Saya terima dua kali komen berupa permintaan dari Mak Wardah supaya saya upload gambar Kay. Satu pada 2 Ogos dan satu lagi pada 3 Ogos. Entri ini adalah sebagai memenuhi permintaan beliau dan tentunya untuk bacaan orang lain juga. Untuk makluman, Kay yang dimaksudkan oleh Mak Wardah itu adalah bekas isteri arwah Sudirman.
Mak Wardah said...Ada maklumat about Kay...uploadla gambar lama2 kat UM dulu. Kay kawen dgn aruah Sudir masa saya kecik lagi tapi sebab dia cantik sampai sekarang saya suka & minta sangat kat dia.
August 2, 2011 10:10 AM
- Mak Wardah said...
- Uploadla gambar & kisah lama2 tentang Kay & geng2 lama. Saya suka & minat sangat dengan Kay
- August 3, 2011 10:07 AM
....................................................................................................
Mak Wardah
Terima kasih kerana minat kepada Kay kawan saya sekuliah semasa di Universiti Malaya dari tahun 1974 hingga 1977 dulu.
Setelah menggeledah dari dalam kotak kasut, tupperware, album, beg, dll saya terjumpalah beberapa keping gambar lama yang ada gambar Kay di dalamnya. Rasanya Mak Wardah boleh mengenali Kay dari gambar-gambar tersebut. Gambar-gambar itu di ambil sekitar tahun 1975-76 (kalau tak silap ingatan saya).
Sebenarnya ada cerita menarik di sebalik gambar-gambar berkenaan. Gambar itu adalah gambar kami semasa misi membuat satu kertas kerja mengenai sosio-ekonomi orang asli di Perak. Saya pernah buat entri tentang pengalaman saya di sini.
Ada 7-8 grup kesemuanya kalau tidak silap saya masuk ke hutan-hutan di Semenanjung untuk tempoh lebih kurang seminggu. Satu grup pula seramai 7-9 orang dan grup saya adalah seramai 8 orang - 5 lelaki dan 3 perempuan.
Sebelum masuk hutan, mereka (geng perempuan seramai 3 orang) tak berapa rapat dengan saya. Biasalah kita kat U ada geng sendiri. Kalau budak TKC tu dengan gengnya. Kalau yang dari MCKK tu dengan geng sekolejnya juga. Itu lumrah.
Ada 7-8 grup kesemuanya kalau tidak silap saya masuk ke hutan-hutan di Semenanjung untuk tempoh lebih kurang seminggu. Satu grup pula seramai 7-9 orang dan grup saya adalah seramai 8 orang - 5 lelaki dan 3 perempuan.
Sebelum masuk hutan, mereka (geng perempuan seramai 3 orang) tak berapa rapat dengan saya. Biasalah kita kat U ada geng sendiri. Kalau budak TKC tu dengan gengnya. Kalau yang dari MCKK tu dengan geng sekolejnya juga. Itu lumrah.
Entah macam mana saya boleh termasuk ke dalam grup ini saya pun dah lupa, walhal saya tahu mereka bukan geng saya. Mungkin nak jadi ceritalah kot.
Tetapi setelah habis tempoh misi kami, hubungan kami tidaklah sedingin sebelum masuk ke hutan. Kenapa jadi begitu ? Agaknya mungkin kerana saya rajin tolong dia orang masak. Mereka ada masalah untuk menghidupkan api untuk memasak. Mungkin dia orang dah biasa pakai dapur gas atau elektrik, tak macam saya yang hidup bergelumang dengan dapur kayu. Kat tengah-tengah hutan mana nak cari gas dan letrik pada masa itu.
Sekarang ini saya telah terputus hubungan dengan dia. Kali terakhir saya jumpa Kay hampir 10 tahun dahulu di rumah kawan sekuliah juga di Bukit Damansara semasa kita mengadakan 'small reunion'.
Gambar 1: Bergambar di stesyen keretapi Tapah (ye kot !) sebelum di jemput menaiki kereta untuk ke perkampungan orang asli.
Gambar 2: Tempat kami menginap beberapa malam sebelum berpindah ke penginapan seperti gambar nombor 6. Saya pun dah lupa kenapa kami berpindah-randah.
Gambar 3: Dalam salah sebuah rumah yang kami kunjungi. Kay yang bertopi.
Gambar 3: Kami disambut mesra oleh To' Batin sebaik tiba. Yang menggalas senapang itulah To' Batinnya. Yang berbaju kuning sambil memandang ke langit melihat burung terbang itu adalah saya. Manalah tahu kok ada yang terkeliru pulak.
Gambar 4: Berehat sekejap di tepian sungai selepas letih meniti titi buluh itu yang kelihatan di sebelah kiri gambar.
Gambar 6: Yang duduk atas simen tu sekarang ini adalah Duta Besar Malaysia ke Jepun. Saya pernah buat satu entri khusus mengenai beliau selepas kejadian Tsunami melanda Jepun baru-baru ini. Entrinya di sini.
Setakat itu sahajalah gambar-gambar yang boleh saya tunjukkan. Harap Mak Wardah berpuas hati dan dapat melepas rindu kepada Kay.
.
kisah2 lama, gambar2 lama pasti ada kenangan yang mengusik jiwa...
ReplyDeleteKakak tak begitu tahu siapa tu Kay. Tapi Sudirman kakak tahulah... Hebat karan tuan ye sampai ada yg jadi duta...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesekeping gambar,sejuta makna,sejuta kenangan....
setuju dengan JunAina..memang kenangan mengusik jiwa betul.
ReplyDeletesangat memorial betul gambar gambar tu
ReplyDeleterasanya susah nak cari gambar lama lam gitu dah
Wow!
ReplyDeletePakcik kawan sekuliah dgn Kay? Tiba-tiba kenangan mengusik jiwa pula, kan Pakcik? Saya yg tak ada kena mengena nie pun tiba2 rs sayu sbb kenangan tu makin jauh tglkan kita. Bila tatap blk memori lama, mmg sayu.
Boleh bt tersenyum sendiri.
Hehhe..fesyen seluar bell bottom uncle mmg terbaik !!
ReplyDeleteassalamualaikum tn hj..
ReplyDeleteleh tak saya nak pinjam semua spek mata tue heheheee
saya teruja tengok tok batin tu dgn senapangnya... ingat pula filem lakunan arwah AR Tompel...
ReplyDeleteseronok dapat lihat gambar-gambar lama sebegini...saya pernah lihat gambar Kay terkini...memang masih cantik dan anggun...
ReplyDeletekenangan terindah ....
ReplyDeletenostalgia...
ReplyDeletemmg menarik kisah lama..
ReplyDeleterambut ala afro memang mahal la uncle :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletetu dia..betul2 kenangan
menyusik jiwa..zaman ayah
saya nih..seluar bell bottom
:)
mujur awak buat caption utk setiap gambar tu. klu tak, susah sy nak kenal pasti mana satu org asli mana satu org tak asli.
ReplyDeleteeh. awak asli ke tak?
:D
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI SINGGAH BERKONGSI MEMORI DAN BERI KOMEN. TAPI SEDIHNYA MAK WARDAH NYA TAK MUNCUL2.
ReplyDeleteSAYA DAH AGAK DAH. KALAU SAYA TAK LETAK CAPTION, ADA ORANG INGAT SAYA SALAH SEORANG DARI ORANG ASLI ITU. UTK MAKLUMAN KTS, MEMANG SAYA ORANG ASLI DARI SUKU NEGRITOS, BERASAL DARI NEGERI SEMBILAN.
Terima kasih byk2. Happynye saya, finally dapat tgk gambar kay dulu2.Saya pun tak faham kenapa saya dari kecik2 dulu minat sgt kay padahal masa dia kawen dgn Arwah Sudir saya baru std 1. Mungkin kerana Arwah begitu menyanyangi Kay hingga akhir hayat. Nostalgia betul gambar2 tu. Anyway, jasamu dikenang selama2nya. Saya suka baca blog tuan...Terima kasih.
ReplyDeleteMAK WARDAH
ReplyDeleteMEMANG BANYAK KENANGAN DARI GAMBAR-GAMBAR ITU. TAPI TAK PERLULAH SAYA CERITAKAN SEMUANYA. BIARLAH SAYA SIMPAN SEPARUH DI LUBUK HATI SAYA.
berdetak hati saya mengatakan KAY adalah kekasih pertama Pakcik...
ReplyDeleteBUDI RIJALI
ReplyDeleteDETAKAN HATI AWAK JAUH TERSASAR .. DIA ENGGANG SAYA PIPIT, MANA BOLEH TERBANG BERSAMA.