Gambar hiasan hasil carian Google.
Setelah lama hidup dan bercampur gaul dengan pelbagai lapisan dan jenis manusia, saya mungkin boleh membuat sedikit kesimpulan mengenai tanda-tanda orang sedang bermasalah. Barangkali akan ada yang tidak setuju. Ia tidak menjadi masalah kepada saya.
Antara tanda-tanda seseorang itu ada masalah pada pandangan saya adalah ..
1. Bila dia rasa cakap dia sahaja yang betul.
Dia cuma mungkin pakar buat donat sahaja, misalnya.
"sapa cakap donut stroberi kena bubuh belacan ?"
Dia tak tahu kita saja-saja je cakap macam tu nak bagi dia hot.
2. Bila dia bercakap, dia mahu semua orang mesti dengar.
Kalau dia tengah cerita pasal donut, janganlah kita nak menyampuk buat cerita kuih koci pulak. Tajam matanya memandang kat kita. Kita pun jemu jugak dengar cerita dia tentang caracaranakbuatdonutsudahlimajamterusmenerus !
3. Suka duduk sorang-sorang.
3.1 Kalau makan kat kantin/kafeteria/kedai mamak suka pergi dan duduk orang2. Duduk pula kat sudut2 yang memandang laut, padang atau dinding.
3.2 Kalau pergi surau, habis sahaja beri salam terus belah. Tak tunggu imam habis baca doa dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Kalau terpaksa juga bersalam, dia tak pandai nak senyum bahkan muka kita pun dia tak mahu pandang.
3.3 Kalau kat ofis, bagi yang ada bilik, lagi dahsyat. Dia masuk pagi, keluar petang. Entah apa yang dibuatnya kat dalam bilik kita pun tak tahu. Mungkin main dam aji sorang-sorang kot ! Kalau duduk kat pejabat terbuka pun begitu, tertonggok kat situ, tak mahu campur orang. Mereka cuma keluar masa nak pergi tandas atau cari makan/minum atau pun sebab nak pergi mesyuarat.
P/S: Baru-baru ni saya terserempak dengan seorang Tan Sri yang sudah beberapa tahun bersara, kat R & R Tapah. Dia merupakan mantan Ketua Pengarah sebuah agensi Kerajaan yang punya kuasa yang sangat besar. Dari jauh lagi dia sudah tersenyum bila nampak saya, sambil berjalan ke arah saya. Saya pun membalas senyumannya. Tetapi saya hairan.
Saya hairan kerana perangainya dulu tidak begitu. Selepas bersalaman dia pun memperkenalkan isterinya dan beritahu saya dia dari mana. Saya tak tanya pun.
Perangai dia semasa menjadi Ketua Pengarah dulu banyak mempunyai tanda-tanda seperti yang saya nyatakan di atas. Walaupun saya tidak pernah bekerja secara langsung di bawah dia, cerita mengenai perangai dia ni tersebar luas di kalangan sahabat-sahabat saya yang pernah bekerja di bawah dia. Ini dapat saya sahkan bila beberapa kali menghadiri mesyuarat yang dipengerusikannya.
Perangai dia semasa menjadi Ketua Pengarah dulu banyak mempunyai tanda-tanda seperti yang saya nyatakan di atas. Walaupun saya tidak pernah bekerja secara langsung di bawah dia, cerita mengenai perangai dia ni tersebar luas di kalangan sahabat-sahabat saya yang pernah bekerja di bawah dia. Ini dapat saya sahkan bila beberapa kali menghadiri mesyuarat yang dipengerusikannya.
Pastinya anda pembaca blog ini tidak ada tanda-tanda itu kan ?
p/s: saya ada buat confession mengenai diri saya di sini
.
Salam pagi Jumaat pakngah...
ReplyDeleteRasanya memang betul apa yang pakngah senaraikan tu, tanda2 orang yang ada masalah, peribadi mungkin.
Atau mungkin stress dengan bebanan kerja, macam Ketua Pengarah yang pakngah cakap tu, bila dah bersara, dah kurang bebanan kerja, dah lebih masa beribadah, makin tenang dia, makin kurang masalah, mulalah tersenyum semula...
Wallahualam....:)
YUS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI YUS.
MUNGKIN BETUL JUGA KAT YUS ITU. LAGI PUN SEMASA BEKERJA MEREKA PERLU MENJAGA NAMA BAIK JAWATAN YANG DI PEGANG, TAK BOLEHLAH HU HA HU HA KATA ORANG.
Ya... saya jenis yang suka duduk sorang2 memandang laut. Saya juga tidak akan bangun dari kerusi saya kalau tiada tujuan seperti hendak ke tandas atau ke kantin!
ReplyDeleteRupa2nya saya seorang yang bermasalah! :(
haha, ingatkan saya sorang, kakcik pun sama- mempunya ciri² 3.1 dan 3.3. tapi ciri 1 dan 2 takde sebab langsung tak bercakap (masalah juga tu kot)
ReplyDeletekahkahkah.
ReplyDeletebab buat donut stroberi bubuh belacan tu aku tak tahan.
:p
.
hoh...memang bermasalah orang cam ni...kekadang tu menyombong tol kalau org senyum kat die...
ReplyDeleteBila mengenang ciri-ciri iut nampak ada kebenarannya sebab bila kakak ada masalah kakak pun suka bersendirian...
ReplyDeleteHebatlah tuan...:)
Assalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDeleteSalam Jumaat.. semuga sihat dan ceria hendaknya Tuan ...Insyaallah...aaminnn...,
Ada kebenarannya apa yg Tuan nyatakan dalam en3 kali ini...
komen Yus pun bagitu juga....
Pengalaman saya, ramai yang jadi macam Ketua Pengarah tu (bukan semua kebanyakannya) bila KUASA ada ditangan dan bertukar kepada kehidupannya yang NORMAL bila KUASA itu dah jadi sejarah...
yg pastinya "Ular yg menyusur akar tak akan hilang bisanya"...tah berapa kali dah saya guna peribahasa ni....
Selamat pagi dan Salam Ramadhan..
ReplyDeleteErr..tapi kan uncle, kekadang kite tak perasan pun tindakan kite begitu..hanya orang di sekeliling yg akan perasan..betul tak?
saya pun tak berapa suka buang masa bersembang. sembang apa yang perlu dan bercampur bila perlu. kalau tak, memang saya akan duduk di cubicle sambil siapkan kerja yang hari-hari tiada kesudahan.
ReplyDeleteadakah saya juga org bermasalah bila tak mahu bergaul bercerita tentang hidup orang lain dan diri sendiri yang secara tidak lansung akan termasuk dalam golongan mengumpat itu..?
saya harap saya tidak ada masalah seperti yg disenaraikan :D
ReplyDeletenasib sy pakar MAKAN donat. bukan pakar BUAT donat.
ReplyDelete:P
.
.
chop!
2 tanda yg awak nyatakan tu tanda-tanda seseorang itu ada masalah apa?
kewangan?
cinta?
atau masalah matematik?
assalamualaikum tn hj..
ReplyDeletesy ada tanda 3.1..tp itu peraturan hehehe..klu nak kuar makan tak leh ramai2...kne gilir2 bg mengelakkan sembang lama huhuhhuhu
itu mslh ke, tn hj huhuhuhh
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSemoga Ramadhan al-Mubarak ini dapat menghilangkan segala masalah yang dihadapi. Selamat berpuasa.
TQ
salam uncle..
ReplyDeleteemm kalo kite bermasalah memang xfokus..asyik memikir..setuju ngan pendapat uncle tu..
kalo xde masalah kan bagus..tp manusia memang xlari dr masalah..cume bagaimana kite kene mengatasinye kenela bijak..hehhehe
bila hilang kuasa begitulah bang...
ReplyDeletekalau Ketua Polis mungkin dia teringat nak suruh orang tabik spring lagi padanya,, he,heee
Ade gak terjumpe jenis orang yang bercakap non-stop walaupun kite dah bg hint saya-tak-kuasa-nak-dengar-apa-awak-cakaplah!
ReplyDeletetapi dia tetap tak berhenti dan masalahnya kite pun tak boleh nak bangun!
Itu orang bermasalah ke? Huhu..
Pakcik,
ReplyDeleteBetul ke KUASA tu buat kita jadi kejam?
mana entry2 semlm? mmg arrogant betul la...huhu
ReplyDeletesalam
ReplyDeletedulu , bos pB macam nie
saya kalau ada masalah memang tak banyak cakap, cakap yg perlu dan pada yg patut saja
ReplyDeletemasalah jugak tu ..kan PakNgah
uncle, kesian sangat kalau orang mcm tu.sy ada bilik sendiri di pejabat.tapi sekejap2 saya keluar berhuha - huha dengan staff lain..sampai boss dh naik juling menjeling...alhamdulillah,sy takde penyakit mcm tu..and mintak dijauhkann..
ReplyDeleteAssalam Uncle..
ReplyDeleteSemoga dalam rahmat ALLAH selalu..
Yun pun ada masalah kot...
huhuhu...nak muhasabah diri jap..
minta di jauhkan la pada diri dengan apa yang di senaraikan di atas...
ReplyDeletesalam uncle:
ReplyDeleteini tanda ada masalah untuk seswaikan diri ngan org lain...adakah mungkin org sebegini boleh ditegur?
salam..
ReplyDeletekan mudah kalau semua orang
pakai tanda nama, pangkat dan perangai, kalau jenis ego tu tak payah kita buat saing kata orang kelantan..
ermm, Tan Sri tu, air sungai lagikan berubah inikan hati manusia.alhamdulillah dah berubah dia ye..?
Assalamualaikum pak Ngah..
ReplyDeleteSebagai manusia biasa, kita memang tak terlepas dari membuat kesilapan...harap pak Ngah bukan macam tukan ...:)
Bagi saya, saya tak boleh tahan dengan orang yang tak suka senyum...bila kita senyum kat dia...boleh dia buat tak tahu aje Pak Ngah...(pompuan)...
tapi kenapa donut? uncle dah lapar eh?
ReplyDeleteSalam Pak Ngah
ReplyDeleteAndaikata penilaian 360 darjah dah dilaksanakan pada bos sebegini, berapa agaknya score dia, dan agak2 dia berubah tak?
belajar dari perangai orang untuk improve diri sendiri..
ReplyDeleteRamainya org bermasalah kat sini. Atau ciri-ciri tu normal utk kebayakan org? Btw betul gak ciri-ciri yg dibentg tu.
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteTAK SANGKA PULAK OFIS KAKCIK MENGHADAP LAUT ! HEHE
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteMASALAH BESAR TU KALAU LANGSUNG TAK BERCAKAP. MACAMMANA NAK JADI PEMBACA BERITA !
TASEKM
ReplyDeleteEH .. TAK BUBUH KE ?
MISZ SHEYLA
ReplyDeleteUNLCE PUN SANGAT KECEWA KALAU KITA SENYUM DIA TAK LAYAN.
KAKZAKIE
ReplyDeleteKANAK2 PUN MACAM TU, KALAU DIA SENYAP JE, MESTI ADA MASALAH ATAU TELAH BUAT MASALAH.
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SAYA ULAR YANG TAK BERBISA. JADI MENYUSUR AKAR KE TIDAK, TAK ADA BEZA.
CIK SHA
ReplyDeleteBETUL .. CUMA KAWAN SEJATI SAHAJA YANG MAHU MENEGUR.
NANIE
ReplyDeleteMEMANG TAK BAIK MEMBUANG MASA APALAGI MASA YG TERBUANG TU KERANA MENGUMPAT. LEBIH2 LAGI DI BULAN PUASA INI.
CHIK NA
ReplyDeleteBAGUSLAH BEGITU.
KTS
ReplyDeleteBAGUS SOALAN ITU .. HANYA DIA YANG TAHU MASALAHNYA. MUNGKIN JUGA BUASIR ATAU SEMBELIT ATAU DI BURU AH LONG !
ROM
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
ITU BUKAN MASALAH. JANGAN CARI MASALAH. HEHE
ADMIN P@P
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. MUDAH2AN. SELAMAT MENERUSKAN PUASA.
CIKCERIACORNER
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
PANDAI MENGATASI MASALAH ADALAH BIJAK DAN TIDAK MENJADI MASAALAH KEPADA ORANG JUGA ADALAH BAIK.
ABU MUAZ
ReplyDeleteJADI CIKGU BAGUS. DAH PENCEN PUN ORANG PANGGIL CIKGU LAGI.
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteITULAH MASALAH SEPERTI NO. 2
MOMMY FARA
ReplyDeleteBETUL KALAU TAK ADA 'CHECK AND BALANCE'
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteTAK ADA PERGI KE MANA. ADA KAT SITU. AWAK YANG TAK PANDAI CARI. HEHE
PB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
APA JADI DENGAN DIA SEKARANG ?
IBUINTAN
ReplyDeleteKALAU TAK CAKAP MACAM MANA ORANG NAK TOLONG SELESAIKAN. DAH JADI MASALAH KEPADA ORANG PULAK !
MIMIE
ReplyDeleteUNCLE BOLEH TAHU DARI FB AWAK, AWAK MEMANG TAK ADA MASALAH BERKAWAN.
CIK SHINJU
ReplyDeleteTAK ADA SIAPA YANG TAK ADA MASALAH. TETAPI JANGAN LARI DARI MASALAH. YANG LARI DARI MASALAH TU, YANG BUNUH DIRI, AMBIL DADAH ATAU ARAK.
AMY SYAQUENA
ReplyDeleteBAGUSLAH KALAU AWAK TAK ADA TANDA2 ITU.
MASZUBER
ReplyDeleteKALAU PINTU HATINYA TELAH TERTUTUP ATAU DITUTUP, MEMANG PAYAH UNTUK DI TEGUR. DOAKAN SAHAJALAH SUPAYA DIA BERUBAH.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TETIBA SAYA TERINGAT SATU LAGU
"MASA MERUBAH SEGALANYA"
AZI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
PAKNGAH PUN BANYAK MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK BERHENTI DARI BELAJAR. ADA YANG DAPAT DIPERBAIKI DAN ADA YANG SUDAH TERLEWAT.
KEPADA YANG TAK SENYUM BALIK TU, TAK APA, AWAK DAPAT PAHALA PERCUMA.
TAPI PAKNGAH PUN TAK TAHAN JUGA. HEHE
GADISBUNGA
ReplyDeleteBOLEH TUKAR KUEH LAIN, KALAU AWAK SUKA.
HANAFIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PENILAIAN 360 DARJAH INI ADA JUGA TAK BAIKNYA .. BOLEH MENJURUS KEPADA ANAK BUAH MENJADI BESAR KEPALA.
IM
ReplyDeleteMEMANG KITA AKAN TERUS BELAJAR, KALAU TIDAK DARI ORANG, DARI ALAM INI.
KATA ORANG MINANG "ALAM TERKEMBANG DIJADIKAN GURU"
AIDA ALI
ReplyDeleteSEMUA ORANG ADA MASALAH. CUMA BEZANYA ANTARA SATU DENGAN LAIN, IALAH BAGAIMANA KITA MENANGANINYA.
Thanks Pak Ngah, respond Pak Ngah tu memberi saya idea baru untuk discussion findings saya. Saya tgh cari idea untuk kritik adakah 360 mungkin berkesan. Tapi kena support dengan literature review.
ReplyDeletep/s - kalaulah semua respondents saya ada blog mcm Pak Ngah...senang hidup saya, hehehe.
HANAFIAH
ReplyDeleteHIDUP INI TIDAK SEMUANYA SENANG. BUKAN SENANG NAK SENANG.
MARI KITA LIHAT PERSPKETIF YANG LEBIH LUAS. DALAM SISTEM POLITIK KITA, RAKYAT YANG MENILAI PEMIMPIN. KITA LIHAT KADANG2 KERAJAAN TERPAKSA TUNDUK KEPADA KEHENDAK MINORITI KERANA BIMBANGKAN KESANNYA SEMASA P/RAYA KALAU TIDAK DITURUTI.
AKHIRNYA HASILNYA 2X5 DENGAN SISTEM PENILAIAN SEKARANG KERANA MUNGKIN MASALAH 'INSUBORDINATION' PULAK TIMBUL. IA LAGI BAHAYA.
WALLAHUA'LAM.
Kalau dilihat dr segi psikologi, sebenarnye persoalannye ialah apa jenis masalah yg dihadapi oleh org yg macam dinyatakan diatas. Saya mengaku saya jenis yg duduk sorang sorang kerana dr kecil saya hidup seorang dan tiada kawan kawan. Jadi saya jadi kekok bila nak bersosial. Tapi alhamdulillah saya semakin mudah utk bersosial. tapi saya sering prasangka bahawa kawan ni hanya utk mengambil kesempatan atas diri kita. yelah masa senang nak pinjam duitlah, nak sign penjamin loanlah, jadi penjamin anaklah tapi bila susah sorang pon tiada. Jadi kita kena berhati hati siapa yg kita kawan dan bagi Ketua Pengarah ke apa, kalau kita mesra sangat orang akan kata kita ni tak tegas dan pilih bulu. terutamanye yg pompuan org gosip kita guna kuasa utk pikat pompuan. memang susah hidup ni. buat susah tak buat pon susah.
ReplyDeleteKalau dilihat dr segi psikologi, sebenarnye persoalannye ialah apa jenis masalah yg dihadapi oleh org yg macam dinyatakan diatas. Saya mengaku saya jenis yg duduk sorang sorang kerana dr kecil saya hidup seorang dan tiada kawan kawan. Jadi saya jadi kekok bila nak bersosial. Tapi alhamdulillah saya semakin mudah utk bersosial. tapi saya sering prasangka bahawa kawan ni hanya utk mengambil kesempatan atas diri kita. yelah masa senang nak pinjam duitlah, nak sign penjamin loanlah, jadi penjamin anaklah tapi bila susah sorang pon tiada. Jadi kita kena berhati hati siapa yg kita kawan dan bagi Ketua Pengarah ke apa, kalau kita mesra sangat orang akan kata kita ni tak tegas dan pilih bulu. terutamanye yg pompuan org gosip kita guna kuasa utk pikat pompuan. memang susah hidup ni. buat susah tak buat pon susah.
ReplyDeleteKalau dilihat dr segi psikologi, apa sebenarnye masalah yg dihadapi oleh org macam ni? Saya akui saya pon duduk sorang sorang kerana sejak dulu lagi saya tak ada kawan dan susah nak bersosial. Saya ada anggapan bahawa berkawan ni menyusahkan sahaja yelah masa senang manis mulut nak pinjam duit, sign penjamin loan, jadi penjamin anak tapi bila susah batang hidung pon tak nampak. Kalau Ketua Pengarah tu kena jaga pergaulan, kalau mesra sangat dikatakan tak tegas dan kalau yg pompuan akan digosip ada affair. Buat susah tak buat pon susah.
ReplyDeleteKalau di lihat dr segi psikologi, apa sebenarnye masalah itu? Saya akui bahawa saya suka duduk sorang sorang kerana sejak kecil saya tidak ramai kawan dan susah utk bersosial kerana sering dibuli. Kawan ni hanya masa senang aje yelah pinjam duit, sign penjamin loan, jadi penjamin anak tapi bila susah batang hidung pon tak nampak. Kalau Ketua Pengarah itu kena jaga pergaulan kalau mesra sangat sama staf nanti org kata tak tegas dan lembik terutamanye sama staf pompuan jadi bahan gosip ada affairs. Buat susah tak buat pon susah.
ReplyDeletememang kata orang tu .. kawan ketawa senang di cari ...
Deletesaya banyak berjumpa boss yang tegas tapi disayangi .. kita juga boleh membezakan antara bos yang suka meleseh dgn bos yang bertimbangrasa.
itu hanya pandangan saya sahaja. apa-apa pun terima kasih kerana membaca entri lama saya dan memberikan pendapat.