Saya suka iklan henfon ini. Dia hanya cerita kehebatan dan kecanggihan henfon dia sahaja. Dia langsung tak cerita kelemahan atau kekurangan henfon keluaran syarikat lain.
Melalui cara ini, ia boleh mengelakkan pihak saingannya mengata balik dan sekaligus dapat mengelakkan perbalahan.
Kan ke bagus kalau parti-parti politik di Malaysia ini mengikut contoh pengiklanan syarikat henfon ini !
Skg nie tak ley nak komen lebih2. Kang ade yg kene gari tangan dpn umah. Wahahahahah! Alamak! Pakcik, sy dah terlanjur komen ke nie?
ReplyDeleteErr....
kalau kena gari boleh saman RM100 juta .. dapat RM10 juta pun jadilah.
DeleteHuh...simple tapi mendalam maksudnye...setuju!
ReplyDeleteboleh diapplikasikan kepada banyak keadaan ..
Deletesaya pun pakai hp ni juge :)
ReplyDeletesaya tak suka .. sebab tak boleh hantar sms masa naik motor .. hehe
Deletecanggih nmpk hp ni uncle.
ReplyDeletememang canggih .. anak saya beli satu. macam2 applikasi ada dalamnya.
Deleteahahaha...ikut mcm iklan telefon..jangan ikut macam iklan dynamo tau.. hihi..
ReplyDeletemungkin telefon ini buatan korea .. budaya mereka lain sikit.
Deletesepatutnya macam tuh la...
ReplyDeletetapi demi kuasa, masing2 mana ikut cara macam nih...
perangai orang yg berebut kuasa tak berubah sejak beribu tahun dulu ..
DeleteItulah perbezaan antara iklan vs politik! :D
ReplyDeletekita boleh juga ambil iktibar .. tanpa memperkecilkan lawan pun, henfon itu berjaya menjadi juara dunia sekarang.
Deletetp kalau talian henfon mmg kuat ngutuk...yg kuning(digi) perli si hijau (maxis), si hijau perli si biru (celcom), si biru perli si merah (hotlink)!
ReplyDeleteeh, kalau pakai formula warna pun nampak politik gak..ermmm hancusss
itulah perangai orang kita ..
Deletekat Thailand .. tak habis2 warna kuning lawan warna merah walaupun mereka bangsa yang sama.
saya dah pernah rasa 'turned off' dek sorng peniaga yg promo pasal produk dia, dan tup tup dia pi cerita keburukan produk lain.
ReplyDeletemmg sori la saya nak beli...
peniaga tu nampaknya gagal untuk 'turned on' awak balik .. hehe
Deleteeh, sebenarnya saya nak komen lain...
ReplyDeletekomen sebenar: fon tu cantik kan uncle? :D
kecantikannya hanya sementara .. sementara keluar henfon baru yang lebih cantik !
DeleteTQ dah add no ke 160. Saya sangat menghargainya.
ReplyDeletesaya juga menghargai blog saya tersenarai dalam bloglist awak .. terima kasih banyak2.
DeleteSaya suke entry ni, uncle :)
ReplyDeleteterima kasih kerana suka .. ucle pun suka bila awak suka.
DeleteTAPI ADA IKLAN YANG PENIPU.. (BUKAN IKLAN TELEFON INI)
ReplyDeletesifat iklan memang begitu .. tapi kita janganlah terlau mudah tertipu.
DeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteSaya setuju!!!!"menonjolkan" sesuatu produk atau 'dirinya' tanpa memburukkan saingannya adalah orang yang sangat hebatttt...sekaligus mencerminkan dirinya yang sebenar....
salam kembali
Deletememang betul .. tapi kalau memperlekehkan orang lain mudah sikit kerjanya.
dalam pengiklanan pun kalau tak silap ada etika nya. Tak boleh burukkan pesaing. Ingat-ingat lupa..pernah belajar dalam subjek commerce dulu..
ReplyDeletedalam semua bidang ada etikanya samada tertulis ataupun tidak .. cuma ada segelintir yang tak memperdulikannya.
DeleteManusia memang macam tu nak tutup kelemahan diri sendiri buka le kelemahan org lain...
ReplyDeleteTapi Tuan Haji hp tu kalau dapat free mesti best!
saya nak cari henfon yang boleh ditransform jadi joran ..
Deleteada iklan telefon yang terang terang kutuk pesaingnya.. contoh Blackberry vs Iphone dan iphone vs blackberry...kih kih kih...
ReplyDeletetak tau kenapa, tapi mana mana parti pon kalau boleh nak tunjukkan kelemahan orang lain, tapi kelemahan sendiri jelas nampak.
kita sebagai pengguna atau pengundi jangan mudah sangat terkesima dengan kata-kata atau janji mereka ..
Deletesebab ramai yg berfikir, berada di atas tu penuh ganjaran.. kalau ramai yg berfikir, berada di atas tu penuh amanah dan bebanan, bahkan ramai pula yg sanggup sebut kelebihan pihak lawan .. (",)
ReplyDeletesaya teringat bila nak sembahyang, masing-masing bertolak-tolak suruh orang lain jadi imam ..
Deletesaya pernah jumpa orang macam ni, padahal dia tu tak baik sangat pun.
ReplyDeletetakde kaitan ngan politik. just personal experience
jadi janganlah jadi macam orang itu !
Delete