Friday, August 5, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 26 - NIAGARA FALLS (1983)

Hari tu sedang saya mengimbas dan menderaf entri, entah macam mana tersilap. Patutnya 'save as draft' tetapi telah terklik 'publish'.  Aish ! Bila saya tersedar, cepat2 saya simpan sebagai deraf. Dalam pada itu sempat juga Mommy Fara komen. Cekap betul dia !

Kalau dah begitu kisahnya, saya teruskanlah dengan entri kunjungan saya ke Niagara Falls kira-kira 30 tahun lalu.  Tak tahulah sekarang ni Niagara Falls tu masih ada lagi ke tidak. 

Tak adalah menarik sangat kisahnya. Tengok air terjun je. Kalau tengok orang terjun, lainlah agaknya!



Gambar 1: Rupa air terjun tu di lihat dari menara. 
Tak jumpa pulak gambar menara dalam simpanan saya.
 Tapi percayalah, memang saya pernah sampai ke Niagara Falls.


Gambar 2:  Dengan Ayong, anak  sulung saya.  Kakngah, anak  ke dua saya tiada dalam gambar kerana dia tengah asyik berenang agaknya.
  Ayong nampak macam risau .. takut ayahnya terlepas kot !



Gambar 3:  Ayong tengah menikmati keindahan air terjun. Tapi sekarang dia tak ingat apa-apa walapun masa itu umurnya sudah 3 tahun.
Kalaulah dia boleh ingat macam budak ini, tak adalah dia komplen.


Gambar 4: Ni baru ada gambar anak ke dua. Terlelap dalam kereta tolak kerana keletihan selepas berendam.

Gambar 5: Nampaknya Ayong masih lagi belum puas melihat air terjun,



Gambar 6: Dalam bangunan menara yang boleh nampak air terjun dengan jelas.


Gambar 7:  Dari atas menara. Pemandangan memang cantik. Tapi sayangnya kamera pulak tak canggih. Sampai muka sendiri pun tak berapa nak cam.


Gambar 8: Sungguh saya tak ingat gambar ini di mana. Samada di Toronto atau Ottawa atau Niagara. Tetapi berdasarkan baju yang saya dan makngahnya pakai seperti Gambar 4
di atas  saya meletakkan gambar ini dalam entri lawatan ke Niagara Falls.

Gambar 9: Dari Niagara Falls kami ke Canada. Tak jauh dari situ kami singgah kat sini bila tengok orang ramai berkumpul. Seronok tengok jam besar gabungan teknologi moden dan alam semula jadi.


Gambar 10: Keratan akhbar sebagai bukti saya dan isteri pernah sampai ke Niagara Falls.


Gambar 11: Macam biasa saya akan beli sesuatu sebagai kenang-kenangan.



28 comments:

  1. Maknanya piring tu dah berusia 30 tahun, ya? :)

    ReplyDelete
  2. KAKCIK

    MAKNANYA JUGA TUAN PUNYA PIRING TU JAUH LEBIH BERUSIA DARI PIRING ITU KAN!

    ReplyDelete
  3. Sangat jeles sebab uncle dah ke Niagara Falls....tu memang tempat yg saya list kan sebagai tempat wajib lawat..hahaha ...mat saleh suka propose pasangan masing2 kat situ..:P

    ReplyDelete
  4. hehehehe...igtkan entry bersambung...ahahahah!

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Ngah..
    Seronoknyer tengok gambar Pak Ngah dan Mak Ngah dulu2...saya pun pernah sampai jugak kat situ Pak Ngah, tapiiiii...dalam mimpi sajalah...he..he..:)

    ReplyDelete
  6. DADDY ZIYYAD

    KALAU AWAK NAK PERGI, JANGAN PERGI SEKARANG. NANTI LEPAS RAYA. KAT SANA TAK ADA PASAR RAMADHAN.

    AWAK NAK PROPOSE LAGI KE ?

    ReplyDelete
  7. MOMMY FARA

    KIRANYA SAMBUNGLAH NI .. DULU SEMPAT SATU GAMBAR JE !

    ReplyDelete
  8. AZI

    SALAM KEMBALI.

    PAKANGAH PUN MIMPINYA YANG SAMA .. PATUTLAH MACAM ADA TERNAMPAK AZI KAT SANA !

    ReplyDelete
  9. saya percaya tuan pernah ke sana...jgn bimbang.

    ReplyDelete
  10. mana uncle jumpa makngah?

    *

    sebab bila makngah ada di sebelah, uncle tenggelam sama sekali. heheh~

    ReplyDelete
  11. itulah fungsinya gambar..
    sekurang2nya bila ingatan dah semakin susut, gambarlah sebagai bahan rujukan :D

    ReplyDelete
  12. wahhh..bestnye dh pnh pegi situ..gmbr mmg klasik betul, dh 30thn katakan..siap masuk paper lg..

    ReplyDelete
  13. air terjun niagara tu ada lagi sekarang. tak mati lagi. walaupun terjun dr tempat tinggi. hebat! cuba manusia yg terjun... errr

    .
    .

    .
    .

    sy ingat nama makngah zaleha.

    ReplyDelete
  14. makan kismis! cubalah!
    nanti bole ingat zaman bayi dan kanak2.

    .
    .

    pesanan untuk ayong. klu sudi, bolehlah sampaikan

    :D

    ReplyDelete
  15. sempat mandi tak dkt situ pakngah? (,")

    ReplyDelete
  16. ABU MUAZ

    TERIMA KASIH KERANA SENTIASA MENYOKONG SAYA.

    ReplyDelete
  17. GADISBUNGA

    NASIB BAIK TENGGELAM. KALAU HANYUT, MANA NAK CARI ?

    ReplyDelete
  18. MAKDARA TERDIVA

    KADANG2 BILA TENGOK GAMBAR PUN, DAH LUPA KAT MANA ! HEHE

    ReplyDelete
  19. D_LA

    SEBENARNYA PAPER TU PAPER MAINAN. SESIAP PUN BOLEH MASUKKAN NAMA MASING2 DENGAN SEDIKIT BAYARAN. MAAF SEBAB TAK BERITAHU LEBIH AWAL.

    ReplyDelete
  20. KTS 1

    TETIBA JE AWAK INGAT NAMA MAKNGAH ZALEHA, KENAPA ?

    KTS 2

    BIARLAH AYONG BACA SENDIRI. KALAU SAYA SAMPAIKAN NANTI TAK BERKAT PULAK.

    ReplyDelete
  21. SAYANGSAYANGIBU

    NAK DEKAT PUN TAK BERANI .. APA LAGI NAK MANDI !

    ReplyDelete
  22. Bestnye...
    Yun ni takat gi Air terjun gunung ledang jek la...

    ReplyDelete
  23. wahhh uncle soronoknye dapat g saner..huhu jeles2...:)
    cun la cik pencuri jiwa uncle :)

    ReplyDelete
  24. CIK SHINJU

    UNCLE PUN BELUM PERNAH LAGI SAMPAI KAT SITU .. BESTNYA KALAU DAPAT PERGI.

    ReplyDelete
  25. CINDERELLA

    ITU GAMBAR DIA SEMASA BARU2 KAWIN DULU. TAPI SEKARANG DAH TAK CUN LAGI .. DIA JADI ANGGUN PULAK. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.