Sepanjang tempoh saya bekerja dengan kerajaan Malaysia, saya pernah berdepan dan juga menguruskan 4 jenis orang seperti berikut:
1. Orang penting yang rasa dirinya penting.
Orang ini senang nak uruskan walaupun biayanya mungkin mahal. Dia tahu di mana tempatnya dan sentiasa mahu ke depan, kecuali jika disuruh menjadi imam. Kalau dia pergi bercuti keluar negeri, dia suka kalau ramai-ramai hantar dia kat airport dan ramai-ramai berkumpul kat airport sambut dia balik.
2. Orang penting yang rasa dirinya tak penting.
Orang jenis ini masalah sikit. Mereka mungkin ada rasa rendah diri. Kalau masuk dewan, dia sepatutnya naik atas pentas tapi dia terus menonong menyertai hadirin di bawah pentas. Letih kita pujuk dia supaya naik atas pentas. Kalau naik kereta yang disediakan, dia tak mahu duduk kat belakang tapi nak duduk depan sebelah pemandu sedangkan kat situ tempat pegawai pengiringnya.
3. Orang tak penting yang rasa dirinya tak penting.
Orang jenis ini pun tak ada masalah nak uruskan. Dia juga tahu di mana tempatnya. Kalau dalam majlis, dia duduk hujung-hujung je. Kalau berada bersama orang ramai, dia lebih suka jadi pendengar dan tukang angguk atau tukang ketawa.
4. Orang tak penting yang rasa dirinya penting.
Orang jenis ini paling leceh untuk diuruskan. Mereka ini golongan tak sedar diri. Kalau dalam majlis dia nak duduk meja utama sedangkan di situ bukan tempatnya. Kadang-kadang oleh kerana kita malas nak gaduh-gaduh, kita letak je satu kerusi tambahan untuk dia.
Sebagai rumusannya, mengikut pengalaman saya, yang paling payah adalah menguruskan orang yang tak berapa penting tapi merasakan atau perasan dirinya penting.
...............................................................................................................................................
Contoh Orang Tak Penting Tapi Rasa Dirinya Penting.
Dari 114 JUTA singgahan, dia berada di nombor 1 dan 2, tapi ada orang kisah !
ha,haa... penuh makna tersirat.
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat Kanda seisi keluarga. :)
ReplyDelete(saya bukan siapa2 untuk merasakan diri ini perlu dilayan) ;-)
salam
ReplyDeleteselamat berpuasa
emmm..adakah komen saya ni penting...:)
hehehe, terhibur di pagi 1 ramadhan
ReplyDeleteselamat meningkatkan ibadat, tuan haji :)
Salam ramadhan utk komensen sklrg...
ReplyDeletesetuju sangat2 dgn golongan yang komensen kongsikan tu..
penting tak penting, tetap bersua juga kan??
Saya orang tak berapa penting. Cuma jadi penting bila ada kepentingan :) hehe..
ReplyDeleteWow!
ReplyDeletePenting atau tak Pakcik, kita semua sama je...
selamat berpuasa buat PakNgah dn keluarga
ReplyDeletedalam maknanya tu
yg no ompek tu memang menyakitkan hati
saya seorang tak penting yang sedang pening kerana berpantang puntung !
ReplyDeleteManusia kategori ke 4 memang sukar di urus. Setuju. Dalam bahasa mudah : Tak sedar diri. ~haha
ReplyDeleteSaya suka ayat uncle yang ini:
"Dia tahu di mana tempatnya dan sentiasa mahu ke depan, kecuali jika disuruh menjadi imam."
ekekekeke
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ya uncle..
Saya sokong 100% sikap ini sampai la ni ada dalam kerajaan. Selamat Berpuasa kepada anda dan keluarga
ReplyDeletememang susah untuk handle spesies yang last tue uncle. sabor jea la kan.
ReplyDeleteUncle, kalau orang penting yg rasa diri tak penting maybe OK juga. Jenis orang yg boleh ke tepi, ke tengah. Ni jenis yg boleh disuruh jadi imam kot..hehe
ReplyDeleteApa-apa pun, kategori 4 tu kat mana-mana pun mudah nak jumpa. Plg tak tahan, kalau 'pakai' nama org penting untuk menunjukkan diri dia penting..huhu
Anyway, Selamat Berpuasa ye uncle!
saya kategori no 3. senang layan ni. ihihih~
ReplyDeleteada gak orang yang teramat2 penting, super duper penting, tapi dianggap macam tak penting bagi sesetengah orang.. macam Nabi kita..
ReplyDeleteSentiasa uruskan yang penting
ReplyDeletesaya pernah berdepan dan juga menguruskan 4 jenis orang seperti berikut:
ReplyDeletewow! hebatnya awak!
sy nak awak menguruskan sy gak, bole tak.
sekarang sy dah tak berapa kurus, laaaa
:D
Salam Pak Ngah
ReplyDeleteSaya pernah uruskan yg no 1. Memang senang, tapi yang tak sedapnya org kata kita ni kaki bodek pulak...hehehe
p/s - Imsak jam 6, buka jam 5.30, cuaca dlm 6-15 celcius. Kalau complaint tak larat puasa tak taulah lagi.. Kalau balik Msia jawabnya lambat lagi ler abis belajornya..hehehe
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteSaya selalu jadi orang yang ketiga... self inferior tu masih menebal kot...
Assalamualikum Tn Hj,
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak semuga dpt memenuhi keperluan dalam pengisian Ramadhan sebenarnya.....Insyaallah...aaminnn.
Memang bagitulah sifat manusia ni Tuan ada "lebih sudu dari kuah" tapi yang baik nya biarlah jadi seperti "ular yg menyusur akar takan hilang bisa nya"....Allahuallam.
IE jg byk pengalaman dlm kes-kes sebegini..malah pernah suatu ketika sampai cabut lari (balik)dia dr mjlis...hanya sb nama dia tak der dlm buku aturcara ...hahaha
ReplyDeletesampaikan salam maaf IE pd tuan punYa P E C TU..IE tak sempat sungguh nak bermanja-manaja di sana.
Ada maklumat about Kay...uploadla gambar lama2 kat UM dulu. Kay kawen dgn aruah Sudir masa saya kecik lagi tapi sebab dia cantik sampai sekarang saya suka& minta sangat kat dia.
ReplyDeleteABU MUAZ
ReplyDeleteBUKAN SETAKAT TERSIRAT TAPI BERSELIRAT ! HEHE
KAKCIK
ReplyDeleteLEBIH BAYAN LAYANDIRI KAN !
KAMSIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SELAMAT BEPUASA. SANGAT PENTING KERANA MENDOAKAN SAYA SELAMAT.
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG UNTUK BERHIBUR. HEHE
CITARASA RINDUAN
ReplyDeleteSALAM RAMADHAN JUGA.
TAK BOLEH ELAK, GOLONGAN INI AKAN ADA DI KALANGAN KITA SAMPAI BILA2.
ANIF
ReplyDeleteITU NAMANYA MEMENTINGKAN !
MOMMY FARA
ReplyDeleteKITA SEMUA TAK SAMA. BANYAK PERBEZAANNYA DARI SEGI FIZIKAL, CITARASA, IQ DSB.
YANG SAMANYA CUMA KITA INI ADALAH MAKHLUK ALLAH BELAKA.
IBUINTAN
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA JUGA DARI SAYA UTK IBUINTAN SEKELURGA.
WALAUPUN MENYAKITKAN HATI, KENA LAYAN JUGA W/PUN TAK SEPENUH HATI.
BUJAL X
ReplyDeleteBILA PULAK AWAK BERSALIN ? ANAK LELAKI KE PEREMPUAN ?
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSAYA SENDIRI PUN KALAU BOLEH, CUBA MENGELAK DARI MENJADI IMAM KERANA MENYEDARI TANGGUNGJAWABNYA YANG BERAT.
MAK WARDAH
ReplyDeleteBUKAN DALAM KERAJAAN SAHAJA. MEREKA ADA DI MANA-MANA DI DUNIA INI.
MASZUBER
ReplyDeleteNASIB BAIK SPESIS TU TAK BERAPA RAMAI .. KALAU TIDAK MAHU JUGA HILANG SABAR.
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteSELALUNYA GITULAH .. SEBAB DIA ADA KENAL ORANG PENTING ATAU ADA BAU2 BACANG DENGAN ORANG PENTING.
SELAMAT MENERUSKAN PUASA.
GADISBUNGA
ReplyDeleteBELUM TAHU LAGI SEBAB BELUM PERNAH UNCLE URUSKAN.
ANAA
ReplyDeleteKOMEN AWAK BUAT SAYA TERSENTAK. MEMANG BENAR, RAMAI YANG MEMPERLEKEHKANNYA SEKARANG INI.
POK LI
ReplyDeleteLAMA TAK DENGAR .. TENTU BANYAK PERKARA PENTING YANG NAK DIURUSKAN.
KTS
ReplyDeleteNO PROBLEM .. GERENTI KURUS KALAU SAYA URUSKAN !
HANAFIAH
ReplyDeleteBIARLAH APA ORANG NAK KATA. KALAU KITA TAK URUSKAN, LAGI RAMAI YANG KATA.
P/S - KALAU TAK LARAT JUGA, MUNGKIN ADA PENYAKIT KOT !
NIDA
ReplyDeleteKOMEN AWAK LEPAS HANAFIAH. BAGI LALUAN KAT DIA KOMEN DULU KOT ! HEHE
KALAU JADI DAH JADI ORANG PENTING NANTI, TAK BOLEHLAH JADI ORANG KE 3.
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SETUJU .. IKUT RASMI PADI JANGAN IKUR RESMI JAGUNG KAN !
IKAN EMAS
ReplyDeleteSAYA DAH AGAK AWAK MESTI ADA BANYAK PENGALAMAN MENGURUSKAN ORANG2 PENTING NI.
SALAM AWAK TU DAH SAMPAI.
MAK WARDAH 2.
ReplyDeleteINSYAALLAH SAYA AKAN CUBA CARI DAN UPLOADKAN. TAK JANJI BILA.