Friday, June 15, 2012

JANGAN GEMAR MEMPERBESAR !

.


imej di atas tidak ada kena mengena dengan penulis.



engkau tau tak ? semua orang kampung tak suka kat dia !

betul  ke semua orang kampung tak suka kat dia ?

taklah semua orang .. tapi ramailah jugak.

ye ke ramai ?

taklah ramai sangat .. tapi bolehlah kata sebahagian besar.

ya ke sebahagian besar ?

taklah besar sangat .. tapi besarlah jugak.

besarlah jugak tu agak-agak berapa besar ?

adalah beberapa orang.

beberapa orang tu sebenarnya berapa orang ?

adalah seorang dua ..

 seorang ke dua ?

ok lah .. ada orang tak suka kat dia.

berapa orang ?

sorang ..

siapa ?


aku !


ceh !



26 comments:

  1. Salam.

    Hakikatnya, majoriti daripada kita tidak pernah puas dengan apa yang dia ada. Sentiasa mencari kelemahan orang lain tetapi lupa membaiki kelemahan diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      semoga kita tidak termasuk dalam majoriti itu ..

      Delete
  2. Cuba 'straight to the point', kan senang? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sebenarnya dia cuba mempengaruhi orang lain supaya tak sukakan seseorang kerana dia tak sukakan orang itu .

      Delete
  3. Hahhahaaa...orang cenggini memang ramai. Kes nak tutup diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Sangat pemerhati tuan membuat N3 ini.
    Memang ujud manusia yg begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang manusia begitu ujud di mana-mana sahaja di dunia ini .. dengan itu kita perlu tanya lebih sikit utk dptkan kepastian.

      Delete
  5. dia sorang. tapi saiz badan dia sorang sama macam 4-5 orang kot?

    ReplyDelete
  6. AKU tu manusia biasa. Hehehehe. Kalau AKU tu manusia luar biasa, dah lama die g ceramah motivasi kat org yg die tak suke tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadinyua AKU itu melambangkan kita semua .. jadi tak usahlah nak eksyen kan ?

      Delete
  7. Nasib baik tak terus percaya.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pentingnya dibuat sedikit interogasi jika kita berasa was-was dengan kenyataan seseorang itu.

      Delete
  8. katun tu tengah bayangkan dapat ikan sebesar sedepam dewasa ke uncle? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. katun tu tunjukkan besar mana ikan yang dia dapat .. sedepa .. tapi sebenarnya kecik je !

      Delete
  9. Bila "aku" yang bercakap, aku rasa aku boleh kawal saiz + rupa percakapanku. Hinggalah aku berjumpa dengan "dia" yang pandai memangkas. Akhirnya aku tak boleh bercakap!

    Ayuh, ramai-ramai jadi "dia" dalam zaman ramai orang jadi "aku" ni.
    Amat bagus pemerhatian al-lavendari itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyeru supaya ramai-ramai menjadi 'dia' ..

      Delete
  10. ORANG RUMAH SAYA SUKA BERCAKAP MACAM NI.. DAH BEBERAPA KALI SAYA TEGUR.. "TAKKANLAH SEMUA..." "BIAR BETUL SEMUA", AKHIRNYA DIA KATA BEBERAPA ORANG SAJA. SAYA BERITAHU DENGAN BELIAU, KALAU BUKAN SEMUA, JANGAN KATA SEMUA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadinya entri saya ini berpaksi kepada kenyataan .. terima kasih kerana dengan jujur berkongsi. tapi orang rumah awak tak marah ke awak mengata dia kat belakang ? ke dia dah tahu ?

      Delete
  11. salam Tuan Haji,

    saya suka soal jawab gini, tapi kemudiannya orang berkenaan akan sepi seribu bahasa setiapkali berhadapan dengan saya hehe...kalau boleh nak bina jalan lain supaya dapat mengelakkan dari bertembung ngan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      harap2 kalau dia buat jalan baru, dia tak kenakan tol .. hehe

      Delete
  12. Assallamualaikum Tn,

    kalau seorang saja tak suka saya..tak apa..ramai lagi yang suka saya.

    ReplyDelete
  13. alaikumsalam.

    tapi orang tua-tua kata, berkawan seribu masih belum cukup, tapi musuh seorang sudah banyak.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.