Hari ini hari ulangtahun yang ke 31 perkahwinan saya dengan isteri saya sekarang. Ada dua pertambahan berbanding dengan tahun lalu. Pertama; pertambahan umur dan ke dua; pertambahan seorang lagi menantu lelaki.
Saya tak bercadang hendak membuat entri baru mengenai sejarah perkahwinan saya kali ini kerana entri tahun lalu masih relevan. Kalau teringin nak baca, sila klik di sini. Setakat ini entri tersebut memegang rekod paling banyak orang komen.
Beberapa keping gambar perkahwinan anak saya tempoh hari di Alor Setar, Kedah sebagai bukti saya telah mendapat menantu baru.
Gambar 1. Agak-agak dia makan tak ayam goreng yang saya tayang depan muka dia ?
Gambar 2: Keluarga kami dari NS minus yang dah terlepas ke Padang Besar.
Gambar 3: "The apple does not fall far from the tree"
(bapa borek anak rintik)
******************************************************************
Makngah sekarang dan 32 tahun dulu.
Tumpang semangkuk !
Sekarang saya sudah bersara. Saya gembira kerana sedikit sebanyak dapat membantu beliau di rumah. Mungkin apa yang saya bantu, tak sampai suku pun dari beban dia, tapi itu pun saya rasa sudah berat, terutamanya menjemput anak sekolah. Saya tak tahu bagaimana dia memikul beban ini selama ini tanpa adalah sikit merungut. Saya mengagumi dia. Itu sebab entri saya yang pertama bertarikh 24 April 2009 dalam blog saya ini, saya dedikasikan kepada surirumahtangga sepenuh masa. Entrinya ada di sini. Saya tersenyum membaca gaya bahasa pada masa itu .. masih suci bersih lagi. hehe.
MR HAH
ReplyDeletedah 32 tahun yer huhu saye baru nak tempah kad kawin dan negotiate harga fotographer huhu. Jemput tuan dan keluarga ke majlis saya nanti. kad akan menyusur kemudian hehheh.
maaf tak dapat hadir majlis puteri tuan tempoh hari kerana saya di lanyak di PD ketika itu.
Semoga berbahagia dan hepi (sebagai pesara) bersama keluarga tercinta!
ODP ULP
SANI
ReplyDeleteINSYAALLAH SAYA AKAN CUBA MENGHADIRKAN DIRI, KALAU TIADA BERHALANGAN.
TAHNIAH IN ADVANCE !
Assalamualaikum uncle..
ReplyDeletehappy aniversarry.... 31 tahun, tempoh yang mmg lama.. apatah lagi ayu y baru nak amsuk 8 tahun 23 hb ogos ini (bulan aniversarry kita yang sama sebenarnya)
ayu mendoakan ianya kekal selamanya....
tahniah dapat menantu, suka dgn gelagat uncle di meja makan berhadap..
uncle... mak ngah mmg cun... walau berusia tetap cun
Mak ngah memang cun melecun....
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun perkahwinan. Semoga tetap berbahagia dan berkasih sayang hingga ke akhir hayat. :)
ReplyDeleteisteri kalau mengembira dan mentaati suami dijanji syurga....
ReplyDeletesuami mengembirakan ibunya pula juga dijanji syurga...
CITARASA RINDUAN
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA AYU ITU. HAPPY ANNIVERSARY JUGA KEPADA AYU IN ADVANCE. SEMOGA TERUS BERBAHAGIA.
SELAMAT MENERUSKAN PUASA.
A KL CITIZEN
ReplyDeleteSELAMAT PAGI CIKGU DAN TERIMA KASIH CIKGU.
KAKCIK
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. AMIN.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSAYA CUMA DAPAT MENDOAKAN AGAR ROH IBU SAYA DILETAKKAN DI KALANGAN ROH ORANG-ORANG YANG MUTTAQIN DAN MUKHLISIN.
Alhamdulillah..
ReplyDeletesemoga kekal hingga ke akhir hayat .. Aminnnn ..
*
32 tahun sudah..alhamdulillah...makngah dulu ngan skang mantain cun..hehehe...
ReplyDeleteeh 32 ke 31...huhuhu..papepun semoga berkekalan..tahniah dpt menantu baru
ReplyDeletebos!
ReplyDeleteselamat ulangtahun bos ;o)
semoga terus kekal & bahagia selamanya.
p/s: share la tips sket buat org baru setaun jagung ni hehe
tahniah.. semoga saya dapat mencapai angka itu nanti.. saya baru 5 tahun.. jauh lagi dari angka itu
ReplyDeleteTahnaih tuan dah 32 tahun... Memang pun patut dah punya menantu. Cantik anak tuan macam Mak Ngah yg maintain hingga kini...
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 32 dari kakak...:)
assalam..tahniah dan selamat ulang tahun..mak ngah makin cantik..
ReplyDeleteTahniah dengan usia perkahwinan 32. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
ReplyDeleteselamat ulangtahun ke 31 kepada uncle dengan isteri uncle yang sekarang. hihi~
ReplyDeleteselamat ulang tahun.
ReplyDeletesila turunkan petua kebahagiaan rumah tangga pd saya ye..
:)
.
TAHNIAH tuan haji kerana mampu bertahan hingga kini.
ReplyDeletekeikhlasan dalam perkahwinan akan berbahagia sehingga ke akhirnya. Mak Ngahnya org Perlis (baca dari entri terdahulu) ye AINA pun org perlis jugak!
Ctklah Mak Ngah....mst Mak Ngah orgnya lembut kan Pakcik?
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun Perkahwinan ye Pakcik!
Selamat hari ulangtahun perkahwinan buat pakngah dan makngah...
ReplyDeleteTempoh yang cukup lama, dan moga terus bahagia hingga ke akhirnya...
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Pak Ngah..semoga akan berbahagia berdua hingga hujung nyawa..moga rezeki makin bertambah (cucu?)dan diberi perlindungan oleh Allah selalu..bertuah Pak Ngah..makin bertambah umur, Mak Ngah, makin cantik...:)
ReplyDeletep/s..Pak Ngah..saya pun bulan ogos jugak..:)
Selamat Ulangtahun yg ke 31 uncle !!
ReplyDeleteBila dah duduk rumah baru kita sedar pengorbanan isteri kan....:)
Anak uncle yg masih bersekolah tu, mmg uncle rancang ke, atau tak disangka sangka? ekekekeke
Salam Tuan hajji
ReplyDeletesemoga rukun damai berbahagia berpanjangan....jalan tuan hajji suami isteri , jauh kedepan, panjang lagi saya nak tempa...
selamat ulangtahun. maghrib nanti boleh raikan dgn makan kurma dan kismis. biar makin kuat ingatan dan kasih sayang :D
ReplyDeleteMungkin apa yang saya bantu, tak sampai suku pun dari beban dia, tapi itu pun saya rasa sudah berat,
ReplyDeleteberat eh?
adakah itu sebabnya kenapa awak bersanding pakai pelapik kaki, mak ngah tak?
hurm. sy pun kagum dgn makngah
:D
Kagum.Speechless!
ReplyDelete:-) Assalamualaikum...tumpang seronok..tumpang gembira kerana pakcik @ uncle @ pakngah @ tuan (agak2nya yg mana lebih sesuai untuk saya panggil??)..dapat menyambut ulg/thn perkahwinan yg ke 31..hampir sama dgn usia saya..tapi kena tambah 1 thn..usia perkahwinan saya baru masuk ketahun 10..masih muda lagi..Blog pakcik ni saya jumpa dgn tidak sengaja(bukan suka2 cari dan saya tak kenal pun pakcik)..namun saya jatuh hati dengan pakcik(opss marah makngah nanti..minta maaf ya,makngah!)jatuh hati dgn blog pakcik!..Sila beri tunjuk ajar..
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 31! Semoga terus berbahagia bersama hingga ke akhir hayat, amin!
ReplyDeletetahniah pakngah dan makngah
ReplyDeletesemoga bahagia bersama keluarga anak2 dan cucu cucu
sehingga ke akhir hayat amin....
tahniah kepada ibu bapa @ suami isteri & anak
ReplyDeletetahniah pakngah AL! semoga berkekalan kasih sayang bahagia hingga ke syurgaaaaa
ReplyDeleteSalam Pak Ngah,
ReplyDeleteTahniah dari kami sekeluarga.
Saya baca entri pertama tu...gaya bahasa ada ala-ala menjawab soalan parlimen lak..heheh
tahniah PakNgah dan MakNgah
ReplyDeletehanya doa... moga terus berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa
UJI6JUNE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA ITU. AMIN.
MISZ SHEYLA
ReplyDelete31 SEBENARNYA. PAKNGAH PUN MAINTAIN JUGA.
FATRINA
ReplyDeleteTIPS NYA SENANG JER .. JANGAN GADUH-GADUH !
BABY
ReplyDeleteTERIMA KASIH. INSYAALLAH AKAN SAMPAI MASANYA.
KAKZAKIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH. BUKAN DAH ADA MENANTU SAHAJA TAPI SUDAH BERCUCU DARI ANAK PERTAMA.
ACIK ERNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ASYIK2 PUJI MAKNGAHNYA.
POK LI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
GADISBUNGA
ReplyDeleteTERIMA KASIH. APASAL AWAK CAKAP ISTERI SEKARANG ?
TASEK M
ReplyDeleteTAK ADA PETUA APA-APA PUN, CUMA JANGAN BERGADUH JE LAH PETUANYA.
JUNAINA
ReplyDeleteYA MAKNGAHNYA ORANG PERLIS. JALAN ALOR SENA, SEBELUM SAMPAI BESERI. ENTAH2 AWAK BERDUA BERSAUDARA.
MOMMY FARA
ReplyDeleteTERIAM KASIH ATAS UCAPAN ITU. SELALUNYA BEGITULAH, KECUALI KALAU DIA MARAHKAN SESUATU DIA JADI TRANSFORMER. HEHE
YUS
ReplyDeleteRASANYA MACAM TAK LAMA .. TAPI BILA TENGOK ANGKA MACAM DAH LAMA.
AZI
ReplyDeleteSELAMAT ULANG TAHUN JUGA KEPADA AWAK. SEBENARNYA SAYA MEMANG SUDAH ADA CUCU DARI ANAK YANG PERTAMA. SEKARANG DAH BERUMUR 2 TAHUN.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteMEMANG DIRANCANG DAN TUHAN MEMPERKENANKAN.
AZANI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BILA TENGOK KE BELAKANG, MACAM BARU JE RASANYA.
KTS 1
ReplyDeleteDAH MAKAN KURMA DAH. KISMIS TAK ADA.
KTS 2
A'AH SAYA PUN BARU PERASAN PAKAI PELAPIK KAKI. KENAPA EK ?
HANI
ReplyDeleteTERIMA KASIH. DOAKAN SAYA TERUS BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.
IEDA79
ReplyDeleteNAK PANGGIL APA PUN TAK APA, MANA YANG AWAK SELESA.
KIRANYA AWAK KAWIN PUN DI USIA YANG MUDA YE !
DINAS ALDI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA ITU. AMIN
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA ITU. MUDAH2AN DIMAKBULKANNYA.
SONATA ANAK KANCIL
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
SZ
ReplyDeleteTERIMA KASIH. MOGA2 BEGITULAH HENDAKNYA.
HANAFIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
MEMANG BAHASA SAYA MASA ITU BELUM TERCEMAR LAGI. HEHE
IBU INTAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. MOGA2 DIPERKENANKANNYA.