Selepas bersara ni, banyak benda-benda yang kita gunakan semasa bekerja dulu sudah tidak digunakan lagi atau kurang digunakan sekarang ini. Saya suka meletakkannya di bawah 3 kategori.
Kategori A: Benda yang tidak lagi di gunakan.Contoh:
1. Beg ke pejabat.
2. Tali leher.
3. Kot dan jeket dan baju sejuk/panas.
4. Pakaian istiadat (seperti gambar di atas)
Yang paling banyak dalam simpanan adalah tali leher. Semasa berkemas kat ofis dulu, saya masukkan semuanya ke dalam beg plastik. Sekarang rupanya dah macam cacing dalam tempurung untuk dibuat umpan memancing. Cuma bezanya dia tak bergerak-gerak. Maklumlah ia dikumpulkan sejak mula bekerja hingga pencen samda dibeli sendiri atau pun orang beri. Dan saiznya pulak tak terjejas dengan kenaikan dan pengembangan badan. Tidak seperti seluar atau baju. Lagi pun dia payah nak rosak.
Katgegori B: Benda yang kurang digunakan. Contoh:
1. Kereta.
Sekarang asyik guna kereta Kelisa Makngahnya. Jimat minyak dan senang nak parking. Ada satu kereta tu yang dulunya selalu saya bawa ke ofis dah sebulan isi minyak, masih tinggal suku lagi (maksud saya tinggal suku tu minyaknya, bukan keretanya). Jimat betul !
Sekarang asyik guna kereta Kelisa Makngahnya. Jimat minyak dan senang nak parking. Ada satu kereta tu yang dulunya selalu saya bawa ke ofis dah sebulan isi minyak, masih tinggal suku lagi (maksud saya tinggal suku tu minyaknya, bukan keretanya). Jimat betul !
2. Seluar.
Maksudnya bukan tak pakai seluar tapi tak lah macam dulu seminggu tigaempatlima kali tukar. Sekarang sehelai seluar boleh pakai 3-4 kali sebab pakai sekejap2. Lebihnya banyak pakai kain sarong.
3. Baju batik.
Pakai pun kalau pergi kenduri. Dulu kena pakai setiap hari Khamis atau bila ada dinner. Nak pakai bawa pergi sembahyang Tarawikh rasa macam tak sesuai pulak. Dan masih lagi ada kainnya yang belum dipotong. Tak tahulah anak-anak hendak ke tidak kalau diberikan.
4. Kasut dan stokin.
Sekarang ini lebih banyak pakai selipar atau berkaki ayam sahaja.
Kategori C: Benda yang terus digunakan tapi benda itu pulak makin sedikit. Contoh:
1. Duit.
2. Ringgit.3. Fulus.
4. Pitih.
Sebelum orang bertanya atau minta, baik saya beritahu. Saya tak pulak bercadang nak memberikan benda-benda dalam kategori A dan B, lebih-lebih lagi benda-benda dalam kategori C kepada orang lain. Harap maklum.
macam macam ya bang hamzah bila pencen.
ReplyDeleteSalam Bang Hamzah,
ReplyDeletebelum sempat kita nak bodek, dia dah bagitau awai-awai tak mo bagi kat orang. huhuhu
Tapi kalu macam baju panas atau kot tu, boleh jer buat sewa.. hmmm?
Ramadhan: Keriuhan Itu Sebenarnya Sering Dirindu Aku...
Tak sangka pula kocek kita ni boleh diisi dengan sebanyak kategori C.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan haji...
ReplyDeleteBerilah barang yang tuan haji paling sayang, itulah sebaiknya..:)
ketegori C tu aduhai pakngah....
ReplyDeletebaju batik tu boleh lagi di pakailah kalau ada majlis2 yg sesuai
tali leher tu
enpakwe sya yg tak pencen lagi pun ada tali leher tak terpakai lagi
baju baju pulak
sekarang ni dia banyak baju koprat, baju kemeja dah kurang dah pakai
beg pulak, dekat rumah ni dah macam koleksi rimas
macamanalah sampai enpakwe berpencen nanti agaknya.
ehh..terpanjang pulak dah tu tercerita pasal enpakwe pulak
hehehehe...selmat berpuasa pakngah
(,")
satu lagi, bos lama sya baru berpencen setahun >
ReplyDeletedia kata tak senang duduk rumah, makan tidur makan tidur
last sekali dia kerjalah pulak
dapatlah gaji 3k>
belum campur pencen
huhuhu.....sajalah sya kata bolehlah dapat duit raya ni
bekas bos kata datang rumah
agak2 ada tak anak anak buah pakngah mcm sya ye? ;p
haji ni PTD ye? masa kerja kat INTAN dulu kena menjaga org2x PTD ni. ...
ReplyDeleteingat nak bagi cadangan beri kepada sesiapa yang nak, rupanya tak nak beri...hihi.
ReplyDeleteKategori C tu macam semua yang tersenarai sama je pakngah...hehe
Buatlah car boot sale! :)
ReplyDeletetuan haji...semua tu ada sentimental value tersendiri. nak buang sayang...masuk kotak susun tinggi2...
ReplyDeleteboleh aje pegi isi minyak kereta pakai baju kerja siap tali leher, orang mana tahu tuan haji dah pencen, hihihi
ReplyDeleteUncle, buat muzium mini lah..hehe.
ReplyDeleteKategori C tu..alahai...
Kalau nak tamabh fulus, buat lelong brg2 dlm kategori atas tu...Wah! Kelas gitu!
ReplyDeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteSaya awal2 lagi duk target yang kategori C tu...tapi Pak Ngah dah cakap tak boleh...alahhhh..Pak Ngah..bukannya luak...he..he..bolehlah sebagai duit raya......:)
PakNgah buat satu blog lagi... kedai online barangan terpakai lak
ReplyDeletesalam Tuan Hamzah..
ReplyDeleteermm..segak bergaya berpakaian istiadat PTD tu ye..?ermm..boleh simpan buat kenangan, accessori nya boleh jual balik kalau ada yang mahu..bab pitis, memang tak pernah cukup selagi kita hidup di dunia ini, jangan kataa sejuta RM,1 Bilion RM pun entah kan tak cukup juga,tak caya tanya Bill Gates :)
boleh jual as preloved item tu pakcik.. tak pon sedekah je.. hihi
ReplyDeleteconcept ala2 5S la uncle, heheheeee
ReplyDeleteBaju istiadat tu boleh diframekan sbg kenangan,yg tak terpakai yg lain tu sedekah pd yg lebih memerlukan kalau mahu...yang kategori c tu saya pn tk dpt membantu :)salam kenal...
ReplyDeletejual sebagai bundle terpakai dan pulangannya boleh dbuat simpanan sendiri atau disedekahkan ke masjid/rumah kebajikan.. ;)
ReplyDeletesedekah la sikit mana yg patut...kalau mati nti di sedekah juga barang2 tu...huhu
ReplyDeletecadangan saya ;
ReplyDeletebagi kategori A : benda yg tak digunakan lagi tu, sy cdgkan awak TANAM dekat tepi rumah. atau belakang rumah. atau luar rumah. mana2 yg awak suka,lah. sebab awak yg akan gali. bukan saya.
bukan saja tak akan menyemakkan rumah, untung2, segala yg awak TANAM tu akan berpokok dan berbuah. dengan lebatnya. Bayangkan! Fuh!
ok.
bagi kategori B : benda yg kurang digunakan, sy cdgkan awak gantung mereka di atas pokok TANAMan awak tadi. Bila nak gunakan mereka, awak boleh jolok guna galah. nak jolok guna udang galah pun tak salah. Selain menjimatkan ruang, dapat juga menjimat duit. Takyah upah PAK GAD. Seluar, baju batik, stokin yg bergantungan tu pun dah ada rupa PAK GAD. kalau pandai gantung, lah.
ok.
bagi kategori C : benda yg terus digunakan tapi benda tu pula makin sedikit, sy cdgkan apa yg awak tak bercadang nak buat tu. kalau awak tak nak bagi kat org lain, bg kat org tak lain macam sy pun takpe. alah! takyah risau. hasil TANAMan kategori A kan banyak.
.
.
sekian, itu sahaja cadangan saya buat kali ini. harap tak yah pertimbangkan. terus bersetuju!
Salam Pak Ngah...
ReplyDeleteKategori C tu yg paling pening nak dipikirkan...hehe
Tapi tu semua benda-benda yang nampak. Bagaimana pula dengan pengetahuan dan pengalaman yang dikumpul selama ni, di mana hendak diletak? Sayang sungguh rasanya jika tak dimanafaatkan.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSEMUA ORANG AKAN MELALUINYA .. KALAU PANJANG UMUR.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK MAHU SEWAKAN .. NANTI BERJANGKIT KURAP ! HEHE
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteKOCEK SELUAR SAYA ADA 8. KIRI KANAN DEPAN BELAKANG ATAS BAWAH SEMUA ADA POKET.
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
MEMANG DAH BANYAK PUN BERIKAN KEPADA ANAK, MENANTU, ADIK DLL.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteTAK APA CERITALAH LAH LAGI.
BEG2 SEMINAR/MESYUARAT USAH CERITALAH. NAK BERI KAT SIAPA PUN TAK TAHU.
MONALEA.
ReplyDeleteYE .. DULULAH. SEKARANG PTD JUGA I.E PESARA TIADA DUIT. HEHE
MEMANG BENAR, MASA DULU SAYA ADA JAGA SATU BATCH KADET PTD.
YUS
ReplyDeleteKATEGORI C TU ADA JUGA ORANG YANG DAH BERLEBIH2AN.
KAKCIK
ReplyDeleteCADANG NAK JUAL KAT TEMPAT ORANG BELI BARANG2 2ND HAND.
JUNAINA
ReplyDeleteBETUL .. NAK BUANG SAYANG, NAK SIMPAN MEMAKAN RUANG.
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteMASALAHNYA ISI MINYAK PUN BELUM LAGI. SEBELUM PENCEN DULU ISI PENUH, SAMPAI SEKARANG MASIH ADA LAGI.
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteBARANG2 TU ADA TAK ADA NILAI SEJARAH NEGARA.
MOMMY FARA
ReplyDeleteINI BUKAN MASALAH DUIT SANGAT, TAPI MASALAH RUANG YANG BENDA2 TU AMBIL.
AZI
ReplyDeleteNANTI DATANG RAYA KE RUMAH .. PAKNGAH BAGI ANGPAU.
IBUINTAN
ReplyDeleteADA DUA PUN DAH TAK BOLEH BERLAKU ADIL. TAK SANGGUP NAK BUKA YANG KE 3.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
RASANYA GATES MENCARI WANG BUKAN UNTUK KEGUNAANNYA LAGI TAPI UNTUK DI MASUKKAN KE DALAM YAYASANNYA.
AJEE
ReplyDeleteORANG MINTA SEDEKAH .. DIA NAK DUIT !
MASZUBER
ReplyDeleteAKAN DIPERTIMBANGKAN.
MAYAMAYANA
ReplyDeleteBAJU2 TU KALAU NAK SEDEKAH PUN KENA CARI YANG BADAN SAMA SAIZ .. KALAU TAK, TAK ADA MAKNANYA.
JEJARIHALUS
ReplyDeleteUNTUK SEDEKAH, MEMANG SUDAH DIPERUNTUKAN.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteSAYA TAK NAK SEDEKAH, SAYA NAK BERI PERCUMA JE !
SAMPAI DI SINI DULU .. NAK BERBUKA !
ReplyDeleteKTS
ReplyDeleteSAYA TIADA PIIHAN MELAINKAN TERPAKSA BERSETUJU DENGAN KERTAS KERJA AWAK ITU.
INI SATU RANCANGAN BESAR DAN MEMAKAN MANGSA. SUDAH TENTULAH SAYA PERLUKAN PEMBANTU. SINCE AWAK YANG CADANGKAN, BOLEHKAH AWAK BANTU ? MUDAH SIKIT SEBAB TAK PERLU BERI ARAHAN LAGI.
HANAFIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KATEGORI C ITU WALAUPUN SUDAH KURANG BERBANDING SEMASA DULU, TAPI ALHAMDULILLAH, MASIH MENCUKUPI.
PEGAWAI2 MUDA SEKARANG CERDIK2 BELAKA .. MANA DIA NAK PAKAI PANDANGAN ORANG LAMA.
sejibik mcm ayah saya bila dah pencen. baju seluar tudm dia, kasut, stokin, tu belum masuk baju celoreng2 dan topi-topi ashkar.
ReplyDeletemula2 simpan juga konon nak buat kenangan, last2 tak kekal sebab semut, lipas dan cencurut buat jadi hakmilik.
GADISBUNGA.
ReplyDeleteSETELAH MELIHAT GAMBAR AYAH AWAK DALAM ENTRI AWAK YANG TERBARU, TERNYATA AYAH AWAK HENSEM SIKIT DARI UNCLE DAN UNCLE HENSEM BANYAK DARI DIA.
tabik spring untuk tuan dari jr. officer... minta tuan buat satu entry berkenaan ptd dulu dan sekarang. ingin sangat rasanya bertukar fikiran, maklumlah kami masih hijau dan mentah...
ReplyDeleteSHAFINAR
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BACA DAN KOMEN ENTRI LAMA SAYA.
TERINGIN JUGA NAK TULIS, TAPI TAKUT PTD MUDA SEKARANG MARAH DENGAN SAYA.