEH ITU AWAK AMBILLAH GAMBAR BANYAK2 SEKARANG UTK DIBUAT KENANGAN SELEPAS BERSARA NANTI.
A KL CITIZEN.
ReplyDeleteBANYAK LAGI GAMBAR .. TAK TAHU SEMPAT KE TIDAK NI !
IEDA79
ReplyDeleteBERSERONOKLAH AWAK !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteDATANGLAH RUMAH RAYA NI .. JANGAN LUPA BAWAK KAMERA.
KUASAI MINDA
ReplyDeleteKENANGAN ITU SUDAH MULA BERANSUR2 HILANG.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteKALAU BEGITU BAGAI DI KATA .. NANTI PAKNGAH CERITA LAGI. BANYAK LAGI GAMBAR NI.
SUFIA
ReplyDeleteMEMANG UNCLE PERNAH DI MOSTI TAPI RASANYA LEBIH AWAL DARI ITU.
uncle dulu sampai sekarang, misai masih maintain!
ReplyDeleteorang kecik ke orang besar ke tetapi tuan haji antara yg beruntung coz dapat merasai dan melalui semua itu...orang lain ada? tak de...tak de...hehehee...
ReplyDeleteapapun aina juga rasa bertuah kerana dapat melihat koleksi gambar2 ini...:)
Agak2 cermin mata siapa ye yang lebih besar kat gambar no. 2 tu...hehehe
ReplyDeleteMemang beruntung Pak Ngah ditugaskan di US, ramai pembesar kita ke sana. Kalau tercampak kat Timor Leste macam mana pulak ye :)
Hensem Tun M tu ...ehehehe..
ReplyDeleteSo far uncle ada bergambar dgn 2 bekas PM, dua bekas TPM.
Ada tak gambar uncle dgn Najib?
gambar akhir.sebelah MB tu pemalu kah? kabur rupa.he~~
ReplyDeleteMASZUBER
ReplyDeleteADA SEKALI SAYA CUKUR HABIS SEMASA MEMNUNAIKAN HAJI DULU.
JUNAINA
ReplyDeleteORANG LAIN LAGI HEBAT .. SAYA CUMA SEKADAR 'MENGANGKAT BEG' MEREKA SAHAJA.
SEKARANG SEMUANYA TINGGAL KENANGAN BELAKA.
HANAFIAH
ReplyDeleteYANG PASTI CERMIN MATA SAYA YANG PALING MURAH. KALAU TERCAMPAK KE TIMUR LESTE, MUNGKIN HARI2 SAYA MEMANCING IKAN.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteBERGAMBAR TIDAK BERKESEMPATAN. CUMA PERNAH MENGHADIRI MESYUARAT YANG DIPENGERUSIKANNYA. DIA CUKUP CEKAP DAN TAK BANYAK CAKAP.
BUJAL X
ReplyDeleteHARI TU SAYA TAK BERSEDIA BERGAMBAR. TERJUMPA SECARA TAK SENGAJA .. JADI TAK SEMPAT NAK MAKE UP ! HEHE
Antara org besar yg yun tingin nak jumpa Dr M..Pernah tgk dr jauh jer 2-3 kali...
ReplyDelete