Saturday, June 23, 2012

MASUKLAH SEPENUHNYA.

Percaya bermakna tiada keraguan. Bila ada keraguan walaupun sedikit, itu tidak percaya namanya. Itu dipanggil zan, syak atau waham. Percaya atau yakin itu umpama isteri yang tertidur dengan nyenyaknya, mungkin sehingga berdengkur di sebelah suami ketika suami memandu kereta. Kadang-kadang sehingga terpaksa dikejutkan bila sudah sampai ke destinasi. Jika ada sedikit keraguan, pastinya si isteri itu tidak akan tidur senyenyak itu. 

Keraguan pula umpama suami yang tertidur di sebelah isteri yang memandu kereta. Bila sedikit sahaja isterinya membrek secara deras, si suami akan segera terjaga. Suami itu belum sampai taraf yakin terhadap kemampuan isterinya memandu kereta. Ini adalah sebagai ibarat sahaja kerana realitinya mungkin sebaliknya.

Dalam konteks percaya kepada Allah yang merupakan tonggak pertama dalam rukum iman, adakah kita telah benar-benar percaya ? Percaya kepada Allah bermakna bahawa apa sahaja perintah atau laranganNya wajib dipatuhi tanpa sedikitpun keraguan. Apakah kita tidak sedikit pun ragu bahawa apa yang disuruh oleh Islam itu baik dan apa yang ditegahnya itu tidak baik ? Kalau kita benar-benar percaya, mengapa masih terdengar suara yang mengatakan ada hukum Allah  yang sudah tidak sesuai dengan zaman. Misalnya dalam perlaksanaan hukum hudud, pengharaman riba, keharusan berpoligami.

Tidak percaya dengan tidak mahu atau tidak mampu melaksanakannya adalah dua perkara yang berbeza.

Kalau kita tidak percaya kepada mana-mana hukum Allah, akidah kita boleh tergelincir dan boleh menjadi kafir dan tempat orang kafir adalah di neraka.  Nauzubillah.  Tetapi kalau kita tidak mahu atau belum mampu atau malas melaksanakannya, kita boleh menjadi fasiq sahaja dan berdosa.

Sayangnya kadang-kadang kita memilih-milih untuk percaya. Misalnya bila kita diwajibkan berpuasa, tidak ada keraguan tentang itu adalah suruhan Allah yang wajib dituruti. Bahkan ada orang yang cukup percaya dengan suruhan itu sehingga tidak seharipun meninggalkan puasa walaupun dia tidak sembahyang. Begitu juga dengan bab zakat. Kita berlomba-lomba dan bersungguh-sungguh sekali melaksanakannya.

Tidak ada pula kedengaran  orang Islam yang mengatakan suruhan berpuasa itu tidak adil. Tidak pernah kedengaran  orang Islam mempersoalkan kenapa mereka  sahaja diwajbkan berpuasa sedangkan orang yang bukan Islam tidak. Tidak ada orang Islam yang merungut kenapa orang bukan Islam yang makan dikhalayak ramai tidak ditangkap dan dihukum. Begitu juga tidak ada kedengaran orang Islam mengatakan hukum berzakat itu tidak adil kerana hanya orang Islam sahaja yang diwajibkan berzakat. 

Tetapi bila kita hendak melaksanakan hukum potong tangan kepada pencuri, maka akan ada suara mengatakan tidak adil kerana hukum itu tidak terpakai kepada mereka yang bukan Islam. Nanti ramailah orang Islam yang kudung. Sedangkan arahan untuk berpuasa dan arahan untuk memotong tangan itu adalah dari sumber yang satu iaitu Allah SWT. Adakah hukum puasa dan zakat itu sahaja yang baik dan betul dan hukum yang lain tidak baik dan tidak betul ? Adakah kita ingin mengingkari perintah Allah dalam ayat berikut yang menyuruh kita mematuhi SEGALA hukum-hukumnya dan bukan memilih ikut sedap rasa sendiri.
 

سُوۡرَةُ البَقَرَة

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬
(٢٠٨)

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (208)


Begitu juga dalam keharusan berpoligami. Kenapa harus ada keraguan tentang hukum ini. Kenapa kita mencari ruang untuk mencemuh dan menolaknya. Kenapa bila ada kes anak terbiar kerana bapanya berpoligami kita akan bingkas mengambilnya sebagai contoh keburukan berpoligami. Sedangkan berapa banyak anak yang terbiar yang bapanya tidak berpoligami, kita pejamkan mata.

Saya menimbulkan isu ini bukan kerana teringin sangat hendak berpoligami. Dan kalau dibuat bancian, berapa peratuskah suami di negara ini yang berpoligami.  Dan juga kalau dilanjutkan bancian itu, berapa peratuskah nisbah keluarga  berpoligami yang berantakan berbanding keluarga yang tidak berpoligami. Saya membangkitkan isu ini kerana tidak mahu ada rakan-rakan blogger kita samada perempuan mahupun lelaki yang terpengaruh dengan dakyah barat dan hasutan syaitan yang sentiasa berusaha menimbulkan keraguan tentang kesyumulan Islam. Kalau kita tidak sanggup berpoligami atau tidak mahu suami berkahwin lain kerana tidak mahu berbahagi kasih atau kekayaan misalnya, itu boleh difahami dan boleh dimaafi tetapi jangan sekali-sekali mengingkari atau menolak  hukum Allah yang mengharuskan poligami itu sebagai hukuman yang tidak sesuai dengan zaman.  Tidak sanggup atau belum bersedia melaksanakannya adalah berbeza dengan menolak atau mengingkari hukum itu. 

Saya ingin menceritakan kisah benar dalam keluarga saya.  Ada seorang saudara tua saya (lelaki) mengingatkan saya adik beradik supaya jangan terlibat dalam poligami kerana tidak mahu keluarga menjadi kucar kacir.  Akan tetapi selang beberapa tahun kemudian, dia sendiri  yang berkahwin dua. Bila saya berjumpa dia selepas itu, tanpa saya bertanya atau menyentuh sedikit pun perkahwinan dia yang kedua itu, dia berkata "siapalah abang yang ingin menolak takdir"

Ini soal akidah. Kalau kita gagal satu, kita gagal semua. Ia bukan macam ibadah. Kalau kita tidak sembahyang Subuh tetapi sembahyang fardu yang lain kita lakukan, kita hanya berdosa dalam meninggalkan sembahyang Subuh sahaja. Tetapi tidak dalam soal akidah, kalau kita menolak satu, maka kita gagal semuanya. Sayang sekali kalau kita melaksanakan rukun Islam yang lima itu sepenuhnya, tetapi kerana ragu dengan satu hukum Allah maka ibadat kita itu menjadi sia-sia sahaja. Bagi diri saya mudah sahaja, kalau saya berjumpa dengan perintah Allah yang sukar saya fahami rasionalnya, maka saya akan berkata kepada diri saya "Perintah itu benar dan aku terima sepenuhnya. Cuma aku sahaja yang jahil yang belum memahami hikmahnya"

Saya cuma ingin mengingatkan dan menyampaikan. Kalau ada yang terasa hati dengan entri ini, apakan daya saya. Saya teringat kata-kata seorang alim suatu ketika dulu kepada seorang yang meragui hukum Islam begini ..   "saya tahu kubur kita masing-masing, tapi saya bimbang akan berjiran dengan kamu di dalam kubur nanti"

p/s: Agak lama dulu saya ada menerima satu komen dari Unknown terhadap satu entri lama saya di sini. Saya tertarik membacanya dan terus menyimpananya. Berikut saya terbitkan komen beliau untuk perkongsian bersama.
 
  

35 comments:

  1. pada saya, kepercayaan sesama manusia perlu mempunyai sedikit rasa curiga kerana dalam rasa curiga itu akan timbulnya sikap berhati-hati. tetapi, tidak pada Allah. percayalah dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun begitu selalu menyimpan rasa curiga walaupun kepada anak sendiri apalagi orang yang baru dikenali.

      Delete
  2. Sangat suka akan N3 ini. Membuka mata siapa saja yg membacanya. Setuju benar akan hukum Allah tidak bolehlah didakwa-dakwi lagi. Kalau hudud itu perlu memang perlulah dilakukan. Begitu juga kalau poligami itu halal tak boleh lagi disangkal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya gembira kerana kakzakie dapat menerima apa yang saya tuliskan ini. semoga kita sama-sama sentiasa mendapat petunjukNya.

      Delete
  3. sama macam kakzakie, saya sangat suka dengan entri ini. Satu entri berilmiah, membuka mata, memberi sedikit kesedaran. Terima kasih pakngah atas entri ini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga sedikit terperanjat kerana sebelumnya saya menjangka akan mendapat reaksi yang sebaliknya dari blogger wanita. syukur kerana Yus dapat menerimanya dengan baik.

      Delete
  4. salam..

    saya sendiri pun pelik knp terlalu bnyk hukum yang tidak dibenarkan di negara malaysia ini padahal katanya malaysia termaktub di bawah negara islam.

    setuju sgt, ramai yang berpuasa penuh tp seumur hidupnya dan satu keluarga tidak pernah solat dgn alasan : org tu kan semayang tp mulut macam longkang.

    jika tulisan ini tidak memberi manfaat kepada sesetengah org harap isinya mampu membuka hati-hati insan yang masuk separuh sahaja agama di dalam hatinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberikan. semoga anda sentiasa mendapat petunjuk dan dilimpahi rahmatNya.

      Delete
  5. Assalamualaikum Abg Haji...

    Benar apa yang abg bicarakan, Islam mengajar erti kehidupan ini kepada seluruh umat manusia agar tidak tersasar daripada tugas kehambaan, dan segala bentuk tugas hamba itu sudah diperturunkan kepada kita dengan turunnya al-Quran dan perlantikan para Rasul dan Nabi.

    Bila mana kehidupan yang dijalani tidak berpaksikan kehambaan maka lahirlah manusia yang mengambil hukum Allah mengikut kehendak nafsu, yang mana dirasakan sesuai diambil dan yang mana tidak sesuai dengan jiwanya ditolak...Allahu Rabbi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaikumsalam.

      Saya gembira kerana ustaz membenarkan apa yang saya tulis .. pada mulanya ada juga terselit sedikit kebimbangan di sudut hati saya kerana isu ini sering menimbulan kontroversi.

      Delete
  6. Pakcik, sy rs org tidak menidakkan poligami. Tapi menidakkan manusia biasa yang teringin nak berpoligami. Ms. Unknown sgt bertuah. Diketemukan dgn manusia luar biasa yg jarang2 dpt kita jumpa.

    Sy percaya kepada CINTAKAN KAMU KERANA CINTAKU PADA ALLAH LEBIH DARI SEGALA. Yakni, cintakan manusia krn utk mebimbing ke jalan allah. Maklum, di penghujung usia dunia ni....umat Islam sepatutnya bersatu-padu dan menambah bilangan utk mengukuhkan kedudukan dlm menyambut petanda besar hari kemudian.

    Bermakna, sy percayakan "poligami atas dasar cintakan pada Allah lebih dari segalanya". Bukan mengutamakan nafsu spt pilihan kebanyakan manusia-manusia biasa.

    Kesimpulannya, manusia tidak menyangkal halalnya poligami. Tetapi menyangkal hati manusia yang kebanyakannya dangkal tentang hasrat utk berpoligami.

    Hudud? Pemimpin adalah cerminan dari rakyatnya. Klu pemimpin suke pegi kelab dangdut, rakyat pun ikut sama. Klu pemimpun takut kena potong tgn, rakyat pun sama ikut takut. Kesimpulannya, kalau pemimpin kite menyangkal hudud maka rakyat pun menyangkal. Kita kan manusia biasa (lagi).

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. mungkin mereka tidak menyangkal poligami secara terus terang tapi dari perkataan mereka kita boleh menyimpulkan mereka tidak senang dengan hukum itu.

      2. bukannya Allah tidak mengetahui kelemahan manusia sebelum menghalalkan poligami.

      3. kalau ada orang Islam yang mungkir janji misalnya, jangan dikaitkan dengan Islam tetapi itu adalah keburukan sifat orang itu sendiri.

      Delete
  7. sebab takut tergelincir akidah maka saya refrain diri dari komen lebih-lebih tentang hudud, poligami dan perkara-perkara 'sensitif' lain (yang jadi sensitif atas hasutan, dakyah dan fear factor).

    tapi saya rasa mak ayah dan adik2 percaya kan saya bila saya bawak kereta. sebab selalunya diorg akan tidur tak ingat dunia sampailah saya kejutkan sebab dah sampai. huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau mak ayah dan adik beradik GB percaya kepada GB dalam hal pemanduan .. dan uncle rasa mereka juga percaya kepda GB dalam hal-hal yg lain.

      Delete
  8. Salam Jumaat Uncle...

    Terbaik la n3 ni..

    Komen yun senada dgn MommyFara @ Pok Amai-amai blalang kupu2 tu...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      kalau begitu, jawapan uncle pun serupalah. hehe

      Delete
  9. Benda yang halal, yang ramai wanita tolak bulat bulat kerana nafsu, bukan kerana akal.

    Memang ada byk kes poligami yg hancur boncai sebab tak ikut sunnah baginda sepenuhnya(ikut bab kahwin aja)...Tapi itu bukan tiket utk menolak poligami yg Allah halalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. rasanya kes hancur boncai yang tak poligami lagi banyak kot !

      Delete
  10. pak ngah saya telah ubahsuai
    http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/06/masuklah-sepenuhnya-percaya-bermakna.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memilih entri ini untuk diubahsuai dan ditambah nilai.

      Delete
  11. Paparan al-lavendari itu satu peringatan yang sangat baik dan amat "mengajar". Semoga orang-orang yang tinggi ilmu agamanya (khususnya yang berada di dalam institusi-institusi rasmi seperti jabatan-jabatan kerajaan atau bukan-kerajaan) mempunyai lebih peluang dan bukan kekangan, serta lebih "mahu", menonjolkan apa-apa yang patut demi agama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harap pun begitulah kerana kita semua akan mendapat rahmat dan petunjukNya jika mematuhi segala ketetapanNya.

      Delete
  12. byk pengalaman dan ilmu dapat drp baca penulisan tn hj..kagum saya... smoga kita sama-sama dapat memanfaatkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap begitu .. sekurang-kurangnya ia mengingatkan diri saya sendiri. Saya gembira kerana ada orang mendapat manfaatnya.

      Delete
  13. Salam,
    saya suka entri ini.
    Terimakasih Bang HAMZAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      abang pun suka bila awak suka. terima kasih kerana sudi ziarah.

      Delete
  14. Terimakasih pak tuan kerana mengingatkan...sebagai wanita yang sering mengikut emosi dalam sebarang tindakan entry ini buat saya tersedar betapa mudahnya kehilangan akidah tanpa disedari...terimakasih sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga membuat entri ini sebagai peringatan kepada diri sendiri. terima kasih kerana awak mengambil pengajaran darinya.

      Delete
  15. Salam.
    N3 yang meningkatkan motivasi kami pembaca di pagi hari, terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya gembira sangat kerana semua dapat menerima dengan baik apa yang ingin sampaikan.

      Delete
  16. ibu_suri jarang tidur bila IM memandu di sebelahnya. Bila tampak macam kuyu... ketamnya nanti main peranan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah begitu .. kerana ada co-pilot yang alert. hehe

      Delete
  17. Alhamdulillah, terimakasih di atas entri yg padat isinya ini, seronok saya membacanya hingga terasa sayang utk mengelipkan mata. Setuju dengan segala persoalan yg dikupas dan sebagai seorang wanita saya sama sekali tidak menolak poligami.

    Satu pertanyaan saya ialah bagaimana budaya Islam dimelayukan, contohnya kedudukan menantu perempuan di dalam keluarga suami. Dalam islam kedudukan seorang isteri itu umpama sejambak bunga hiasan utk suami, tugasnya hanya utk menghiburkan dan melayan suami tetapi kalau isteri tinggal bersama mentua, mengapa diperlakukan setara hamba? si isteri tak merasa haknya sebagai seorang isteri kerana dlm banyak suasana ada mentua berada ditengah2nya seolah2 sianak lelakinya berkahwin dan membawa pulang orang gaji untuk ibu dan keluarganya, lebih baik jadi org gaji saja kerna cukup bulan dah tentu dapat imbuhan rmnya...

    saya tidak bermaksud sehingga menantu tidak perlu membantu, tetapi yg saya maksudkan ialah menantu diperlakukan seumpama bukan manusia yg mempunyai perasaan selayaknya, baik dari perbuatan dan tuturkata mentua dan ipar duai biarpun menantu telah merendahkan diri hingga tapak kaki mentua dan ipar duai berada diatas kepalanya?

    perlukah diadakan juga kursus utk bakal2 mentua selain kursus pekahwinan utk bakal pengantin? setakat mana batas2 yg harus dilakukan oleh mentua terhadap menantu termasuk memberi peluang menantu menyambut hari raya bersama ibubapakandungnya wlp mungkin 5 tahun sekali pun tak apa. Perlukah mentua memporak perandakan kehidupan anak menantu semata2 sakit hatinya apabila menantu lebih disenangi jiran tetangga dan saudar mara pihaknya dari anak perempuan kesayangannya sendiri yg jelas2 seorang yg buruk laku dan pemalas?

    Perlukah mnentua membuat anak lelakinya tersepit dengan kata2 " bini berapo ramai pun boleh cari, omak sorang yo"

    Tuan Haji, maafkan saya atas luahan kata2 diatas. Saya juga tidak berapa setuju dengan kata2 ini : "saya tahu kubur kita masing-masing, tapi saya bimbang akan berjiran dengan kamu di dalam kubur nanti" - bahkan saya bagai tak percaya ianya boleh dikeluarkan oleh seorg yg alim kerana betapa alim pun seseorang itu, hanya Allah saja yg tahu nasib dan baahgian seseorang sebaik disemadikan di liang lahad. Kata2 seumpama itu hanya mengundang riak dan ujub akan kelebihan yg ada pada diri sipelontar kata. kalau seseorang itu merasa amalannya masih tidak mencukupi pasti amat takut utknya mengeluarkan sebarang kata2 yg memperlihatkan kedudukannya seolah2 mengatasi pihak yg satu lagi. Itu hanya pandangan peribadi saya saja. Kerana saya terasa seolah2 ada kaitan darjat yg diambil kesempatan oleh mentua dan sipelontar kata itu. Mentua bgitu takbur dengan kedudukannya sebagai mentua dan sialim seolah2 demikian juga. maafkan saya. Mentua dan sialim itu pun hamba Allah spt saya dan Tuan Haji juga.

    saya dah lama ingin meluahkan perasaan ini kpd Tua haji sebenarnya tapi beberapa kali juga memadam tulisan sendiri dan kembali menjadi pembaca sepi hehe...tulisan ini mungkin kurang tepat utk entri ini, maafkan saya sekali lagi. apa pun saya gembira sepanjang masa berada di sini, jzkk, wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kes ini barangkali sangat terpencil. saya sendiri tidak pernah bertemu menantu perempuan diperlakukan sedemikian rupa. saya tidak menolak tentang wujudnya tetapi cuma ia tidak terjadi dalam keluarga dan juga di kalangan rakan2 saya. pegangan saya begini "apa yang kita tak suka orang buat pada kita, jangan buat pada orang". bagi yang mengalami nasib yang serupa, semoga tabah menghadapinya dan berdoa kepada Allah agar suasana berubah kepada kebaikan.

      2. akan jawapan orang alim itu, saya sendiri rasa mungkin itulah jawapan yang terbaik kepada orang yang meragui apa lagi mepersenda hukum Allah kerana kalau berbuih pun mulut kita memperjelaskannya, tidak akan memberi kesan. serupalah macam menasihatkan orang yang ketagih merokok supaya berhenti merokok .. takkan dipedulikannya.

      Delete
  18. Terima kasih atas pencerahan yang telah diterbitkan

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.