Terima kasih atas komen-komen yang diberikan kepada entri saya yang bertajuk "Antara Tanda-Tanda Seseorang Itu Ada Masalah".
Saya dapati ada yang setuju dan ada juga yang berbeza pandangan. Biasalah. Saya terima apa sahaja pandangan anda. Lagipun saya mempunyai salah satu dari masalah seperti yang saya nyatakan dalam entri tersebut iaitu:
Saya dapati ada yang setuju dan ada juga yang berbeza pandangan. Biasalah. Saya terima apa sahaja pandangan anda. Lagipun saya mempunyai salah satu dari masalah seperti yang saya nyatakan dalam entri tersebut iaitu:
"Bila dia bercakap, dia mahu semua orang mesti dengar" .
Kadang-kadang masalah itu hilang, lepas tu dia datang balik. Maknanya saya masih kena lebih giat berusaha memperbaiki diri.
Rumusannya:
1. Ada perbezaan yang nyata di antara bersendirian kerana tidak mahu diganggu dengan bersendirian kerana tidak mahu berkawan. Kepada Kakcik dan lain-lain, adalah tidak salah kalau duduk di dalam bilik atau 'petak' sepanjang hari kerana ingin menyiapkan tugasan. Bahkan itu adalah yang sewajarnya dilakukan.
2. Kuasa, pangkat dan harta benda adalah pinjaman. Sebagaimana lumrahnya benda yang dipinjamkan, ia boleh diambil balik oleh tuannya pada bila-bila masa.
Macam saya yang dah pencen ini,
Di samping itu ada juga kenalan di luar yang mengajak kita berbuka puasa di hotel-hotel. Yang ini lagilah malas nak pergi. Nak cerita sebabnya pun malas. Salah satunya takut ditohmah kerana mungkin penjemput itu ada udang di sebalik batu. Tetapi kalau sudah di jemput kat rumah, susah pulak nak mengelakkannya.
Alhamdulillah setakat ini belum ada lagi orang menjemput saya berbuka puasa (kecuali program surau di tempat saya). Rasanya tak adalah kot ! Minta-minta janganlah ada.
.
nanti nak jemput uncle..haha
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Kanda AL...
ReplyDeleteharapnya tahun ini tiada juga jemputan berbuka puasa di luar buat suami saya. Macam tahun lepas, terpaksa semata-mata 'terbang' ke Kota Bharu untuk berbuka dan terbang balik sebelum sempat berterawikh!
Saya sendiri cukup tidak gemar berbuka di luar - banyak sebab dan alasannya!
assalamualaikum tuan Al lavenderi
ReplyDeletesaya doakan tuan berbahagia bersama keluarga saat ini.
saya mengerti, tentu berat situasi tuan sewaktu bertugas dulu, sebagaimana ayah saya sebelum bersara dulu.walaupun dia tak sesibuk mana, tapi saya faham ketidak selesaanya bila berbuka di luar rumah.
selamat menjalani ibadah puasa dan bulan ramadan al mubarak,sekian,wassalam
rindu-rinduan juga tuan. waktu bekerja lain bila pencen teringat pula.
ReplyDeletecuma sekarang berkain pelikat pun dah boleh berbuka tak perlu lagi bersamping, bersongkok.
buka kat rumah lebih santai kan pakcik.. tapi sesekali nak jugak buke di luar.. hehe
ReplyDeleteSalam Pak Ngah, just nak share..beberapa orang JUSA A yg terlibat dgn kajian saya kata jawatan kita mempengaruhi cara kerja kita. Dulu kita ckp "please listen", tp bila dah makin tinggi jawatan kita cenderung untuk ckp "you listen". Tapi tak bermakna pegawai tak boleh argue, tapi yg penting ialah cara mereka argue.
ReplyDeletep/s - lagi setahun baru blh merasa org jemput buka puasa...hehe
Bulan posa ni la nak amik pluang n rebut semua ganjaranNYA kan Uncle..
ReplyDeleteKalau p berbuka kat luar tu mcm leceh sket.Kecuali la majlis berbuka tu diikuti ngn solat terawikh berjemaah trus...Kalau tdk mmg terkocoh2 plak nak balik lepas berbuka tu utk p masjid pulak..Kdg2 org berbuka kat luar ni,solat mgrib pun x sempat..
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteSedih saya bila baca ayat Pak Ngah.."macam saya yg. dah pencen ni, tak ada siapa yang ingat"...saya pasti, jasa2 Pak Ngah masa berkhidmat dulu tetap dikenang sampai bila2kan...dan sekarang Pak Ngah patut rasa lega sebab tak payah "berbaju melayu'" lagi utk.jemputan berbuka...he..he..
H.J
ReplyDeleteTERIMA KASIH, TAPI TAK USAHLAH SUSAH-SUSAH.
KAKCIK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SAMALAH KITA LEBIH2 LAGI KALAU KAT HOTEL. KALAU KAT OFIS, TAK PERNAH LAGI TAK ADA SOLAT TARAWIKH.
UMMU
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
MEMANG LECEH. BILA NAK TUKAR BAJU KERJA KE BAJU MELAYU, KADANG2 TU SEMPAT MANDI DAN KADANG2 TU TIDAK.
TERIMA KASIH ATAS DOA ITU. SAYA JUGA NAK UCAPKAN SELAMAT MENERUSKAN PUASA KEPADA UMMU.
ABU MUAZ
ReplyDeleteBILA TEKENANG MACAM SERONOK, TAPI BILA SENDIRI YANG KENA, BARU TAHU.
SEKARANG NI MEMANG KOMPEM BERKAIN SARONG JE WALAUPUN KAT SURAU.
AJEE
ReplyDeleteMUNGKIN BAGI ORANG MUDA BERBUKA DI LUAR TU ELOK JUGA, TAPI BAGI ORANG TUA, KALAU BOLEH BIARLAH DI RUMAH. MAKAN CEKODOK PISANG PUN CUKUPLAH.
HANAFIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KADANG2 ADA JUGA BETULNYA. KALAU NAK DENGAR PENDAPAT SEMUA ORANG, BILA NAK MULA BUAT KERJA.
TAPI SAYA SELALU INGATKAN DIRI SAYA, KITA TAK TAHU DAN TAK MUNGKIN TAHU SEMUA BENDA. KADANG2 BENDA2 KECIL YANG KITA TERLEPAS PANDANG ATAU ANGGAP REMEH ITULAH MENYEBABKAN SESUATU PROJEK YANG CANTIK ATAS KERTAS ITU GAGAL DILAKSANAKAN DENGAN LANCAR.
CIK SHINJU
ReplyDeleteBETUL .. INI BULAN MEREBUT BONUS BERGANDA. HANYA SEBULAN DALAM SETAHUN. TAHUN DEPAN BELUM TENTU BERJUMPA LAGI.
DULU UNCLE PERNAH TERBACA ADA MAJLIS BERBUKA PUASA DIIKUTI DENGAN PELANCARAN ALBUM. UISH !
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BUKAN SETAKAT LEGA SAJA TAPI NIKMAT, SEBAGAIMANA TAJUK ENTRI INI.
Yang paling saya tak suka ialah bila kena berbaju Melayu lengkap bersamping.
ReplyDeletesy pula, paling suka tgk lelaki berbaju melayu berkain sampin. manis. terpikat ai.
eh eh eh :D
KTS
ReplyDeleteSAYA PUN SUKA TENGOK, TAPI TAK SUKA PAKAI. SAYA PERCAYA AWAK PUN BEGITU.