Tuesday, August 23, 2011

KISAH PAKLONG.



Sepasang burung merpati di lihat dari jendela rumah saya.


Pak Long masih bujang, walau pun umur dia sudah lebih 40 tahun. Dia hidup sebatang kara. Sudah 25 tahun Pak Long  melanggani kedai makan Mak Bedah sejak dia berumur belasan tahun sampai sekarang.  Bagi dia semua jenis lauk yang Mak Bedah masak kena dengan selera beliau. Walaupun dia sendiri pandai memasak, tetapi dia malas nak memasak kerana tak berbaloi sebab dia makan sorang-sorang. Dia cukup setia dengan kedai makan Mak Bedah. Walaupun kedai Mak Bedah bersebelahan dengan kedai makan Mak Tam, dia tidak pernah terfikir untuk mencuba masakan Mak Tam. Pertamanya dia tak suka mencuba kerana katanya ..

"kalau kita dah suka dengan sesuatu tu, buat apa nak cuba yang lain"

Lagipun dia segan takut Mak Bedah nampak. Nanti kecik pulak hati dia. Namun begitu Pak Long terpaksa juga akur dengan keadaan. Minggu lepas Mak Bedah telah berhenti berniaga dan pindah tinggal di KL dengan anaknya kerana dia pun sudah tidak berapa sihat lagi untuk menguruskan kedai makannya. Kedai makannya telah disewakan kepada orang Pakistan penjual karpet.

Mahu tak mahu, Pak Long terpaksa juga makan di kedai Mak Tam kerana itulah kedai yang paling hampir dengan rumahnya. Pada kali pertama makan sahaja, Pak Long terus suka dengan masakan Mak Tam kerana masakannya lebih sedap dari masakan Mak Bedah. Di samping itu harga makanan di kedai Mak Tam juga lebih murah dari kedai Mak Bedah.

Namun begitu Pak Long sedikit pun tidak rasa menyesal kerana selama ini tidak mahu mencuba makan di kedai Mak Tam.

"Itu sudah rezeki Mak Bedah" katanya.


Apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita rekaan saya ini ?



19 comments:

  1. ada yang baik,terbaik dan terbaiks!

    mana2 pun boleh.keh keh~~

    ReplyDelete
  2. Kita tidak akan tahu tentang sesuatu jika kita tidak berani/tiada keinginan untuk mencuba/berubah.

    ReplyDelete
  3. kreatiff.....

    pengajaran ... kita perlu mencuba sesuatu .... bari kita tahu

    ReplyDelete
  4. Moralnya, Pak Long rugi tak mencuba berkahwin..kalau dia cuba, pasti dia lebih seronok dari kehidupan solo nya..:)

    ReplyDelete
  5. kalau awal2 dia sedar kedai Mak Tam lagi best, mesti dia dah kawen!

    ReplyDelete
  6. ...tak kenal maka tak cinta! Hehehehe. Bila dah cinta, buat pe nak menyesali apa yg dah terjadi? Betul tak?

    ReplyDelete
  7. Yang lepas jadikan kenangan, yang ada kita hadapinya.

    kalau free jengoklah blog saya ambik kad raya.

    ReplyDelete
  8. Apa kata kalau Pak long menjadikan mak bedah suri hidupnya? belum cuba belum tahu, mak Tam pun boleh kalau masih single...merpati 2 sejoli itu cute la :D,selamat hari raya,maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  9. hihi.. mak bedah dan mak tam pandai masak..

    ReplyDelete
  10. Salam Pak NGah..
    Apapun, bagi saya, Pak Long jenis lelaki yang setia pada yang satu...kalau sapa2 kawin dengan Pak Long, memang bertuah..

    Pak Ngah Macam tu..?..ha..ha..

    ReplyDelete
  11. apa benda pun kalau tak cuba tak tahu keputusannya...

    tapi betul jugak sudah rezeki MAK BEDAH! rezeki memasing...

    ReplyDelete
  12. rugi menghabiskan usia solo...
    banyak kelebihan kalau beristeri.
    pak long, pak long

    kalau solat dapat 27 pahala,
    nikmat makan rugi,
    nikmat rumahtangga lagi rugi.

    ReplyDelete
  13. banyak pengajaran yg ada..

    tp.

    *pak ngah skodeng burung merpati tu pulak
    bulan posa nih*

    ReplyDelete
  14. laa ingatkan PakLong tu abang PakNgah

    ReplyDelete
  15. KEPADA SEMUA PEMBERI KOMEN.

    TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN. SAYA HARGAI KUNJUNGAN DAN KOMEN ANDA SEMUA.

    SELAMAT MENERUSKAN PUASA.

    ReplyDelete