Terimalah tiga entri ringan di malam minggu sebagai memenuhi kuota hari ini.
GadisBunga bertanya tentang mug saya. Saya kata masih sihat walafiat seperti terbukti dalam gambar di bawah.
..........................................................................................................................................
Entri 2: Buku apa ?
Aujinz bertanya buku apa yang diberikan oleh Tuan Temuk. Tajuk buku-buku tersebut adalah seperti di bawah.
.........................................................................................................................................
Entri 3: Apa ada di dalam beg ?
Entri 3: Apa ada di dalam beg ?
Nieda nak tahu apa yang ada dalam beg yang saya tayangkan dalam entri sebelum ini. Antara isinya ialah kain sutera untuk Makngahnya buat baju Raya Puasa nanti seperti gambar di bawah.
Koleksi mug yang terjaga rapi :D
ReplyDeletetaklah rapi sangat .. sebab saya malas nak cuci habuknya.
Deletewah..koleksi mug ada almari khas.. mug2 yg saya dapat semua sudah disedekahkan sbb takde kwsn nak letak..hehe
ReplyDeletekalau ada lagi .. silalah sedekahkan kat saya ya !
Deletepergh, koleksi mug yang sangat kebabom! boleh jadi tarikan utama dalam rumah.
ReplyDeleteada kenakan tiket boleh tak ? hehe
Deleteassalam AL..memang banyak betul mug tu..tak pernah guna ke..
ReplyDeletetak ada siapa berani nak guna .. takut dimarahi yg empunya.
Deletesuka tengok koleksi mug tu.setiap mug mesti ada kenangan kan tuan?
ReplyDeletememang setiap mug itu ada ceritanya sendiri .. tapi sayang saya dah lupa kebanyakan ceritanya.
DeleteTq2, kalau bab menyopping suka je saya nak tengok.
ReplyDeleteitu sifat yang normal bagi seorang manusia perempuan. hehe
DeleteMug - koleksi hebat tu! Pertama kali saya melihat mug "jari-jari" yang sungguh menarik. Tajuk Buku - segan silu pula saya dek paparan tu. Walau apa pun semoga isinya bermanfaat. Dalam beg - semoga sempat disiapkan baju raya makngah tu oleh penjahitnya. Al-lavendari tak cari penjahit jugakah? Selamat berhujung minggu.
ReplyDelete1. yang macam2 jari2 tu harta benda anak saya yang menumpang lemari mug saya ..
Delete2. mungkin lepas ni ramai yang cari buku itu.
3. mungkin makngahnya nak jahit sendiri sebab semalam dia baru beli mesin jahit tepi.
4. cari penjahit ke cari penyakit ? hehe
...berkenan dengan kain sutera itu.
ReplyDeleteawak belum tengok lagi orang yang menjualnya ..
DeleteOoo.. buku menarik tue.
ReplyDeleteBanyaknya koleksi Mug Uncle Hamzah. *Terbeliak biji mata*
kalau awak nak menyumbang .. saya terima sahaja.
Deletesaya baruuuu dapat tgk. mekasih uncle sebab tunjukkan kesihatan mug mug tu.
ReplyDelete:D
sebenarnya itu gambar kitar semula dari entri uncle sebelum ini.
Delete