Saturday, August 13, 2011

WAHAI PENIAGA PARAM !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixTd511Xu62FRH1kye-SWycGp1ZmTs2fz9JS9Haa_DiDRgvh78cPLxyR4r64u29CqvqXMZ_qshiea8rWV1GyeqMT_ZW_iP9FdQV-OYBtvsLQl7T83vB3AlHlxaBNwxzP9P1oAo-i63Qodv/s1600/bazaar-ramadhan-rakan-muda-unisel.jpg

 Gambar hiasan hasil carian Google.

dengar sini wahai peniaga-peniaga PARAM aku nak bermadah
kalau berniaga janganlah nak cari untung dengan cara mudah
rasa makanan yang kau jual ada yang macam sampah
aku makan kadang-kadang rasa  macam nak muntah
ikutkan hati bila jumpa kau mahu je engkau aku ludah
nasib baik aku puasa, kesabaran ku tidak cepat goyah
kalau rezeki  tak berkat hidup korang  sampai bila pun susah
apa ke tidaknya hari-hari asyik kena sumpah seranah
aku harap lepas ni engkau segera bertaubat dan  berubah
kalau tidak hidup korang di SANA nanti menyesal tak sudah 
nampak tak bila aku marah aku tulis guna dakwat merah

tak fasal-fasal pahala puasa aku punah atau tinggal setengah
disebabkan perangai peniaga PARAM ramai yang tak semenggah.



Nota kaki:  Saya telah pun pos entri ini kat FB saya kelmarin. Memandangkan ada kengkawan kts yang tak ada FB, saya pos kat sini pulak. Entri ini diilhamkan dari 3 entri terakhir blog budak ini.


22 comments:

  1. terbaik boss...patutkan sajak tu kene print bagi kat semua peniaga tu...

    geram kan kadang2 tengok mangsa2 yang membeli juadah nak berbuka tapi kene tipu akhirnya..tak sedap

    ermm saya mmg jarang beli kat param..masak sendiri puas hati

    ReplyDelete
  2. setuju gak.... kdg2 tu harga tak setimpal dengan rasa makanan tu....

    ReplyDelete
  3. masakan "home-made" jugak yang terbaik~he~~

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Ngah..
    Memang makanan kat PR tak setimpal dengan harga yg.kita bayar...sebab tu tahun ni, saya tak beli langsung lauk pauk..semuanya masak sendiri....puas hati...:)

    ReplyDelete
  5. lekeh2 ..... goreng ikan masin kat umah lagi sedap.....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. yupp betul tu...sabor jelah dgn mereka2 ni...nampaknya masak sendiri lebih berbaloi dan terjamin...

    ReplyDelete
  8. Hehehehehe...
    Tapi kesian kat peniaga PARAM nie. Walau minoriti yg betul-betul ikhlas meniaga, tapi tempias tetap kena pada mereka akibat yg majoriti tu...

    =(

    ReplyDelete
  9. mkn megi cup lebih sedap dari bayar mahal kat bazaar tapi makanan hamfeh.

    ReplyDelete
  10. rasa makanan yang kau jual ada yang macam sampah

    serius?
    awak pernah rasa sampah?


    .
    .
    .

    errr.. awak marah ke sy tanya soalan tu. gurau2 pun takleh? ok. sorry!

    klu awak tak marah, awak jawab komen ni guna dakwat hitam eh.

    ReplyDelete
  11. sebab tu tun masak tiap2 hari. mmg x beli makanan kt bazar. masa zaman kt kolej je xde pilihan pegi la beli makanan kt bazar, tu pun x harap sgt kalau kuih2 ni, kdg2 yg semalam x habis, jual arini. huh.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..
    setakat ni sya masih gagahkan diri masak sendiri dan buat kue2 sendiri sebagai pencuci mulut
    sebab utama tak mahu ahli keluarga keracunan dan yang paling utama kalau tak sodap
    wajiblah ke tong sampahkan? dah membazir.

    ReplyDelete
  13. kebelakangan ni banyak juga No dengar rungutan pasal PARAM nih..alhamulillah suami No jenis tak suka makan beli ni..jd No masak la ala kado je untuk santapan keluarga..

    ReplyDelete
  14. Bagusnya Ramadhan. Munculkan peniaga PARAM. Tapi ada pula yg buat duit haram. Makanan yg dijualnya juadah berperam. Hati pembeli bengkak & geram.

    Kalau tiap gerai ada nombor dan nama pemilik, bolehlah kita cuba laporkan kepada pihak yang berwajib. Tapi takut pula kalau-kalau telah banyak kali Ramadhan berlalu, kes masih ditangguhkan juga.

    ReplyDelete
  15. betul tu...dh la mahal...ada tu xsedap lgsung...masak sendiri lg sedap...hehe

    ReplyDelete
  16. dah terkena bang... asyik keluar masuk jamban jee... sampai tak berani nak terawih kat surau... geram, geram....rasa nak tenyeh-tenyeh penjual jenis ni

    ReplyDelete
  17. berniaga mau ikhlas...
    baru jasa akan terbalas...

    ReplyDelete
  18. thank you for the N3..mmg sepatutnya di beri ingatan buat mereka, bukan main nak untung saja..

    ReplyDelete
  19. Sallam Ramadhan Tuan Haji,

    Jangan beli dah kat Param, kita pakat masak sendiri. Lebih sedap dan tidak was2..

    ReplyDelete
  20. Mereka menyediakan makanan mungkin tanpa merasanya. Sedap atau tidak janji jadi.

    Perniagaan yang tak ikhlas tu.

    ReplyDelete
  21. KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERI KOMEN.

    - RATA-RATA SETUJU MAKANAN DIJUAL DIPRAM TAK SEDAP DAN MAHAL. LEBIH BAIK MASAK SENDIRI.

    - BUKANLAH SEMUANYA PENIAGA PARAM BEGITU TETAPI MAJORITINYA JUAL MAKANAN TAK SEDAP DAN MAHAL.

    - SERIOUSLY SAYA TAK PERNAH RASA SAMPAH SEPERTI YG DITANYA KTS. TAPI SAYA TAHU SAMPAH TAK SEDAP, SEBAB ITU ORANG BUANG.

    - KEPADA MENTIBANG LAUT, PERKATAAN PARAM ADALAH KEPENDEKAN PASAR RAMADHAN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.