Kuala Lumpur: Kes saman kecuaian terhadap Kerajaan Malasia oleh wanita dalam rakaman klip video yang melakukan ketuk ketampi sambil berbogel di sebuah Balai Polis Petaling Jaya enam tahun lalu, akhir diselesaikan di luar mahkamah - Berita Harian, 28 Julai 2011.
Saya percaya ramai pembaca yang masih ingat lagi kes ini. Saya juga masih ingat lagi ada seorang MP dari DAP yang telah cuba menjadi juara. Dia mengatakan mangsa adalah seorang warganegara dari Cina. Kerajaan pun turut terperangkap dan melatah. Seorang Menteri Kabinet yang kanan telah diutus ke negeri Cina untuk memohon maaf. Tetapi akhirnya wanita itu di kenalpasti oleh sebuah Suruhanjaya yang telah di tubuhkan sebagai seorang wanita bernama Hemy Hamisa, berbangsa Melayu dan juga warga negara Malaysia.
Yang saya musykilkan ..
1. Kenapa tiada ucapan maaf dari MP DAP tersebut secara terbuka kerana telah berburuk sangka dengan kerajaan tanpa usul periksa. Kalau ada dia minta maaf, saya minta maaf kerana terlepas pandang. Tapi seingat saya tidak ada; dan
2. Kenapa tiada ucapan maaf daripada Kerajaan kepada rakyat Malaysia kerana terburu-buru tanpa usul periksa telah menghantar Menteri Kabinet dengan menggunakan wang rakyat pergi ke negeri Cina untuk memohon maaf dari Kerajaan Cina.
Walaupun jumlah ganti rugi tidak didedahkan, tapi saya percaya tentulah ia lebih dari mencukupi untuk membeli dua pasang baju kurung untuk di pakai pada Hari Raya Puasa nanti !
Terbaru: Wanita yang pernah dikaitkan dengan insiden ketuk ketampi dalam keadaan bogel, Hemy Hamisa Abu Hassan Saari, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan memiliki dadah. (Berita Harian Online)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Sub-Entri
Apa perasaan anda kalau kita tengok Berita Perdana jam 8 malam dimulai dengan iklan. Begitulah perasaan saya bila cuba baca surat khabar ini. Muka depan sekali di bubuhnya iklan.
Kalau ya pun nak untung besar, janganlah sampai begitu sekali. Seolah-olah surat khabar ini telah menjadi milik Courts. Lainlah kalau surat khabar ini diberikan secara percuma.
.
Malaysia ni kadang-kdang buat IM ketawa sinis!
ReplyDeleteSurat khabar seakarang pun sudah terlalu dikomersialkan... semuanya atas alasan "demi kelangsungan hidup".
ReplyDeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteAgaknya sebab dua-dua pihak tersilap percaturan, tu yang masing-masing senyap je. Cuba kalau satu pihak sahaja yang silap, pasti yang satu lagi terus-terusan melenting.
Kalau kita try googling, agaknya berapa ramai buat komen sinis seperti sub-entri Pak Ngah? (juga entri2 sinis yang lain)...syabas
Harian Metro pun sama (syarikat yang menerbitkannya sama dengan BH, kan?), sampai saya ingat saya telah tersalah memebeli suratkhabar!
ReplyDeletePayahlah pihak yg terlibat kalau nak mintak maaf...lebih2 lagi nak memertabatkan kebodohan sendiri dalam menangani masalah..hmm..
ReplyDeleteDepa kira duit sajalaa ni..sesapa bayau lebih..dia dapat..tak kira dok kat mana pun..
macam2 ada..PakNgah..
Bukan nak mengapi-apikan semangat perkauman. Tapi, mereka tak akan tunduk pada kita. Jauh sekali untuk meminta maaf. Api tak akan boleh bersatu dgn air.
ReplyDeleteIklan Courts...duit punya pasal, semua kebaikan dan kebajikan orang dah tak mahu pandang. Itukan sifat manusia skg nie?
macam tulah tuan haji bila semua nak jadi hero & heroin. bila parti pembangkang tekan kerajaan, bila NGO juga cuba membela penjenayah (saya maksudkan bukan perempuan itu tp bukan itu ke caranya nak periksa barang2 yg di simpan di tempat sulit?)...
ReplyDeleteapapun memang tak patut...tajuk utama surat khabar hari ini adalah kuat mamah (court mammonth...hehehee...). kita tidak bayar surat khabar untuk tengok iklan kecuali iklan sebagai sampingan...
sy rasa ketuk ketampi lebih relevan berbanding ucapan maaf.
ReplyDeletekita tunggu sj mereka ketuk ketampi dpn wanita yg tak bersalah tu ya.
:D
cepat benor melatah ...
ReplyDeleteCa baca paper kat internet jaa...
Assalamualaikum Pak Ngah..
ReplyDeleteKadangkala "kita" bagaikan takut dengan "Mereka" kan Pak Ngah...semua kemahuan diturutkan..saya kadangkala geram jugak...tapi kat dalam hati sajalah...he..he..
HANAFIAH.
ReplyDeleteSAMA2 SILAP DENGAN SAMA2 BETUL ADAKAH KESANNYA SAMA ?
IM
ReplyDeleteHABIS KITA NAK PERGI MANA ?
ANIF
ReplyDeletePERKATAAN "TERLALU" TU YG MALAS NAK DENGAR !
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA PUN TAK PASTI ADAKAH DUA2 AKHBAR TU DARI SYARIKAT YANG SAMA. TAPI YANG PASTI KITA SAMA-SAMA TERKENA.
LANA-BULU
ReplyDelete"NO MONEY NO TALK" .. HEHE
MOMMY FARA
ReplyDeleteKITA TAHU SAMA TAHU SUDAHLAH !
JUNAINA
ReplyDeleteMEMANG ITULAH CARANYA YANG BERKESAN DAN MURAH.
HEHE .. KUAT MAMAH ! PERTAMA KALI SAYA DENGAR. PASTI AKAN SAYA GUNAKAN BILA ADA KESEMPATAHN.
KTS
ReplyDelete"PLEASE DONT HOLD YOUR BREATH"
CHIK ATT
ReplyDeleteKALAU DAH NYANYUK MEMANG GITU !
AZI
ReplyDeleteALAIKUMSALALAM
SAYA PUN PENDAM DALAM HATI JUGA !