Judin nak Turus II. Berita Harian, 3 Ogos 2011
Saya pada mulanya tak bercadang nak buat apa-apa entri hari ini kerana masih keletihan membuat entri semalam tentang kunjungan ke Niagara Falls yang tak mahu timbul di blog kengkawan. Tapi bila terbaca tajuk muka depan akhbar Berita Harian hari ini (3 Ogos 2011) saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenainya sebagai bekas pegawai kerajaan.
Mungkin ramai yang tak sedar, tak tahu atau tak minat isu ini. Saya difahamkan kemelut ini terjadi bila Judin enggan mengosongkan biliknya sebagai Ketua Pengarah JKR setelah dipinjamkan sebagai ketua Eksekutif CIDB kerana menganggap pertukaran jawatannya itu tidak mengikut peraturan. Mungkin juga dia tak mahu di pinjamkan atas gred 'lateral' kerana lazimnya mereka yang dipinjamkan akan mendapat sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi. Dan timbullah isu satu kapal dua nakhoda kerana Ketua Pengarah JKR yang baru telah pun di lantik.
Seterusnya mengikut laporan Berita Harian, saya petik:
"Difahamakan, pada masa itu, proses peminjaman bercanggah dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam. Pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tigak pihak, iaitu peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai terbabit terlebih dulu, sebelum di kemukakan kepada JPA dan dirujuk kepada SPA yang kemudian mengemukakkan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di Pertuan Agong".
Selanjutanya bolehlah baca di muka surat 2, Berita Harian hari ini.
Persoalannya.
1. Urusan pinjam meminjam ini bukan sesuatu yang baru. Mungkin sehingga hari ini Kementerian, JPA dan SPA telah menguruskan peminjaman beribu-ribu pegawai.
2. Di mana MPK, FM, SOP tatacara urusan peminjaman ? Adakah ini kes terlepas pandang ?
3. Ini bukan peminjaman Pembantu Khas tetapi melibatkan seorang Ketua Pengarah dari sebuah Jabatan Teknikal yang besar dan penting. Kenapa boleh terlepas pandang ? Atau tak mungkin terlepas pandang !
4. Sebelum ini kalau ada kesilapan di Kementerian atau Jabatan, akan ada pihak atasan di Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Perdana Menteri yang melenting dan akibatnya mungkin ramai yang akan diarahkan 'berendam' di Jawatan Kumpulan (pool) JPA. Tapi kali ini hairannya, tidak ada siapa yang salah atau dipersalahkan. (Nak mengaku salah usah haraplah). Hairan sungguh kenapa jadi begini. Mungkin bulan puasa kot !
Syabas Judin kerana berani menegakkan hak. Saya tabik. Kalau bukan Judin bekas Ketua Pengarah JKR, mungkin sudah ramai yang terpaksa 'berenang'. Saya mengenali beliau dan beliau InsyaAllah juga mengenali saya. Kali terakhir dia menegur saya di Hotel Holiday Villa, Alor Star lebih setahun yang lalu.
.
saya kurang faham urusan pentadbiran di jabatan Kerajaan..namun, ayah mertua saya pernah juga duduk di Pool di Putrajaya sebab dia sakit dulu (lepas stroke), ada juga geng2 pengarah yg lain join dia.. : ) Boring dia kata, dtg punch, duduk baca paper..ekekeke
ReplyDeleteTahniah wat beliau...
ReplyDeleteDalam goverment memang byk politik...
yg sy peliknya tn hj, penggantinya adalah TKP 11 JKR...kenapa bukan TKP 1 JKR atau JKR memang takde TKP 1? huhhuhuhuh..
ReplyDeletebyknya tgn ajaib yg aturkan urusan nie kan huhuhuhhhhh
Tahniah kerana beliau mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak beliau.
ReplyDeleteDADDY ZIYYAD
ReplyDelete"POOL" JPA ADALAH UNTUK MENEMPATKAN SEMENTARA WAKTU PEGAWAI YANG TIDAK DAPAT DITEMPATKAN KERANA PELBAGAI SEBAB. ANTARANYA YANG SAYA TAHU ADALAH KERANA:
1. BARU BALIK DARI BUAT KURSUS.
2. MASALAH TATATERTIB ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG MENUNGGU KEPUTUSAN.
3. KERANA MENGALAMI PENYAKIT YANG SERIUS.
4. DITOLAK OLEH JABATAN LAMA DAN SEDANG MENCARI PENEMPATAN BARU.
SAYA TIDAK PERNAH MERASA DUDUK POOL WALAUPUN SELEPAS HABIS DARI BUAT SARJANA DULU KERANA JAWATAN SUDAH PUN MENANTI.
Saya tak tahu mcm ne sistem keje gomen. Tapi nampak gayanya mcm...entahlah ye? Tak baik buruk sangka kan?
ReplyDeletesebagai kaki tangan swasta kami hanya bekerja ikut kemahiran masing2 tiada kes pinjam meminjam kecuali di pinjamkan ke projek lain dengan kemahiran yg sama dan level juga masih sama...
ReplyDeletebila pinjam kena pulang balik...dalam kes ini boleh di pulang balik ke?
tuan haji...jgn ada yg menagguk di air keruh atau jugak balig batu sembunyi tangan udah le...
tempat saya takde pool, tapi yang tak pool pun dah macam dok dalam pool ..
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Haji Al,
ReplyDeleteDengar cerita orang yang duduk dalam 'pool tu boleh jadi gila kalau lama2 di situ. Seolah2 satu hukuman, betul ker. orang PTD mesti taukan.
Berani kerana benar..janji puas hati...Kalau jadi pak turut pun x guna..Makan dalam..
ReplyDeletedunia ini mesti ada orang yang berani. Berani membersihkan kekotoran... kalau tidak para pengotor akan bermaharajalela.
ReplyDeletemcm kes menteri besar sebuah negeri dulu. ada dua. eh. itu kes lain.
ReplyDelete.
sy rasa, dato'seri judin insyaallah masih kenal awak.
awak tak banyak berubah pun dlm setahun ni. Paling2 pun rambut je makin tebal. Paling-paling pun muka je makin terik. Paling-paling pun ukuran pinggang je kurang 5 inci. Kan?
.
saya tak faham tapi sebab ni blog uncle, saya buat2 faham aje. :D
ReplyDeletetahniah kepada beliau.tn haji ni mesti pangkat besar jugak ni dulu
ReplyDeleteyang IM dengar dia juga seorang yang kuat agama.
ReplyDeleteJEDI
ReplyDeleteDALAM KOMPENI ATAU NGO PUN SAMA. KADANG2 DALAM JKKK PUN LEBIH HEBAT.
ROM
ReplyDeleteSEKARANG INI SAYA TAK PELIK LAGI MELIHAT BENDA2 PELIK. KALAU DIBONGKARKAN CERITA2 DI BELAKANG KEMELUT INI, MAHU BERGEGAR BUMI MALAYSIA INI !
KAKCIK
ReplyDeleteDIA MENDAPAT LEBIH BAIK DARI ITU DARI SEGI GANJARAN MATERIAL.
MOMMY FARA
ReplyDeleteBURUK SANGKA MEMANG TAK BAIK. TAPI KALAU TAK ADA ANGIN TAK KAN POKOK BERGOYANG. KALAU ADA ASAP MESTI ADA API.
JUNAINA
ReplyDeleteMEMANG DIA BOLEH KEMBALI KE 'PARENT SERVICE' DIA.
TAKUTNYA BUKAN SETAKAT MENANGGUK JE, TAPI MEMUKAT SEKALI.
ANAA
ReplyDeleteDALAM TAK POOL KAT TEMPAT AWAK TU ?
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
TIDAK JUGA. SEBABNYA YANG MASUK POOL ITU ADA PELBAGAI SEBAB. RUJUK JAWAPAN SAYA KEPADA KOMEN DADDY ZIYYAD.
CIK SHINJU
ReplyDeleteLEBIH BAIK MOTONG GETAH DARI JADI PAK TURUT.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSETUJU. LEPAS INI KITA BERSIHKAN UNISEL PULAK !
KTS
ReplyDeleteMEMANG PUN KES LAIN.
SALAH. MUKA MAKIN KENDUR SEBAB SAYA TAK GUNA BOTOX.
INSYAALLAH HABIS PUASA NI, UKURAN PINGGANG AKAN BERKURANG.
SAYA DAH DAPAT BATERI ITU !
GADISBUNGA
ReplyDeleteBAGUSLAH GITU. KALAU AWAK FAHAM PUN BELUM TENTU SAMA PEMAHAMANNYA.
MONALEA
ReplyDeleteTAK ADA BESAR MANA PUN .. CUKUP MAKAN JE !
IM
ReplyDeleteITULAH YANG MEMBUAT KES INI MENJADI LEBIH MISTERI.
ada apa di UNISEL tuan?
ReplyDeleteABU MUAZ
ReplyDeleteSAYA PUN TIDAK PASTI. CUMA SAYA ADA DENGAR BERLAKU KEKECOHAN. APA SEBABNYA SAYA PUN TAK TAHU LAGI SETAKAT INI.
pool = floating post....
ReplyDeleteagak2 boleh tak saya sampai turus ni? huhu....
MENTIBANG LAUT
ReplyDeletePOSSIBILITY - YES.
PROBABILITY - SLIM.